Showing posts with label Sayang2. Show all posts
Showing posts with label Sayang2. Show all posts

Wednesday, May 13, 2015

Satu Tahun Enam Bulan

Assalamualaikum.

Appointment Manja sebenar nya bulan April hari tue.Tapi tu lah aku nih asik sibuk memanjang je post pone sampai ke bulan Mei.Nasib nurse kat situ tak membebel.Kalau tidak sakit telinga sekejap.Klinik Kesihatan Senggarang ini check up baby dan kanak-kanak hanya hari Isnin je.Hari lain tidak dilayan ok !

Sampai Klinik Kesihatan Senggarang ini pun dah lewat pukul 11 lebih baru aku daftar.Biasanya dekat sini pergi awal dengan petang sama je lewat jugak nurse kat sini melayan kita.Lambat diorang nak tengok buku merah.Baik pergi lewat sikit boleh lah aku kemas masak kat rumah dulu.

Nurse kata suntikan untuk kali yang terakhir.Suntikan seterusnya akan diberi sewaktu umur  tahun nanti..Aku cuma angguk-angguk kepala tanda faham lahh tue.Suntikan kali ini diberi nama imunisasi DTP atau Differia Tetanus Pertussis.Yang ini lagi lah aku tak faham.Hihihihi.

Kementerian Malaysia pun telah menyediakan jadual untuk suntikan vaksin yang wajib diambil oleh peringkat bayi sehingga lah kanak-kanak.Korang pi lah google sendiri okay !!


Masa ini Manja suka lari sana sini.Seronok ramai kawan kat Klinik ini.Kalau dekat rumah ada saja yang direnggek kan.Sampai aku naik rimas tau.



Kanak-kanak sebaya dia kerap ke bangku yang aku duduk tue.Mula lah Manja tunjukkan taring dia.



Seronok lah iyer sekejap lagik melalak satu Klinik tau Manja. !



Lepas cucuk nanges sekejap je.Lepas itu mula lah nak meloloskan diri dia.


Sekejap awak dah 18bulan tau Manje.Mummy i love u awak sangat-sangat.

Dah jom balik !


Selfie anak beranak.Happy !!!


Mummy dan Manja :)


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, March 19, 2015

Ikan Besar !

Assalamualaikum.

Kalau sesiapa yang ada follow ig aku pasti tahu yang laki aku tak ada kat rumah empat hari.Hihihihi.Mau tak nya asik miss u daddy lah.Rindu daddy lah dekat ig kan.Laki tak ada mau tak nye rindu serindu nya.Dah lah pergi pulau tak bole call dan watsup.Sure lah risau kan.

Laki aku pergi Dungun Terengganu selama empat hari.Empat hari jugak aku membosan kan diri.Cuma hari tue pergi rumah Abah satu hari dan bawa Amai pergi shopping mall.Biasanya kalau ada laki aku nih, ada lah kawan cakaran kucing sikit kat rumah.Hahahahaha.

Selain suka bersukan cycling, laki aku jugak suka pergi memancing.Tu lah hobi laki aku masa lapang.Ini dah kali ketiga dia pergi tinggalkan aku sejak ada Amai.

Hari Isnin tue,sampai je jeti cepat-cepat call aku cakap selamat dah sampai nak mendarat nih.Dalam hati alhamdulilah.Mesti dia baca watsup aku bertujai dengan gambar Amai setiap masa aku send kat dia.Sebab Amai kalau kita tanya mana ayah manje?mesti dia tunjuk gambar laki aku yang kat dinding tuee.Rindu iyer nakk?ker aku yang rindu??Hahahahahha.

Sampai naik kedarat terus post gambar dengan ikan besar yang dia dapat.Dalam hati aku.Eksen leteww.Takut nanti sampai umah kena bahan dengan aku.Pergi lelama tak dapat ikan,next time tak payah b,buang duit dan masa aja.Baik abiskan masa dengan isteri dan anak.Ada faedahnya.


Alhamdulilah.Dapat ikan besar, sebulan jugak lah aku tak payah pergi pasar.


Kali ini pergi ada berbaloi sikit sebab dapat ikan banyak berbanding dulu dapat kecik-kecik.Nak sedekah orang pun malu.



Kalau korang nak tahu, yang pergi ini semua cikgu dan pensyarah tau.Laki aku je bukan gelaran tue.



Ikan ini je laki aku bawa balik nak masak.Yang lain sedekah dekat orang.Makan ikan besar sangat takut pulak nak makan.



Manja baru tidur.Laki aku kejut lah tue.Nak tunjukkan dia dapat fish besar.

