ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Tauhu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tauhu. Papar semua catatan

Ahad, 29 Mei 2011

Thai Style clear soup with minced chicken n egg tofu

_DSC0077
THAI STYLE CLEAR SOUP WITH MINCED CHICKEN N EGG TOFU

Salam hari minggu sume!!!

Bermula minggu depan sampai bila tak tahu, aktiviti kat sekolah n tadika dah mula sibuk, sambutan hari bapa, pastu kena tgk si kakak n abg belajar kat sekolah yg tak bestnyer dia buat hari sabtu! ada jugak hari2 biasa tp yg paling lemah ni hari sabtu lerrr haish! tak leh nak rehat2 lah.. Hari ni nak kuar awal nak carik kasut si kakak :D

Sup ni, mmg menjadi sup kegemaran SEMUAAAAAAA org dlm umah ni, tak cayer cuba buat pasti seisi keluarga menyukainyer hihihi.... thai style clear soup with minced chicken n egg tofu, tp resepi sebenar dia org mestilah guna ground pork dgn pork flavouring, tp kita disini kena sesuwaikan benda yg boleh dimakan, kita tanyer kawan thai kita yg sorang ni buat sup ni mcm mana jdnyer dia bg resepi tu main ckp jerrr kita pun ingat kat kepala otak jerlah! hihihi... mcm masak bening tp ttp ada kelainan dia.. Resepi kat bwh ni cuba adjust ikut kesesuaian rasa :-)

THAI STYLE CLEAR SOUP WITH MINCED CHICKEN N EGG TOFU

Bahan2 A:

  • 250g Ayam cincang/ground chicken
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 biji bawang merah(shallot) dicincang halus
  • Sedikit Daun Ketumbar di cincang halus
  • 2sb putih telur
  • Sedikit Kicap cair
  • Serbuk lada putih
  • Garam

Cara2:

Satukan semua bhn di atas gaul hingga sebati dan ketepikan, kalau rajin boleh buatkan bulat2 terlebih dahulu.



_DSC0079

Bahan2 B:

  • 2 ulas Bawang kecik dihiris
  • 1 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 kiub Pati ayam
  • 1-2 sb besar kicap cair(kalau boleh gunakan kicap cair maggi atau chinese brand)
  • 1 packet egg tofu atau tofu bulat atau belah 2
  • 3 ketul Fresh shiitake dihiris
  • 3 pokok Daun sup di potong2
  • Sedikit Dry Seeweed
  • Carrot di hiris
  • Sedikit Kobis Cina Di potong
  • Sedikit Sooh Hoon direndam n ketepikan
  • Sedikit serbuk lada sulah dan garam
  • Minyak sedikit utk menumis
  • Air ikut byk bhn2 yg ada
Cara2>>

Panaskan minyak didalam periuk. Tumis bwg putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan air separuh serta kicap cair dan stgh kiub ayam td. Tunggu sehingga mendidih sebentar dan masukkan bhn2 A yg telah di bulat bulatkan tadi, untuk yg ni kita guna sudu dan ambik sedikit adunan ayam cincang tadi dan ambik sedikit demi sedikit masukkan kedalam sup yg mendidih tadi dan buat hingga habis. Kemudian masukkan sayur2 yg keras dulu seperti carrot kecuali dry seaweed dan daun sup dan seterusnyer serta masukkan egg tofu yg telah dipotong beserta sooh hoon yg direndam terlebih dahulu tadi, tambah kan air mengikut selera dan perasakan garam dan lada sulah serta tambahkan kicap cair jika perlu. Tunggu sehingga mendidih seketika, dan masukkan dry seaweed beserta daun sup dan tutup api. Kalau nak tambah telur yg telah dikocokan sedikit pun boleh juga. Selamat mencuba!

Rabu, 22 September 2010

Cold Silken Tofu With Crispy Garlic And Dried Shrimp

DSC_0231
COLD SILKEN TOFU WITH CRISPY GARLIC AND DRIED SHRIMP

Salam kembali sume!!! :D

Alhamdulillah kenyang kita makan tauhu ni jer abis sepeket bulat tu sorang2 makan wakakakaka.... dan alhamdulillah jugak sbb dah selesai masalah JENTAYU antu iteewww... sapa2 yg mushkil leh g link kat SINI, di situlah kita jumpa jodoh untuk penyakit jentayu tu :D.. Buat penasihat khas dr KUALA TERENGGANU CIK NOR SECUBIT GARAM mekaseh ata stunjuk ajar, ingat tu, NEW POST, DASHBOARD, BLA BLA...... in english ok! hihihi....

