Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Wednesday, November 8, 2017

Fanpekka di AEON Mall, Tebrau City

Assalamualaikum.

Lama rasanya dah tak update blog nih...mana boleh bersara weii nanti anak dah besar boleh search google tengok penulisan ibu dia yang suam-suam acah taik ayam nih..hehehehe..Sejak dah nak tukar bos baru nih banyak management pun dah akan ditukar..jadi kesibukan ibu di office sampai nak update blog pun emm..alahaiiii..

Meh..ibu update gambar masa bawa Amai pergi Aeon Mall..actually dah lama sangat nak bawa Amai pergi enjoy main dekat sini..Dari mula openinng sampai dah abis kurun semua orang dah pergi..ibu je yang ketinggalan zaman..huhhh..Ibu sibuk nakkk..ayah pun sibuk berniaga..Nih pun aku ambik cuti leave nak bawa anak enjoy asik terkurung dekat rumah je...

Secara puratanya Amai memang happy sampai Fanpekka..Banyak aktiviti dekat sini boleh main..Tambah lagi ada show petang tue..

Fanpekka mempunyai keluasan yang sangat besar..sesuai untuk semua kanak-kanak..Yuran untuk kemasukan di dalam tema permainan Fanpekka RM11 untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak (2tahun-11tahun).Kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah masuk adalah percuma.


Sebelum masuk ke dalam pastikan korang kena beli stokin RM6..Ibu bapa pun kena beli dan pakai.Kalau nak jimat bawa stokin dari rumah pun boleh.

Section pertama mestilah cop passport sebelum masuk...Amai masa nih bukan main say hai-hai lagi dengan abang kaunter tue..



Section pertama yang Amai main..*lupa lah section apa*





Burger Ayam siap satu !!!



Rosalinda aya mour...florist..si gadis penjual bunga..


Sempat jamah ice-cream ... hhehehhe


My small famlili..#hugandkiss


 Ibu love u sayang...




Nampak orang lukis..dia pun nk lukis jugak..Dekat situ boleh pilih nak warna bentuk apa..puzzle atau powder yang kilat-kilat tue..(nama pun lupa daaaaa )


 My bomba girl !!


Ootd sebelum balik umah..Nampak tak anak dara ibu letih..Penat sangat lah tue..Makan dulu sebelum gerak balik..Ibu teringin nak makan burger hitam dekat Aeon Mall nih..nasib baik jumpa..kalau tak ngeces sampai ke rumah...Kalau dah sampai sini korang nak makan burger hitam boleh terjah restaurant olegbygcafe follow instagram pun boleh..


Terima kasih sudi baca. 

Tuesday, October 25, 2016

Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Assalamualaikum.

Innalillahi wa inna ilaihiroji'un.....

Moga Allah memberi kekuatan kepada semua yang berada di sana...Terima kasih kepada yang membantu..May Allah reward you..

Allahuakhbar!!! #prayforHSA










 Allahuakhbar!!! #prayforHSA


Terima kasih sudi baca !!!

Monday, December 7, 2015

Al-Fatihah....Almarhum Tunku Abdul Jalil

Assalamualaikum.



Putera ketiga Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam Sabtu lalu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 

Media tempatan melaporkan, Almarhum Tunku Abdul Jalil didiagnosis kanser hati peringkat keempat tahun lalu susulan badan menghadapi masalah kesihatan.

Apabila berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil disiarkan, kepiluan dirasai oleh semua golongan rakyat bukan sahaja di Johor, malah di seluruh negara.

Ini jelas terbukti apabila orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa pergi ke istana besar Johor untuk memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Tunku Abdul Jalil pagi semalam.

Kenapa Putera Ketiga Sultan Johor begitu disayangi rakyat jelata? Kenapa orang ramai begitu menyanjung tinggi Almarhum Tunku Abdul Jalil?

Menderita dengan penyakit, masih mampu mengekalkan sikap positif dan optimis

1) Putera Ketiga Sultan Johor merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, walaupun menderita dengan penyakitnya dalam tempoh beberapa tahun, tapi masih bersikap positif dan optimis, serta turut bergiat menyertai pelbagai aktiviti dan berusaha menyebarkan mesej yang positif melalui media sosial.

2) Seorang yang peramah, Periang dan rendah diri
Walaupun menderita dengan penyakit, tetapi Putera Ketiga Sultan Johor masih sangat optimis ketika menjalani rawatan, secara nakal mengusik ketua jururawat, semua orang suka dengan Putera Ketiga Sultan Johor kerana sikapnya yang peramah dan suka bergurau tanpa mengira darjat atau pangkat

3) Sering memberi galakkan kepada pesakit lain 
Sepanjang menghidap kanser, Almarhum kerap mengunjungi pesakit-pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk beramah mesra dan bertanyakan khabar. Biarpun dirinya menderita dengan penyakitnya, tetapi Almarhum masih berkeinginan mengunjungi pesakit lain sambil memberi sokongan dan kata-kata semangat agar mereka lebih gigih menghadapi penyakit kanser. Di laman Facebooknya tertulis : " Kami menghidap penyakit kanser, sebab itu kami berpeluang menjadi abang dan adik. Esok saya akan datang lagi mengunjungi anda, Azman."

