ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label donut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label donut. Papar semua catatan

Selasa, 25 September 2012

Donut Lembut Kak Izah

DONUT LEMBUT KAK IZAH

Assalamualaikum wbt sume :-)),

Aik? ini budak paling nakal sekali ehehe.... Apa khabar sume? sihat tak? dah makan belum? tgh buat apa tuuuuuuuuu? Jgn ler buat muka tak tahu bila tgk n3 kita ni ya :D kan kan kan dah kata kalau dah TERmulaaaaaa menguli dia pantang nmpk org buat benda2 yg berkaitan dgn menguli :D roti mmg dr n3 lepas kuar sampai hari sabtu lepas ni pun duk menguli jugak :D seronok sbb budak2 mmg suke roti :-))

Ok, hari ni nak carik stok daging nak kena pergi butchery borong daging, biasanya sebulan sekali borong daging :D lama tak buat yakiniku eeee..sedappnya mlm karang nak bakar dagingggg :D Ni menu semalam petang dah lama sgt tak buat donut pastu kak izah tyg pulak donut yg ada penghuni kat atasnya tuuu ehehe... nak tahu gebu ke tak kena buat sendirik n cuba ;-)) kita kalau resepi mudah mmg laju ajerr nak buat kain baju sume ketepikan dulu :D KAk izah mintak ijin resepinya ya, macehhhhhh!!!

DONUT LEMBUT KAK IZAH
Resepi Asal : KAK IZAH

Bahan2:
  • 2 sk yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sk gula 
  •  **satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
  • 3 cwn Tepung gandum
  • 4 sb gula
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb susu tepung>>takde stok jadinya tak masukkan
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air - kurang lebih>> yg ni guna fresh milk sbb tak masukkan susu tepung n air kita lebihkan
  • 2- 21/2 sb butter / marjerin>>kita gantikan shortening n separuh mentega

 _DSC1139_zps00a7a902_DSC1121_zps223e1755
Aneka donut hihihi... ni namanya org tamak ehehe... nak bg kwnnya ank kita yg pompuan tu selalu dtg2 main kat rumah ni :-)) buat sikit2 ajerr janji byk lain2 rupa kikiki... ambiklah yg mana berkenan di hati :D

Cara2: 
  • Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  • Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
  • Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
  • Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat.
  • Sedia dinikmati.
penggunaan BM:
Masukkan bahan2 mengikut turutan arahan BM masing2.


_DSC1125_zpsd38e2584
 Kids plate :D

Rabu, 1 Ogos 2012

Burger Malaysia Suria

_DSC0379
BURGER MALAYSIA SURIA

Salam ramadhan ke 13 bg kami di sini, bangkok :-),

Nama dia ceria sikit sbb kita guna doh donut suria sbb resepi tu senang nak ingat :-) Buat sikit ajerr dpt 3 biji, cukup lah utk di buat makan sbb yg makan pun kita sorang :D Tak tahu ni menu berbuka yg keberapa rasanyer lepas roti canai tu kot sbb sambal tumis lebihan tu yg kita jadikan utk burger ni sekali :D

Sebelum mengundurkan diri, minta maaf kunjung balas insyaAllah petang2 atau bila free ya, sbb hari ni kul 9 dah kena pergi tadika pulak ada event kat sana jdnye di dahului dgn ucapan terima kasih dgn setiap kunjungannya :-) Jumpa lagi insyaAllah.

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster>>yg ni kita letak separuh dr kuantiti asal
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!!
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.>>yg ni kita tambah sbb lain tepung.
_DSC0368_DSC0373
sebelum n selepas :D

Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.>>utk cara2 yg ni boleh naikkan doh 2 kali ganda dulu, buang angin doh, dan terap atau bentukkan dia dan perap kembali sehingga doh naik kembali.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.>>kalau buat burger malaysia tak yah lah letak gula yer :D sediakan sambal tumis n yg sewaktu dgnnya :-)

