Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Mendung Tak Bererti Hujan...

♥♥Assalamualaikum♥♥♥


Dalam hidup..Bukan masa wujudnya tautan dua hati je nak merasa "mendung" berbagai...

Sebab kala menjalani erti kehidupan,WUJUDnya mentari dan pelangi pun masih dikira sebahagian ujian..

Untuk menguji sejauh mana hendak dipertahankan kebahagian itu ke dalam kehidupan..

Dan terkadang...biar mendung mendapatkan rahmat Allah..

Dari menyinarnya mentari membawa bahagia yang belum tentu Allah redha !!!

Sejenak..renung-renungkan dan selamat beramal...

Tabarakallah...


Terima kasih sudi baca !!!



Wednesday, December 19, 2012

Usah terpengaruh kiamat Jumaat ini~21/12/2012

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Umat Islam tak boleh percaya ramalan, perlu ganda amalanUmat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.

Katanya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-Nya.

Namun, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat ataupun hari pembalasan, tetapi tidak perlu meramalkan bila ia akan berlaku.

Tanda kiamat sudah dinyatakan buat persiapan

“Tanda-tanda kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan sebagai persiapan untuk manusia menghadapinya. Kiamat ada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan menghadapinya.

“Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita perlu sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kiamat kerana ia bakal terjadi.

“Ia adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas polemik mengenai hari kiamat, yang mengikut Kalendar Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember ini.

Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di negara ini termasuk umat Islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.

Mohamad Shukri berkata, jika umat Islam mempercayai ramalan kiamat, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.

Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat


Cakap-cakap : dak2 opis dya dah heboh pasal jumaat ini kiamat lagipun kaum chinese..siap lilin,makanan bagai lah..pe lah..dya percaya hari kiamat akan ada but hanya allah saja yang mengetahui bila dan dimana ianya berlaku..iyer dak??


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, November 6, 2012

Usah bercinta dengan isteri atau suami orang...

Assalamualaikum..^^

my husben yang bukan somi orang wokey..hihihi
lap u dunia n akhirat ;)

CINTA dan kasih sayang itu anugerah. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak Allah Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (wudda) dalam hati mereka. (Maryam, ayat 96).
Apakah maksud cinta? Cinta sebenarnya adalah perasaan yang muncul dalam diri apabila berhadapan dengan satu situasi sahaja iaitu memerlukan.
Lantas, apabila diri memerlukan dan diperlukan, usia, rupa atau pangkat bukan lagi halangan. Sifat cinta adalah bebas tanpa alasan. Paling penting, sama-sama memerlukan seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14, Allah SWT menyebut tentang cinta iaitu keinginan: "Diperhiaskan (pada pandangan) manusia kecintaan terhadap apa yang diingini."
Haram, harus dan makruh
Bertitik tolak daripada kedua-dua dalil mengenai cinta inilah, setiap individu mendambakan cinta. Hari ini, kisah percintaan antara seorang wanita dengan lelaki berstatus suami orang merupakan cerita biasa, malah kisah cinta antara seorang lelaki dengan wanita berstatus isteri juga bukan luar biasa.
Hakikatnya, syariat telah menentukan haram bagi lelaki mencintai isteri orang dan haram juga bagi wanita yang masih sah menjadi isteri orang, atau masih dalam idah, atau masih menjadi tunangan orang, untuk bercinta atau menaruh perasaan terhadap lelaki lain.
Hukum haram meminang perempuan yang telah menjadi tunangan orang lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya." (Hadis Riwayat Bukhari).
Kalaulah mengambil tunangan orang menjadi haram, apatah lagi isteri orang.
Berbeza pula jika wanita yang bukan isteri orang bercinta dengan lelaki suami orang, tidak menjadi haram tetapi ada dua hukum yang berkaitan iaitu harus atau makruh.
Harus jika si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu kekal melaksanakan tanggungjawab yang wajib dan perlu kepada isterinya dan anak-anak.
Makruh pula jika setelah mengenali dan mencintai anda telah menyebabkan lelaki itu tadi sengaja melalaikan dan mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib dan perlu kepada isteri dan anak-anak.
Makruh juga jika anda maklum, si lelaki yang anda cintai dan mencintai anda itu tidak mampu untuk menjadikan anda isterinya yang sah menurut syariat. Ia sama ada si lelaki tidak layak berpoligami ataupun tidak berniatpun untuk menjadikan anda isterinya kerana tidak mahu mengambil tindakan yang boleh menyakiti hati isterinya yang sedia ada.