4) Putera Johor Yang Petama Menyertai Pasukan Polis.
Almarhum merupakan kerabat di raja Johor yang pertama berkhidmat dalam pasukan polis selepas tamat latihan polis selama sembilan bulan pada tahun 2011. Seorang putera Johor yang penuh keberanian dan bersikap menegak keadilan, macam mana tidak disanjungi rakyat jelata? 

Sudah pastinya, kebelakangan ini suasana politik negara kita agak menggusarkan, bukan sahaja Putera Ketiga Sultan Johor memperolehi perhatian, malah seluruh kerabat diraja Sultan Johor yang lantang menyuarakan pendirian yang berjiwa rakyat di laman sosial, boleh dikatakan salah satu sebab mengakibatkan Putera Ketiga Sultan Johor menjadi 'People In The News'. 

Barangkali ini merupakan kerinduan masyarakat terhadap putera muda tersebut ataupun boleh juga dikatakan sebagai perasaan sayang ke atas Almarhum, namun demikian ia juga boleh menggambarkan refleksi hubungan akrab orang ramai terhadap kerabat diraja Johor yang lantang menyuarakan isi hati masyarakat Malaysia sekarang.

Terima kasih sudi baca !!

Tuesday, November 17, 2015

Banjir Kilat di Jalan Utama Johor Bahru

Assalamualaikum.



Jalan utama di pusat bandar raya ini 'lumpuh' mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas ekoran banjir kilat selepas hujan lebat berterusan sejak kira-kira jam 11 pagi semalam. 

Hanya dalam tempoh kira-kira sejam kemudian, Jalan Wong Ah Fook berhadapan pusat beli belah Komtar JBCC antara kawasan yang dinaiki air sehingga menyebabkan dua lorong jalan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan. 

Beberapa kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Jalam Kolam Ayer turut mengalami banjir kilat sehingga menyebabkan pergerakan trafik perlahan.



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 29, 2015

Lunch Di Boat Noodle

Assalamualaikum.

Semalam seharian kerja dekat luar..Lama sangat tak oustation sampai ke Johor Bahru..Adehhh lenguh badan rasanya..hihihi..Aku dah jarang memandu jauh macam nih..Jauh lah sangat makcik oiii..

Siap semua kerja, baru lah fikir nak makan apa kalau dah sampai Johor nih..ngam-ngam dah sampai pun waktu lunch bukan selalu pergi outstation tanpa anak nih..Syurga rasanya makan masa nih kalau ada Amai mulut dia lah paling bising..Aku pergi lah google foursquare nih ternampak lah Boat Noodle dekat Sutera Mall, Skudai.

Wajib cuba makan dah terlanjur sampai sini.Sepanjang perjalanan menuju destinasi pertama kali aku menggunakan apps WAZE..laju rupa nya.Mudah dan senang arahan jalan yang ditunjukkan..Baru lah aku tahu penggunaan apps WAZE tue..kesian lahaiiiii...

Masa aku lunch dekat sini ada lah orang melayu 2 meja tengah makan..so tak lah rasa janggal nak makan sangat masa nih..


Menu di Boat Noodle.

Aku pilih 3 jenis masa nih..nak cuba jangan tamak order banyak-banyak kang celah mana nanti kalau nak kenyang.hihih..portion dia pun sikit je dalam mangkuk tue.

Chic Thai Rice Noodle, Beef Thai Rice Noodle, Chic Thai Rice Noodle Spice RM1.90


Cha Keow Yen (Thai Iced Green Tea) Kaffe Yen (Thai Iced Coffee) RM6.90.Air nih dua-dua aku rasa paling sedap lagi-lagi yang green tea tue.. :)


Grill Beef Meat Ball RM5.90. Yang nih macam biasa je aku rasa..


Paling sedap aku rasa Yum Kangkung RM6.90.Sos dia pun emm bole tahan.


 Kaw Pow Chicken Rice RM11.90



Korang abaikan je lah lintang pukang atas meja makan.Orang perempuan nih makan mengalahkan bela saka tau.Mau tak lapa pagi sarapan kuih 3 bijik je..


Licin aku makan semalam lapar punya pasal tau...Kenyang sangat alhmdulilah..


Lepas makan aku terus balik opis Batu Pahat..On the way balik drive dekat highway punya lah mengantuk jangan cerita lah...

Dah nak sambung kerja nih...Bai...



Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, August 19, 2014

Beraya ke Johor Bahru Pulakk

Assalamualaikum.

Semua orang masih dalam mood raya.Begitu jugak aku.Last week aku pergi umah kakak dan abang aku yang sulong.Dua orang nih tinggal di Johor.Selalunya aku akan beraya kesana selepas satu minggu raya sebab pada raya pertama diorang ada kat kampung.Jadi semua kumpul di rumah arwah mak.

tengok lah bodak nihh.dah pandai tak moo gambo.rengek nak turun bawah.

