Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Gift. Show all posts
Showing posts with label Gift. Show all posts

Monday, February 17, 2014

Baby Bean Bag



Ramai yang tertanya-tanya, beli mana Baby bean Bag ni. Ianya boleh dibeli di sini -bean bag online.
Mudah, bila ada tetamu datang ziarah Aysh akan baring diatasnya dan memudahkan tetamu yang datang melihatnya .

Harga  promosi yang ditawarkan pada ketika itu adalah RM130.00 termasuk duit delivery charge dan percuma mainan lipan serba warna berharga RM22.00. Agak berbaloi lah juga untuk Aysh dan boleh digunakan dalam jangka masa panjang cuma nak travel tu susah sikit sebab agak bulky.




ni dia lipan yang berbagau warna

Sunday, November 3, 2013

Katanya "Magic"



Buah tangan dari Langkawi dihadiahkan oleh bonda Normah tercinta....  Inilah sifat seorang orang ibu ke mana sahaja pasti ingatan kepada anak-anak tidak pernah hilang. Hadiah dari dari bonda.. katanya Magic Pan...

Apapaun, merasa sangat bersyukur kerana dapat mendakap bonda walaupun ayahanda telah lama kembali... We love you mak

Saturday, February 11, 2012

Cuba Teka Apa di dalamnya?



Pada 10 Haribulan seperti biasa tepat 6.00petang memang waktu ini didalam kereta menuju pulang.. Tetiba deringan handphone Nokia 63 ku berbunyi.Ku lihat kanda.." I ambik Amaar tau" hummm.. I can smell something..... anyway I just drive.....

Sampai sahaja tengok Alif dengan pakaian nya berseluar jin..apa lambat sangat ibu. Huhh..ibu balik macam biasa jee. Bila ku buka pintu.. Si kakak jerit "ibu..malam ni tak payah masak kita makan PIZZA okay... kata si Anis yang kelihatan agak manis dan ceria hari ni dari meja makan..Okk ..Wah siap ada kek lagi. That's great. Sebenarnya perutku ni kenyang sesangat namun ku gagahkan juga. Ibu, dah kenyang dah? Tanya Adam...Hummm ??? Kakak pun terkial-kial mengambil something dibawah meja" Nah ibu, Abah tadi ambil half day, dia ajak kami pi cari ni..." apa lagi senyum sampai ke telingalaa.Woww, is not easy for my husband nak ambil half day but today merupakan pengorbanan yang amat besar. Alhamdulillah terharu bukan kerana hadiah tetapi kerana usahanya ingin bersama-anak mencari sesuatu buat isteri tercinta dan ibu kepada anak-anaknya.

Bila di buka kulihat BB.. terkedu kerana memang tak menjangka kerana aku masih sayangkan Nokia 63 yang bagiku sudah cukup lengkap. " kenapa BB? tanyaku pada Adam. " ya laa, adik-adik ibu, pak ngah, Cik Ayu, Maklang dan cik Idah semuanya pakai BB, ibu je sorang pakai Nokia lama tu.. So lepas ni ibu boleh BBM dengan diorang Ok..

Tersenyum dengan kata-katanya yang penuh makna tersirat. Tujuan yang sangat baik kerana perihatin ibunya yang banyak masa di talian hanya dengan adik-adik dan opahnya. Sangat observe akan ibunya. Itulah hubungan kami memang rapat kebelakangan ini, berkat pengajian kami bersama di kuliah talaqi mengeratkan lagi hubungan kami dan melembutkan hatinya yang sebelum ini agak nakal.Bagaikan nak mengalir air mata mengenangkan kata-katanya.

Terima kasih semua, ibu sangat hargai and I loveeeeee you all. Bergenang





/fuzidss

Monday, January 9, 2012

Her Dream Come true




Dream Come true. She dream to own this before and we try our best to fulfill her dream. Sesampai sahaja di Digital Mall terus terjah I-Store and get the sales man there. We did asked him what the the dif with MacPro & MacAir. His said for student is better that we choose MacPro as my doter can download more as compared then Mac Air. But I like Mac Air.

While waiting he downoad everything then myself and Anis just look at at Amaar. Ada 2 orang disitu Amaar and another one boy stand at the IMac sebaya dengannya. Melihat telatah Amaar sungguh mengejutkan kami kerana he can sit there and he just on the iMac and he can on play with the photo. So funny, even the sales man memerhati kannya pun tergelak. Another one boy hanya berdiri dan tengok je Amaar. Yang lebih memeranjatkan, ibu Amaar nak laptop besar ni... ha ha... InsyaAllah Amaar, ada rezeki akan ibu usahakan.

Setelah siap, kami pun keluarkan cash yang kami keluarkan dari ATM masing, Kami cuba elakkan menggunakan Credit Card kerana ini salah satu usaha kami menunjukkan pada kakak bahawa betapa berusahanya kami untuk memenuhi impian kakak. Moga usaha ini memberi semangat kepada kakak untuk terus berusaha menimba ilmu


/fuzidss

Tuesday, January 3, 2012

Happy Birthday Abahhhhhh....




tektik Adam sangat menjadi hari ini. " Abah, Pak Cik Hj Kamaruddin nak jumpa abah' Kata si Alif.sebelum itu si kakak menekan bell rumah. Abanya apa lagi bergegas turun kebawah, sesampai sahaja ditangga akhir, si Adam menjerit...HAPPY BIRTHDAY abah...and here the surprise gift for you abah." Si Abah memang tergambar kegembiraan dan terkejut and then give him a hug. We hope that he like it.
/fuzidss

Wednesday, October 5, 2011

Kasih Seorang Jiran

Tetiba sahaja kak Zizah datang menghampiriku pabila aku tiba dipintu pagar semalam. " Nah Dayang, akak hadiahkan, harap suka pemberian akak ni" Alhamdulillah cantik sangat kak. Moga Alllah murakan rezeki kak zizah. Jiran adalah saudara terdekat dan apa berlaku jiran yang lebih awal mengetahui .
/fuzidss

Wednesday, September 28, 2011

Jemputan..

Majlis perkahwinan yang berlainnan dari yang lain, Kali ini Dato ini telah adakan majlis disebuah hotel ternama tetapi masih mengekalkan cara adat melayu dan tidak terikat dengan protokol hotel. Makanan yang sangat lumayan dan pelbagai jenis sehingga tak keruan dibuatnya.

Lihatlah sahaja cenderahati yang diberi sememangnya pemurah dan kami makan dengan sepuas-puasnya kerana bila lagi nak rebut peluang untuk makan di hotel dengan bebas. Terima kasih dan moga Allah limpahkan rezeki kepada mereka sekeluarga.











/fuzidss

Tuesday, September 27, 2011

Terharu.....



kebahagiaan itu datang dalam bukan dr luar. Ia mesti disemai bukan menunggu dituai, ia dicari bukan dinanti...dan bahagia itu hanya dapat dirasai apabila kita membahagiakan orang lain!


Antara lain didalam kantung hadiah tersebut adalah Pen yg di tempah Khas Buat sidia...Terimalah pemberian yang tak seberapa ni kanda.


Happy Wedding Anniversary yang ke 16..
Berusaha beliau mencari yang serupa seperti yang dibelikan dulu... sorry kanda...tiada niatpun nak tukar gelang itu


Terima Kasih.... menghargai & bersyukur diatas pemberian. Alhamdulillah. akan disematkan amanat dlm MENJEMPUT BAHAGIA DALAM RUMAHTANGGA KITA antara perkara yang perlu ditekankan


a) positif seperti positifnya Saidina Umar melihat eleman posisif dlm isterinya
b) mencari penyelesaian dan bukan mencari masalah
c) selalu ingin memberi kerana kata nabi, "Sebaik-baik manusia ialah manusia yg memberi manafaat pada org lain"
d) Yakin terhadap diri sendiri. kerana org yg yakin pd diri sendiri mampu memberi keyakinan orang lain. Contoh seorang suami akan mnjadi yakin apabila diyakini oleh isterinya. InsyaAllah..berkat bimbingan mu akan ku usahakan

Monday, September 26, 2011

Kanda Murka

2 Minggu lepas pi carikan hadiah untuk mak di sini dan beliau sangat terharu..... terlihat beliau menitiskan air mata pabila disarungkan gelang kepadanya.... "Mak ini hadiah sikit jee jika dibandingkan dari jasa mak, tak terbalas mak. Janji mak pakai selalu". Jangan silap gambar di atas adalah gelangku yang telah ditukar dari gelang Habib oleh hadiah dari kanda (gambar dibawah). Gelang mak biar rahsia antara kami.

Balik dan di tunjuk Gelang diatas kepada kanda aduhai kanda murka...dinda mohon maaf kerana gelang dibawah telah rosak...dan bahaya jika memakainya.. Maaf kerana tak minta izin dari kanda.... hu hu




/fuzidss

Monday, September 5, 2011

Puasa Syawal...berbuka berdua & SURPRISE!!!!!!!