Faktor pencetus cinta yang salah
Dalam kebanyakan kes, faktor utama pencetus cinta salah dan terlarang ini ialah perkongsian masalah diri. Ada suami orang yang berkongsi kisah dengan kawan wanita. Ada juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan kawan lelaki dan tidak kurang juga isteri orang yang berkongsi kisah dengan suami orang.
Mulanya hanya simpati dan berusaha memberikan nasihat dan pandangan tetapi akhirnya simpati bertukar menjadi jatuh hati. Perkongsian demi perkongsian menyebabkan timbulnya rasa keserasian dan saling memerlukan.
Rasa serasi dan jatuh hati akan lebih mudah terjadi jika seseorang itu mampu melihat kelebihan yang ada dalam diri kekasih baharu berbanding pasangan sedia ada.
Ditokok tambah dengan kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri pasangan menjadikan seseorang itu buta hati. Maka, apabila seorang suami orang atau isteri orang itu dilayan lebih baik biarpun hanya secubit rasa, segala-galanya akan dirasai lebih nikmat dan bahagia berbanding bersama pasangan sendiri.
Mereka juga akan rasa lebih selesa dan selamat apabila kehendak yang selama ini tidak dipenuhi oleh isteri sendiri atau suami sendiri, mampu dilaksanakan sebaiknya oleh si kekasih.
Dalam kebanyakan kes, pasangan tidak pernah dimaklumkan mengenai kesilapan diri yang perlu diperbaiki agar mereka kekal dikasihi. Hal ini menyebabkan mereka terus tertanya-tanya dan tersalah memberikan layanan yang sepatutnya.
Keadaan layanan taraf lima bintang daripada si kekasih 'rahsia' ini menjadikan suami orang atau isteri orang merasai nikmat cinta terlarang. Adakalanya mereka sendiri sedar bahawa tindakan mereka menyalahi moral masyarakat dan kehendak syariat.
Di samping tiga faktor pendorong ini, sebab utama ialah kerana tiada niat yang ikhlas ketika mendirikan rumahtangga. Niat yang ikhlas bermaksud bersedia untuk menerima pasangan seadanya, susah senang bersama-sama dan sama-sama mahu memperbaiki diri demi keharmonian rumah tangga.
Niat yang ikhlas ketika berkahwin perlu sebab keikhlasan yang wujud boleh mendorong seseorang menerima kelemahan pasangan dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut bersama-sama dan bukannya dengan melakukan kesilapan yang sama.
Hindari cinta salah
Sebagai langkah pencegahan, perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah berterus terang, berbincang dan cuba atasi segala masalah yang ada bersama pasangan.
Rata-rata isteri akan setia kepada suami kecuali apabila merasakan ada orang lain yang lebih memahami atau lebih bersikap melindungi.
Sebaik-baiknya, apabila isteri merasakan ada yang kurang dalam layanan suami, isteri perlu berterus terang dan suami pula perlu bersikap terbuka. Sama juga jika suami berada dalam situasi yang sama. Berbincang dan berterus-teranglah dengan isteri.
Ketepikan ego seketika, isteri anda pasti memahami anda jika diberikan peluang kepadanya. Jika masing-masing sayangkan perkahwinan, ikhtiar dan usahakan jalan penyelesaian.
Paling penting, elakkan berkongsi masalah anda terutama masalah rumah tangga anda dengan rakan berbeza jantina tidak kiralah apa juga status dirinya.
Jangan sangka suami orang lebih memahami atau isteri orang lebih mengerti. Pengertian dan pemahaman yang anda dambakan sukar bersifat profesional jika perkongsian berlaku hari ke hari dicampur rasa simpati yang tinggi.
Tiada istilah teman tapi mesra dalam sebuah rumah tangga jika kemesraan itu mampu mengoyak jiwa dan emosi pasangan anda.
Kita sentiasa diberikan pilihan maka berhati-hatilah dalam memilih agar pilihan yang dibuat tidak menjadikan kita hamba yang derhaka kepada-Nya.