_DSC0390

Khamis, 12 April 2012

Donut Keledek

_DSC0449
DONUT KELEDEK

Assalamu`alaikum wbt, salam bertemu kembali :-),

Mungkin ini n3 terakhir, atau mungkin esok yg terakhir kalau sempat. Kita sekeluarga nak pergi makan angin esok niii sampai hari selasa, jadinyer sblm pergi, nak minta maaf dulu andai ada yg tersinggung dgn kata2 kat n3 kita, atau yg berkecil hati, sama ada tak sengaja atau pun disengajakan dgn tidak sengaja, eh? boleh phm tak maksud kita? ehehe... perjalanan jauh jugak 4 jam lebih dgn menaiki kereta, pastu berenti pulak naik bot ambik masa 1 jam, doa2 dan pengampunan dr sume org sedikit sebanyak membantu perjalanan kita nanti esok ni insyaAllah! Halalkan juga semua resepi2 yg dicuba dan juga idea2 dr semua org yg kita ambik, terima kasih! Maaf sekali lagi lah ya sbb kita ni tak pandai nak menyusun ayat :D

Berbalik dgn gmbr2 yg ada nii pulak, donut ni kira donut salah paham ehehe.... donut paaaaling sedapp bais ni lah yg buatkan kak madiha pergi buat jugak, lepas nmpk kat umah kak madiha terus kita sediakan bhn2nyer n semalam petang buat, lembuttttttt! TAPI adunan melekit sikit, dan ini bukan kali pertama kita buat donut yg dicampurkan dgn keledek atau kentang, tp sbb dah tahu dia ni melekit sikit adunannyer tu yg malas nak buat sgt, tp tu lah hasil dia lembut sgt2! Resepi ambik kat umah Kak Izah, boleh tgk kat umah Kak Madiha juga! Minta izin n halal kembali resepinya, terima kasih!

DONUT KENTANG/KELEDEK KAK CITARASAWAN
Resepi Asal : KAK WAN
Olahan dan Sumber : KAK IZAH DAUT
Sumber ke 2 : KAK MADIHA

Bahan-bahan :

  • 200 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sk yis segera mauripan
  • 100gm ubi kentang *izah guna keledek jepun>>kita guan kentang
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 50gm gula halus
  • 1 1/2 sb mentega
  • 1 biji telur kuning
  • 1/2 sudu teh garam
  • 60ml air
  • Gula ising untuk salutan
  • Minyak untuk menggoreng

_DSC0465_DSC0463
Pinjam tangan org putih pulak ehehe... dia sibuk nak pegang donut pastu suh ambik gmbr huh!



Cara-cara :

1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.

_DSC0460

Jumaat, 17 Februari 2012

Donut Sira Sambal n Gula

_DSC0422
DONUT SIRA N GULA

Salam pagi jumaat yang mulia buat semua :-)

Hari ni kakak dah mula g sekolah, alhamdulillah. Dan saya pun boleh tarik nafas lega sbb boleh kembali berjogging semula :D Tapi hari ni dia org belajar sampai waktu ke 3, maksudnyer tiada bekal lah ya, sume balik awal, suke3!!! ehehehe... Mulai skrg nak cuba buat ayat sopan2 sikit lah, sblm ni ayat mcm kurang sopan jer kan? Maaf ya kalau ada yg terasa, nak ketawa pun kena tulis HIHIHI...atau HEHEHE...

Mari kita mengimbau semula zaman sekolah rendah dulu, rasanyer bahagian johor yg sgt pemes dgn donut sira ni, kan kan :D Terima kasih pada Noorsha sbb sha yg bwk virus donut sira, dan terima kasih jugak buat Mamamya sbb buat kita pun nak buat jugak donut sira ni, alaaaaa.. tak ssh mana mcm kita sira2 kerepek ke gitu lerr tp cara sira setiap org berbeza bhn yg digunakan pun mungkin ada sedikit berbeza. Untuk resepi Donut kita buat resepi DONUT SURIA(Suke resepi ni sbb bhn2 senang,sukatan pun senang dan yg penting gebuuuu n lembut :)), utk sambal sira, ikut resepi campak2 mak kesayangan ^__^ tapi kita bg nama bhn2 jer lah sbb semalam ni pun kita main campak2 jugak hihihi... Buat semua, selamat berhujung minggu dan mungkin akn kembali minggu hadapan insyaAllah! Kunjung balas kalau free insyaAllah! :-) Untuk Donut Sambal NOORSHA leh g SINI, atau g umah MAMAMYA

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net
Copy n Paste : KAK HANA
Tgk SINI pon boleh, tgk kat
wanieyra@ummiaffaf pon boleh :D


Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!!
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.>>yg ni kita tambah sbb lain tepung.
Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.>>yang ni kita perap doh sampai naik lebih kurang 45min, baru bentukkan dan naikkan doh yg dah diperap td lagi sekali
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

_DSC0443
weeeeeee....donut sira donut sira eheheh....

