ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Minuman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minuman. Papar semua catatan

Rabu, 1 Ogos 2012

Homemade Air Soya

_DSC0503
HOMEMADE AIR SOYA

Salam kembali sume :-),

N3 yang ni pun auto publish sbb skrg ni ada kat tadika :D Nmpk kak Q buat air soya ni terus termengidam nak buat jugak, air soya buatan sendirik lagi sedap rasanyer berbanding yg ada dlm kotak n air soya kat sini kita tak lalu nk minum sbb rasa dia lain lerrr.

Ok, buatnya tak ssh, sblm ni rajin buat tp jadik pemalas sbb nak kena masak dia tuu :D Resepi dr Kak yani yang semua org boleh buat :-) Minta izin kembali resepinya, terima kasihh! :-)

HOMEMADE AIR SOYA
Resepi Asal : KAK YANI

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )
  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.
_DSC0500_DSC0505
Hampas kacang soya boleh buat nugget tapi sejak dah jumpa nugget halal tak dan nak buat lagi homemade nugget tunggu rajin byk sikit ehehe...

_DSC0497

Isnin, 30 Julai 2012

Homemade Cendol Resepi II

_DSC0465-1
HOMEMADE CENDOL II

Salam kembali :-)

Yg ni cuba resepi terbaru dr wendy, aishh! seronok tgk kejadiannya kalau tak sebelum ni rupa ala2 yg tu tuuuu ehehe... kali ni panjang2, thanks to wendy sbb bg idea guna plastik, sblm ni terpkir nak buat gitu jugak tp takut tak nak keluar adunannya :D belum cuba belum tahu kan?

Resepinya kita letak sini jugak ya, thanks for sharing wendy! Minta izin untuk di kongsikan di sini juga resepinya :-) Untuk semua, selamat berbuka bila sampai waktunya dan terima kasih juga setiap kunjungannya m(_ _)m

HOMEMADE CENDOL II
Original Recipe : WENDY table for 2

Ingredients :
  • 50g Mung Bean Strach
  • 50g Cornstarch
  • 600ml Pandan Juice + 1 drop alkaline water>>kita tak masukkan alkaline water
OR
  • 100g Cornstarch
  • 500ml Pandan Juice + 1 drop alkaline water

Method

  • Prepare a basin of ice water, keep it in the fridge. Or, prepare a basin of water and another container of ice cube ready (keep in Freezer). Prepare oven Mittens and food grade plastic bag (like ZIPLOCK or HDPE bags) and scissors, ready at your working spot.
  • Combine everything and cook on medium low heat until it turns thick, tranculent and glossy.
  • Bring out you basin of ice water.
  • Immedietly transfer the hot starch mixture into the plastic bag (Wear Mittens on your working hand.
  • Snip one corner of the bag (about 3mm) and squeeze the content into ice water.
  • Leave the cendol `noddles` in the ice water for 15 minutes. Strain and it ready to use.


_DSC0456-1
eeeee...sukeeeeeee dgn kejadiannya n kaler dia :D

Cendol Durian

_DSC0309
CENDOL KUAH DURIAN

Salam kembali :D

Ini 1st dessert kita di bulan ramadhan yg berasaskan ala2 minuman gituuu tp sgt2 mengenyangkan :D Dah beberapa hari ni cuaca mendung nak buat puding2 atau air2 yg sedap tak selera, ttp carik air kosong atau jarang ajerr. Itu hari kes ternmpk kat rumah KAK TTM, kak ttm pun terperasan kat rumah KAK MADIHA, kita pun rasa nak terbuat buat cendol tak jugak kan :D buat cendol tak ssh sbnrnyer tp mood malas dgn tak ajerr yg buat cendol tu jadik atau tak, kalau ada yg readymade tu senang byk sikit kerjakannya ehehe...

Resepi senang dr rumah kak madiha, mekaseh kak ttm n kak madiha utk perkongsian resepinya! nasib baik ada durian kejang dlm freezer hihihi... Mintak izin kembali resepinya, terima kasih! Dan terima kasih juga setiap kunjungannya :-)

CENDOL KUAH DURIAN
Resepi Asal : KAK MADIHA
Rujukan : KAK TTM MELBEN

Bahan2 Untuk Cendol Durian

Kuah santan durian (lihat resepi dibawah)
Cendol (beli aje senang ) >>yg ni buat sendirik :D
Air gula merah/gula melaka (1 cwn gula merah/ 1 ketul besar gula melaka + ½ cawan air. Dimasak & tapis)
Ais kiub (jika suka)

Cara Menyediakan Cendol Durian

1. Sendukkan kuah santan durian ke dalam mangkuk.
2. Sudukan cendol. Tuangkan air gula merah secukup manis & sedia dinikmati.
(Jika suka cendol berais nikmati semasa kuah durian sejuk sedikit & masukkan ais kiub semasa menghidang)


Resepi Santan Durian

Bahan2
  • 1 biji durian ~ ambil ulasnya
  • 1 biji kelapa diambil santan sederhana pekat
  • 1 helai daun pandan ~ cuci & simpul
  • secubit garam

Cara2 menyediakan

1. Campurkan ulas durian bersama santan, daun pandan & secubit garam.
2. Masak hingga agak2 pekat dan tutupkan api.
3. Hidang bersama cendol & air gula merah.



