ads/iklan

Memaparkan catatan dengan label Korean Foods. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Korean Foods. Papar semua catatan

Selasa, 24 Mei 2011

Pajeon (Green Onion Pancake)

_DSC0278
PAJEON (GREEN ONION PANCAKE)

Salam kembali sume!

Mekaseh yg mendoakan kesihatan ILYAS aka IRIYASU kun, semoga semua doa2 yg dipanjatkan termakbl insyaAllah.. Semalam g sepital n result tuk influenza B positif, jdnyer dpt cuti seminggu, dan bygkan jugak dr semalam kul 3 stgh lebih kurang dia tido sampai skrg niiii tau! bangun cuma minum air seteguk pastu muntah, pastu membuang, nanti dia tido balik, 1st time dia kena mcm ni, n suhu bdn dia tak tinggi sgt cuma 38.3c gitu jerrr kalau turun lepas ambik paracetamol tu biasalah nanti beberapa jam balik dia naik lagi.. Harap2 tak de apa2, kalau esok ni dia masih melepek gitu jer mmg kena antar sepital lain pulak.. Kita pun dah penat dah nii :D

Jom layan menu KOREA, waaaaa.. sudah jatuh cintaaaaa sama ini makanan korea!!! sejak2 tgk drama korea lah ni sume2 nak korea, itu ini pun nak korea wakakakaka.... Nmpk kat umah KAK AZATIE td pg tp kak azatienyer versi lain, pajeon aka pancake ni byk jenis tp yg paling kita suke green onion! mmg best n sedap! rugi sapa2 tak cuba.. Resepi dah biasa jalan2 kat umah MAANGCHI, kita cnp kat sini lepas dah di edit sikit2.. Klau sapa2 yg nak cuba masakan korea g jer kat situ siap ada video lagi, mmg seronok! :D

PAJEON(GREEN ONION PANCAKE)


Bahan2
_DSC0283
  • Daun Bawang lebih kurang segenggam(tgk gmbr atas)
  • 1/2 Cwn Tepung >>kita guna tepung gandum
  • 1/2 cwn Air
  • 1 sk soybean paste>> leh ganti tauchu jdkan paste yg ni kita guna miso paste
  • 1/2 sk gula
  • Sedikit Kimchi optional>>yg ni kita tambah>>sbnrnyer ada kimcijeon jugak :D
  • Garam jika perlu>>kita tak letak sbb ,miso paste dah masin
  • Sedikit minyak lebih kurang 4sb>> guna salad oil

_DSC0281
Garing!! sedappppppp sgt! :D
Cara2:

  • Basuh bersih daun bwg dan toskan. Kemudian potong daun bwg secara memanjang atau ikut selera masing2 lebih kurang 5 inci panjang. Untuk adunan tepung, satukan semua bhn td kecuali minyak dan daun bwg serta kimchi td, sehingga sebati.
  • Panaskan minyak didlm kuali leper yg dipanaskan terlebih dahulu, kemudian susunkan daun bwg yg dipotong td dlm kuali( utk yg ni nak buat bulat size kuali pun ok) kita susun memanjang kemudian letakkan kimchi di atas daun bawang tadi. Selepas itu tuangkan adunan tepung atau batter td ke atas daun bwg yg telah disusunkan dlm pan td, (jgn buat tebal2 susunan daun bwg tu ya, agak2 jerr kalau tak hasilnyer tak rangup). Gunakan api sederhana besar.
  • Kemudian, tunggu sehingga kekuningan atau masak, hati2 semasa balikkan pajeon td utk dptkan hasil yg cantek( kitanyer terpatah :P sbb kuali kecik jerr :D) Masak sehingga kedua dua belah pajeon td nmpk garing bukan hangus ya :D dan angkat pajeon td ke dlm pinggan. Sesuwai dimakan dgn kicap jepun+cuka sikit atau resepi sauce leh rujuk kat blog MAANGCHI. Sedia dimakan panas2! Selamat mencuba!