Showing posts with label Harta Dunia Akhirat. Show all posts
Showing posts with label Harta Dunia Akhirat. Show all posts

Thursday, April 2, 2015

Amai Satu Tahun Lima Bulan

Assalamualaikum.

Lama sangat dah tak cerita perkembangan Manje ai kan.Bukan tak nak share tentang Manje ai  nih.Nant ada orang cakap asik cerita pasal anak dia je.Macam dia sorang je yang ada anak kan?Hihihi.

Alhamdulilah.Manja dah sampai satu tahun lima bulan dah.Syukur dia membesar dengan sempurna.Sakit demam tue biasa lah.Semua kanak-kanak akan mengalami situasi tue.Perkembangan sekarang yang ketara sangat kat dia :


1) Lepas mandi mesti tarik tangan mummy dia tuju terus tuju depan pintu, tunjuk selipar/kasut kereta dan bawa dia jalan-jalan.Seround pun jadi lah.Kalau tidak merengek tak sudah-sudah.Bagi mainan pun tak jalan.Nak tak nak bawa kan jugak lah keluar rumah.Yang penting mesti naik kereta.

2) Kalau panaskan bubur dah tahu dah sebut nyam...nyamm.. mamam..mamam..

3) Semua orang dalam rumah semua dia kenal.Tanya mak mane manje?tunjuk muka mak.Tanya atok mane manje?Tunjuk muka atok.Tanya daddy mane?Tahu daddy dia.Tapi bila tanya mummy mane sayang??Respon sangat zerooooo.Tunjuk pun tak, muka alih ke muka aku pun tak..Hrmmmm kecewa sangat dia tak kenal mummy dia nih..Huwaaaaaaa.Blur sangat bila tanya mummy mana.Haahh macam mane tue?Korang ada petua tak?

Kiut manja buat mulut cam tue tau !! Macam nak gigit rasanya.





Masa nih ambik Manja dari rumah kakak ipar aku.Satu hari dia kat sana.Tak nak balik.Bapa mentua aku ajak balik.Geleng kepala naknaknak.Sebab rumah kakak aku ada anak dia 3orang.Manja ada kawan lupa mummy dia kat rumah.Sampai sana kakak ipar aku dah siap mandikan dia.Sudah nya pakai lah baju lelaki awak sayang.


4) Makanan paling dia gemar sekarang kerepek atau keropok ikan.Biasanya aku akan beli timbang keropok ikan tue.Habis berkeping-keping minah nih makan.Kalau kerepek pisang pun laju semacam je makan.Bagi mangkok letak berkeping-keping sekejap lagi datang dapor mintak lagi.Aku pun ada limit nak bagi dia makan, kesudahaannya bubur nanti dia tolak ke tepi.

5) Kalau aku nak pergi kerja dah tak ada melalak sangat cam dulu.Sampaikan aku ambik dia keluar bilik, dukung dia satu rumah dulu tak nak biarkan dia menangis lelama.Aku pulak jenis tak sampai hati nak tingalkan dia.Kekadang dulu tue, menitis air mata aku nak pergi keje.Merayu-rayu nak keluar kelambu.Pergi kerja pun lambat.Sekarang kalau aku salam laki aku sebelum pergi kerja, dia terjaga baring mata pusing-pusing tengok aku.Tengok je aksi aku sambil tue aku cakap lah."manja mummy pergi kerja tau, petang balik main sesama-sama iyer".Diam je.Dah tak nangis punnn..Hilang stresss aku kat situ.Alhamdulillah.

Nampak nye tue je lah perkembangan manje setakat nih.Dah nak sambung kerja yang melambak nih..Bai2.




Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, August 19, 2014

Beraya ke Johor Bahru Pulakk

Assalamualaikum.

Semua orang masih dalam mood raya.Begitu jugak aku.Last week aku pergi umah kakak dan abang aku yang sulong.Dua orang nih tinggal di Johor.Selalunya aku akan beraya kesana selepas satu minggu raya sebab pada raya pertama diorang ada kat kampung.Jadi semua kumpul di rumah arwah mak.

tengok lah bodak nihh.dah pandai tak moo gambo.rengek nak turun bawah.

Cik Amai dah pandai tau buat aksi tak moo gamboo.Penat leka kan dia.tapi still tak moo layan daddy mummy dia

Masa nih ambik gambar di rumah abang aku yang sulong.Dia tinggal kat Taman Kota Masai.
Gambar sebelah aku tue akk aku yang sulong.Pompuan yang tepi tu adik perempuan aku yang kecil.