_DSC0316_DSC0314
Cendol heavennn :D letak pulut, kacang merah, yummyylicious!

HOMEMADE CENDOL
Resepi Asal :
MyR dr MARIAM
Boleh tgk kat SINI jugak

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

Sabtu, 6 Ogos 2011

Menu Iftar Ke 5>>Nasi Mandhi, Ayam Bakar Mandhi, Acar Mentah dgn Watermelom Smoothie

_DSC0239
NASI MANDHI,AYAM BAKAR MANDHI,ACAR MENTAH

Salam Ramadhan yg ke 6 insyaAllah buat semua!!

Menu ramadhan yg ke 5, kekenyangan sungguh! Dan seperi biasanyerrrr rasa tetap maintain takde terkurang masin n tawarnyer :D. Dah lama list resepi ni sejak demam mandhi dulu2 kita pun tak ketinggalan jugak, simple n rasa ayam dia tuu rasa lemon, kita tambah madu sikit kat adunan rempah ayam bakar mandhi tuu :D

Resepi jengah umah KAKAK SECUBIT GARAM lagi :D Resepi asal kat umah KAK RAIDAH, n resepi ni kak raidah dpt dr kawan kak raidah yg duk kat padang pasir sana :D Mekaseh yer kakak2 sume mintak izin n halal kembali resepinyerrr!!!! :-) Komen kat n3 kalau free kita reply, bz sikit lah :D semalam pulak kepenatan..

AYAM BAKAR MANDHI
Resepi Asal:
Puan Raidah
Sumber:KAK NOR SECUBIT GARAM

Bahan-bahan ayam:

  • 1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )
  • 2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 biji lemon ~ dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning/ saffron
  • Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Selepas 45 @ 50 minit, buka foil dan keluarkan air didalam ayam tersebut dan barulah bakar semula selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit garing.
**Kuah dari ayam tadi, saya campurkan dgn saffron/pewarna kuning sebelum dimasukk
an ke dalam nasi.

_DSC0235

Nasi:

Bahan-bahan:

  • 4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris halus
  • 1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
  • 1/3 cwn kismis
  • Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

#K.Nor skip step 3 tu.. mana la ada arang kat rumah ni.. :)>>kita pun sama :D



_DSC0236
Sos:

  • 1 biji tomato ~ hiris
  • 5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
  • 1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
  • Garam
  • Gula Perahan lemon.

Cara penyediaan:

~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Ulam:

~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung.


_DSC0219
WATERMELOM SMOOTHIE

WATERMELON SMOOTHIE
Resepi Asal:KAK YANI MyR

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 500g tembikai
  • 200ml susu segar
  • 100ml plain yogurt
  • 3 sudu besar gula
  • sedikit hirisan tembikai utk hiasan
  • sedkit chocolate chips utk hiasan
  • Daun pudina utk hiasan

Cara-cara

  1. Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
  2. Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
  3. Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.
  4. Sedia utk diminum :)

Isnin, 11 Oktober 2010

Pocari Sweat n building

_DSC0193


Salam kembali :-),

Rumah dah siap kemas, masak belum lagi :D tunggu dulu sbb nak tunggu dah nak TERmakan baru masak, biasa org tak sedap bdn kurang makan kan? kita tak pulak, kalau tak sedap kita keja nak mencarik makanan yg pedas2 sup2 sumeeeeee nak yg pedas2 :D

Tgk bangunan kat atas tu, cuba carikkkkk mana satu rumah yg kita sewa wakakakaka... i dah bg clue dah tuuuu ^_____^ sapa dapat tekak bg hadiah :D hihihi..... lokasi tempat ambil gmbr tu kat tingkat 6 tempat dimana budak2 bermandi manda dan memekak :D aiseeyyyyy.. tak dapat teka ke? rugilah mcm tu ahahaha... jom tgk citer kat bwh pulak
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Apa diaaaaa tuuuu????? :P
POCARI SWEAT..
Apa?
Tak pernah dgr? kita sbnrnyer yg tak pernah dgr wakakakaka...
Alkisahhhhh...


_DSC0216
POCARI SWEAT

Citernyer bermula gini lah ya, kita singkat kan udah lah yerrr bwk2 berehat ya bdn tak sedap tuuuu kang penat carik alasan tak nak masak n kemas umah :D, kita jd fanatik sejak tahu n jumpa air ni sbnrnyer, beberapa minggu yg lepas masa dah nak mula2 pindah, g shopping mcm biasanyer brg2 dapur lah, tergerak ati kita nak tanyer ninja tu, aiseeyyyyyyyyman! naper tak bgtau awal2! huh! sampaikan beberapa tahun yg lepas kita meroyan suruh someone poskan air 100PLUS ahahahaha... alkisah air ni sebijik 100PLUS! cuma dia tak de soda! itulah yg ninja tu xplain kan, haaaaa..skrg ni sapa yg nak kena sekeh agaknyer???? wakakakaka.... rupanyer rupanyerrrrrrr itulah airnyer!!! kat mesia ada kot, HALAL tawww! dia membebel sepanjang berbelanja sbb ke sengalan kita selama ni :D tak pelah buat derk jerrr sbb tinga kita ni mmg dah tak lot dgn apa2 pong! hihihi...

Jdnyerrrrr, nilah air buat ilangkan atau kurangkan demam :D sejak dr tuuu tiap2 minggu akn ambik berbotol botol sbb hari2 kita minum air tu :D sebotol tu mahal jugaklah dlm RM3 tp pedulik apa kan sbb nak balas dendam selama 7 tahun duk kat sini tak minum 100PLUS :D, oleh yg demikian KITA MINUMMMMMMMM duluuuuuuuu!!!! Bismilahirohmanirrohimmmmm...



_DSC0214
Jemput minummmm :D

Jumaat, 3 September 2010

Orange Popsicle Forthy

DSC_0050
ORANGE POPSICLE FORTHY

Salam ramadhan kembali sume!! :D

Alhamdulillah, nak tayang minuman pada hari ini hihihi..... sedap tawwwwww! nmpk kat umah KAK DEL terus berkenan sbb bhn2nyer tak lah byk, sikit jer cuma tang oren tu nak kena sejuk bekukan tp kalau tak keras oren tu kureeennnggggg! yg berais gini orennyer jd penyedap ;-) kita guna 2 susu, fresh milk dgn evaporated milk lah :D sgt sedap!

Waaaaaa.. sume orang dah sibuk nak balik kampung ya? uuuwaaaaaa.... sedih tawww kita2 yg dperantauan niii terpinggir huhuhu... selamat hari raya!! maaf zahir batin! hati2 di jalan raya! semoga selamat sampai ke destinasi dgn selamat n kembali pulang ke rumah juga! :-) Untuk resepi mintak izin n halal juga kak del, macehhhh! sedap bangetttt!

ORANGE POPSICLE FORTHY

Ingredients:

  • 1-2 oranges cut into cubes and put it into a freezer overnight,
  • 1 glass of orange soda
  • 1 cup evaporated milk


Pour evaporated milk (or fresh milk) in a glass of orange soda and stir with a straw...Put in cubes of frozen oranges (the ones you made earlier) and...Enjoy :))))


DSC_0047

Rabu, 1 September 2010

Pelangi Senja n Mee Kari

DSC_0016
PELANGI SENJA ^_*v

Salam ramadhan kembali buat semua ;-),

Nmpk pelangi ni lg 20minit nak berbuka sbb kita nyer dining table ni ngadap ke luar jdnyer kalau ddk mmg leh nmpk luar, lepas siap kemas sume baru nak duduk nmpk pelangi yg cantek ni subhanaAllah! semua ciptaaNYA mmg tiada tandingannya, tersgt cantik! Cuaca pun mmg cantek dah senja matahari dah nak terbenam n baru lepas hujan pulak tu terasa syahdu jerr tp yg kat bwh ni kat tgkt 6 tu lah memekak jerrr tak leh nak feeling2 dgn kebesaranNya haih! Masa main2 dia org ni maghrib2 biasanyer mmg riuh kat tingkat 6 ni riuh tak kena masa huh!

