Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

6 Feb 2011

Sambal Tumis Telur Puyuh & Tempe


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam tak sempat nk online sgt pun. Biasalah kalau weekend mr hubby lak cuti selalu tak dok umah...ada jer tempat nk dituju. Start next week maybe ada sedikit ke'busy'an  dgn beberapa aktiviti disini dan juga untuk persiapan sambutan open house CNY anjuran M'sia embassy pada hari sabtu nanti. Btw terima kasih diatas kunjungan anda semua ke sini...insyaAllah jika ada kelapangan saya akan buat kunjungan balas.

Hari ni terawal sikit masak lunch so bolehlah n3 awal sikit...masa kekedai aseanic hari tu ternampak tempe dan teringin lak nk makan....kebetulan ada juga beli telur puyuh ni so teringat nk masak sambal keduanya tu dan nk senangkan keja saya masaklah sekali telur dan tempe so....jadilah sambal yang sempoi ni..:D resepi biasa-biasa jer semua orang dh pandai kan...tapi saya bubuh jugalah resepi sambal style saya ni.

Oklah tak nk celoteh panjang ada lagi keja yang nak dibuat.. actually saya ada tugasan untuk menyiapkan laporan persatuan untuk last year punya program dan kena hantar ke KL sebelum last date yg diberi. ok resepi seperti dibawah yer.


Source: Nurniezza.blogspot.com
Bahan-bahan
10 biji telur burung puyuh direbus dan kemudian digoreng didalam minyak panas, angkat dan ditoskan.
1/2 paket tempe dipotong kecil dan digoreng dalam minyak dan ditoskan.

Bahan-bahan untuk sambal
1 senduk cili kering yang siap dimesin
1 labu bawang besar dimesin halus
2 ulas bawang putih dimesin halus
sedikit belacan jika suka tak nak bubuh pun tak apa
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar..mayang kasar
1 s/k gula
1 s/k kicap manis
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk tumis

Cara memasak
1. Tumiskan bahan yg dimesin halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili yang siap dimesin dan masakkan cili sehingga masak dan biarkan sebentar...jika kering masukkan sedikit air.
3. Masukkan telur yang siap direbus dan digoreng tadi, tempe, garam, gula, kicap manis dan air asam dan bawang besar.
4. Masukkan air sedikit dan biarkan sambal mendidih seketika.
5. Bila dah naik minyak dan masak  bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.

27 Apr 2010

Kurma Telur

 

BAHAN
6 biji telur rebus
3 s/b rempah kurma
2 mangkuk santan
2 biji kentang dipotong 4
3 biji cili merah
2 biji tomato buah dibelah 4
2 labu bawang besar [belah 4]
minyak masak
garam seckup rasa
2 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
1 tangkai cili merah untuk hiasan

Bahan mesin
2 labu bawang besar dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 inci halia dikisar halus

Cara:
1. Bancuhkan rempah kurma dengan bahan mesin Panaskan minyak.
2. Tumis rempah sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan, kentang dan telur. Biarkan mendidih.
5. Bila mendidih masukkan garam dan semua bahan lain dan biarkan sehingga
mendidih dan pekat.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi.

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers