Showing posts with label riadah.weekend. Show all posts
Showing posts with label riadah.weekend. Show all posts

Wednesday, May 6, 2015

Esah Selamat Bertunang !

Assalamualaikum

Cuti empat hari tue, aku tak ada planning jejalan ke mana pun.Lagipun laki aku buka kedai rugi tak bukak sebab ramai orang balik ke kampong sempena cuti lama tue kan.Hrmm.Jangan ingat aku memerap ke rumah je ehh..silap tue, aku pun kena join sekali tolong laki aku kat kedai.Hrmmmm.Sepanjang cuti empat hari banyak jugak aktiviti selain bertemu dengan saudara-mara.Hihihi

Cousin aku Esah selamat bertunang 1 Mei hari tue.Selamat jugak minah nih.Dulu dia nih lah pengapit masa aku kawin.3 tahun berlalu sudah.Tup-tup minah nih dah nak taweennn.Pertunangan hanya setahun sehidup.Alhamdulilah.


Wei nok kita sama tinggi lah wupenye..Esah nih sepupu belah arwah mak aku.Kira nya arwah mak dengan mak Esah nih adik beradik.Arwah mak anak yang sulong.Kat rumah ini lah tempat kita bermain masa zaman kanak-kanak.Arwah atok selalu upah ice cream malaysia.Kalau ingat-ingat mau tak sedih kan.Semuanya berlalu dengan pantas.


Nok pas nih ko dah jadi tunang orang.Jaga diri tue sikit tau.


Atucara sarung menyarung cincin.Ramai jugak rombongan belah lelaki nih.Meriah sungguh aku tengok Esah punya majlis sebab dia anak paling last.Tu yang buat meriah walau pun sederahana.Makanan dan desert pun bole tahan.



Bersama kakak ipar.Berseri sikit muka ko nok.Make up semua sendiri pelamin,gubahan semua sdn bhd.Terror jugak minah nih.


Hantaran belah lelaki dan perempuan.Yang ini pun sendrian berhad.


Pelamin pun Esah DIY jugak.Bunga je yang sewa.


Bersama anak-anak saudaraku yang sado-sado.




Manje kat rumah sini dia lah paling hulk.Habis semua dikerjakan.Hrmmmm.Dia dah bijak sikit akal pun dah banyak.

Bersama kakakku yang tersayang.Belah kiri aku tue.Kakak esah yang tua sekali.


Adik beradik JDT.Muahhh sikitttt.


Sementara tunggu belah lelaki sampai.Kelek baby debab nih.Wangi bau baby nih.Nikmat.


Yang ini anak sepupu aku.Montel.Pegang pun mantap badan.Pegang sekejap jek pastu manje merengek nak duduk sama mummy dia.Tak bagi mummy kelek orang lain.


Terima kasih sudi baca !!


Monday, March 30, 2015

Layan KFC Zinger Rice Wrap Bersama Kak Uda

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, kak uda aku call ajak aku makan kfc yang baru tue.Akak tengok dalam tibi keluar air liur lah dik.Tolong bawa akak bole tak?Anak-anak akak pun dah lama tak makan kfc.Bila ada orang nak belanja terus bersiap cepat-cepat tukar baju manja.Secara kebetulan sabtu tue aku off day, boleh lah layan kakak aku tue.

Ini kakak aku nombor 3.Kak Uda namanye.Orang selalu cakap muka aku dengan kakak uda aku nih sama.Iyer ker?Aku rasa tak kot tang hidung aku lagi besar dari dia.Kakak Uda aku nih comel je.Rendah tak tinggi macam aku nih.Ewahhh, puji diri sendiri nampak nya tue.Hihihi.


Kesian manja lapa iyer nak.Pantang nampak wedges dengan kentang putar.Habis licin makan dibuatnya.



Tengok manja ai nih dah mula menunjukkan kegedikan dia.Orang ajak gambar sama mula lah show yang bukan-bukan.Gigit kang !



Zinger Rice Wrap nih aku rasa biasa je.Tak ada sedap mana pun.Cuma ada nasi dengan ketulan ayam di dalam lempeng tue.Hah?Lempeng??

Portion dia ok lah ngam-ngam untuk makan sorang.Kalau kebulur makan sebijik wrap nih sure tak cukup.Kecil je saiz wrap nih.


Beli rice wrap tue dapat air mountein dew.Aku order yang set bersama kakak uda.Anak dia makan nasi yang ada ayam dengan burger.


Hidangan yang lazat.Lama tak makan ayam kfc tue.Sekali dapat makan.nyum-nyum.hihihi




Mummy dah bole balik belum?Amai nak main playground kat sana tue lah.Bole tak mummy??


Suhaila nih anak kakak aku yang bongsu.Anak dia dua orang je.Pandai Suhaila ambik hati si manja tue.Bawa gi playground tak balik stop main.Busuk muka terus nak balik.