Menu berbuka semalam MEE KARI resepi III, ambik dr umah KAK AYU SG dan resepi asal dr AIN'S KITCHEN, kalau tgk resepinyer mmg penuh dgn segala tips bagus tuk budak2 yg baru nak belajar masak2 mcm kita ni tp kelakar pun ada masa baca resepi tu hihihi.... Mcm biasa mintak izin n halal juga resepinyer, mekaseh sume!!! Resepi copypaste dr umah KAK AYU SG cayang bucuk :D kali ni nak kim salam sapa ya? :D

DSC_0005
MEE KARI
resepi III

MEE KARI III

Tips dari empunya recipe:- Ain's Kitchen

1. Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh. Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja. MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING. Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG. Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!
2. Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.
3. Jika guna udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan ambil airnya. Hampasnya buang! Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru! Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang? Ain lah.. siapa lagi! Naya, naya!
4. Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's. Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.
5. Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih. Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

Ingrdedients:-
Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes-Ayu gunakan 50g serbuk kari daging
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)-Ayu gunakan 3-4 batang daun kari
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)-Ayu gunakan santan kotak aje
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)-Ayu gunakan kerang
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)-Ayu gunakan taupok
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi

(PERHATIAN: Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:-
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")-Ayu xletak ni

Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Directions:
Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau. Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang. Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang.
Biarkan sekejap. Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.

Setelah kentang empuk, masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi. Kacau sehingga mendidih. Matikan api.Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.Telur pun mesti telah siap direbus. Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan lain.Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping keluarga atau tetamu.


DSC_0009
Mee kari yg penuh dgn umat :D


DSC_0001
LYCHEE SMOOTHIE

Lama sudah tak tyg air ya :D alaaaa..buat air biasa2 jer lg best minum air kosong taww! tp semalam tu teringin pulak nak minum mcm ni, resepi dah dulang ulang ulang lagi jdnyer kalau nak resepi leh g kat SINI n3 sebelumnyer n resepi asal dr SIS LOVE2COOK, thanks sis! :-)

Selasa, 24 Ogos 2010

Homemade Cendol

DSC_1028
CENDOL

Salam kembali masih dhari yg sama n waktu yg sama :D,

Ini cendol nmpk kat umah KAK HANA, terus berdesup g dapur sediakan bhn :D maklom lah sini tak de bazar nak main tunjuk2 kena tujuk bhn2 kat dapur haaaa..jdlah bazar ramadhan sendirian berhad ahahaha... dulangi SENDIRIAN BERHAD :D di jamin HALAL n BERSIH n PUAS HATI n SEDAP! itu yg penting tawww! Rupa jgn ambik kisah yg nak dambik kisah adalah RASANYER, ada paham? RASAnyerrrr hihihi.... N tak sangka lepas berbuka jalan2 g batu pahat pun ada cendol kat umah CIKGU ZANA kita :D ni sume2 kes ter ter kat umah kat jepun tu huh!

Versi SIAM n JEPUN ketot2 kalau versi kat BATU PAHAT mcm cendol made in malaysia :D.. Untuk resepi leh tgk kat MyR dr MARIAM, mekaseh ya!!! sblm ni dah buat leh g SINI atau g umah KAK HANA atau g umah KAK ZANA, pilihlah rumah yg mana satu ya :D, Cam biasa mintak halal n ijin kembali resepinyer!! macehhhh!!! Letak kacang merahhh yummmmylicous!!! sampai 2nd round makan tauu! hihihi... kalau ada puluttt xtraaaa sedap!


HOMEMADE CENDOL

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan>>kita guna 3 helai daun pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

DSC_1021

Cara-cara

  1. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  2. kacau selalu supaya tidak hangit
  3. sediakan bekas yang berisi air sejuk
  4. masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk
  5. kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang
  6. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....

DSC_1019
HOMEMADE CENDOL
sapa2 yg ada cetak muruku nak pinjam nanti pulang balik wakakaka...

Rabu, 23 Jun 2010

Sirap Bandung Soda

SIRAP BANDUNG SODA

Salam kembali :-),

Burrrppp, alhamdulillah kenyang :D Minuman berbuka :D lebihan soda semalam byk lagi tu pun ada lg satu botol lagi, esok kalau puasa buat lagilah air yg berkaitan soda walhal tak baik tuk kesihatan huhuhu... sbb perut buncit! hihihi.. maklumlah gas semata mata :D Agaknyer kan kita dah berpuluh tahun tak minum air bandung ni sebab apa? dulu2 asalnyer air yg ada susu2 ni mmg lah kita tak minum, tekak ngada2 lah katakan :D tapi peliklah skrg ni (ayat yg sama :P) sume2 kita nak makan n minum! oppss, teh susu jerr atau teh tarik jer belum nak cuba lagi :D Resepi ni ambik kat umah jepun sana tuuu :D macehhh yo, enak rupanyer! leh buat lagi! tp sirap yg ada kat sini lain pesen sikit rasa dia ehehe..agak2 kalau rebus balik semula letak daun pandan sedap tak eak? ahahaha... da da, bdn penat lah, nanti nak menggosok lagi huhuhu...
Macam biasa kak mintak izin n halal resepinyer! resepi senang banget! :P Leh g umah KAK HANA jugak ya :D..

