Showing posts with label 1tahun. Show all posts
Showing posts with label 1tahun. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

Tahlil dan Yassin Untuk Arwah BONDA

Assalamualaikum.

Pemergian bondaku sudah setahun berlalu.Setahun berlalu dengan terlalu pantas.30.05.2015 Sabtu aku sepakat adik beradik untuk membuat kenduri tahlil sebelum tiba nya ramadan.Secara kebetulan minggu ini pun cuti sekolah.Dapat lah berkumpul bersama-sama.

Alhamdulilah seramai 30 orang yassin orang perempuan yang hadir petang tue.Masa bacakan surah yassin aku tersedu-sedu membacanya.Rindu padanya hanya tuhan mengetahui.

Alfatihah untuk BONDA.

Malam packing untuk beri doorgift untuk tetamu perempuan aku sebak sangat.Rindu sangat dengan Bonda.Tahun kedua menyambut ramadan tiadanya BONDA disisi.Tulah aku rasa paling sedih sampai bila-bila.



Doorgift aku simple je untuk tetamu petang tue.Senaskah yassin dengan terjemahannya sekali.Yang ini aku tempah dengan kawan.50 senaskah.Senaskah RM1.70 aku pilih readymade punye senang siap ada tagging TERIMA KASIH.


Yassin tue aku masukkan lagi dalam tupperware berharga RM2.00 sebekas.Murah kan dengan beg recycle yang berwarna warni.Lagipun aku suka warna pelangi.Nampak meriah gitu kan.



Alhamdulilah siap jugak packing malam tue.Assistant aku anak-anak buah aku yang tolong packing tapi dengan syarat kena ada upah.Tu lah ragam bodak-bodak sekarang.Kerja sikit upah nak lebih.

Masa aku dah letih sangat tambah lagi mengantuk yang amat.Esok lusa ada majlis paling meriah.Tenaga kena simpan sikit.

Syukur alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar petang tue.

Tuesday, March 24, 2015

Makan di Juz Waffle

Assalamualaikum.

Masa laki aku tak ada empat hari tue.Aku bawa Amai pergi jalan-jalan BP Mall.Tak ada laki aku kat rumah boring sangat.Kawan berborak tue tak ada.Nasib baik ada manja.Boleh buat aku terhibur sikit.

Secara kebetulan anak saudara laki aku nak balik ke Senggarang.Jadi aku lah yang kena pergi ambil masa tue.Lepas ambik anak saudara laki aku tue, terus nak makan request belum lunch.Lapar sangat.Request lagi nak makan yang paling sedap.Terus terfikir bawa diorang pergi makan di Juz Waffle.Aku pun dah lama tak kesini.Aku suka makanan kat sini.Semua nya sedap-sedap belaka tau !

Bila tanya siapa nak bayar nih, semua buat muka taik !!! Hihihihi.

Manja makan ice cream vanila.Senyum tak nampak gigi iyer sayang.I love u !




Manja nih sekarang tak mahu dah orang kelek, peluk, cium dia.Lagi-lagi kalau mummy nak ambik gambar.Mula lah nak membuaskan diri.


Kesian bodak dua orang nih laparrrrrr.Dah pukul 2.30petang.Mane tak nya lapa kan??


Aku order set Ikan Talapia.Sedap.RM17.90.Aku dah makan tiga kali set nih tau.Nampak sangat pencinta ikan talapia kan.Sedap nak mampusss.Korang kalau datang BP Mall bole cuba ikan talapia set dia.


Saya anak rimauuuuuu.!!! Auwwwwwwwmmmmm !!!


Tengok tue?Ada saja aktiviti dia nak buat kan??



Senyum tak perlu kata apa-apa.Hihihihi


Ishhhhh.Mummy nih asik nak gambooo je lah.


Manja nak yayakkkk.

Ini anak saudara laki aku kan.Cantik sangat kulit dia.Muda lah katakan.Aku nih dah 30series kena pakai makeup tebal-tebal baru lah nampak sebaya dengan dia.Hahahahahaha.



Catwalk kununnnn.Hihihi


Manja dan mummy :)


Manja suka sangat kalau kita bawa jalan-jalan shoping mall,makan-makan, beli barang.Mungkin jugak sebab Amai kat rumah sorang.Mana ada kawan.Bila bawa keluar dari rumah, terjerit-jerit sana sini dia.Tengok happy kan dia.Pantang nampak kunci kereta.Dah tahu kita nak jalan.

Jom balik sayang, mak mesti tunggu kita dekat rumah.

Thursday, March 12, 2015

Buai laju-laju

Assalamulaikum.