Sambal Sira
Resepi Asal : ARAH

Bahan2:

  • Lada Kering 10-20 tangkai ikut kepedasan
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 2 biji bawang merah kecik
  • Gula>>ikut kemanisan
  • 15 ekor ikan bilis di siang>>nk tumbuk asing pun boleh nk blender dgn lada pun boleh
  • Sedikit Belacan>>tambahan. tak letak pon takpe
  • Sedikit air asam
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak utk menumis

Cara2

  • Lada kering dibuang biji dan basuh.
    Blend kan lada, bwg putih, bwg merah, ikan bilis dan sedikit belacan jika suke dgn sedikit air sampai hancur. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan blender tadi sehingga naik bau, dgn menggunakan api perlahan. Kemudian masukkan gula, grm dan air asam dan masak sehingga sambal likat, untuk gula ikut kemanisan masing2. Tunggu sehingga sambal betul2 masak dan ceduk minyak yg keluar semasa menumis td dan boleh masukkan donut yg siap di goreng tadi sehingga keseluruhan donut di selaputi sambal. Angkat dan boleh dihidang!
_DSC0460

Selasa, 28 Jun 2011

Donut Cakcibur dan Burger Malaysia

_DSC1019
DONUT CAKCIBUR

Salam bersua kembali di pagi selasa!

Hari ni sibuk sikit sbb semalam dah bermalas malasan :D Nak kuar mencarik barang nak mencarik munga dan itu dan ini :D Kalau buat donut HARUS buat burger mesia sekali curik 3 ketul cukuplah kan sbb budak2 mkn yg biasa2 jerr, dia org ni mintak yg cekelat tp kita malas pulak lah nak cairkna cekelat tuuu..

Resepi ambik kat umah KAK MAS, resepi asal kat umah MAMAFAMI, dah pernah buat resepi donut guna kentang mmg hasil dia mmg lembut cuma harap maklum sikit ya kalau uli guna tgn dia mmg melekit sikit nak pandai bermain dgn tepung masa nak bentukkan dia tu :D Kita uli guna tgn ajerrr malas betul nak turunkan bibik sorang tuuu biar lah dia tido lama2 sikit kasi kuatkan sikit tulang tgn ni sbb tgn ni byk kerjanyer hihihi.... Resepi donut ni byk jugak yg dah dicuba sampai tak hingat dah yg mana satu yg sedap :D tp rasanyer sumenyer sedap! Macam biasa ya, mintak halal n izin resepinyer untuk rujukan dan dikongsikan bersama di sini, mekaseh!!

DONUT CAKCIBUR
Resepi : Mamafami
Sumber: Kak Mas

Ingredients
:
  • 1 medium sized potato ~ cleaned (1 biji kentang size sederhana, kopek kulit, basuh bersih dan rebus)
  • 1 cup lukewarm water(1 cwn air suam untuk di blend dgn kentang)
  • 5 g instant yeast(5g Yis segera)
  • 1/3 cup cooking oil (I used corn oil) (1/3 cwn Minyak masak/mazola)
  • 1/3 cup lukewarm water (1/3 cwn Air suam untuk menguli)
  • 1/4 tin condensed milk (1/4 tin susu pekat)>>yg ni kita kurangkan sikit
  • 1 tablespoon sugar(1 sb gula)
  • 1 teaspoon salt (1 sk garam)
  • 500g flour (500g Tepung) >> yg ni kita guna tepung roti
  • Oil for frying (Minyak secukupnyer untuk menggoreng)


_DSC1020_DSC1022
apa perbezaan gmbr 1 dan 2 wakakakaka... tuan umah kurang kerja :D