Cik Amai dah pandai tau buat aksi tak moo gamboo.Penat leka kan dia.tapi still tak moo layan daddy mummy dia

Masa nih ambik gambar di rumah abang aku yang sulong.Dia tinggal kat Taman Kota Masai.
Gambar sebelah aku tue akk aku yang sulong.Pompuan yang tepi tu adik perempuan aku yang kecil.


Kami kenyangan time nih.Dah nak gerak balik Batu Pahat.Abang dan kakak ipar ku masak sedap2 masa tue.
Soto.Mee Goreng.Kuih Muih.Kek.Air oren.Akak ipar aku nih kalau tahu kitorang nak datang macam-macam masak
Yang gambar ni semua pose manja-manja gitu.Ni kat rumah kakak aku Taman Selatan,Kulai.
Dia pun masak sedap-sedap hari tu.Kuah kacang,nasi impit.Ayam rendang.

stokin anak aku burokkk sesanagt.Aku pun tak perasaaan weii time nih.Bila gambar dah ambil baru lah perasan kaww.


 

.
Ramai kawan-kawan aku tya make up per nampak lain muka aku?Untuk pengetahuan korang aku jarang bermake up sebenarnya.Biasanya aku pergi opis sapu bedak thanaka jek.Lip tint kaler pink.Bila dah make up tu yang nampak cunn.Cun lah sangat kan???
 
Masa raya aku guna foundation supra kod NB.Tambah lagik bedak arab kod russet.Korang lah bole lah try nanti.Tu je lah yang aku gunakan.
 
Kebiasanya time ada dinner,party,kenduri kawin baru aku ada mood nak bermake up.



 
 
Walaupun luaran ada gembira dalam hati pastinye ada kesedihan.Seriusly aku sangat-sangat sedih raya tahun nih bila tak dapat beraya bersama dengan arwah mak.Mak meninggal aku dengan seribu kesedihan sampai bila-bila. akan aku kenang.Kehadiran Amai membangkit semula semangat aku yang hilang.Patah tumbuh hilang berganti.
 
Aku tetap merindui setiap masa dan ketika.Selangkah perjalanan hidup aku,selangkah tu lah aku merindui nye.Moga roh mak di tempat orang-orang yang beriman.Amin.
 
 
 
Terima kasih sudi baca !!

Tuesday, June 25, 2013

Haze !!!

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Gunakan lah mask demi kesihatan kamu semua iyer !!!


Cakap-cakap : bab-bab kesihatan ini bab suami sensitif..jaga betul dia nih..hehehehehhe.


Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, April 13, 2013

Ke Taman Mount Austin makan SUBWAY

♥♥Assalamualaikum♥♥♥  

Aii..bila orang mengandung ini cam2 yang kemahuan dan keinginan nak dimakan kan?? Bila mengidam kena lah makan sikit,atau menjamah,kalau tidak nanti baby kempunan tau.Semalam dya ada cakap mengidam makan SUBWAY..tu lah baca blog banyak sangat kan..kan dah terjebak.Dya on leave pun semalam ada sebab jugak coz nak melawat abang ipar accident di Kulai.Kalau dah melawat,merayap sekali lah kan..Dalam masa perjalanan dah masuk highway request dgn suami nak makan SUBWAY.

Dya : B baby nak makan burger SUBWAY lah..Dah terlanjur kite pi JB ni..singgah lah sekejap..bole tak B?mula2 berapa saat dia diam je..sebab leka dengar lagu.

Suami : Ini baby nak makan ke ummi dia nak makan nih???

Dya : Baby lah..senyum sambil macam nak nangis kalau tak dapat makan..confirm :)

Suami : Emm..iyer lah kalau baby nak makan..nanti kita search kat Papago lokasi nye iyer..Senang dan mudah sikit gune Papago ni..bila dah searching nampak yang pertama di Taman Mount Austin Johor..pe lagi..zommm ar...

Dya : mood happy lorr.. dalam hati besh nye kalau dya rasa feel macam ni kan?????Ari2 orang akan sayang dan take care kite kan???


bismillah..dya bersyukur dan nikmat tau dapat makan SUBWAY ni :)

tengok??sape yang mengidam nih..??nak rasa sikit kata suami...iyer lah tuee..

terima kasih B..bawa ummi makan SUBWAY... sayang B sampai akhir masa :)

Pilih ice lemon tea..my fav kami berdua..masa ini suami makan cookies dapat 2 jenis.korang bole pilih...manis dan sedap katanya..dya tak makan..x suke rasanya
time preggy makan manis2..hihihi

SUBWAY Italian B.M.T pilihan dya semalam..dya suke roti oat tue..Sedap..panas masa makan..

Cakap-cakap : pas ni nak request tak nak beban suami..kesian dia..hihihi..Tapi dya belum merasa buah delima lah..siapa2 blogger kat sini tahu tak,kat mana nak cari buah delima..dapat sebijik pun jadi lah..Info iyer kawan2..


Terima kasih sudi baca !!!