Cakap-cakap: Kami bahagia dengan kehidupan somi isteri..kalau de tercalar pun sikit jek..tak macam masa berkawan dulu..berdarah sehhh..sape2 penah merasai nya...kan?kan?doakan yang terbaik untuk kami iyer...

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, October 24, 2012

120 penampar dalam 1/2 jam...

 Assalamualaikum♥♥

Selamat pagi semua..tinggal lagi satu hari semua umat islam akan menyambut Hari Raya Haji kan..Korang dah buat persiapan ke??Dya tahun ini simple jek..al maklum lah tinggal bersama dengan mak mentua,..tak sama kat rumah sendiri.kalau umah sendiri kesibukan dah ternyata di situ.Nampak tak,dya begitu rajin ke dapor..huhuhuhu.

Pagi ni dya nak share satu story pasal kanak2..Dya ambik petikan dari suratkhabar METRO..
Mari kita kongsikan bersama lagik2 yang ada anak2 kecil..Kesian kan??

situasi di prasekolah..tengok cikgu wanita..zalim sungguh kan?

Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.
 
Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang
dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.
Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan.


Cakap-cakap : Malaysia beruntung tak ada guru seperti ini kan??kalau ada subanaallah...penat ibu mengandung sembilan bulan wooo..senang2 nak tibai anak orang %$#&*&^

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, October 23, 2012

Kesan pengambilan cili berlebihan..

Assalamualaikum..


Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :

Meningkatkan asid perut Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaaan.

Cakap-cakap: ini lah sikap yang dya selalu amalkan..kebiasanya dan tabiat ini tak bole dipisahkan bila makan cantonese kuew tioew dan kuew tioew hongkong..x sah kalau tak ada cili potong..
(feveret tau dua2 ini) maka dengan ini kena lah kurangkan demi menjaga kesihatan..tak guna gak makan suplement bagai tapi pemakanan tidak di kawal..hrmmmm..banteras sebelum terlewat !!!

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, August 9, 2012

Berdoa lah kepada ibu dan bapa

Assalamualaikum..

Buat Renungan Bersama,

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu tidak kira masih hidup atau pun telah tiada,nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"..

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian :

*Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa sama adan yang hidup mahupun yang sudah tiada.

*Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah.

*Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.

*Semasa berdoa, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh, menadah tangan dan membayangkan wajah kedua ibu bapa kita,termasuk guru2 mahupun orang yang banyak menolong kita semasa susah dan senang.

*Mereka yang mengabaikan doa terhadap ibu bapa, maka akan disempitkan pintu rezeki.
Kesimpulan nya : bagi orang yang berniaga tidak perlu ilmu pelaris.memadai mendoakan ibu bapa setiap hari sudah mencukupi.Rezeki bukan sahaja wang ringgit tetapi segala nikmat dari allah :makanan:kesihatan:kasih sayang:ilmu.Berusaha dan bertawakal.

Cakap-cakap: Dya hanya memanjangkan dari kiriman saudara seislam.Semoga Allah SWT memberkatinya.


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, August 7, 2012

Apa Khabar Puasa Kita???

Assalamualaikum...

Ramadhan sudah berlalu hampir separuh. Nampaknya masa berjalan begitu cepat sekali. Semua orang merasakan terlalu pantas masa berjalan, sehingga tidak sedar bahawa puasa sudah hampir separuh Ramadhan. Benarlah ini tanda akhir zaman sebagaimana nabi SAW peringatkan . Sabda Rasulullah SAW
"Tidak berlaku kiamat sehinggalah jarak masa menjadi dekat. Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu. Seminggu seperti sehari. Sehari seperti sejam. Sejam seperti api yang menyambar bahan bakar”.