SIRAP BANDUNG SODA

Bahan-bahan
  • Air
  • Susu Cair
  • Air Soda
  • Sirap Rose
  • Air Gula@gula putih
  • Kiub Ais@Air batu
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan dan kacau.
  • Sedia untuk dminum.

Jemput minum! sorang seteguk ajer! hihihi

Punch Nenas

PUNCH NENAS

Salam pagi rabu sume :D,

Kejap jer dah hari rabu ya, menaip tgh malam2 buta :D rasa mcm sekejap jer abis hari skrg niii adakah sbb semakin dah tue??? huhuhu.... Hari ni kalau masih sihat tubuh badan lagi meneruskan puasa lagi, air ni buat buka puasa, sedap betul teguk, tgh sedap2 teguk tu leh hujan pulak! sib baik dah habis minum ahahaha..klu tak mesti terbantut nak minum :D.. Resepi asal kat umah KAK HAZILA ratu dessert :D, sedap air ni tp kita campur separuh guna nenas fresh aduh mak aiiiii mmg sedap! Mcm biasa yer kak zila mintak izin n halal resepinyer :-) macehhhhh!! senang jer ni nak buatnyer pejam mata sebelah pun leh buat :D..

PUNCH NENAS

Bahan bahan

  • 200 gms kiub nenas dalam tin
  • 100 ml sirap nenas dalam tin
  • 100 ml air
  • Ais ketul secukupnya
  • 250 ml air soda



Cara cara

1. Kisar nenas, sirap nenas dan air hingga halus.
2. Masukkan air soda dan ais batu.
3. Sedia untuk dinikmati.

Isnin, 21 Jun 2010

Kiwi-Orange-Mango Juice

KIWI-ORANGE-MANGGO JUICE

Salam kembali ! :D

Jom minum juiceeee dulu! haiyaaaaaa..... tak tahu nak buat apa dgn kiwi yg dah dbeli semalam tu, selain mkn dgn yogurt buat apa lago yek? Ninja tu lah semalam g belanja barang2 dapur dia kata ambiklah golden kiwi tuuu sbb murah sebijik cuma 2 ringgit jerr, yg ijau lg lah murah, ambiklah seprauh goden kiwi n biasa punyer tuu.. goggle2 jumpa resepi ni, not bad! tp pastikan manggo tu kena manis kalau tak manis kena tmbh syrup sikir kasi manis sikit kalau tak nanti sure masam! :D Resepi asal kat SINI.. so, cnp dr situ jer ya :D

KIWI-ORANGE-MANGGO JUICE
Source>>EVERYDAY WITH RACHEL

Ingredients:

  • 4 large kiwis, peeled and coarsely chopped
  • 2 large mangos, peeled and coarsely chopped
  • 1 pint orange juice>> 1 pint = 2 cups

Directions:

  1. Using a blender, puree the kiwis, mangos and orange juice. Pour into a pitcher, add 3 cups cold water and stir.

Rabu, 9 Jun 2010

Air Tembikai Laici

AIR TEMBIKAI LAICHI

Salam kembali sume!! :-)

Last n3 untuk hari ni sebelum nak g berdating dgn MR IRON>>>> IRON BOARD n yg sewaktu dgnnyer :D dr td dok gelak2 jerrr haih! sampaikan dlm bilik air pun nak tergelak wakakaka... menggong sikit tuan umah hari ni :D jom minum dulu!!! kenapa gelak?? hanyer org2 tuuu jer yg tahu ahahaha... Resepi umah ROSS OSAKA lagi TAPI kita tak de link tuk air ni, ROSSS!!! nanti kasi akak dia punyer link eak akak sibuk sikit ni nanti akak edit balik :D maceh ross!!! airnyer tak merah sbb semalam beli tembikai ni tak de yg merahlah pulak! tp mmg manis ;-).. da da daaaa....... salam! :D

updated : tenkiu ross! sayang dia! :D

AIR TEMBIKAI LAICI

Bahan-bahanye
( kuantiti dlm 2 hingga 4 gelas)
1/6 biji Tembikai saiz sederhana (agak-agak je)
1 cawan air Laici dalam tin
8-10 biji laici

Caranya
1. Potong dadu tembikai dan buangkan bijinye kemudian blender bersama air laici tadi.
2.masukkan dalam gelas dan tambah kan buah laici serta beberapa ketul air batu. Ok dah siap. Sedia untuk diminum. Selamat Mencuba.