My kanda ajak berbuka di luar, almaklumlah ramadan tempoh hari tak berpeluang so berpuasa dibulan syawal diberikan peluang buat kami berdua.
and SURPRISE!!!!!!!!
/fuzidss

Monday, July 4, 2011

Barakallah to both of them

Alhamdulillah , hari ini satu lagi amanah telah terlaksana ..well arranged by all the committee member. So nice to see all the ex boss, En Roslan, En Omar, Mr Ng, Dato, Puan Salma, Puan Siti dan banyak lagi. Terdambar keuzuran diwajah mereka dan bermain diminda ini bahawa sesungguhnya kita setiap dari akan melaluinya...dan terlintas dibenakku untuk melihat tiket yang ditempah..adakah tiket ke syurga atau ke neraka...Allahuakhbar.

Ya Allah kau percukupkan masa ku ya Allah mencari bekalan ku ke SANA

/fuzidss

Sunday, February 20, 2011

Sepasang

Belated gift...muah thank you kanda
/fuzidss

Friday, February 11, 2011

Surprise!!!!!!!!!!!

from my Al Bunaiya
from bosses
/fuzidss

Tuesday, September 21, 2010

Happy Anniversary


I be there for you for the rest of my life. Thank you Kanda....you're my husband & my friend and my strength and I pray we are together eternally.

Saturday, September 18, 2010

Pasti Allah membantu menghadirkan Mawaddah

Alhamdulillah pada 21 September 2010 adalah hari Ulang tahun perkahwinan kami yang ke 15. Begitu bernilai hadiah yang kuterima dari seseorang yang bergelar suami. Mengimbau kembali kenangan yang mana tercetusnya idea beliau memilihnya. Disaat aku sedang kalut mencari baju anak2 tiba-tiba kulihat kandaku berada di ruang legar Habib Jewel. Merasa amat pelik sekali bagiku lantasku mendekatinya. “Cantikkan design baru ni”? Lantas beliau menunjukkan gelang yang begitu simple gubahannya. “ Cantik tu...tegurku..”Lantas ku mencubanya ... Tanpa bertanya apa, transaksi card credit berlaku..aku bagaikan bermimpi “Alhamdulillah.. Thank you so much”....itulah yang mampu ku luahkan. Kandaku tersenyum tanpa sebarang kata...itulah beliau yang selama ini ku kenal.

Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fil khair.Semoga Allah memberkahimu ketika senang dan susah & sentiasa mengumpulkan kamu dlm kebaikan.Amin.

Ku mengetahui kewujudan doa Barakallah agak lewat namun. Hingga apabila ku mengatahui maka kepingin sekali orang lain mendoakan ku cara Rasulullah tapi,? Jadi, setiap kali ku menulis akanku pastikan menulis doa ini dan kaitkan dengan link lagu Maher zain dan alhamdulillahirabbil ‘alamiin, the tricks played!

I was wondering kenapa doanya barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma yang apabila di translate berbunyi,”Semoga Allah limpahkan barakah kepadamu, dan semoga Allah limpahkan barakah atasmu”-baru disambung dengan wajama’a bainakuma fil khair. I was wondering kenapa Rasulullah mengajarkan pengulangan barakah kepadamu dan atasmu yang pada saya (waktu itu) tiada bezanya di antara kedua ayat.Dan kenapa pula ditranslate dengan ayat, “Semoga ALlah memberkahimu baik ketika senang dan susah..”

Rupanya Bahasa Syurga memang punya nilaian yang tak mungkin sama dengan bahasa manapun, hingga lakuma dan ‘alaikuma yang nampak sama dalam Bahasa Melayu tidak sama maksudnya dalam Bahasa Arab, Lughatul Jannah. Rupanya ‘ barakallahu lakuma’ membawa maksud barakah atas hal-hal kebaikan yang disukai oleh kedua mempelai, sedang baraka ‘alaikuma membawa maksud barakah atas hal-hal qada’ qadar yang tidak disukai oleh kedua mempelai.Hingga atas alasan tersebut, ianya di translate dalam Bahasa Melayu sebagai, “Semoga ALlah memberkahimu baik ketika senang dan susah..”

Tapi, persoalannya kemudiannya apakah maksud barakah yang sebenarnya ye? Kite dibuat bingung seketika. Hee~ Menurut Salim A. Fillah dalam bukunya, ‘Saksikanlah Bahawa Aku Seorang Muslim’ barakah adalah aneka harapan, yang kesimpulannya berakhir dengan kebaikan.

Bentuk-bentuk harapan boleh jadi bahagia dengan kehidupan baru, anak ramai, kekal dunia akhirat, sakinah mawaddah wa rahmah dll.Tetapi, aneka harapan ini tidak semestinya berakhir dengan kebaikan. Contohnya, ada yang kehidupan baru yang asalnya disebut pembinaan masjid-justeru menjadi semakin jauh dari Allah setelah pernikahan; ada yang anak ramai tapi justeru anak-anaknya yang ramai menjatuhkan air muka keluarga dengan akhlak yang tidak baik; ada yang kekal dunia akhirat tapi justeru abadi menggelegak di neraka Jahannam seperti Abu Lahab dan isterinya. Na’uzubillahi min dzalik.