Cuba kita bayangkan dulu jika kita berpuasa memang terasa begitu lama. Sekarang sebaliknya. Ini adalah petanda dunia sudah tua, ia akan menemui ajal yakin kiamat.

Beberapa perkara yang boleh kita muhasabah diri kita apabila separuh Ramadhan berlalu. Apakah ada peningkatan amal kita di dalam amalan sunat kita di dalam bulan Ramadhan ini. Jika tidak, cepat-cepat perhebatkan, kerana masih ada peluang. Ramadhan ialah bulan ibadah. Semua amalan digandakan oleh Allah yang maha pemurah kepada kita. Sebagaimana Nabi SAW bersabda “Siapa yang melakukan satu fardhu digandakan sampai tujuh puluh fardu, siapa yang melakukan amalan sunat, maka ia menyamai satu
fardu”.

Solat tarawih jangan diabaikan. Tidak kiralah berapa kita mahu amalkan dari segi bilangan rakaat. Tidak perlu perbesarkan soal bilangan rakaat, kerana ia hanya sunat muakkad. Kesemuanya ada hujah masing-masing.Apa yang penting, biarlah ruh tarawih dihayati oleh kita semua. Tidak ada makna jika buat lapan atau dua puluh, tetapi ruhnya hilang. Biarlah buat dengan tenang dan tertib. Imamnya membaca dengan keadaan tartil dan tenang.

Bagaimana pula dengan al-Quran? Sudah berapa juzuk dihabiskan?. Mesti berazam supaya al-Quran dapat dikhatamkan.Kerana membaca al-Quran adalah ibadah yang terbaik. Sebagaimana nabi SAW bermaksud “Sebaik-baik ibadah ialah membaca al-Quran”

Sesibuk mana sekalipun al-Quran tidak boleh disampingkan. Kita mampu habiskan al-Quran di dalam Ramadhan jika disiplinkan diri. Kebiasaan satu juzuk mempunyai 10 helai. Jika setiap waktu sebelum dan selepas solat sehelai insyaAllah, lima waktu dapat satu juzuk. Ertinya jika sebulan dapat khatam al-Quran.

Alhamdulillah kebanyakan masjid di kendalikan oleh orang yang minat dengan Islam akan mengadakan tazkirah. Ini merupakan langkah yang bijak untuk proses pencerahan ilmu di dalam masyarakat. Kesempatan ini diambil dengan kehadiran mereka yang tidak berapa jinak dengan masjid. Selalunya akan hadir ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.  Penuhilah dan renunglah butir-butir mutiara yang dikeluarkan oleh pentazkirah agar ia boleh menghidupkan hati supaya terus bersinar di dalam diri kita.

Ambillah peluang untuk sama-sama bangun dan bermunajat kepada Allah terutama di waktu dini hari (sahur) kerana ia adalah waktu yang mustajab Allah perkenankan permintaan hambanya.Soal moral, dosa, pahala, syurga, neraka bukan perhitungan mereka. Mereka sudah buta hati dan hilang rasioanal. Apabila dunia sudah beraja di hati, maka agama diketepikan di dalam tindakan mereka. Maka Allah lah yang mesti dijadikan tempat pengaduan kita, dan penyerahan yang bulat kepadanya. Tidak ada kuasa yang akan dapat menandingi kuasa Allah. Firaun, Namrud, Haman megah dengan kuasa akhirnya tersungkur dengan kehendak Allah SWT.


Cakap-cakap :jangan lepaskan peluang ini. Perbanyakkan amalan sunat kerana ia menampung kekurangan amalan fardu yang kita lakukan selama ini.

Terima kasih sudi baca !!!

Friday, July 6, 2012

11 Tanda-tanda mereka yang mendapat kebahagiaan dalam hidup

Assalamualaikum...

