Showing posts with label Bukit Pasir. Show all posts
Showing posts with label Bukit Pasir. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

Makan Sempena Hari Raya

Assalamualaikum.

Hari Jumaat lepas dah janji dengan kawan opis nak lunch sama-sama.Lagipun rehat hari jumaat kan lama..Boleh borak lama sikit dengan diorang nih....of course lah cerita masa hari raya pergi mana...banyak ker duit raya..Berapa pasang baju korang..Kalau dalam opis susah sikit nak popek-popek..Nak ketawa kuat pun malu weihhh..Biasanya masa di meja makan lah kitaorang akan story dan bincang banyak hal...hehehehehe..

Aku awal-awal dah watsapp dekat group nak makan dekat The Windmill Station...Parking pun senang dekat sini..Nak order makan pun cepat sampai..Aku suka sangat makan minum dekat sini..Selesa dan aman..


Hot Honey Lemon RM5.90..


Cheezy Wedges..RM7.50.. Diet lah kunun...pirahhhh !!!!


Bersama kakak sayang..Kak Ana..


Ina dan Kak Faizah...


Banyak story nak cakap dengan Kak Ana nih..Selfiee sat..


Cantik Kak Ana walaupun umur dah banyak... *_*



Diet ku hancusssss....!!!


Kak Faizah, Farra, Ina..


Nampak port kat sini cantik je..Ambik lah gambar sekeping dengan kakak kita nih..



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, December 31, 2015

Cuppacake B'licious Bukit Pasir

Assalamualaikum.

Actually aku pernah makand dekat sini sebelum nih..tapi masa tue aku makan desert dan air buah. bila dah jadi viral pasal air messymilkshake yang kata hang bang sedappp !!! Harus lah ku mencuba..

Dekat Cuppacake nih ada 4 jenis air jenis messymilkshakes nih..Korang boleh pilih ikut tekak korang nak rasa macam mane..Aku pilih rating tertinngi aitu Brownies Chocolate Milkshakes..Rasa dia jugak tak..tak berapa nak manis.sebab dekat dalam ada ice batu sikit..Makan kena cepat sebab dalam pun dia ada bubuh ice cream chocolate..


Brownies Chocolate Milkshakes RM10..Aku minum kongsi..ini pun ta abis..Sudah nya kawan aku yang tolong settle..Sebab ai bukan pencinta Chocolate..hihihihi



Teringin pulak nak makan Laksa Penang..RM7.90..Portion dalam ya ampun..banyak giler..pun aku ta habis nak makan..

 
Nasi Lemak Sotong King RM10..Makan sotong pun terhengeh-hengeh nak perhabiskan..Besar giler sotong dekat Cuppacake nih..
 

Banyak menu yang sedap dekat sini..Korang boleh lah cuba..


Minuman pun diorang dah upgrade..Tambah untuk menarik pelanggan merasai pelbagai jenis makanan dan minuman..


Manggo Chese pun ada..Yang mengidam tu boleh lah cuba dekat sini..Ingat nak ambik satu slices desert tapi kekenyangan dah menguasai perut ai..Cancel lah...
Next time bole cuba desert pulak..


Aku datang masa nih orang dah full table..Nasib ada makcik tue siap makan terus bayar..Dapat lah makan..Lunch hour memang ramai makan dengan dekat sini..


Saya Tuan Belog sedang menikmati Laksa Penang dan Brownies Chocolate Milkshakes..



  Alamat :     Cuppacake B'licious Cafe
                     No.39 Jalan Flora Utama 5 Tmn Flora Utama 5
                     83000 Batu Pahat, Johor


Terima kasih sudi baca !!!
 

Monday, April 13, 2015

Restaurant Madinat Hadramawt

Assalamualaikum.

Actually dah lama nampak restaurant Arab nih dekat Bukit Pasir.Selalu je lalu-lalang menyinggah je yang tak pernah.Laki aku pulak kalau bab mencuba makanan ker, restaurant ker mau dia tak nak lah.Biasanya aku pergi pun dengan kawan-kawan opis aku je lah.

Secara kebetulan malam Sabtu tue,laki aku pergi kedai alatan memancing bersebelahan dengan restaurant Arab nih terus lah kakak ipar aku ajak minum kat situ.Dalam hati aku, nampak pulak makcik nih kedai makan mesti dia nak cuba.Nak suwoh kami tunggu dalam kereta mau nya panas bontot baik minum makan-makan lagi syok.

Restaurant Nasi Arab ini terletak di kawasan Bukit Pasir, Batu Pahat. Gambar di bawah sumber di google.Mohon maaf iyer tuan tanah pinjam gambar di bawah ini.Hihihihi.


Malam macam nih lah situasi keadaan restaurant tue.Ada signboard cahaya yang menarik perhatian pelanggan yang lalu lalang dekat situ.Malam hari tue, aku pergi ramai sangat orang.Malam minggu lah katakan.Mungkin kalau malam ramai lah orang.Siang kurang sikit.Nasib ada table 2 yang kosong.


Tengok lah manje nih pantang nampak tisu, mula lah nak kirai-kirai.Tak bagi kang menjerit satu restaurant.


Manje dan mummy :)


Yang ini lah kakak ipar aku yan first.Lawa kan?Yang sebelah dia tu anak paling bongsu.Shidah namanya.Dialah yang selalu main pondok-pondok dengan manje  


Malam tue , aku order Lamb Kebab.Sedap aku rasa Lamb Kebab nih.Portion ok lah.Kenyang jugak makan.Aku jamah sikit-sikit je.Lagipun aku dah makan kat rumah magrib tadi.


Datang sekali dengan roti arab tue.Sebenarnya aku tak berapa suka makan nasi arab tue.Maybe rempah tu kuat sangat kot tapi kalau order macam kebab, westerns sure tak ada masalah.Jam pun dah nak pukul 10, tak sesuai sangat makan berat-berat dah malam kan.Next time cube makan Nasi Arab kat sini pulak iyer.


Yang ini desert penutup untuk malam yang ala-ala Arab malam tue.Aku jamah 2 sudu kecil je.Manis ya ampun.Laki aku yang habis kan satu mangkuk ni.Nama dia lupa lah.Arab kan nama makanan pun pelik-pelik.Nak ingat pun payah.Dalam ramuan pisang campur pulut.Kuah dia macam susu cair , yogourt masam-masam manis.Aku tak bole nak telan tapi laki aku pulak yang suka.

"B kang kena kencing manis baru tahu !! Alah bukan selalu makan manis pun?hah bukan selalu??"


Yang ini air gas orang Arab.Barbican namanya.Laki aku pilih flavour raspberry.Aku first time rasa.Rasa memang sedap.Terbaik air ini.Next time cuba flavour pulak.


Manja nih makan pun nak suap sendiri dah sekarang.Pantang nampak orang makan.Mesti nak nyumm.nyumm.nyumm.Nampak iklan pun gitu gak.



Pada pendapat aku, Restaurant Arab nih harga pun berpatutan.Sesuai portion makanan dengan harga.Kalau sesiapa yang suka makan nasi berempah aku cadangan kan makan kat sini.Terbaik !
Yang penting tak ada GST !!! Hahahahahahahaha.



Terima kasih sudi baca !!