Resepi kat bawah ni milik seorang jejaka tampan ala2 cik mat gebu giteewwww, (mekaseh kak CM!! ) hanya org2 tertentu yg tahu apa permasalahan kita kihkihkih..... Thanks to 3 HUNGRY TUMMIES untuk resepi yg simple, cepat, mudah n sedap of coz lah kan, no tipu2 loorr :P.. As usual copynpaste recipe nya sbb malas nak translate balik walau sikit bahan2nyer sbb kita seorang wanita yg sibuk :P bluuueerrkkkk! tunggu org jepun buat mesti dia baik hati alih bahse ke melayu :D.. Thanks again Khun Tummy!!! arigatou!! :-)

COLD SILKEN TOFU WIH CRISPY GARLIC DRIED SHRIMP

Makes 8 serving
you'll need;
  • 1 tube of silken tofu*, cut into 8 pieces>> 1 tube tauhu lembut
  • 1/4 cup of dried shrimps, soaked in hot water for 5 minutes and chopped>>1/4 udang kering rendam dlm air panas selama 5 minit, toskan n cincang
  • 3 garlic cloves, chopped>>3 ulas bawang putih di cincang
  • 1 spring onion, chopped>>Daun Bawang di hiris
  • 1 bird chili, sliced>>Lada kecik atau besar di hiris
  • cooking oil>>Minyak utk memasak
  • *or one block of silken tofu

for the dressing;
  • 2 tbs of light soy>>2 sb Kicap cair nak kurangkan pun ok adjust ikut selera masing2
  • 2 tbs of kecap manis (sweet soy)>>2 sb kicap manis
  • 1 tbs of oyster sauce>> 1 sb sos tiram
  • dash of sesame oil>> Sedikit minyak bijan
  • dash of white pepper>>sedikit serbuk lada putih


DSC_0228

Method:-


  • Chop the garlic and dried shrimps.>> cincang bwg putih dan udang kering yg di rendam td.
  • Fry the chopped ingredients with a little oil til crispy.>> Goreng dgn minyak sedikit sehingga keperangan atau garing
  • Prepare the dressing.>>Sediakan semua bhn untuk sos td dan rasa.
  • Place tofu pieces in individual Chinese spoons and drizzle some dressing over.>>Belah tauhu sejuk td mengikut citarasa masing2, untuk proses ni kita panaskan guna microwave dlm 2 min dan lap air yg keluar dr tauhu td, susun di atas pinggan atau sudu dan tuangkan sos tadi di atas tauhu.
  • Top each tofu with some crispy garlic and dried shrimps mixture and finish off with sliced chillies and spring onions.>>Letakkan udang kering+bawang putih yg di goreng td atas tauhu, letakkan sedikit lada hiris dan daun bawang yg dihiris terlebih dahulu tadi. Boleh lah di hidang!
  • Serve them as appetizer and they perfect for a cocktail party.

Isnin, 28 Jun 2010

Tauhu Poket

TAUHU POKET

Salam pagi isnin!! :D

Hari ni byk kerjaaaaaaa, n hari ni tak boleh nak puasa sbb dah dtg penyakit iteewww :D Ni salah satu menu diner semalam sambil2 tgk lumba2 keta :D Resepi asal dr CHE`IZA yg tgh demam bola jugak tuuu hihihi.... Senang sgt nak buat tauhu ni asal ada tauhu jdlah dia isi tu kalau nak pelbagaikan boleh nak guna minced chic pun sodap! Tapi kita lg suke guna udang, udang isinyer manis dan sedap! :D Resepi mintak izin n halal ya che`iza, nak link kan ke MyR tak boleh lg ya nanti kalau dah elok kita lnkkan kembali resepi asal ni :-) macehhhhh! Untuk resepi ni kita cnp n3 yg terdahulu leh g kat SINI ya.... :-) Bila free sikit kita buat balas kunjungan ya insyaAllah, mana2 yg berpuasa hari ni selamat berpuasa!!! huh jeles niii.... :D .

TAUHU POKET

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 5 kpg tauhu
  • 50 gm isi udang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus
  • 1 inci lobak merah diracik halus
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pati ikan bilis
  • sedikit garam




Cara-cara

  1. Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
  2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
  3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
  4. Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....