Fakta dibawah ini dya kita sama2 kongsikan bersama iyer..

1) Menjauhkan diri dari urusan yang mementingkan keduniaan semata-mata dan suka kepada semua urusan yang berkaitan dengan urusan Akhirat.

2) Berkeinginan kuat untuk beribadat dan membaca Al-Quran.

3) Tidak bercakap perkara yang tidak mendatangkan pahala.

4) Memelihara solat lima waktu.

5) Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

6) Bersahabat dengan orang-orang yang baik

7) Merendahkan diri dan tidak takabbur

8) Bersifat dermawan dan mulia

9) Mempunyai sifat belas kasihan terhadap sesama mahkluk

10) Bermanfaaf untuk orang lain.

11) Sentiasa ingat akan mati.

Cakap-Cakap : hari ini dya tersentap dengan dak opis,dah lah suka mengata, mngumpat hal kite,,pas tue suka copy2 dressing dya pkai apa.hampehh betul,,kalau tak suka orang ,,jangan suka ambik perhatian terhadap pe yang dya pakai okay !!! nampak sangat ko nak geng dengan dya kan?????!!!
 

Friday, June 29, 2012

Bagaimana mengatasi Stressss untuk wanita bekerja

Assalamualaikum..
 
Bagi wanita bekerja selama lapan jam suku macam dya ni kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah,berangan-angan sambil dengar radio ERA (ini memang satu tabiat yang tak boleh dipisahkan)suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram.Kepala betul2 serabut.kusut. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga  hilang semangat nak bekerja.seriessss !!!! t_t
 
1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu ke dalam sungai,laut dan tong sampah.

Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika perangi stress, lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah,berjoging, bermain ipad dan aktiviti baru dya yang akan muncul beberapa bulan lagi..yeahhh!!! harap2 en.tunang agree dengan hobi baru dya ini. meyibukkan diri. Elakkan untuk mengingati perkara-perkara yang membuat dya merasa stress ketika kita semua  melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.So,rajin2 lah berusaha.

hobi baru dya coming soon ntah jadi atau tidak..korang doakan2 lah iyer.memanah sedikit sebanyak melatih emosi, fizikal untuk meletakkan target dan sasaran.tengok lah nanti sape yang kena panah dengan dya iyer... :)
2. Fokus Pada Solusi.

Stress berpunca dari rasa tertekan yang menyebabkan kita semua dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin  mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang kita lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.ini sering berlaku pada dya.kalau tak caya sila tipon mak kat rumah -_-* larikkkk !
 
3. Maafkan diri kemudian lupakan semua yang dah berlalu tapi...dya tak semudah tue.. :)

Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup kena maju ke depan, bukan ke belakang. Bila fikir usia yang semakin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Dya cuba maafkan diri  kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. dya harap dapat mengatasi stress dengan cara ini.say yessss !!!
 
4. Hampirkan diri dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan kepaa en.tunang,ibu bapa dan kawan2 sekeliling

Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami dan bole memberi semangat pada.Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan.Sebagai contoh, jika kita kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masalah  kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran. Insyallah cara ini baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun perlu waspada sebab kawan tempat meluah tu boleh mengumpat hal di belakang kita kekadang mentertawakan tanpa kit ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.
 
Cakap-cakap : korang perasaan tak,beberapa hari ni cete pasal hati dya yang tak hapi,cete kawan,,de kawan di sebalik mee goreng mamak..seriess dya memang tak hapi !
Hobi baru masih mencari lokasi yang sesuai TAPI ??????.......
 
jika seseorang pemanah emosinya tertekan maka panahan amat mudah tersasar,sedikit sebanyak melatih kita bertenang dan menstabilkan emosi,orang tidak tenang,gopoh,pemarah,kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi PEMANAH yang baik..say yesss !!!
 
 
Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, June 19, 2012

7 Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak

Assalamualaikum...