Buai ku laju.Buai ku laju.Aku nak kawin dengan anak raja.Lalalalalalalalala.


Anak raja lah sangat manja.Awak tue anak emas bole ker kawin dengan anak raja?Hahahaha


Daddy buai lah lagi.Napa behentik niih??


Yeahhhh !!! Buaiku lajuuuuuu.

Manja dah setahun empat bulan dah.Kejap je manja dah nak masuk 2 tahun.Kalau boleh tak nak manja besar-besar.Biar macam nih boleh ta??

Nampak perubahan manja semakin besar dengan sihat, friendly cam mummy dia jugak, mulut dia pun dah semakin bising cuma mummy kadang kala tak faham jerk bahasa Jerman awak tue.


Manja mummy nih kuruihhh pluss meninggi.Dia banyak ikut laki aku.


Anak manje emas daddy Amai nih.



Tengok ada kanak-kanak main.Amai dah tunjuk dah sini pulak.


Main gelongsorrrr.


Masuk dalam gelongsor terowong nih Amai ada takut sikit.Mula-mula je eksen semacam nak naik.Sekali dapat menjerit satu tasik y nih.Hihihihi.Daddy pulak suka menyakat dia.


Penakut macam daddy dia jugak nih.Hihihihi


Haus lah mummy.Minum duluuuuu !!! Kebiasannya bila keluar rumah aku akan bekal kan air masak untuk Amai.Lagipun dia suka minum air masak nih.



Teringat arwah mak zaman kecik-kecik dulu rajin nyanyi kan lagu buaiku laju.Buai pun buat sendiri bawah pokok rambutan.Bila petang aku adik beradik semua kat situ.Semuanya tinggal kenangan.Masa berlalu begitu panas.Arwah mak pergi pun dah nak hampir satu tahun.Rindu mak !
Al-fatihah ...



Terima kasih sudi baca !!!

Friday, February 27, 2015

BP Mall Pacific

Assalamualaikum.

Mesti ramai yang tanya mana destinasi aku pergi cuti raya cina minggu lepas kan?Memang tak ada planning pun kemana sebab laki aku nak buka kedai.Sedia maklum kedai cina banyak yang tutup sempena raya diorang.Baik niaga lagi bagus.Dapat jugak income.

Awal-awal laki aku dah signal cuti tahun baru cina tolong dia kat kedai.So,segala planning kena lah tunda cuti sekolah nanti.Gini lah gayanya kalau bersuamikan laki niaga.Mana dia mencari rezeki disitu lah aku kena ada.Cewahhh !!

Memandang kan aku cuti pun lama, laki pun kesiankan Amai dok terperok dalam umah, terus berbunyi nak bawa Amai jalan-jalan mall.Kesian asik duduk rumah jek.Yahooo daddy bawa pusing-pusin mall.


Besar dah manja mummy nih.Sayang ketat dekat awak tau !!


Manja dah bole jadi kakak ker nih??mummy tak puas lagik nak gomol awak lah :)


Petang Jumaat tue bawa lah manje Amai pusing-pusing satu mall, makan-makan sambil tue sempat jugak aku membeli sepasang kasut.Lagipun jenama Crocodile memang peminat setia aku dari dulu lagi.Kalau tak offer sure mahal.Kebiasaanya aku beli pun time offer.

Masa nih aku beli RM69.90.Kalau tak offer mau seratus lebih.Mak tak mampu nak pakai mahal-mahal dekk nunnn.



Sempat diorang bergambar dengan idola masing-masing.Hihihihi.


Laki pun bawa anak-anak saudara nih.Besar dah semua nih.Terutamanya Ejam.Tahun ni awak SPM tau.Belajar rajin-rajin.


Korang janan ingat Amai nih berani tau.Sekejap nih ambik gambar, melalak kat situ jugak.Penakut jugak anak mummy nih.Satu mall dengar suara awak tue sayang.

Oleh kerana BP Mall dah sesak dengan orang ramai.Laki aku dah ajak balik.Rimas.Jalan pun jem.Laki aku nih bukan suka sangat bersesak-sesak nih.Lepas makan kita orang terus balik.


Laki aku pergi transfer duit masa nih.Yokkkk selfie dulu.Busannnn !!!


Tengok lah manja mummy nih.Macam-macam kerenah dia keluar kan.


Dah namanya raya cina kan.Mesti lah pakai kaler merah.Hihihi.


Tengok muka manja ai sama cam mummy dia kan.Manje dah lasak sangat tau.Lagi-lagi kalau kita dukung dia cepat sangat nak loloskan diri dia tue.


