Showing posts with label senggarang. Show all posts
Showing posts with label senggarang. Show all posts

Saturday, January 20, 2018

Amai masuk pre-school Jawahir Aulad

Assalamulaikum

Servey punya servey pre scool dekat Senggarang nih Tadika Kemas, Tadika Tahfiz Bahghahd, Tadika Jawahir Aulad aku pilih Jawahir Aulad untuk kemasukkan Amai ke tadika.Sebab ramai bagi feedback cakap Jawahir Aulad dekat situ ok..kalau boleh aku memang nak ambik ada islamic english sikit..

Lagi satu aku suka Jawahir Aulad ini boleh ambik petang..senang..biar dia lama sikit dekat tadika..Kalau tidak asik karton , ipad..karton ipad..

Jawahir Aulad nih ada ambik pengambilan pelajar dari umur 4 tahun sampai 6 tahun..kelas pulak dari pukul 8pagi sampai 3.30 petang..petang ada aktiviti solat berjemaah, makan tengahari, mandi dan buat homework sekali.Bagus jugak Jawahir Aulad ada buat aktiviti petang..

Awal bulan Disember aku awal-awal dah booked nama Amai dekat Jawahir Aulad..last year terlepas sebab ramai kemasukan pelajar dekat situ..So masa booking tu dapat uniform dengan  kain bahan untuk buat jubah dan baju bai..

Uniform Amai masa dapat pun besar giler..tu pun aku pergi repair dekat tailor..


Jumlah yuran dekat Jahawir Aulad untuk umur 5 dan 6 tahun dalam RM520.00 sudah termasuk buku tulis, alat tulis, lemabaran kerja, uniform sekolah..dan tabung kesihatan dan tabung keceriaan....Yuran bulanan RM150.00..rasanya branch lain pun sama kot.

Kebanyakan semua pelajar ibu bapa ambil 3.30 petang..laki aku pulak kalau boleh nak ambik Amai dalam 12.00 tengahari cam tue..Pengetua Jawahir Aulad cakap  rugi pembelajaran dia ..aktiviti petang tak dapat buat..praktise dulu..mana tahu Amai ok..tapi alhamdulilah sepanjang 2 minggu persekolahan ayah dia ambik pukul 3.30petang..senang ayah balik kedai terus ambik dia..kalau ambik 11.00 pagi atau 12.00 tengahari masa nya cam pendek.



Seisi orientasi pada 31/12/2017..management Jawahir Aulad buat lebih awal sehari bermula nya seisi persekolahan..Nasib baik orientasi bermula 8.00 pagi sehinggan 12.00 tengahari..setengah hari..seisi suai kenal masa nih..Amai join seisi orientasi sampai pukul 10.30 pagi..sebab pagi tue Amai ada appoitment dekat doktor..Amai kurangs sihat..demam , flu dan batuk sikit..



Nama saya Aliya Maisarah...




Nih kelas untuk umir 5 tahun..ok jugak lah kelas dekat sini..yang pakai baju kelabu tu cikgu yang mengajar umur 5 tahun...teacher Fadzilah..



InshaAllah ok Amai dekat sini..lagipun umur 5 tahun tak payah lah nak expect lebih-lebih..Janji dia pandai bergaul , jumpa kawan-kawan sebaya..belajar displin sikit..belajar English, Matematik dan Bahasa..ada belajar akhlak, ibadah, jawi ..aran itu dah cukup bagus..aku bukan nak push dia belajar sangat pun..

Mudah-mudahan jadi anak yang solehah..syukur dah...



Ootd orientasi dalam keadaan demam..semangat dia kuat.. 

Setiap hari aku cakap dekat Amai..lepas nih kena rajin pergi sekolah tau..Ibu tahu Amai semangat nak pergi sekolah sebab ramai kawan-kawan dekat situ..1 Januari aku awal-awal dah apply cuti..Aku yang excited hantar Amai..hari pertama kan.


Tengok anak dah masuk school nih..rasa tua sangat dahh nih....hahahahaha..


Terima kasih sudi baca !!!



.
























Wednesday, September 14, 2016

Korban Lembu

Assalamualaikum.

 Ibadah Korban

1. Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 dzulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah

2. Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada hari raya korban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya.


Hukum Ibadah Korban

Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad.Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat inimenjadi wajib jika dinazarkan.

Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan; “Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770).

Harus melakukan korban untuk orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.


Fadhilah Ibadah Korban :

Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan)
Sabda Nabi SAW; “Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan” 
(Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif).


