Assalamualaikum.
Beberapa foto yang tersebar menunjukkan
seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan
menyebabkan puluhan ribu pelayar laman terkejut, minggu ini.
Menurut
Dailystar, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi tersebut menyerah
diri kepada pihak berkuasa selepas dikecam bertalu-talu di laman
sosial.
Difahamkan, foto-foto dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook
kerana menganggapnya 'lawak'.
Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn
Tigas berkata, perlakuan tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh
ibunya.
"Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan
penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap
Wanita dan Kanak-kanak," jelas Marilyn.
Pekerja sosial, Corazon
Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut 'suatu lawak yang
teruk'.
"Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka.
Pelaku patut dihukum," katanya.
Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen
Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang
ramai.
"Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan
terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata "Oh,
ianya tidak mengapa," jelas Lurleen.
Bayi tersebut diletakkan di bawah
jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.
Terima kasih sudi baca !!!