Khamis, 25 Februari 2010

Tauhu Goreng Singapura

TAUHU GORENG SINGAPURA

Salam kembali sume :-),

Yeeeaaa!!! dpt mkn tauhu pun akhirnyer ehehe... sana sini makan tauhu, jeles sungguh! td ni g beli tauhu dan mulakan projek yg senang ni, makan ni jer pun dah cukup buatkan kita kekenyangan hihihi... sesekali mkn mcm ni mmg best dah tak yah nasik2 lagi dah.. Rumah MAMASYIPAH, KAK HANA, KAK YATIE, MAMAHAWA, KAK AYU lagi sapa? lupa lah.. skrg giliran kita pulak makan tauhu ya :D Resepi asal kat umah CMG lagi :D Rupanyer mcm tauhu sumbat jugak! beza dsumbat dgn dtabur gitu jerr sayurnyer, sedap mkn byk2 sayur :D Mintak izin n halal ya sekali lg CMG resepinyer tak pun leh g umah CMG lagi :D, maceh!!

TAUHU GORENG SINGAPURA

Bahan-bahan
  • 4 keping tahu biasa
  • 1 biji timun, dihiris nipis dan dimayang
  • 100 g taugeh, buang ekor dan celur sekejap - aku ngan mat tk celur
  • 1/2 biji sengkuang, kupas, hiris nipis dan dimayang
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 - 6 biji cili padi*
  • 200 g kacang tanah*
  • 3 - 4 camca besar gula melaka*
  • 3 camca besar kicap pekat*
  • 1 1/2 - 2 camca besar cuka makan @ jus asam jawa*
  • Sedikit air*(*bahan sos kacang)
  • kita tambah petis sikit :D

    Tabur kacang byk2 sayur byk2 walahhhhh! cedap banget!
Cara-cara
  1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, buang kulit dan tumbuk separuh halus. Kisar cili padi dan bawang putih. Campurkan semua bahan2 sos kacang dan kacau hingga rata. Tambah sedikit air jika perlu, jangan terlalu cair atau pekat, sesuaikan rasa dan tambah gula@garam@asam jika perlu. Ketepikan.
  2. Tauhu dilumur dengan sedikit garam, goreng terendam hingga kuning keemasan, jangan goreng lama sangat. Keluarkan dan tos.
  3. Ambil sekeping tauhu goreng tadi. Potong kepada 9 bahagian (bergantung pada saiz tauhu masing2), alihkan ke dalam pinggan, tabur atas tauhu tadi dengan hirisan timun, sengkuang dan taugeh. Tuang sos kacang secukupnya dan hidangkan segera...Makan macam tu pun sedap!!!!!

Khamis, 27 Ogos 2009

Tauhu Sumbat n Air Nenas wif laici

AIR NENAS wif LAICI



TAUHU SUMBAT+ sambal kicap+petis+kacang tumbuk!

Salam kembali dan akn bersiap sedia menghidang :-),


Tauhu sumbat?? humm...lebihan tauhu yg dbuat tauhu bakar masih ada lagi drpd dia terbiar gitu saja dan akhirnyer masuk pak tong baik kita projek tauhu sumbat buat lepas2 gian kan? umah ROSS dah menyumbat jugak, umah KAK ZANA pung sama!! huh! kita mmg suke ngan tauhu niiiii jdnyer buat jugaklah sbb senang banget!!! main sumbat2 jerrr siap!! kuah terpulang nk mkn macam mana tp biasanyer dgn kuah kacang tak pun sambal kicap+petis+kacang tumbuk mcm KAK ZANA buat :-), TAPI kita nyer tauhu cuma sekeping jerrr!! D ulangi, SEKEPING bukan 2 atau 3 atau 4 ehehe.... DAN, buat air nenas ni sbb dah beli nenas semalam jdnyer rebus nenas dgn gula then letak sebok n hidangkan dgn laici n ais!! huh!! dah terliur dah niii... sume org leh buat nenas ni kan??? just rebus jerr sumenyer pas tu hidanglah dgn apa cara yg dgemari, kita ni kurang kerja sbb laici lebihan buat smoothie masih ada jdnyer masukkkan jer lah!! abis citer!! tu yg jd AIR NENAS WIF LAICI!! ehehe... okiesssss, buat semua masa tuk mengundurkan diri pd hari niii, DAN ducapkan SELAMAT BERBUKE PUASA bersama keluarga tersayang!!! Sekian n SALAM buat sume. :-)