Pagi2 yang indah ini,dya kongsikan bersama petua ini,kalau berminat bole lah baca,kalau tak nak,pun tak apa.. :) Dya juga bakal menjadi orangtua,ibu kepada anak,juga isteri , yang perlu diingatkan  tentang kepentingan hal anak2 yang akan membantu ia tumbuh besar, tangguh, mandiri dan bertanggung jawab.

1. Mencuci pakaian sendiri
Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilah pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin cuci dan menjemur, dan menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi; hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.
Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar saat ia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan noda, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.
 
2. Memasak yang sederhana
Ajar anak, baik lelaki maupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Karena manusia selalu perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orangtua, untuk belajar maupun bekerja nantinya, atau saat ia membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan bisa masak sendiri, selain lebih hemat juga lebih sehat.
Mulailah dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan ia memasak, dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak ia merapikan meja dan mencuci piring setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan ia menjadi orang yang independen dan meningkatkan rasa percaya diri mereka.
 
3. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri
Biarkan anak memiliki pekerjaan kecil yang tidak mengganggu waktu belajarnya, Seorang anak menghargai wang yang dihasilkannya sendiri dan belajar menggunakannya secara bijak. Bila ia suka berjualan untuk menambah wang saku atau memberikan les privat pelajaran, atau dengan hobby yang ditekuninya dapat menghasilkan wang, atau misalkan ia membantu mencuci kereta sehingga papa tidak perlu ke bengkel lagi, memotong rumput dan menyiram bunga sehingga mama tidak perlu bantuan tukang kebun, hal ini juga boleh diberi wang saku tambahan untuk mereka. Hal ini mengajarkan mereka tanggungjawab atas suatu pekerjaan dan mereka akan belajar standart kualiti untuk suatu pekerjaan, hasil baik dibayar baik, pelajaran memberi dan menerima.
 
4. Memilih teman yang baik
Pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk seluruh hidupnya. Itu bakal merupakan pengalaman positif atau negatif. Orangtua tidak dapat mengontrol secara detail hubungan pertemanan remaja, namun paling tidak orangtua dapat memberi contoh, untuk menghargai orang lain, toleransi pada pendapat berbeda, berpikiran terbuka dan easy-going. Saat hubungan memburuk, orangtua harus suportif dan memberikan pengertian, jadi sebagai teman untuk curahan hati, jelaskan bahwa hal demikian adalah normal di usia mereka, dan merupakan pengalaman dari perjalanan hidup manusia.
 
5. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan
Remaja harus memahami fakta bahwa kompromi (kesepakatan) adalah hal yang harus dilakukan, tidak boleh menuruti kemahuan sendiri (egois) dan memaksakan kehendak kepada orang lain. Misalnya, anak ingin pergi main basketball dan jalan-jalan ke mall bersama teman-temannya di akhir minggu, dan minta diantar ke rumah temannya itu. Sedangkan anda juga ada rencana yang harus dilakukan, undangan pernikahan di malam hari yang harus dihadiri. Untuk mengakomodasi keperluan bersama, lakukan komunikasi untuk mencapai kesepakatan. Anda setuju untuk mengatarkan anak, namun si anak juga harus pulang tidak terlalu malam agar sudah di rumah sebelum anda pergi ke undangan pesta.
 
6. Belajar etiket sosial dan penghargaan pada siapapun
Bekali anak dengan sopan santun dan etiket sosial. Anak mencerminkan kehidupan di rumah, jadi "pendidikan" terbaik dalam hal ini adalah pada orangtua, bagaimana mereka memperlakukan pasangannya, pembantu rumah tangga, dan orang-orang di luar rumah. Contohnya, saat di restoran, saat makanan datang, dahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan terlebih dahulu (kakek/nenek/orangtua), anak-anak jangan berisik atau berteriak di tempat umum kerana akan menggangu ketenangan orang lain. Saat ada yang mengirimkan hadiah ulang tahun, jangan lupa menelepon atau mengucapkan terima kasih. Saat mengunjungi teman atau bertamu, harus berpakaian rapi dan sopan, atau membawa sedikit buah tangan, apalagi bila diundang makan/pesta, hargai bantuan orang dengan rasa terima kasih dan jangan melupakan balas budi, hargai orang-orang di sekitar kita seperti cleaning service, pembantu dan lainnya dengan respek yang setara.
 
