Saturday, July 30, 2011
Windscreen Myvi
Friday, July 29, 2011
Harimau Malaya Kecewa
Singapura 1-1 Malaysia..Perjuangan yang berakhir..Menghampakan para penonton yang menyaksikan malam tadi di Stadium Bukit Jalil malam tadi...Stadium dibanjiri kira-kira 90,000 penyokong sendiri(dya pun hampeh giler...huhuhu).Hasrat untuk mara ke pusingan ketika kelayakan zon Asia berkecai.Malaysia yang memerlukan kemenangan dua gol pada perlawanan tersebut terpaksa akur dan membiarkan Singapura mara dengan argegat 6-4.Jaringan Safee pada minit ke-57 pada aksi malam tadi berjaya disamakan oleh pemain sayap kanan yang diimport dari China Shi Jiayi pada minit ke-71.Dengan kegagalan itu, Malaysia mengekalkan rekod lampau yang belum pernah berjaya melangkah ke pusingan ketiga sejak percubaan sulung pada Kelayakan Piala Dunia 1974.
Thursday, July 28, 2011
TIGER VS LION TO NIGHT
Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 keatas Singapura untuk mengikat kedudukan argregat 5-5 sekali gus peraturan gol di tempat lwawan memihak kita.Menang perlawanan hari ini bermakna Malaysia akan menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.
Wednesday, July 27, 2011
Fuji Cake House Memory
Tuesday, July 26, 2011
Adab Berpuasa dan Solat Terawih
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi berapa peraturan dan adab yang menyempurnakan ibadah tersebut.Antaranya adalah :
1.Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena denganya
2.Memelihara mata dan telingan daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan sia-sia
3.Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih
4.Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia.Ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga dan membiarkan diri terdorong daripada perlakuan dosa dan noda kerana puasanya rosak binasa dan keletihanya tidak berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah
5.Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya bahkan bersederhana pada kedua-dua bagi mengelami kejernihan lapar dan dahaga.
6.Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat.Sebaiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan lain.
7.Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan,bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati sebaik mungkin.
8.Mempraktikkan amalan sunat seperti segera berbuka apabila masuk waktunya,berbuka dengan buah tamar dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
9.Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
10.Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Bagi makmum disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesao sama ada 20rakaat ataupun 8 rakaat.
Monday, July 25, 2011
New BB Gurl Angkasawan Negara
Thursday, July 21, 2011
Wordless:Thursday:my friend jek..
Tuesday, July 19, 2011
Susu Stolle..nyum2..
- Khasiat pemakanan tambahan
- Menguatkan daya tahan
- Perlindungan ke atas penyakit
- Sebagai sumber tambahan kepada penjagaan kesihatan
Susu ibu merupakan susu yang paling penting kepada bayi yang baru lahir kerana ia akan meninggalkan kesan kesihatan dalam jangkamasa panjang.Susu daripada ibu yang sihat amat membantu jika dibandingkan susu daripada ibu yang kesihatannya kurang baik.Justeru itu, pengambilan Susu Stolle dapat membantu ibu-ibu menambahkan zat protein dan karbohidrat yang diperlukan.Ia juga dapat membantu ibu-ibu tersebut pada masa akan datang dari diserang sebarang penyakit.Ibu-ibu hanya dapat memberikan penjagaan dan perhatian yang sepenuhnya kepada bayi mereka jika kesihatan mereka berada di tahap yang optimum.
Susu Stolle adalah susu yang dihasilkan secara semulajadi.Ia tidak mengandungi sebarang ubat-ubatan yang memudaratkan kandungannya.Malah Susu Stolle berupaya menambahkan ketahanan dan keimunan ibu-ibu mengandung serta mengurangkan risiko mendapat penyakit.Hanya ibu dengan tahap kesihatan yang baik dapat melahirkan anak yang sihat.
Bagi kanak-kanak yng berumur kurang dari setahun perkembangan keseluruhnya organ-organ ketinggian dan beratnya sangat cepat.Bayi tersebut akan membesar 3kali ganda dari berat badanya sewaktu dilahirkan manakala jasad lemak yang terhasil adalah 1/4 dari beratnya.Susu Stolle tidak dihasilkan sebagai susu untuk bayi kerana kandungan lemaknya rendah dan tiada memenuhi keperluan nutrien bayi yang berumur kurang dari setahun.
Bagi memastikan penyakit yang dialami terkawal atau cepat sembuh kami mengesyorkan agar anda mematuhi nasihat doktor mengambil ubat-ubatan dalam jangkawatu yang ditentukan sehinggalah penyakit yang dialami terkawal dan bertambah baik.Sekiranya ada mengamalkan pengambilan Susu Stolle, ubat-ubatan yang diambil untuk tujuan penyembuhan akan dikurangakn atau dibentikan atas nasihat doktor.Jangan sesekali cube untuk memberhentikan pengambilan ubat-ubatan yang telah dicadangkan oleh doktor dengan kehendak sendri..
oleh itu..sama2 lh kite minum susu untuk kesihatan diri sendri yer!!..k lah sampai disini saja kite berSUSU yer.. :)
Monday, July 18, 2011
Kurma,Kismis,Madu
Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,bersopan-santun serta cerdas pemikiranya."Kebaiakn kurma ketika mengandung dan bersalin adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.Semasa bayi dilahirkan buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risay kerana takut diserang kencing manis.Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda : Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa iaitu bersih hatinya.
