Assalammualaikum semua
Nak sharekan resepi kambing lemon bermadu pula. Lauk yang digandingkan dengan nasi lemon boleh tengok n3 nasi lemon disini. Semalam lepas publish n3 nasi lemon mata dah ngantuk tak boleh nak mengarang buat n3 lauk ni so...hari ni la saya sharekan.
Lately ni, waktu tido memang dah berubah. Waktu summer sekarang ni menyebabkan waktu solat pun berubah dan perbezaan yang ketara sebab masa siang yang panjang ketika ni. Kalau tengok langit selalu cerah jer waktu malam tak segelap macam di Malaysia. Waktu isyak sekarang ni kul 12malam pastu subuh pula awal 1.47pagi. Memang tak tidola tunggu lepas subuh baru saya tido. Macam tu la perubahan masa yang berlaku pada negara 4 musim ni. Kalau waktu winter waktu siang pendek pula.
Berbalik pada n3 hari ni, resepi asalnya dari ayam masak lemon bermadu tapi saya tukarkan ayam kepada kambing dan saya olahkan sedikit dari resepi asalnya. Bagi sesiapa yang tak makan kambing bolehlah tukarkan kepada ayam untuk membuatnya. Memang menurut mamak Haji dia tak kisah kalau resepi yang diambil dari blognya itu diubah suaikan mengikut cara kita yang tersendiri. Terima kasih pada mamak haji kerana berkongsi resepi yang sedap ni dan izinkan saya berkongsi disini pula. Maaf gambar yang diambil ni agak kurang jelas sikit sebab saya ambil pada waktu dah senja sebelum waktu berbuka puasa hari tu.

Olahan dari resepi ayam masak lemon bermadu Mamak Haji
Sumber: Mamak Haji
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing/lamb dicuci bersih
2 sudu besar (tbsp) serbuk cili
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan putih
1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk lada hitam
3 biji bawang sederhana besar (dikisar dengan satu cawan air)
2 biji bawang sederhana besar dihiris halus memanjang
2 sudu besar pes halia bawang putih
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
2 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kecil garam masala ( tak dimestikan, sekiranya ada)
3 sudu besar pati oren atau sunkist
3 s/b madu
1 biji lemon. (1/2 buat air perahan dan 1/2 lagi untuk hiasan)
daun pandan (dipotong panjang 3 inci – 2 helai)
6 sudu besar gula pasirGaram secukup rasa
Madu untuk glazing (mengilatkan)
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih daging kambing dan toskan sebentar. Kemudian rebuskan daging kambing sehingga empuk dan sementara menanti daging kambing empuk bolehlah tumiskan bahan lain dulu. Kalau menggunakan daging ayam tak perlu direbuskan dahulu cuma perapkan dengan garam kunyit dan digorengkan.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak masak 3 sudu besar, bila minyak panas, masukan rempah 4 serangkai (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih), masukkan daun pandan, masukkan bawang dihiris sehingga bawang bertukar warna kepada kuning keemasan.
3. Sederhanakan api dapur, masukan pes halia bawang putih, diikuti serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. Bila tumisan sudah wangi, masukkan air kisaran bawang. Sekiranya ingin berkuah tambahkan air. Biar bawang kisaran tadi masak bersama dengan rempah-rempah.
4. Bila kuah kelihatan mendidih masukkan ketulan daging kambing yang direbus beserta dengan sedikit air rebusan kambing tadi. . Kecilkan api bila kuah mula pekat.
5. Masak daging kambing sehingga masak keseluruhannya. Masukan perahan air lemon dan air pati oren atau sunkist untuk mendapatkan wangian semula jadi. Kemudian masukkan madu dan garam secukup rasa.
6. Keluarkan ayam dan hidangkan di atas pingan hidangan. Tuangkan madu dengan mengggunakan sudu atau brus ke atas permukaan ketulan ayam (glazing). Selamat mencuba.