Rabu, 2 Jun 2010

Creamy Hot Cocoa

CREAMY HOT COCOA

Salam pagi sume :-),

Uhhhhhh! pagi2 ni dah kena ribut kat umah ni huh!... jom layan the very creamy hot cocoa tu, best! i likeeee.. lg sedap dgn coklat yg kat kotak2 atau botol2 tu :D, tp kena guna cocoa powder yg sedap, yg kat atas ni kita buat dpt 1 jug sbb buat stok tuk budak2 kita pun sukelah! nanti minum sejuk2 pulak hihihi... Kita guna vanhouten cocoa powder, yummmmyyyy!!! Resepi asal kat ALLRECIPES.COM dan telah dkongsikan oleh MAMAFAMI, pastu ramai ler yg buat mcm biasanyer penyakit2 kat blogger ni kan ehehe... :D Ma, mcm biasa mintak izin ma untuk share kat sini pulak, mekaseh ya! :-) leh g umah KAK HANA atau SAKURA EMI jugak :-)

CREAMY HOT COCOA

Source : Jeanie Bean
Serving : 4


Ingredients :

1/3 cup unsweetened cocoa powder
1/2 cup white sugar
a pinch of salt
1/3 cup boiling water
3 1/2 cups milk
1/2 teaspoon vanilla essence
enough whipping cream
a bit of cocoa powder to sprinkle (optional)



Method :

1. Combine the cocoa, sugar and pinch of salt in a saucepan.
2. Blend in the boiling water. Bring this mixture to an easy boil while you stir. Simmer and stir for about 2 minutes. Watch that it doesn't scorch.
3. Stir in 3 1/2 cups of milk and heat until very hot, but do not boil!
4. Remove from heat and add vanilla.
5. Divide between 4 mugs.
6. Add the cream to the mugs of cocoa to cool it to drinking temperature. Sprinkle with a bit of cocoa powder.

Ahad, 30 Mei 2010

Es Teler

ES TELER

Salam minggu sume!! :D

Semalam sibuk sikit arrr, penat nak masuk n3, dapur mcm kedai runcit penuhhh! tak leh nak lalu lalang sbb belanja serentak pheewwww.. jenuh nak meng clear kan brg2 tu sume hihihi... sblm tu kita kinum duluuu!!! semalam rembat kelapa muda alalalalala... mmg plan nak buat air ni, cuma tak masukkan avocado sbb ntahlah! mmg tak leh nak masuk kat tekak hihihi... tp kita ganti dgn buah mangga.. Resepi kat umah KAK HAZILA aka org dessert hihihi... Kak Zila mintak ijin resepinyer!!! :D sedappppppppp!!! Rosssss..jom lah akak dah buat air niii hihihi... menu hari ni klu sempat n3 sbb ada org nak dtg angkut fish tank yg gedabak tuu hihihi...

ES TELLER

Bahan bahan ( 4 persons )

  • 1 biji buah kelapa - asingkan air dan ambil isinya>>isinyer masukkan sekali :D
  • 1 biji buah avocado - ambil isinya>>kita tak letak tp ganti dgn mangga
  • 2 biji buah nangka - hiris isinya ( saya tak letak sebab tak ada stock)
  • 1 biji buah kiwi - saya letak sendiri>>yg ni pun tak de!
  • 2 biji buah strawberry - saya letak sendiri>>Yg ni pun tak de!
  • 400 ml air kelapa muda
  • 3 sudu makan susu pekat - bergantung pada kemanisan yang dikehendaki
  • Ais sagat - secukupnya


Cara cara

1. Masukkan semua buah buahan ke dalam bekas yang sesuai. Bancuh air kelapa muda dengan susu pekat.
2. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi buah buahan tadi.
3. Masukkan ais sagat secukupnya. Sedia untuk dinikmati.

Rabu, 12 Mei 2010

Monrods Ice Blended

MONRODS ICE BLENDED

Salam kembali!!! hihihi...

Oh my God! sedap sgt air ni tawww! tak tahu nak xplain camne kena buat sendirik :D kita ni dulu2 mmg tak minum sgt blended2 gini nak2 mocha ke coffe ke kalau cekelat2 tu mungkin boleh jugak terima tp sekarang ni sume2 SEMUA2 kita nak! hihihi... Dah boleh buat sendirik ni kan mg best! Haih! kat luar sana mendung tuan umah pulak minum sejok2 ehehe..kang batuk2 padan muke! :D teruja betul semalam tgk kat umah kak hana tu, sokmo buat org terliur jerr.. Giliran kita pulak ya nak minum yg sedap2 gitu :D, tp cwn kita tak de lah cantik2 cawan bese2 jerr :D cwn murah! Yg penting isi dlm cwn tu yg tak murah tp sedap! :D Reepi asal kat umah KAK INA KL, baik hati betul kakak2 ni sume share resepi ya, mekaseh!!!! sayang sume! jemput minum :D ehehe... Leh g umah KAK HANA atau KAK INA KL ya :-) kita cnp dr umah KAK HANA :-).