Abu Abdillah a.s. bersabda : Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir.Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan maka pada hari iti dia tidak akan tertimpa racun sihir dan tidak diganggu syaitan.
Barangsiapa yang memakan 7 buah kurma yang baik maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati.
KISMIS
Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setipa hari sebelum sarapan pagi maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan seperti hempedu dan cairan kuning, menghilangkan lendir,menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.Barang siapa memakan 21 biji kismis merah maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi.Kismis dapat menguatkan jantung,menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit. Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu. Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada. Allah SWT telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dan rasa nyeri dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi. Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati.Biasakan lah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran..
Amin....
Tuesday, July 12, 2011
Class Skin Care@Mary Kay
Wednesday, July 6, 2011
Vagancy - Receptionist@Tech
Kawasan Sri Gading, Batu Pahat, Johor
RECEPTIONST
- SPM ke atas
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Mempunyai perwatakan menarik
- Boleh berkomunikasi dengan baik sama ada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Mempunyai kenderaan sendiri
TECHNICIAN
- SPM ke atas
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan Moulding
- Boleh bekerja lebih masa
Kepada sesiapa berminat sila hubungi : 012-7136377
Monday, July 4, 2011
Madu dan Madu!!!!!
Kemudian makanlah dari tiap-tiap(macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalam terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.(Al-Nahl:69)
- Penggalak makaan.
- Pembantu menentukan penghadaman yang sempurna.
- Bahan anti-lemah semangat.
- Peransang terbitan hormon.
- Pembantu memulihkan fungsi alat kelamin.
- Pembantu menyeimbangkan tekanan darah.
- Pembantu mempercepatkan metabolisme.
- Sejenis antibiotik.
- Membantu mencegah penyakit dan jangkitan.
- Baik untuk kesihatan kulit.
- Sejenis agen yang memperlambatkan proses penuaan.
KEBAIKAN MADU
- Dapat mengurangkan paras kolestrol (lemak).
- Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Mengurangkan kemungkinan serangan penyakit jantung.
- Mengurang masalah putus haid (menopous).
- Boleh mengurangkan sakit-sakit masa datang haid.
- Membantu mengurangkan penyakit lelah.
- Boleh membantu lelaki yang hilang tenaga.
p/s : Madu ini dya beli di Melaka..kt situ de Taman Lebah...dya juga pengemar madu..ni dh bbotol dalam harge RM48..ini dah masuk botol ke-2 dya minum..serasi dengan badan dya..bese sebelum tido jek bru minum..1 sudu sudah menckupi..bg rest dalam badan... anda juga boleh meminumnya..sbb madu byk khasiatnye!!!
Saturday, July 2, 2011
Kesilapan Fesyen Wanita berusia 30 Keatas
Angka 30thun sering menjadi kebimbangan di kalangan wanita dan biasanya wanita golongan ini mula resah memikirkan perubahan pada penampilan mereka.
Kesilapan yang biasa dilakukan di kalangan wanita berusia 30tahun keatas adalah mereka masih cenderung bergaya seperti remaja dengan baju berpotongan terlalu pendek dan ketat.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi wanita golongan ini kala mencari busana yang sesuai.
SKIRT
Skirt pendek sememangnya tidak sopan digayakan secara terbuka oleh wanita berusia 30 tahun keatas kerana ianya seolah-olah menunjukkan mereka masih belum matang.Bagi usia sebegini, skirt paras lutut lebih sesuai dan tampak manis serta mampu memperlihatkan sisi feminin mereka.Pilih rona polos jika ingin dipadankan bersama blaus bercetak.
SELUAR
Bagi sesiapa yang usianya menginjak 30tahun, sama ada lelaki atau wanita, zaman seluar jean koyak sudah berlalu dan sama sekali tidak sopan digayakan.Ia mungkin melekap cantik ketika anda berusia 20-an BuT ia membuatkan anda tampak selekeh jika anda memakainya pada usia sebegini.Jika ingin membeli seluar jean,pilih potongan dan rekaan klasik.Dapatkan juga beberapa pasang seluar jenis khaki yang boleh digayakan bersama blaus atau kemeja-T.
KEMEJA (hihihi..dya x suke pkai kemeja..coz mcm dak skema lh plak.. :P)
Kemeja T- kasual, vintaj atau lusuh memang kelihatan trendy untuk golongan remaja dan wanita muda.Seperti jeans koyak, ia hanya akan membuatkan wanita dalam golongan usia 30thun keatas seperti "menjerit perhatian" *** BUT bkn perhatian yang sepatutnya!! .Ya apa yang tertera pada kemaja T mampu menterjemahkan personaliti seseorang, so pilih corak atau tulisan yang tidak keterlaluan.
AKSESORI
Tidak dinafikan penggunaan aksesori amat penting dalam menata gaya berbeza pada setiap busana.Kunci utamanya ialah pemilihan aksesori yang mampu menyerlahkan bagi busana yang digayakan.Apabila mengenakan busana polos, padankan dengan aksesori sarat mana sama ada juraian atau secekak gelang dempak.Lakukan sebaliknya jika busana sarat dengan corak. Hadkn juga penggunaan aksesori..
*** smpi sini sja tips bergaya yer !!! :)