Ikan tenggiri ini aku lupa lah nak tanya laki aku berapa kg.Laki aku nak agihkan sedeakah dekat jiran dan saudara mara.


Manja Amai ikan lebih besar dari awak lah sayang !!!


Tunggu enrty akan datang weekend ini aku masak ikan pulak iyer.



Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, September 6, 2014

Amai 10 Bulan

Assalamualaikum.

Syukur nikmat yang tuhan beri sekarang nih.Anak aku membesar dengan sihat dan sempurna.Sekejap rasanya dah masuk 10 bulan.Bulan depan Amai dah satu tahun.Ramai yang sebaya Amai dah bertambah adik.Kekawan pun dah ramai yang menanya dekat aku.Bila nak menambah???Aku rasa lambat lagik kot.Tunggu lah Amai beso sikit.Bagi love bebanyak dengan dia.Nanti love tak banyak dah kurang kasih sayang kan.Aku tak ada planning sebenarnya.Rezeki tuhan yang beri.Aku terima seadanya.

My Sayang Aliya Maisara 10 Bulan.

 
Bila petang aku balik kerja penat sangat-sangat.Nak Rilex sekajap.Hopefully Amai akan main dengan toys dia tapi dia pantang sangat tengok aku baring.Mula lah dia nak kan perhatian kita.Bila dah start merengek minta kita layan dia mula lah aku cair.Manja sangat.Lagipun Amai merengek bukan keluar air mata pun.Drama Queen jekk lebihhh .:)



Bila Amai dan 10 bulan banyak sikap dah mula dia show kat aku.Bila aku dah siap pakai tudung,dia mula lah tersenyum manja,ketawa,jerit-jerit seolah-olah aku nak bawa dia keluar berjalan lah tue.Padahal aku nak pergi kerja je tue.Kadang tue,kesian jugak dengar rengek manja dia tue,aku dukung pusing satu rumah.Baru lah nak diam.Masuk semula dalam kelambu.Diam kadang kala laki aku cakap sambung lagikk tido.


Setiap hujung minggu lepas mandi waktu pagi, kat sini lah tempat lepak  Amai sambil tengok upin ipin.Cerita tu fav dia.Leka sangat kalau dah tengok upin ipin.Amai pengikut daddy.Sebab daddy suke sesangat dengan upin ipin tue .T_T



 
Banyak yang mummy doakan untuk kamu sayang.Moga kamu membesar dengan sihat dan sempurna.Insyallah membesar menjadi anak yang solehah.Taat perintah Allah.Mummy dan daddy love u sangat2.
 
 
Terima kasih sudi baca !!!
 
 

Tuesday, August 19, 2014

Beraya ke Johor Bahru Pulakk

Assalamualaikum.

Semua orang masih dalam mood raya.Begitu jugak aku.Last week aku pergi umah kakak dan abang aku yang sulong.Dua orang nih tinggal di Johor.Selalunya aku akan beraya kesana selepas satu minggu raya sebab pada raya pertama diorang ada kat kampung.Jadi semua kumpul di rumah arwah mak.

tengok lah bodak nihh.dah pandai tak moo gambo.rengek nak turun bawah.

Cik Amai dah pandai tau buat aksi tak moo gamboo.Penat leka kan dia.tapi still tak moo layan daddy mummy dia

Masa nih ambik gambar di rumah abang aku yang sulong.Dia tinggal kat Taman Kota Masai.
Gambar sebelah aku tue akk aku yang sulong.Pompuan yang tepi tu adik perempuan aku yang kecil.


Kami kenyangan time nih.Dah nak gerak balik Batu Pahat.Abang dan kakak ipar ku masak sedap2 masa tue.
Soto.Mee Goreng.Kuih Muih.Kek.Air oren.Akak ipar aku nih kalau tahu kitorang nak datang macam-macam masak
Yang gambar ni semua pose manja-manja gitu.Ni kat rumah kakak aku Taman Selatan,Kulai.
Dia pun masak sedap-sedap hari tu.Kuah kacang,nasi impit.Ayam rendang.

stokin anak aku burokkk sesanagt.Aku pun tak perasaaan weii time nih.Bila gambar dah ambil baru lah perasan kaww.


 

.
Ramai kawan-kawan aku tya make up per nampak lain muka aku?Untuk pengetahuan korang aku jarang bermake up sebenarnya.Biasanya aku pergi opis sapu bedak thanaka jek.Lip tint kaler pink.Bila dah make up tu yang nampak cunn.Cun lah sangat kan???
 