Method :
  1. Boil potato till soft. Place the boiled potato with 1 cup of lukewarm water in a food processor. Puree.(Rebus kentang sehingga empuk. Angkat dan campurkan dgn 1cwn air suam tadi dan di blend bersama untuk dijadikan puree)>> utk stgh adunan kita guna 80g kentang puree
  2. Mix together instant yeast, sugar, 1/3 cup lukewarm water, cooking oil, condensed milk, salt and potato puree.(Satukan yis, gula, 1/3 cwn air suam tadi, Minyak masak/jagung, susu pekat, garam dan kentang puree)>>untuk step yg ni kita cuma campurkan air suam+yis+gula+susu pekat ketepikan dan tunggu sampai berbuih, sementara tunggu campuran berbuih, satukan minyak dan bhn2 lain dgn tepung barulah masukkan air sedikit demi sedikit)
  3. Add flour a bit at a time and rub using your fingers. (Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul menggunakn tgn, kalau menggunakan BM masukk semua bhn2, dimulakan bhn cecair dan last sekali masuk tepung, pastikan yis tak bercampur dgn garam)
  4. Add in the remaining flour, a little at a time till a soft dough is formed. (Note : The softer the dough, the softer the donut produced)(Masukkan lebihan tepung dan uli sehingga menjadi doh yg lembut)
  5. Take a bit of dough and make into small balls. Arrange on a tray sprinkled with a bit of flour. Leave to proof till double the size.(Ambil sedikit doh tadi dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil atau bentuk donut anggaran setiap bebola lebih kurang 50g, letakkan di dalam dulang yg telah ditaburkan dengan sedikit tepung dan naikkan doh yg telah dibentukkan 2 kali ganda)
  6. Heat oil in a pan. Make a hole in the middle of the dough and fry till golden brown.(Panaskan minyak dan goreng doh yg telah naik tadi sehingga masak atau perang, angkat dan toskan minyak terlebih dahulu)
  7. Coat with castor sugar and ready to serve.(Salut dgn gula kaster atau topping kegemaran)

_DSC1034
BURGER MALAYSIA
Lupalah nama selain burger mesia niii, apa eak? hihihi... biasanyer panggil kuih bom jer :D

Rabu, 19 Mei 2010

Donut Malus Domestica

DONUT MALUS DOMESTICA

Salam kembali,

Breaking news>> Bandar bangkok dah tak mcm dulu pusat2 shopping complexs yg terkemuka kena bakar sana sini kebakaran, dan arahan pun dah dkeluarkan oleh kerajaan selepas jam 8mlm hingga esok jam 6pg perintah berkurung berkuatkuasa. Seram, sedih dgn keadaan yg semakin serius dan bahaya, dan kita pun sedih sbb kena bersiap sedia bila arahan dkeluarkan oleh embassy untuk pulang, tp kita kena balik japan kalau visa dkeluarkan cepat, n in case kalau tak dpt apply visa cepat terpaksa balik ke mesia.. Dgn keadaan mcm ni rasa tak nak kuar dr rumah, nasib baik byk buat stok kat umah ni, yg merisaukan lg satu hal electric atau pun bekalan air terputus. Ya Allah, lindungilah kami dr perkara2 yg tak di ingini, amin..

Ninja pun kena balik lepas lunch td sbb mmg tak leh kuar rumah n byk jalan dah tutup.. asap berkepul kepul.. Perut kena isi :D, ni menu minum petang budak2 tp kita tak de mood nak melantak byk2 mmg terus tak de selera bila dgr keputusan yg ninja tu bgtau td :-(. Resepi dr KAK TIM@TTM lagi ehehe.. kak tim! maceh!!! mintak izin n halal resepinyer ya, lembut n gebus n GEMUK :D. Resepi ni bulat2 dr umah KAK TIM ya :D, rasanyer KAK UMMI dah buat jugak tp kak umminyer donut magic sikit dah jd pizza hihihi...

DONUT MALUS DOMESTICA

Bahan2:

  • 80g/1/3 cup melted butter
  • 2 eggs
  • 1 1/2 tsp salt
  • 3 tbsp sugar
  • 600g/4cups bread flour
  • 2 tsp yeast
  • 300ml air suam

Method:

Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting:Dough.



Method:

Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).
Satukan bread flour, salt and sugar.
Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter. Pastu tuang yeast.
Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam

Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.
Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.
bolehlaa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.