MONRODS ICE BLENDED

Bahan-bahan
  • 200gm ais kiub
  • 2 keping biskut oreo
  • 50ml susu segar
  • 50ml whipped cream
  • 2 sudu besar serbuk milo
  • 1 sudu besar gula - nih hana tambah

Tak ade apa2 yg nak dtenungkan sila sedut dgn teliti sekali hihihi..nikmati setiap chunks oreo yg tak hancur sgt tu hihihi...

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan ke dalam pengisar kecuali whipped cream dan kisar halus.
  • Tuang ke dalam gelas dan hiaskan dengan whipped cream dan serbuk milo.
  • Boleh juga di tambah 2 keping biskut oreo sebagai hiasan.

Selasa, 16 Mac 2010

Watermelon Smoothies

WATERMELON SMOOTHIES

Salam kembali!!!

huhahuhahuhahuha.... pedasssssssssss bykkk ini rojak loo... jom minum smoothie ni pulak, kalau nak tahu kan sejak2 panas ni kan kat kepala otak kita asyik ank carik air minum2 yg cenggini jerrrr :D Rasa serba salah kalau tak dpt nak minum hihihi... Kali ni resepi dr CMG, sedap banget air ni! agaknyer ada susu cair kot! tak kiralah apa pun bhnnyer janji legaaaaaa lepas minum niii :D.. Tembikai kat sini kaler dia merah2 sgt2!!! pastu kan manissssssss sgt2!!! tgk kaler tembikai yg dpotong tuu kat cwn tu punyrelah merah! bukan takat merah tp tak manis tapi mmg MANIS! sbb tu dlm resepi ni kita kurangkan gule :D.. cikmat mintak ijin n halal resepinyer maceh!! pastu balingkan laici 2 3 ketul dlm air tu :D walahhh! jemput minum!!!

WATERMELON SMOOTHIES

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g isi tembikai merah
2 - 3 camca besar gula pasir>> yg ni jer kurangkan sbb dah manis tembikai sini
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air masak
3 cawan ais kiub
Secubit garam (sikitt jee tau!!) >> tak letak langsung :D
Tembikai yang dibentuk untuk hiasan (optional)>> letak laici mcm ross buat dulu :D
Ais kiub secukupnya (tambahan)




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan di atas kecuali tembikai untuk hiasan. Kisar dengan kelajuan tinggi hingga semua sebati dan halus. Kalau boleh biar kisaran menghasilkan buih..
  2. Bentuk kan tembikai untuk hiasan mengikut kreativiti masing, dan selit tepi gelas yang telah disediakan. Letak kan 3 - 4 biji ais kiub (tambahan) dan tuang watermelon smoothies tadi secukunya. Hidangkan sebagai pembasah tekak.....

Isnin, 15 Mac 2010

Homemade Air Soya

HOMEMADE AIR SOYA

Salam kembali :-),

Dah berpeluh peluh makan som tam kita minum air soya pulak, hari ni nyer menu sihat2 belaka :D... Rasanyer kalau dah buat soya ni kan mcm biasalah mesti nak buat homemade nugget :D bekalan dah habis lah sana sini pulak tyg nugget huh! mmg kena buat... n kebetulan hari jumaat lepas balik dr embassy tu kita terlupa yg hari tu ada farewell party kat umah atas ni nak tak nak kena buat jugak sib baik dtg idea nak buat menu sempoi yg dia org tak pernah makan, jan tanyer mana gmbr sbb mmg terlupa kit cuma ada masa 2 jam jer nak siapkan! bygkan ajerlahh balik dr embassy terus duk kat dapur siapkan nugget ni tuk hantar kat atas tu bukan tu jer buat jemput2 campur2 ahahaha... kan dia org tak pernah mkn jemput2 kan hihihi.. masa tak de lah! tu yg kat kepala otak buat jer jemput2 ni senang :D ngeeee.... Resepi air soya ni dr KAK YANI senang jerrr rendam2 blend2 masak2 :D pastu jd okara dptlah buat nugget sedap! mekaseh kak yani! lupa nak snap okara sbb dah masuk dlm FB baru teringat nak ambik gmbr hihihi...

Air Soya n Okara

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )
  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  1. Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  2. Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  3. Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  4. Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.

