Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Friday, January 30, 2015

Lunch TWS Windmill Station

Assalamualaikum.

Biasanya hari Jumaat pening sikit nak makan pe.Dah lah rehat lama tau.Mau nye aku nak duduk opis lama.Bodak opis aku nih kalau hari Jumaat sepi giler.Semua keluar lunch.

Last minit semua watsup tanya nak keluar tak?Nak makan kat mana hari nih?Pakat-pakat kumpul lah lima orang minah-minah yang cun melecun.Bedezup watsup diorang nih pasal makan tau.Laju jeee.
Biasanya hari Jumaat ada kelepasan pakai baju kurung.Aku je nih kekadang malaii nak iron.Geladah gobok.

Jangan ikut disiplin saya iyer T_T.Hahahahaha.

Dekat sini lah lokasi lunch kami.TWS ini makanan dia sedap-sedap.Aku paling suka makan fish n chip dia.Yang tue aku dah try makan tapi hari tue aku try Nasi Pataya.Aku ambik set lunch.Sebab yang lain cam dah biasa je nampak.Lagipun aku dah lama tak pekena Nasi Pataya nih.


 Nampak kan kegemukkan aku kat situ !! Sedihhh T_T


Ramai yang puji cakap baju aku tantek blouse jubah hari tue.Aku beli murah je lee.Aku beli kat nile.com.Korang kalau rajin pi lah google situ.Aku pilih saiz L.Rasa besar pulakkan.Aku ingat raya tahun nih pun nak melaram kat situ.Murah.Online.Postman hantar.Jimat minyak aku.hehhehehe.


Ni lah kawan-kawan opis aku.Cantik kan?Kitaorang semua tak sama department.Masa nih gosip banyak tau.huhuhuhu.

Aku rasa kenyang sangat makan time tue.Portion dia punye lah banyak.Gelas pun besar giler.Tak habis aku minum.Kesedapan tue bese-bese je aku rasa.Aku jarang makan nasi time lunch hour.Padat dan penut pewotku.

Ni Kak Asnah.Kakak kesayangan aku nih tau.


Mummy Amai yang uhhhhh !! :)


 Dah kenyang yokkk balik opis.Masa dah time nih dah.


Dah nama nya mummy amai.Of course lah nak ootd.Salam Jumaat semua.


Terima kasih sudi baca !!!



Tuesday, June 24, 2014

Stokin Soka


Assalamualaikum

Berbulan-bulan dah guna stokin soka ini,sekarang baru nak update kat blog.Kesian betul ko nih dya.Ketinggalan zaman.Aku nak sharing kat blog ini sebab aku dah menggunakan lebih tiga bulan dan paling besh ianya sangat2--sangat comfortable.

Paling suprise aku pun dah berhijrah memakai stokin dari mengandungkan Amai sampai lah sekarang.

Hidayah yang Allah beri sentiasa berperingkat.Syukur.Aku akan terus mencari dan mengejar hidayahnya dan lagi.Insyallah.

Alhamdulilah,mudah-mudahan penghijrahan aku kali ini kekal sampi bila-bila.

lihat kakiku ini semakin kurus kan :)

aku cuba beli 3pasang je owner nih baik bagi aku free satu yang belang2 tue.
Tq dear :)
Comell sangat aku rasa bila pakai.Kain pun ok tak panas.Better pilih tebal sikit sebab tak mudah koyak.Kaler pun cam2 ada.Aku beli online kat instagram jek.Korang bole pilih kat situ
Nama IG Stokin Soka ini Nor_azmuha 014-2946474.Bole whatsapp.hihi
 
Tapi majoriti dah ramai yang gune wupenya.aku je yang tak perasaan.

Friday, December 21, 2012

Menu baru di KFC...

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

KFC Hot & Spicy Shrimp

dya dah makan lunch tadi..cume tambah udang jek..3 ekor..yang lain sama..harge plak bole tahan..
walhal udang saja hoooo :D

Cakap-cakap : dya mengantuk tahan gaban ultaromen nih..maybe makan ayam goreng banyak kot..glupp !!

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, June 28, 2012

Persahabatan yang Murni

Assalamualaikum...

Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abad ini amat memerlukan pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka padanya makan kita pasti mahu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya.Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia bole memusnahkan sebuah erti persahabatan.tiba-tiba dya teringat zaman2 sekolah yang sangat besh ! Kenangan yang tidak dapat dilupakan :)

Paling penting :-
1)Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

2) Tutur kata yang baik dan dipenuhi dengan unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik serta contoh kepada orang lain.

3) Jika kita mahu dihormati maka kita terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluanya.Yang ini dya de tau ! series..larikkkk!!!.Dari ini akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan setersunya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.



Ingatan : Sahabat yang soleh itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau mendapat bau harumnya, Dan sahabat yang jahat itu maka engkau akan terkena asapnya.


Terima kasih sudi baca !!!