Jumaat, 7 Mei 2010

Donut Suria

DONUT SURIA

Salam pagi jumaat semua ;-),

Alhamdulillah hari ni nmpknyer cerah jerrr, secerah SURIA pagi ehehe... Dah byk umah yg dah buat DONUT SURIA ni kan? Buatnyer pun tak leceh senang nak ingat sume guna konsep 3, cara donut ni dbuat sebijik mcm mak kita buat, tak yah tunggu doh naik then bentuk2 kan, tapi lepas ajer doh tu licin dan tak melekat kat tgn terus bentukkan mmg senang! Hasilnyer pun lembut! mungkin guna shortening tu yg jd lembut tu.. Mcm biasa kita lagi suka old fesyen gitu tabur gula :D bukan alasan tawww! mmg suke tabur gula :D budak2 mintak cekelat tp malas ! ehehe.. Malas lah tu sbb tu tabus gula :D Pertama sekali nmpk kat umah KAK UMMIAFFAF/KAK WANIEYRA, pastu KAK HANA pun buat jugak, gemuk2 lah donut ni ehehe... mcm biasa kak, mintak izin n halal resepinyer juga..Resepi asal dr PUAN SURIA INSANI, tapi kita cnp dr uamh KAK HANA dan boleh juga tgk kat umah KAK IRA, mekaseh untuk semua yg berkenaan ;-),

DONUT SURIA
By courtesy of Puan Suria Insani of Resipi.Net

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
  • 3 sudu besar gula caster
  • ** I like this count of threes....senang ingat!!!!
Bahan B
  • 200ml air suam
  • 2 sudu teh instant yeast
  • => 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.>>yg ni kita tambah sbb lain tepung.


Yok mangan! donut ni guna cutter kudrat jer :D

Kaedah penyediaan
  • Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
  • Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
  • Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
  • Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
  • Salut gula icing atau celup dalam coklat cair.

Selasa, 30 Mac 2010

Donut Berlin

DONUT BERLIN @ BERLINER

Salam kembali buat semua :-),

Mintak maaffff sgt2 tak dpt nak mengupdate n3 terkini sibuk sikitlah sejak2 budak dah cuti sekolah ni kan, pastu byk benda yg nak kena buat lepas ni, lagiiiiiilah sibuk huhuhu.. Mekaseh yg sudi tggl mesej n jejak kat cbox tu ya, sayang sume!!! :-) Kita masak2 pun malasnyer nak menaip sbb kalau dah menaip ni mau 2 jam depan lappy huhuhu... Kita n family sihat2 jer alhamdulillah.. Harap sumenyer pun sihat2 juga ya ;-).. Ok ni bf pagi ni, hari ni menu roti2 jerr malas betul nak masak berat2 gitu :D Kali ni buat donut ikut resepi KAK HANA kat dlm buku apa ntah! lupa pulak ehehe... DONUT BERLIN sepatutnyer donut ni sumbat jem dlmnyer tp kita ni tak de penyumbat yg leh cucukkan kat donut tuuu ekekeke... kita buat jer lah bulat2 biasa tuu nak makan ngan jem belah jer tgh selet jem abis citer! hihihi... Rasanyer lama sgt dah kita tak wat donut sbb malas punyer pasal ni pun td abang mintak topping cekelat mama malas sgt lah abg lenkali jer lah ya ehehe... KAK HANA!! mintak ijin n halal resepinyer ya :D.. Nanti kalau free bukak YM k ada berita terkini hihihi... Untuk yg dtg ke sini insyaAllah free nanti kita buat balas kunjungan mekaseh sume :-)