Tengok lah, ni baru sorang kalau tambah lagik 2 3 orang mau pengsan mummy ko nih.Silap-silap bole jadi hulk sekejap.hihihihihi


Selamat Berhujung Minggu Kekawan !!!!



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, February 12, 2015

Pergi Check Up Amai

Assalamualaikum...

Isnin lepas aku on leave satu hari bawa Amai pergi Klinik Kesihatan Senggarang.Sepatutnya ikut buku merah Amai kena timbang 26/01/2015.Tapi oleh kerana bizi mummy ko nih mengalahkan menteri sebulan berlalu baru pasan Amai kena pergi KK.

Dekat KK Senggarang nih check up baby hari Isnin je.Amai baby lagi ker?? Hahahahaha.

Hari lain tak dilayan ok termasuk lah hari ahad.Besenya aku pergi sure lah balik umah lewat.Service kat KK nih sangat-sangat slow melowww.Misi lebih suka popek popek.Ingat aku nak half day je tapi dah sampai 12 tengahari baru siap.Malas rasanya baik aku cuti satu hari senang.Tak lah aku berkejaran masuk opis.


Tunggu daddy mandi lama nye kita selfie dulu.Hehehehe.Amai nih kalau dah nampak kasut mula lah nak turun tak moo kelek.Suka berjalan lah anak mummy nih.Walhal masa mengandung kan awak dulu mummy tak banyak berjalan tau.Banyak masa abis kat opis,rumah kedai je tau.Kuat mummy kerja dulu.Semangat sampai awak dah nak keluar baru lah mummy rehat kat rumah.


Aku rasa Amai tak comell guna baju skirt.Tak nampak comell lah sayang.Aku lebih suka pakai kan seluar dengan t-shirt.Simple je.


Syukur timbang anak mummy naik 9kg.Amai nih sebenarnya tak nampak gemok.Dia kuruihh dan badan je memanjang.Lasak jangan cerita lah mengalahkan orang lelaki.Yang itu ikut laki aku lah.


Nampak sangat Amai dah dewasa.Dah bole jadi kakak iyer sayang.Moga awak membesar dengan sihat dan sempurna.Mummy hari-hari doakan kebaikan awak sayang.Love u so much !



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, February 5, 2015

Gunting Rambut Amai

Assalamualaikum...

Minggu ke minggu nak gunting rambut Amai asik postpone je.Risau lah mummy tengok rambut awak nih.Asik tutup mata.Sekejap kang mula lah garu tengok lah.Kepala lah.Banyak kutu ker awak nih manje?

Sabtu lepas aku tak kerja bawa lah gunting kedai amoi dekat Senggarang je.Nak tunggu laki aku gunting kan mau nye janggut lahai.Baik aku bawa sendiri.Kalau gunting sendiri mesti Amai melasak.Nak beli gunting lagi.Mau-mau nak yang tajam.


Masa nih Amai kena marah dengan aku.Sebab tak nak tido.Amai dah masuk kelambu nih pun.Ingat lepas bangun tido baru nak bawa gunting rambut sekali cousin datang bilik serbu mau nya dia nak tido.Seboleh-boleh nak keluar kelambu.Nak main dengan cousin.Terjerit-jerit.Grrrrr !!


Tengok lah baru sampai kedai aunty dah menguwap nak tido.Tadi suwoh tidur tak moo.


Kali nih kali kedua aku gunting rambut Amai.Sebelum nih masa aku abis pantang.Cukur botak.Rambut Amai nampak sikit je.Lagi halus.Kalau ikut rambut mummy tebal ko nak !!


 Mood Amai ok je bila aunty gunting belakang.Sisi telinga.

 
Tengok ok je kan dia.Molek je diam. T_T

Bila aunty nak gunting pendek belah depan.Nangies manja.Perlahan je suara Amai.Mungkin takut dia nk potong mata dia kutt..Penakut wupenya anak mummy nih.Pas ni kita balik iyer.Balik mandi minum susu terus dia tido.


Bangun tido terus tunjuk kasut nak keluar rumah.

Bila petang aku tak pergi  kemana halaman rumah lah kawasan Amai paling suka.Suka sampai menjerit-jerit.Mau tak nya kalau dengan mak mentua aku dok dalam umah 24jam.Amai pulak cepat bosan dengan sesuatu benda.Mula lah petik bunga daun mak iyer manja.:)


Bila Amai dah pandai berjalan rasa cepat sangat dia membesar.Manje kalau bole awak jangan lah besar lagik.Cam tue dah ok.Hehehehehhe.




Terima kasih sudi baca !!!