Selasa, 9 Mac 2010

Jus Jimi Asmara

JUS JIMI ASMARA

Salam kembali masih hari yg sama :-) waktu jer lain :D,

Ok ok, nak cepat ni sbb nak g kuar ambik gmbr tuk apply visa nanti.. LEpas berpedas pedsan sesuwai sgtlah sejukkan tekak dgn air2 mcm ni.. SEDAPPPPPP!!! harus cuba maklumlah bau2 pisang ni mmg kita suke tp tak de lah rasa pisang sgt tp mmg sedap! nmpk jus ni kat umah CMG semalam ni lah! haih! tak sabo nak buat pdhal dah buat smoothie takkan lah nak buat jugak kan :D jdnyer hari ni kita buat ya :D senang jer mcm belajar abc tuuu :D.. Resepi asal kat umah KAK UMMI kuantan.. cnp dr dapur CIKMAT mekaseh kak ummi n cikmat! mcm biasalah ya halal n izinkan resepinyer :-) Sapa2 yg dah minum ni sure akn bertukar ke zaman 80 an hihihi....

JUS JIMI ASMARA

BAHAN-BAHANYA :-)
Air masak secukupnya (anggaran 1500 ml)
4 - 5 camca besar gula (atau ikut tahap kemanisan masing2)
1 1/2 camca besar jus pekat minuman oren sunqick (dalam botol)
1 camca teh esen pisang (mat guna 3/4 camca teh)
1/4 camca teh pewarna hijau
Ais kiub secukupnya




CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh guna dengan sedikit air panas, kacau rata. Kemudian satukan semua bahan di atas kecuali air batu. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah gula.
  2. Tuang ke dalam jug sesuai dan isi dengan ais kiub secukupnya... Atau boleh juga isi ais kiub dalam setiap gelas dan tuang jus jimi asmara tadi secukupnya. Biarkan sejuk sebentar dan boleh nikmatinya....nyamannnnnn!!!!!!!

Isnin, 8 Mac 2010

Manggo Smoothie

MANGGO SMOOTHIE

Salam kembali semua :-),

Huh! panas jgn citer lah kan mmg hari2 skrg ni panas kat mesia pun sama sini lagiii panas :D, Jdnyer mcm biasalah kan menu minum2 penghilang dahaga dkala panas adalh minuman mcm kat atas tu hihihi.... pas ni klu batuk2 lg tak tahu lah niii kan asyik minum sejuk2 jerr huhuhu.... Resepi dr KAK YATIEZAINI@MyR Mekaseh kak yatie! baru nmpk kat umah tuan punyer resepi ni buat giliran kita pulak ya :D ngeeee... Jemput minum :D Mcm biasa kak yatie mintak halal n izin resepinyer dulangtyg semula, mekaseh!! :D

MANGGO SMOOTHIE

Bahan-bahan
1/2 biji isi mangga masak
2 sb yogurt perisa asli / mangga
1/2 cawan low fat milk >>Kita masukkan 1 cawan sbb tak masukkan air
1 sb gula>>kita ganti susu pekat
1/2 cawan air>>Tak masukkan
Ais ketul secukupnya

Cara-cara
Masukkan semua bhn kedlm blender dan kisar sehingga smooth / halus
Tuangkan ke dlm gelas kesukaan anda dan sedia utk dinikmati ... senangkan!


Sabtu, 6 Mac 2010

Orange Lassi

ORANGE LASSI

Salam kembali yg agak sunyi hari ni,

Oleh kerana ninja tu kena kerja semakin sunyiiiilah hari2 kita rasanyer walau budak2 ada terpekik sana sini tp lain sungguh klu ayah dia org ni yg tak de ekekeke...weekday lain sbb itu mmg tugas wajib kena buat kan jdnyer mmg tak kesah sgtlah kan tp kalau weekend2 gini dia tak de huh! kosong jiwa nii.. meh lah nak layankan tekak dah nak baik ni :D jan marah eak nak minumlah air niii sedap tauu, ubat sakit tekak pun ya jugak mintak2 tak nyambung batuk! hihihi.. ORANGE LASSI by LOVE2COOK, tenkiuu sis! sedap rupanyer air2 mcm ni, skrg ni mmg tgh musim panasssssssssssss yg amt2 ni kan mmg nak minum jerr air2 sejuk gini, harap2 puasa nanti tak de lah panas gini kan? mmg dugaan betul kalau puasa2 nanti ni cuacanyer mcm skrg ni huh! Senang jer nak buatnyer minatk izin sis resepinyer cnp kat sini seperti biasanyer ;-) thanks! jemput minum sume :-)

ORANGE LASSI

U need....
  • 3 Mandarin Oranges ~ peeled and unseeded ( U may also use other oranges )i used orange juice sbb malas nak perah2 hihihi...
  • 1/2 cup of yogurt>>i masukkan 1 kotak teruss abis citer! hihihi
  • 2 tbsp sugar>>i kurangkan jugak sbb nak masam2 :D
  • ice cubes
  • add some cinnamon powder (adding this becomes Lassi)>>owwhh..i have to skip dis one coz i don like! hihihi...
* Blend all ingredients till smooth. Serve chilled!
* If U prefer more flavour, add some orange juice...