7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik
Seseorang yang terlalu pendiam dan penyendiri, malas berkawan akan merasa tersisih. Bentuklah anak menjadi pribadi yang ramah, riang, terbuka dan selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu, toleransi terhadap perbedaan dan menjadi orang yang dapat dipercaya, mampu memaafkan dan rendah hati.
 
 
Terima kasih sudi baca !!!

 
 

Friday, June 8, 2012

Berdosa Besar Mengasari Orang Tua

Assalamualaikum...

Bakal menjadi raja sehari beberapa bulan lagi.dya amat sedih untuk melaluinya.Dah bertahun dya tinggal denganmak.Bila sudah menjadi status isteri semuanya akan berubah.   

Kehidupan,situasi,pola pemakanan..semuanya akan berubah..sob.sob.sob..seriusss. :)
i lappppp u mak! cantik kan msa ni (masuk bakul angkat sendiri hahaha)
Sekarang masa susah mak lah tempat kita mengadu..lagi2 tentang $$$..mak akan settle.Tapi akan datang..mak lagi ke??tidak kan??Jadi.hargai lah serorang mak yang melahirkan kita dari kecik.bersekolah.makan.minum.dan sebagainya.Mesti SAYANG mak selalu.Semuanya mak yang jaga ..wa.wa.wa.wa..Jangan membenci,jangan mengasari walaupun satu perkataan (Ahh,Ciss,Huh) Dalam naluri sekarang Dya tidak boleh tak ada mak !! Mak lah segalanya !!!

Nota :
Perbuatan memukul nenek, hukumnya berdosa besar sama seperti mengasari dan menderhaka ibu bapa kurang didikan yang sempurna daripada awal pembesaran anak punca utama berlakunya kejadian seperti itu sedangkan warga emas, apatah lagi darah daging sendiri sepatutnya dihormati, disayangi dan dilindungi. Anak-anak perlu muhasabah diri sehingga tercetusnya pergaduhan. Ini berlaku mungkin disebabkan kurang atau tiada aktiviti keislaman dalam sesebuah keluarga.
 
Akibat didikan yang salah daripada kedua-dua orang tua serta pergaulan yang tidak sihat sehingga mendorongnya bertindak kasar atau mungkin juga dalam keadaan tidak normal iaitu rohaninya sakit seperti mengalami masalah mental atau masalah ketagihan di luar kawalan.

Seharusnya ibu bapa memperbanyakkan bacaan al-Quran, solat sunat dan hajat, mengadakan majlis kesyukuran di rumah serta kurangkan menonton televisyen dan melayari internet.

p/s :Pada pendapat dya..menonton tibi dan melayari internet bole asalkan berjaga2 dan berbatas..sebab sekarang dunia IT..banyak perkara berlaku semuanya di internet..ada positif dan ada negatif nya..Jadi2 sama2 membanteras jenayah !!! Janji Ditepati ..yeahhh..

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, May 30, 2012

Berhati2 Kala Berbicara

Assalamualaikum...

Berhati-hatilah tentang apa yang kamu perkatakan
Terutama tentang fizikal seseorang
Walaupun dengan niat sekadar bergurau atau mengusik
Namun mungkin tanpa sedar, telah membuatkan dia berkecil hati & rendah diri Dan keadaan boleh menjadi parah seandainya dia mula mempertikaikan
Apa yang telah Allah takdirkan ke atas dirinya...

Sedangkan kekurangan itu adalah ujian buat dia
Maka janganlah sampai menjadi ahsab dosa buat kamu
Malahan mungkin juga buat dirinya = Na'udzubillahimindzalik =

Maka benarlah kata2"kalau berjalan peliharalah kaki,kalau berkata peliharalah lidah"

Terima kasih sudi baca !!!