Masa raya aku guna foundation supra kod NB.Tambah lagik bedak arab kod russet.Korang lah bole lah try nanti.Tu je lah yang aku gunakan.
 
Kebiasanya time ada dinner,party,kenduri kawin baru aku ada mood nak bermake up.



 
 
Walaupun luaran ada gembira dalam hati pastinye ada kesedihan.Seriusly aku sangat-sangat sedih raya tahun nih bila tak dapat beraya bersama dengan arwah mak.Mak meninggal aku dengan seribu kesedihan sampai bila-bila. akan aku kenang.Kehadiran Amai membangkit semula semangat aku yang hilang.Patah tumbuh hilang berganti.
 
Aku tetap merindui setiap masa dan ketika.Selangkah perjalanan hidup aku,selangkah tu lah aku merindui nye.Moga roh mak di tempat orang-orang yang beriman.Amin.
 
 
 
Terima kasih sudi baca !!

Thursday, August 14, 2014

Raya Pertama Bertiga

Assalamualaikum.
 
Dah masuk hari ke18 menyambut bulan Syawal aku baru nak update blog.Sibuk sangat dah 2 minggu nih.Hari nih ada free sikit.Tahun ni raya ada meriah dengan tidak meriah.Meriahnya aku dapat beraya bersama anak kesayanagan aku.Bertiga tahun nih tau ! Syukur tuhan memberi peluang untuk memanjatkan doa kesihatan kami bertiga.Tidak meriah bila tahun nih rasa sangat mak tak ada.Aku tak dapat nak menikmati ketupat rendang.kuah kacang dan sayur lodeh buatan mak.
 
Tapi secara jujurnya aku tak rasa dengan raya kali ini.Lagipun arwah mak baru saja meninggalkan aku tiga bulan yang lalu.Nak ambik mood payah weiiii.Rindu mak.Alfatihah.
 
Tahun ni sebelum takbir raya aku pergi menziarahi kubur arwah mak.Semoga mak tenang di sana iyer.Rindu mak sangat.Tuhan aja yang mengetahui.
 
Selesai sembahyang raya.takbir pun abis.Seisi bersalaman bermula.Bermaafan jangan lupe.Setahun hanya sekali jek.Tahun nih aku dapat duit raya dari daddy.Amount rahsia ok !

Tahun nih aku beraya di rumah mak mentua.Semua kumpul sini.Lagipun adik beradik daddy tiga orang saja.Umah arwah mak pun dekat.Tak sampai sepuluh minit dah sampi.Petang lepas solat zohor baru aku beraya di umah arwah mak.Tak yah nak bergadoh dengan daddy setiap hujung tahun.
 
pic wajib setiap kali ada camera dan hp.Amai nak susu time nih.Tu muka blurr jekk
 

ini gambar famili belah daddy.Nampak sangat daddy beso dari ipar duai.kan !

Selfie di pagi raya.Ni anak-anak sedara sebelah daddy.
 
 
kesian ankku tersepit iyer sayang.Daddy time nih tengah setting camera canggih.tak ada pic selfie daaaaa
 
 
tahun nih amai pandai tengok orang aja.Tahun depan dah bole salam mummy dengan daddy tau !
 
Gambar bertiga dari kami.Masa nih kat umah atok belah daddy.Amai makan anggur.Abis 1 bijik dia makan.
Orang makan ketupat dia makan buah.
My Familia.Bertiga.2014.


Banyak lagik pic raya yang ohsemmm.Ini aku ambil dari hp aku yang sedia ada.Nak upload saiz besar.Leceh.Sekarang bila aku update kat blog.Bubuh pic yang sedia ada.Janji aku tulis blog walaupun kadang kala ayat aku mengarut ! hihihi
 
 
Selamat bermarhaban semua !!

Friday, July 18, 2014

Baju Raya Daddy

Assalamualaikum.

Enty blogger hari nih semua mengisahkan pesawat Mas MH17 yang ditembak di Ukraine.Subahaallah ! Allahuakbar ! Al-Fatihah untuk golongan orang islam yang meninggal dalam pesawat tersebut.Rasa sedih bila bulan Ramadan yang mulia nih diberi dugaan sebegini rupe.Aku tumpang kesedihan untuk keluarga mereka.Apakah puncanya hanya Allah saja yang mengetahui.

Meh aku cerita sikit pasal tema baju raya kami tahun nih.Pilihan warna Daddy yang pilih.Daddy pun awal-awal dah reminder aku nak baju cam aaron aziz pakai.Cam model tu lah.Ewww.Nasib baik raya tau b !! Kalau nak pakai mahal-mahal pergi jemputan orang kawin.Memang tak lah jawapan aku.