DONUT BERLIN @ BERLINER

Bahan-bahan
  • 500g tepung roti - tpg gandum pong boleh
  • 20g yis kering
  • 295ml susu segar suam
  • 50g gula
  • 6g garam
  • 25g butter
  • 25g shortening
  • 50g kuning telur
  • 1/2 sk parutan kulit lemon
  • esen vanila - tk ltk sbb dh ade lemon
  • Filling - ikut suka
Cara-cara
  • Campurkan yis dan juga susu segar suam. Ketepikan. Biarkan yis kembang lebih kurang 40min.
  • Gaul tepung, gula, garam seperti breadcrumbs. Masukkan butter dan juga shortening. Gaul lagi.
  • Lobangkan bahagian tengah doh.. Kocok2kan kuning telur dan tuang ke dalam tepung. Kacau rata. Tuang campuran susu dan juga yis yg dh kembang td sedikit demi sedikit. Uli.
  • Masukkan pula esen vanila dan juga parutan lemon. Uli sehingga menjadi doh yg licin dan elastik.
  • Kaedah lain - Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker. dan tekan menu Dough. On kan tunggu sehingga siap.
  • Tutup doh tadi dengan kain lembab atau cyling film, perap hingga naik dua kali ganda. Doh nih mudah naik, so tak amik masa lama sgt.
  • Tumbuk2kan doh. Bahagikan kepada bulat2 kecil lebih kurang 40g setiap satu.
  • Naikkan doh skali lagik. Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. dan sejukkan.
  • Sadurkan donut ke dalam gula halus dan tekan sket agar donut leper sedikit.
  • Inject@paipkan filling ke dalam donut.
  • Siap utk dihidang.

Isnin, 8 Februari 2010

Donut Kentang

DONUT KENTANG

Salam sume dpg isnin :-),

Huaaaaaaa huaaaaaa..menci ari isnin huhuhu.. byk keja yg nak kena buat MAJOR CLEANING! huh! malas nak bukak cadar :D Donut dsana sini sinun situ :D kita pun tak nak ketinggalan jugaklah kan.. Resepi asal kat umah GERT dan asalnyer adalah sweet potato tp kita dah buat dulu guna sweet potato, pastu guna pumkin idea KAK HANA pastu sajer guna kentang sbb kentang byk no kat dapo tuu huh! jdnyer kita pun buatlah sesuatu yg bermanfaat dgn kentang tu biar sume org kenyang dan gembira :D, Tp dah byk resepi guna kentang mmg lembut banget! cuma bhn dgn sukatan lain2 lah kan walau zahirnyer SAMA :D.. Kita ulang tayang balik resepinyer ya n terima kasih buat penyumbang resepi n idea yg sgt bagus :D

DONUT KENTANG

Ingredients
  • 320 grams flour (a bit more if the dough is too sticky)
  • 2 tsp yeast
  • 1/2 tsp salt
  • 150 grms mashed sweet potatoes - ganti labu
  • 2 tbsp sugar
  • 30 grms butter
  • 100 ml water
For coating
  • Some sugar or cinnamon sugar


Sangat lembut ;-) nmpk tak yg merah2 tu sajer jer tyg :P jakun ni jumpa yg besor2 lah pulak! murah laks tu tp rasa tawar+masyem ekekeke...

Methods

  • In a large mixing bowl mix all the ingredients together and knead for about 6-7 minutes until you get nice smooth dough. Add some extra flour if it’s so sticky. Cover the bowl with a dry kitchen towel and let it rise for an hour or double it size at a warm place.
  • Punch down the dough and remove onto a floured work tabletop. Roll out the dough to about 1/4" thick and cut the dough out into rounds with a donuts cutter. Gather the snaps and re-roll, then cut out more donuts.
  • Place donuts on parchment paper,cover and let rise for 20 minutes or until they feel light and spongy.
  • Heat oil for deep-frying in a frying pan over medium heat. Slip a few donuts into the oil at a time, leaving enough room for them to expand. Make sure that the oil is not too hot otherwise the donuts will not be cooked.
  • When the donuts are golden brown, turn them over and cook the other side. It takes about 2–3 minutes to cook through. When donuts are done, remove from oil and drain the oil on paper towels before rolling them in sugar.