Syarat-syarat binatang Korban 

1. Binatang ternakan yang sah dibuat korban ialah; biri-biri (berumur genap 1 tahun), kambing (genap 2 tahun), lembu (genap 2 tahun), kerbau (genap 2 tahun) dan unta (genap 5 tahun).

2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Adapun lembu, kerbau dan unta harus dikongsi tujuh orang.

2. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis; tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh).

3. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.


Cara Pengagihan Daging Korban

1.Wajib sebahagian dari daging korban disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, iaitu sekurang-kurangnya satu kadar yang dapat dinamakan sedekah (iaitu 1/2 kilo atau 1 kilo).

2. Daging korban harus jika hendak disedekah kesemuanya kepada fakir miskin. Namun sunat orang yang melakukan korban menikmati sedikit darinya mengikut sunnah Nabi SAW dan mengambil berkat darinya.

3. Sunat daging korban diagihkan kepada tiga pihak; (1) Untuk dimakan diri dan ahli keluarga, (2) Disedekahkan kepada fakir miskin, (3) Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan sebagainya sekalipun mereka kaya/berada.

4. Dilarang menjual apa-apa  bahagian dari binatang korban. Ia menghilangkan pahala korban. Termasuk dilarang ialah memberi upah kepada tukang sembelih atau orang-orang kerja dengan daging korban. Jika diberikan atas nama hadiah atau sedekah diharuskan.

5. Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging korban kepada orang kafir yang berbaik dengan orang Islam. Sebahagian ulamak melarangnya.

6. Korban nazar dan korban untuk orang telah mati; wajib disedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.


***وصلى الله على سيدنا محمد، والحمد لله رب العالمين***

Syukur..dapat korban seekor lembu...



Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, October 27, 2015

Simple Celebration Amai Birthday

Assalamualaikum.

Jumaat hari tu celebrate birthday Amai yang ke 2 tahun.Tahun ni sambut birthday Amai dengan family jer takde jemput kawan-kawan pon.Buat simple potong kek makan2 ringan kuih muih dahh..Janji ada potong kek kan.... Tak ada lah nanti bila Amai besar tanya gambar hari jadi dia yang ke 2 tahun mane??At least ada lah kenangan sambut birthday dia walaupun simple je kan..

Ingat kan nak buat Khamis malam tapi fikir-fikir kesian pulak bapa mentu aku kena jaga kedai malam tue..Nanti tak nampak Amai potong kek.Dah lah bapa mentua aku sayang sangat dengan Amai nih.Sudah nya buat Jumaat lagi senang aku pun ambik cuti sehari.Sabtu pulak aku off day.Tiga hari cuti sekali..haahhaha

Lepas zohor aku terus ambik kek.Nasib baik order kek tahun nih dekat je dengan rumah.Hihihih.Sementara tunggu laki aku balik sembahyang jumaat aku dah siapkan Amai.

Hadiah dari Maklong dengan Kak Eja...Thank you sayang !!!


Baju Amai nih aku simpan dah lama dari hari raya hari tue sebab Abang Ngah yang bagi.Abang Ngah memang setiap tahun bagi Amai sepasang gaun cantik-cantik.Jimat dekat situ.hihihihi.Set rambut dia elok je aku siapkan..ala-ala Princess anak ibu nih..cantik bila Amai pakai crown..


Happy Birthday sayang Ibu !!!!


Aku mula cari mood Amai sebab waktu sekarang nih waktu dia tido.Layan dia punya cerita lah...blaa..laaa..bla..lalaaaa..


Cubaan Amai memujuk aku nak ambik mainan Robocarpoli dekat kek tue.


Bagi tengok ipad dulu sebelum memotong kek.Senyap kalau ipad.Sunyi sepi...Alahaiii Amai..


Robocarpoli favourite Amai sekarang nih.Sehari tak mengadap dekat tibi atau ipad memang tak sah.Sampaikan aku order kek dia pun tema robocarpoli.


Kuih-muih satay dan buah-buahan je juadah petang tue..


Acara potong kek.Masa nak pasang lilin tue Amai sibuk nak ambik mainan robocarpoli tue.


Masa suruh tiup lilin pandai pulak tue tiup cuma angin tak sampai je Amai...hihihihi


Alhamdulilah...anak ibu dah 2 tahun..


Bukan nak makan kek maianan robocarpoli yang diusung kesana ke mari.Bila laki aku mintak pinjam tak boleh..tak bolehhh..