Sementara tunggu Daddy mandi kite celfie dulu.Laki aku nih kalau mandi punya lah
lama.Sampai aku dengan Amai dah siap.Dia still lagik lambat.Cam pompuan lah b nih.
Nampak sangat peha aku besar sangat masa nih kan.Bulan puasa aku nih berat badan de turun.
Now aku dah 55kg.Nih pun laki aku dah bising.Kena kuruii lagik.Pas puasa kena lah aku pi jogging.
Hari Ahad lepas Daddy ada cakap "Yah kita pergi Jakel tengok baju raya b nak tak?"Minggu depan dah bizi kat kedai."Aku pe lagik bila dah kata pi jalan-jalan shoping raya.Cepat-cepat bersiap.Terus main sepp-ssepp dengan daddy.hihihi."B nak kaler per tahun nih?Kaler orange lah.Nampak garang sikit.Wahhh gitu !!
Ada sorang mamat nih aku dengar lah dia cakap kalau pakai baju melayu Aaron Aziz, nampak segak nampak muda. Macam-macam diorang nih kan.
Bila sampai Jakel Batu Pahat,orang punye lah ramai.Naseb baik aku dukung amai masa tue.Kalau tak aku dah upload vidoe kat sini.Lagik ada offer giler-giler mau taknya orang berpusu-pusu.Amai pun ada merengkek masa tue.Lagipun waktu dia menyusu dan tido.Daddy ko nih kalau dok pilih baju punya lah berejam.Dua jam ada aku rasa dalam Jakel tue.

Akhirnya pilihan hati Daddy Amai baju melayu Aaron Aziz.Tahun ni Zizan Razak bergabung menjadi duta Jakel pulak.Aku tengok ramai orang suka beli.Orang lelaki sekarang beli barang tak ada tengok-tengok harga.Harga baju melayu Aaron Aziz adalah bermula RM110 hingga RM285 sepasang dan dapat butang dan samping percuma.Ada kebaikan sikit kat situ.

Orange tema 2014.Bagi kami bertiga :)

Asal fofular asal glamer.Zasss beli.Cam aku nih aku tak berapa minat baju dah siap nih.Sebab ukuran badan tak sama.Nanti mula lah aku nak adjust,fitting bagai.Walaupun guna sekali dua kali.Aku tetap nak pakai baju raya yang ditempah.Hihihi.

Aku dengar desas-desus ada penciplak plak baju aaron aziz.Pelikss kan manusia sekarang,baju pun ada tipu-tipu kan.hahaha.


Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, July 2, 2014

Happy Belated Birthday Danish

Assalamualaikum.

Happy Besday Danish Yang Ke 5 Tahun.Semoga Danish belajar dengan sungguh-sungguh,menjadi anak yang soleh kepada papa dan mama iyer sayang.

Hahahah.entry dah basi tapi aku tetap nak update sebab tiap-tiap tahun aku akan update besday danish kat blog nih.Besday Danish memang akan disambut setiap tahun,memandangkan dia nih satu-satunya anak lelaki dan sorang.Bila ntah agaknya mama dia nak menambah iyer.Hihi

Sambutan Danish besenya disambut meriah kedua-dua belah keluarga.Aku datang lewat sikit malam tue.Sebab waktu begitu amai sedang lena diulit mimpi.Waktu tidur jarang sekali aku ganggu kecuali time menyusu.
Tengok nih budak turun kereta.mamai.Lena sangat tido dalam kete.

Hahaha.Nak ambik mood amai baru bangun tido.Cak-cak dulu.Masa untuk mummy makan sayang !!
Pewot lapa :P
 
Ini lah Danish anak emas adik lelaki aku.Tiap-tiap sambut besday .Kek pun ikut tema mood dia.Hihihi
Malam tue makan sedap2 sangat.Adik ipar aku memang terror masak.
 
Danish malu-malu kucing.Ramai sedara-mara,sepupu yang datang malam tue.

Amai dah mula panas.Sebab besday Danish tahun nih buat kat luar rumah.Nampak lain sikit tahun nih.Tudung hijau nih anak sedara aku.Mummy dia yang kat atas tudung merah.Dah besar kan anak dia.
Aku je yang lambat kawin.Hihihi
 
 
Insyallah ada rezeki aku pun nak sambut besday Amai.Tapi kena discuss dulu dengan Bos.Dia cam tak beminat aktiviti gini.Apa pun aku akan try nak sambut gak..Hihihi
 
Selamat Berpuasa Semua Blogger !!!