Mujahadah
Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label korban. Show all posts
Showing posts with label korban. Show all posts
Friday, October 18, 2013
Ibrah ihsan dalam korban
sebagai seorang insan yang berilmu kita perlu lihat apakah ibrahnya korban Nabi Ibrahim. Sebagai insan yang berfikiran waras sesungguhnya banyak pengajaran dalam acara korban. Dari mula acara itu boleh dilihat bagaimana kita cuba menenangkan bintang sembelihan tersebut. Kita cuba rehatkan dan pernah Nabi kita Rasulullah saw menegur seseorang yang sedang mengasah pisau nya didepan binatang sembelihan. Maksud teguran adakah kamu ingin lihat binatang tersebut mati 2 kali. Kita lihat bagaimana Rasulullauh menitik berat dalam hal ini.
Dari kesulitan kita lihat pabila seekor lembu itu apabila disembelih, berlakuk kekejangan ini kerana apabila berlaku darah yang mengalir berlakunya kekurangan oksigen dan ianya tidak mengambil masa yang lama. Ini meringankan keringanan kepada bintanga sembelihan.
Ibadah ini bukan satu pergerakkan tetapi ia ada makna disebaliknya, makna itu yang kita kehilangan. Kita perlu lihat apa disebalik ibadah itu kerana Allah tak memerlukan ibadah kita namun kita yang memerlukan Allah dan ibadah itu untuk kemaslahatan kita atau kebaikan kita.
Indahnya islam ini ....
Wednesday, November 9, 2011
Sama Merasa
Dalam korban sunat pula, terdapat bahagian daripada daging korban itu yang sunat dimakan oleh orang yang berkorban atau dihadiahkan, dan terdapat bahagian yang wajib disedekahkan.Hanya bahagian atau hak orang yang berkorban itu sahaja yang harus dipindahkan ke negeri lain. Manakala bahagian yang wajib disedekahkan kepada fakir miskin wajib disedekahkan di tempat berkorban itu juga dan haram dipindahkan ke negeri lain.Secara mudahnya ialah.a.
a) Sepertiga (1/3) untuk disedekahkan kepada fakir miskin. Diwajibkan bagi orang yang berkorban untuk menyedekahkansebahagian daripada daging korban sunat dalam keadaan mentah, iaitutidak dimasak, kepada fakir dan miskin untuk dimiliki oleh golonganini.Bahagian ini wajib disedekahkan dan diagihkan kepada fakir miskindi negeri (tempat) binatang korban disembelih dan haramdipindahkan ke negeri lain.b.
b)Sepertiga (1/3) untuk dirinya sendiri Disunatkan bagi orang yang berkorban memakan sebahagiandaripada sepertiga sembelihan korban sunatnya sebagai mengambilberkat. Malahan afdhal baginya memakan hati binatang tersebutkerana mengikut sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
c)Sepertiga (1/3) untuk dihadiahkan kepada saudara terdekat. Disunatkan bagi orang yang berkorban menghadiahkan sebahagiandaging korban sunatnya kepada orang yang mampu seperti ahli keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan seumpamanya dari kalangan orangIslam.
/fuzidss
Sunday, November 6, 2011
Korban membawa erti kepada kami
Seperti yang dituntut juga tidak dibenarkan potong kuku dan memotong rambut (segala jenis rambut dibadan) dan dipagi raya digalakkan untuk tidak menjamah sebarang makanan melainkan minum dan itu juga berjaya dilaksanakan. Begitulah jika beramal dengan bersandarkan ilmu hidup lebih jadi mudah..dan sesungguhnya islam itu mudah jika berilmu.
Menceritkan kisah nabi ibrahim dan nabi Ismail kepada anak2. Kesan-kesan pengorbanan Nabi Ibrahim. Betapa beliau mementing kan perintahk dari Allah dari segalanya termasuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail dan keperibadian Nabi Allah seharusnya menjadi contoh kepada umat islam
Ibu, besarnya lembu, boleh Amaar naik tak? Hummm? adoiiii
/fuzidss
Subscribe to:
Posts (Atom)