Kalau buat donut HARUS ada burger mesia :D sila2 ambik lah nk byk mana tak habes pun :D

Jumaat, 20 November 2009

PUMPKIN donuts

KABOCHA DONATSU

Salam pagi jumaat buat semua!!! :-)

Wehehe..... yum yum!! jemput sarapan sume tuan umah baru nak makan pagi :D, kok penak banget donut ki thoo! GRACIAS SENORITA HANA! hihihi...:D sapa2 PENUNGGU DONUT boleh buat resepi ni mmg lembutttt dan syedappppp itu yg penting.. ;-) buat stgh adunan tak cukup!!! sedap sgt! warnanyer pun santekkk jerrrrr... Resepi asal dr GERT dan dah diolah oleh MAKCIK HANA KANAZAWA.. arigatouuuuu!!! oishiiiiiiikatta desuyo! akan buat lagi dan lagi dan lagiiii.. TAPI kan nak bgtau donut ni tak naik mcm donut2 lain jenuh ucu nunggu dia nak naik tuuuu betul ke mcm tu kak hana?? ke donut kita jerr yg tak mau naik2??? muahahaha.... tak po bila dgoreng dia akn mengembang dgn sendirinyer dgn syarat ikut step by step insyaAllah lembut.. Mintak ijin ya mbuk hana kopipes resepi yg syedap tuuuuuu kat sini :-) Tenkiuuuuu muaaaaaahhh!! n GERT too tenkiu so mch for sharing this yummy recipe!!

PUMPKIN DONUTS

Ingredients
  • 320 grams flour (a bit more if the dough is too sticky)
  • 2 tsp yeast
  • 1/2 tsp salt
  • 150 grms mashed sweet potatoes - ganti labu
  • 2 tbsp sugar
  • 30 grms butter
  • 100 ml water
For coating
  • Some sugar or cinnamon sugar



No versi geget2 haaa... :D ini versi patah2 :D..

Methods
  • In a large mixing bowl mix all the ingredients together and knead for about 6-7 minutes until you get nice smooth dough. Add some extra flour if it’s so sticky. Cover the bowl with a dry kitchen towel and let it rise for an hour or double it size at a warm place.
  • Punch down the dough and remove onto a floured work tabletop. Roll out the dough to about 1/4" thick and cut the dough out into rounds with a donuts cutter. Gather the snaps and re-roll, then cut out more donuts.
  • Place donuts on parchment paper,cover and let rise for 20 minutes or until they feel light and spongy.
  • Heat oil for deep-frying in a frying pan over medium heat. Slip a few donuts into the oil at a time, leaving enough room for them to expand. Make sure that the oil is not too hot otherwise the donuts will not be cooked.
  • When the donuts are golden brown, turn them over and cook the other side. It takes about 2–3 minutes to cook through. When donuts are done, remove from oil and drain the oil on paper towels before rolling them in sugar.

Jumaat, 13 November 2009

Burger Malaysia dgn DONUT

BURGER MALAYSIA

Salam kembali dpagi khamis buat semua :D,

Oleh kerana yg buat tu duk kat siam kenalah tambah siam kat belakangnyer barulah fair :D, tak suke tak suke!!! :D Malaysia tanah tumpah darahku.. :D okeeyyyy..bf budak2 adalah donut untuk mak yg tgh keseorangan makan burger niiiii lah kan.. menggunakan doh yg sama cuma buat 2 versi jerrr sedap jerr!! cuma kurangkan gula lah sbb nak mkn dgn cekelat dgn sambal kan.. pilih2 mana satu berkenan nak keria pun boleh jugak nak sume pun bolehhhhhhh ^______^... tapi jgn habiskan! yg posing 2 kat atas tu nak bg owang atas dulang dia leh terlupa pulangkan lah pulak nak pulang balik mestilah kena ada isi kat dulang tu takkan bg kosong jerrr mcm tak bestlah kan kena tunjuk skill sekali yg kita ni terrer masak masakan mesia sbb dia pun kenal dgn kuih2 makanan2 mesia niii hihihi.... cewaaahhh!! :P Resepi ni dh byk kali jugaklah guna dr PUAN IEZAMEL78 @ MyR, tenkiuu ya kak!! cuma kurangkan sukatan gula jerrr ;-) lembutttt sgt.. Mintak izin resepinyer letak kat sini ya kak ieza :D, tq!!!

DONUT

Bahan-bahan ( 20 - 25 biji )

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air suam kuku
  • 2 sudu besar mentega
  • 6 sudu besar gula pasir (boleh kurang bagi yang tak suka manis)
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1 paket yis (jenama mauripan)
  • 1 biji telur

Cara-cara

  1. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Gula dan susu disatukan di dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biarkan selama 10 minit.
  3. Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
  4. Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih, masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.
  5. Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.
  6. Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.
  7. Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat. Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice...


DONUT