Anak kakak aku yang first tue.Anak dia dua-dua perempuan.Besar kan anak dia.Malu-malu kucing kunun.Tak nak bergambar


Yang nih bungkus bawa balik.Tamak ker nih??Kakak aku nak bagi mak mentua dia.Aku pun ada bungkus kan laki aku dengan mak mentua aku sekali.Suhaila ada bawa balik burger untuk ke asrama.


Manja dah kenyang.Nak tidur kan.Manja kalah betul dengan puting dan selimut frozen.Asik nak tidur je kalau ada dua item tue.


Jom balik.Dah kenyang nih.Cam mahu zzzz.Boleh ker drive??hihihihi.




Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, March 12, 2015

Buai laju-laju

Assalamulaikum.

Buai ku laju.Buai ku laju.Aku nak kawin dengan anak raja.Lalalalalalalalala.


Anak raja lah sangat manja.Awak tue anak emas bole ker kawin dengan anak raja?Hahahaha


Daddy buai lah lagi.Napa behentik niih??


Yeahhhh !!! Buaiku lajuuuuuu.

Manja dah setahun empat bulan dah.Kejap je manja dah nak masuk 2 tahun.Kalau boleh tak nak manja besar-besar.Biar macam nih boleh ta??

Nampak perubahan manja semakin besar dengan sihat, friendly cam mummy dia jugak, mulut dia pun dah semakin bising cuma mummy kadang kala tak faham jerk bahasa Jerman awak tue.


Manja mummy nih kuruihhh pluss meninggi.Dia banyak ikut laki aku.


Anak manje emas daddy Amai nih.



Tengok ada kanak-kanak main.Amai dah tunjuk dah sini pulak.


Main gelongsorrrr.


Masuk dalam gelongsor terowong nih Amai ada takut sikit.Mula-mula je eksen semacam nak naik.Sekali dapat menjerit satu tasik y nih.Hihihihi.Daddy pulak suka menyakat dia.


Penakut macam daddy dia jugak nih.Hihihihi


Haus lah mummy.Minum duluuuuu !!! Kebiasannya bila keluar rumah aku akan bekal kan air masak untuk Amai.Lagipun dia suka minum air masak nih.



Teringat arwah mak zaman kecik-kecik dulu rajin nyanyi kan lagu buaiku laju.Buai pun buat sendiri bawah pokok rambutan.Bila petang aku adik beradik semua kat situ.Semuanya tinggal kenangan.Masa berlalu begitu panas.Arwah mak pergi pun dah nak hampir satu tahun.Rindu mak !
Al-fatihah ...



Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, January 24, 2015

Riadah Tasik Y

Assalamualaikum.

Hari weekend lepas laki aku sibuk ajak jogging.Lagipun aku dah lama tak excersive.Badan aku dah cam ikan buntal.Aku selalu cakap dengan laki aku, faktor hormon orang dah bersalin dah malas nak fikir kuruihh.Janji aku sihat sudah lerr.Laki aku pulak kuat cycling.Acaner tue??Coming soon insyallah aku pun nak join cycling tunggu Amai besar sikit.Ngeh2ngeh2

Dengan berkejaran dengan Amai setiap hari dah banyak peluh aku keluar tau.Dalam dua tahun jugak aku tak jejak sini.Rasanya lepas aku kawin sampai lah sekarang.Bila dah ada anak hujung minggu aku habiskan bersama.

Sampai Tasik Y orang dah ramai beriadah bersama anak-anak dan famili.Aku uzur pulak minggu nih,nak berjogging memang lah ke laut kan.Laki aku pun malas nak jogging.Orang dah ramai masa tue.Ambik angin bawa Amai kenal sikit dunia luar.Seronok dia nampak kawan-kawan sebaya dengan dia dah berlari-lari ke sana sini.


Percubaan naik binatang.Nampak respon amai ok je time tue.Naik pun tak moo turun dahh.Jenuh laki aku pujuk tak moo merejek.


Eehhhh tak moo turun lah mummy.Kat umah beli lah seekor cam nih!! Hari-hari Amai nak naik tau !!


Alamakkkk !! terlebih sekseyyy anak mummy nih.Respon tak like amai naik nih.Kalau ada kawan jadi jugak dia.Dia tak moo pandang camera ramai kanak-kanak kat tepi situ.Bajet nak kawan dengan awak ker dik??Diorang semua dah besar-besar tau.Awak je cinonett jek.


Masa naik deakt sini.Dah pandai tunjuk belakang gambar binatang tue.Main tunjuk je.Nak sebut bahsa Jerman mana lah mummy faham sayangg.




 Asik leka betul tengok kanak-kanak sekeliling.Amai pertama kali riadah kat sini.


Pagi-pagi dah kejut sampai sini.Mata tue cam nak sambung tidur jee tengok gayanya.


 Toleh kanan kiri anak mummy nih.


 Bapak budak pun join sekali main buai.Acaner tue???


Mummy lain kali bawa amai pergi taman nih lagi tau.Besh lah.Ramai kawan-kawan kat sini.
Insyaallah iyer sayang.Tunggu daddy free kita pergi sesama iyer.


Terima kasih sudi baca !!