Jadi, atas alasan pengakhiran harapan, Rasulullah melarang kita mengucapkan doa.”Tahniah ye. Semoga dapat ramai anak” atau “Semoga Bahagia” dll.Dan cukuplah kita dengan mendoakan mereka barakah, iaitu bertambahnya kebaikan bagi pasangan dalam kehidupan mereka dari titik masa ini hingga mereka bertemu Allah.Barakah adalah bertambahnya kebaikan dalam setiap kejadian yang kita alami waktu demi waktu.Ketika Allah mencintai hambaNya, maka ia berkenan membuat sang hamba begitu peka. Saat ditenggelamkan dalam lautan nikmat, sang hamba peka untuk mengenakan alat selamnya. Ia peka. Hatinya berbunga melihat berbagai rerupa, namun tak pernah melalaikan satu kata. Syukur. Lain sisi, Allah juga mengasah agar sang hamba peka, di saat gelombang musibah bertubi-tubi menghentam dan badai melantakkan harta kepunyaannya, dia tidak melupakan suatu kata. Sabar.Ia menapaki jalan-jalan Sulaiman a.s sekaligus menyusuri permatang-permatang Ayyub a.s.Hingga barakah, dalam pujian Rasulullah saw adalah keajaiban. Keajaiban yang menakjubkan!

“Menakjubkan sungguh urusan orang beriman. Segala perkaranya adalah kebaikan. Dan itu tidak terjadi kecuali pada orang yang beriman. Jika mendapat nikmat, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya. Jika ditimpa musibah dia bersabar, dan sabar itu baik baginya” (HR Abu Dawud & AT Tirmidzi)

Benar juga Salim A.Fillah dalam “Saksikan bahawa Aku seorang Muslim” bahawa pernikahan hanya bermula sama ada dua hal. Menikahi orang yang dicintai atau mencintai orang yang dinikahi. Yang pertama hanyalah kemungkinan. Sedangkan yang kedua adalah kewajiban. Dan atas dasar ini, tatkala mereka orang-orang beriman tidak mampu menghadirkan mawaddah secara automatik, mereka berusaha ke atasnya. Dan pasti Allah akan membantu menghadirkan mawaddah bagi mereka kerana dia pun menjanjikan yang demikian bagi mereka…”…dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”Wallahua’lam bissowab.

(Mawaddah adalah rasa kasih yang bersifat romatis yang diimpikan oleh perempuan dan lelaki. Romantis dibawakan bunga, dibawakan cincin, dibelikan hadiah, dibisikkan kata-kata manis oleh yang tercinta.Romantis dalam berpegangan tangan, bergurau senda yang menjadi antara moment-moment indah pasangan dua sejoli. Inilah mawaddah. Romantis inilah yang dikarang dalam novel-novel cinta, dalam adegan-adegan filem atau drama bersiri yang bertemakan kisah cinta. Dan Islampun selaku agama yang mengiktiraf kisi-kisi manusia tidak menolak romantis itu melainkan membingkainya dalam sebuah pernikahan. Atas sebab itu kita pernah mendengar kisah Sang Rasul Muhammad saw minum dari gelas yang sama dengan isterinya, sampai-sampai meminum dari sudut gelas yang sama. Kita juga pernah mendengar kisah Sang Rasul saw berlumba lari bersama, mandi bersama selain memberikan hadiah buat para ummahatul mukminin radiyallahuanhuma.

Monday, August 16, 2010

Monday, March 29, 2010

For My Doter Anis Nabilah

Memandangkan beliau minat sangat dengan benda ni dari tahun lepas lagi, maka kunampkan duit bonusku ini dengan membelikan hadiah benda ni seiring dengan pencapaiannya disekolah yang cemerlang. Kali ini beliau berjaya merangkul A dalam subjek bahasa Arab. Syabas anakku moga jadi Khalifah Allah yang berjaya memilih pilihan yang terbaik. Aminnnn

a Gift from my friend-Thao from Vietnam

So sweet... thank you so much my friend

There are lots of people who you make friendship with, but it is very hard to find a true and honest friend. But I am very lucky that I have a best friend with whom I can share my feelings. Her name is Thao. She is very friendly, and I am very happy to have her as my best friend. She is from Vietnam. She is very well respectful, and an honest person.

Love you my dear loking forward to meeting you dear