BISKUT NESTUM RANGUP
Salam kembali sume!
Malam lailatul qadar, sama2 kita kejar :-) Buat pengetahuan semua yg bg komen kat n3 bawah, kita sihat, yg tak sihat tu idola kesayangan kita yg berada kat mesia :( Risau sgt2, dan rasa semakin tak sabar nak balik mesia minggu depan nii. Yg jadi merisaukan ni sbb idola kita yg sorang ni kalau mmg betul2 serius sahaja akn mengalah, setakat demam, batuk2, selagi solat tak tumbang jatuh terduduk mmg tak akn nmpk idola kita yg sorang ni duk cuti :( sedih sgt, doa ajer yg mengiringinya sekarang ni moga diberi kekuatan melawan penyakitnya, insyaAllah.
Beskut sana sini, kita yg tgk ni makin frust :D bila fikir2 balik malas sgt nak buat beskut sbb nak balik mesia tapi bila tgk org buat beskut sana sini MEMANG harus lerr buat beskut ehehe... yg ni test2 ajerr kalau sedap balik mesia nanti kita buat :-)
Akhir sekali, terima kasih yg tak terhingga dengan kunjungannya :-) selamat berbuka dan menunaikan solat terawih untuk malam2 terakhir ramadhan ni ya insyaAllah! moga kita semua diberi kekuatan yg luar biasa utk menjalankan ibadah yg hampir2 ke penghujungnya insyaAllah!
BISKUT NESTUM RANGUP
Resepi Asal : KAK NADZ

Bahan-bahan A :
- 1 cawan tepung gandum - ayak
- 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
- 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
- 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
- 125 gm butter
- 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
- 1 tsp esen vanilla
- 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
- Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
- Buah ceri yang dipotong kecil>>kita ganti dgn kismis
sedap! letak kismis :D
Cara penyediaan :
- Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
- Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
- Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum.
- Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit.
- Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
- Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
PAU GEBU INTI KELAPA
Yg ni pulak menu kuih, tumpang sekali kat n3 beskut ni ya :D
PAU GEBU
Resepi Asal : KAK TON MyR
Boleh g SINI jugak :-)
Bahan-bahan ( 10 biji )
PAU GEBU
Resepi Asal : KAK TON MyR
Boleh g SINI jugak :-)
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
- 3g (3/4 sudu teh) yis kering
- 2g (1/2 sudu teh) baking powder
- 50g (4 sudu makan) gula castor
- 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
- 2g (1 sudu teh) bread softener
- 1/2 cawan air suam
Cara-cara
- Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
- Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
- Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
- ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
- Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
- ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
- Bahagikan doh kepada 10 bahagian
- Masukkan inti dan tutup kemas.
- Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
- ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
- Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
- Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
- ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
- Selamat mencuba...