Kesayangan duorang nih..



Bersama cousin Amai yang superspontan...lalalalalala



Terima kasih Amai ucapkan kepada Maklong, Paklong, Ayah, Emak, Atok, Kak Eja, Mak Uda, Cousin, jiran-jiran yang sudi datang celebrate Birthday Amai yang ke 2 nih..Sayang korang..

Insyallah ada rezeki tahun depan celebrate lagi !!!!


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, July 31, 2015

Kumpulan Marhaban Perempuan

Assalamualaikum.

Rabu semalam rumah mak mentua aku dapat kunjungan marhaban kumpulan perempuan dari 
Kampung 12 1/2 Parit Penghulu Senggarang.Diorang nih malam-malam buat aktiviti marhaban.Aku je belum join kumpulan marhaban nih.Tunggu lah Amai besar sikit senang lee aku nak bawa dia nanti.Insyallah satu hari nanti okay !!

Kumpulan marhaban perempuan nih diorang pergi ke rumah dalam 5-6 buah rumah je.Lagipun diorang gerak malam.Tak kan nak ketuk pintu orang memalam kan?Kang ada kena hambat dengan penyapu.Hihihi.

Siang ada ahli kumpulan yang bekerja tue yang diorang buat aktiviti marhaban nih sebelah malam.

Yang nih marhaban kanak-kanak sambil main ipad ok !


Antara juadah malam tue..menarik sangat lagi-lagi ada satay.Amai makan sampai 5 cucuk satay ayam.Minah nih hantu satay ayam.

Coklat, gula-gula, jeruk asam ketupat mini


Kuah kacang :)


Biskut raya


Satay ayam dengan lembu.


Mee goreng mamak


Air sunquick sejuk


 Marhaban bermula.Korang nampak tak anak siapa yang terselit kepoh dekat situ??



Seisi makan.Selamat menjamu selera.



Seronok kalau dapat join diorang nih.Sporting tau !!!


Kak Normah paling zasss bagassss.Ayam kicap satu !!!



Selamat menyambung marhaban korang !!!



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, February 5, 2015

Gunting Rambut Amai

Assalamualaikum...

Minggu ke minggu nak gunting rambut Amai asik postpone je.Risau lah mummy tengok rambut awak nih.Asik tutup mata.Sekejap kang mula lah garu tengok lah.Kepala lah.Banyak kutu ker awak nih manje?

Sabtu lepas aku tak kerja bawa lah gunting kedai amoi dekat Senggarang je.Nak tunggu laki aku gunting kan mau nye janggut lahai.Baik aku bawa sendiri.Kalau gunting sendiri mesti Amai melasak.Nak beli gunting lagi.Mau-mau nak yang tajam.


Masa nih Amai kena marah dengan aku.Sebab tak nak tido.Amai dah masuk kelambu nih pun.Ingat lepas bangun tido baru nak bawa gunting rambut sekali cousin datang bilik serbu mau nya dia nak tido.Seboleh-boleh nak keluar kelambu.Nak main dengan cousin.Terjerit-jerit.Grrrrr !!


Tengok lah baru sampai kedai aunty dah menguwap nak tido.Tadi suwoh tidur tak moo.


Kali nih kali kedua aku gunting rambut Amai.Sebelum nih masa aku abis pantang.Cukur botak.Rambut Amai nampak sikit je.Lagi halus.Kalau ikut rambut mummy tebal ko nak !!


 Mood Amai ok je bila aunty gunting belakang.Sisi telinga.

 
Tengok ok je kan dia.Molek je diam. T_T

Bila aunty nak gunting pendek belah depan.Nangies manja.Perlahan je suara Amai.Mungkin takut dia nk potong mata dia kutt..Penakut wupenya anak mummy nih.Pas ni kita balik iyer.Balik mandi minum susu terus dia tido.


Bangun tido terus tunjuk kasut nak keluar rumah.

Bila petang aku tak pergi  kemana halaman rumah lah kawasan Amai paling suka.Suka sampai menjerit-jerit.Mau tak nya kalau dengan mak mentua aku dok dalam umah 24jam.Amai pulak cepat bosan dengan sesuatu benda.Mula lah petik bunga daun mak iyer manja.:)


Bila Amai dah pandai berjalan rasa cepat sangat dia membesar.Manje kalau bole awak jangan lah besar lagik.Cam tue dah ok.Hehehehehhe.




Terima kasih sudi baca !!!