Showing posts with label manja. Show all posts
Showing posts with label manja. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

Perkembangan Amai melangkah 3 Tahun..

Assalamualaikum.


A. PERKEMBANGAN FIZIKAL

1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak-anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.

2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

3. Sekiranya anak-anak mula menunjukkan tabiat suka memegang kemaluan anda tidak perlu risau, segera dapatkan nasihat doktor, anak anda mungkin sedang mengalami gatal ruam atau masalah kulit disekitar bahagian tersebut (di atas faktor kebersihan). Sekiranya tabiat ini berlarutan juga, jangan halang tetapi alih perhatian anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menarik minat mereka.



B. PERKEMBANGAN MENTAL

1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..

2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.

3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.

4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.

C. PERKEMBANGAN EMOSI




Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL

1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.

2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain “dengan” kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.

3. Suka mengatakan “tidak” dan memang dalam usia ini anak bersikap “menentang”. Selain itu anak juga seringkali “menguji” persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)

1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.

2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI




Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah:

1. PERMAINAN BLOK
  Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.

2. PUZZLE

Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.

3. MELUKIS
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.

4. MENAMPAL

Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal “mata ikan” pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar
seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.

5. MEWARNA
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.


Alhamdulilah...bulan 10 nanti genap lah manja ibu 3tahun..*_________*



Terima kasih sudi baca !!!


Thursday, April 2, 2015

Amai Satu Tahun Lima Bulan

Assalamualaikum.

Lama sangat dah tak cerita perkembangan Manje ai kan.Bukan tak nak share tentang Manje ai  nih.Nant ada orang cakap asik cerita pasal anak dia je.Macam dia sorang je yang ada anak kan?Hihihi.

Alhamdulilah.Manja dah sampai satu tahun lima bulan dah.Syukur dia membesar dengan sempurna.Sakit demam tue biasa lah.Semua kanak-kanak akan mengalami situasi tue.Perkembangan sekarang yang ketara sangat kat dia :


1) Lepas mandi mesti tarik tangan mummy dia tuju terus tuju depan pintu, tunjuk selipar/kasut kereta dan bawa dia jalan-jalan.Seround pun jadi lah.Kalau tidak merengek tak sudah-sudah.Bagi mainan pun tak jalan.Nak tak nak bawa kan jugak lah keluar rumah.Yang penting mesti naik kereta.

2) Kalau panaskan bubur dah tahu dah sebut nyam...nyamm.. mamam..mamam..

3) Semua orang dalam rumah semua dia kenal.Tanya mak mane manje?tunjuk muka mak.Tanya atok mane manje?Tunjuk muka atok.Tanya daddy mane?Tahu daddy dia.Tapi bila tanya mummy mane sayang??Respon sangat zerooooo.Tunjuk pun tak, muka alih ke muka aku pun tak..Hrmmmm kecewa sangat dia tak kenal mummy dia nih..Huwaaaaaaa.Blur sangat bila tanya mummy mana.Haahh macam mane tue?Korang ada petua tak?

Kiut manja buat mulut cam tue tau !! Macam nak gigit rasanya.





Masa nih ambik Manja dari rumah kakak ipar aku.Satu hari dia kat sana.Tak nak balik.Bapa mentua aku ajak balik.Geleng kepala naknaknak.Sebab rumah kakak aku ada anak dia 3orang.Manja ada kawan lupa mummy dia kat rumah.Sampai sana kakak ipar aku dah siap mandikan dia.Sudah nya pakai lah baju lelaki awak sayang.


4) Makanan paling dia gemar sekarang kerepek atau keropok ikan.Biasanya aku akan beli timbang keropok ikan tue.Habis berkeping-keping minah nih makan.Kalau kerepek pisang pun laju semacam je makan.Bagi mangkok letak berkeping-keping sekejap lagi datang dapor mintak lagi.Aku pun ada limit nak bagi dia makan, kesudahaannya bubur nanti dia tolak ke tepi.

5) Kalau aku nak pergi kerja dah tak ada melalak sangat cam dulu.Sampaikan aku ambik dia keluar bilik, dukung dia satu rumah dulu tak nak biarkan dia menangis lelama.Aku pulak jenis tak sampai hati nak tingalkan dia.Kekadang dulu tue, menitis air mata aku nak pergi keje.Merayu-rayu nak keluar kelambu.Pergi kerja pun lambat.Sekarang kalau aku salam laki aku sebelum pergi kerja, dia terjaga baring mata pusing-pusing tengok aku.Tengok je aksi aku sambil tue aku cakap lah."manja mummy pergi kerja tau, petang balik main sesama-sama iyer".Diam je.Dah tak nangis punnn..Hilang stresss aku kat situ.Alhamdulillah.

Nampak nye tue je lah perkembangan manje setakat nih.Dah nak sambung kerja yang melambak nih..Bai2.




Terima kasih sudi baca !!!