Kami kenyangan time nih.Dah nak gerak balik Batu Pahat.Abang dan kakak ipar ku masak sedap2 masa tue.
Soto.Mee Goreng.Kuih Muih.Kek.Air oren.Akak ipar aku nih kalau tahu kitorang nak datang macam-macam masak
Yang gambar ni semua pose manja-manja gitu.Ni kat rumah kakak aku Taman Selatan,Kulai.
Dia pun masak sedap-sedap hari tu.Kuah kacang,nasi impit.Ayam rendang.

stokin anak aku burokkk sesanagt.Aku pun tak perasaaan weii time nih.Bila gambar dah ambil baru lah perasan kaww.


 

.
Ramai kawan-kawan aku tya make up per nampak lain muka aku?Untuk pengetahuan korang aku jarang bermake up sebenarnya.Biasanya aku pergi opis sapu bedak thanaka jek.Lip tint kaler pink.Bila dah make up tu yang nampak cunn.Cun lah sangat kan???
 
Masa raya aku guna foundation supra kod NB.Tambah lagik bedak arab kod russet.Korang lah bole lah try nanti.Tu je lah yang aku gunakan.
 
Kebiasanya time ada dinner,party,kenduri kawin baru aku ada mood nak bermake up.



 
 
Walaupun luaran ada gembira dalam hati pastinye ada kesedihan.Seriusly aku sangat-sangat sedih raya tahun nih bila tak dapat beraya bersama dengan arwah mak.Mak meninggal aku dengan seribu kesedihan sampai bila-bila. akan aku kenang.Kehadiran Amai membangkit semula semangat aku yang hilang.Patah tumbuh hilang berganti.
 
Aku tetap merindui setiap masa dan ketika.Selangkah perjalanan hidup aku,selangkah tu lah aku merindui nye.Moga roh mak di tempat orang-orang yang beriman.Amin.
 
 
 
Terima kasih sudi baca !!

Friday, May 16, 2014

Vapor Balm

Assalamualaikum

Sepanjang Cik Amai selsema ari tu aku dah mula risau sangat.Punca time malam asik terbersin jek.Kadang kala 1 jam 2 3x akan bersin.Mau tak nye aku naik risau kan.Kang bile hingus meleleh lagi lah banyak hal.Bila aku google kat internet ramai rekemen aku gune brand Children Vapor Balm 21st Century.Aku nak cegah sebelum terlambat.Nanti bila hingusan meleleh menyusu pun dah tak mahu kan.Lagi lah payah.

Everynite aku akan sapu di dada dan di belakang Amai sambil berselawat 3x.Biasanya aku sapu selepas mandi dan masa nak tido.Alhamdulilah 3 hari berturut-turut aku sapu Amai tido dengan aman.Kalau tidak dekat 1 2 jam nangis.Hidung tersumbat cam mane nak nafas kan.Tu yang dia asik bangun tido.Kesian anak mummy nih.


Vapor Balm Children 21st Century ini adalah berasaskan strawberi yang melegakan hidung tersumay,batuk dan sakit otot yang berpunca dari demam selsema.Balm nih bagus sangat.Mesra baby tau !! Bile bubuh kat hidung baby tak pedih kat mata dan tak panas.
Bila malam cium Amai bau gula2 gitu !!

Alhamdulilah..dah baik flu.Bile kena aircond kete sejukk.Still ok jek.Reben amai besooo lahh mummy
Nampak amai dah besoo akaii dah .Bila ambik hp mummy dah tahu dah nak gambooo sama :)
Vapor Balm tu korang bole dapatkan dekat farmasi.Masa aku beli hari cume RM 8.90 je.
Highly recommended to u all mommies out there ya :)

Terima kasih sudi baca !!!
 

Saturday, March 8, 2014

Amai 4 bulan

Salam,

Sekian lamanya tak menulis.Ini lah jadinya.banyak sangat idea nak menulis,tiba2 lupe plak..hihi

Alhamduliah..cepat masa berputar dan masa berlalu.baby dya dah mencapai empat bulan lebih.Situasi dah berubah-ubah.Yang paling ketara bila nak menonton tibi semuanya dah tolak ketepi.Balik kerja urusan baby dulu baru lah urusan kerja rumah.Nasib baik ada mak mentua bole tolong masak setiap hari.hehe..masa terlalui mencemburui dya sekarang tau.Walaupun letih tapi dya bahagia dengan kehadiran si comel nih tau :)


mummy bertambah jatuh cintan beribu2 bila sudah menunjukkan reaksi senyuman yang menawan
hihi

pengarang jantung mummy amai nih :)
 
amai dah pandai bermain dengam objek sendiri.

Amai pun dah pandai mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan.Bila berpusing dari baring telungkup kepada telentang maka tidur lah amai dengan lenanya.Kadang kala sampai 1 jam dya biarkan dia tidur cam tue tau


 Nota : lain kali update pic baby amai lagik iyer..oleh kerana tak tulis..jadi blur plak..hihihi