Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Syafee. Show all posts
Showing posts with label Syafee. Show all posts

Thursday, December 8, 2016

Cinta Yang Ditinggalkan Kekal Berdampingan



Assalamualaikum buat peminat yang setia membaca. 

Suasana rumah memang agak sunyi sejak kepergian Allahyarhamhu cinta hati saya.  Bagi saya cinta yang ditinggalkan kekal berdampingan. Terbayang-bayang wajah beliau di pintu masuk. Saya yakin pasti ramai yang tidak tega untuk menghadapi ujian kehilangan orang tersayang yang perginya tanpa pesan. Namun kaki harus melangkah. Pada anak-anak dihamparkan rindu yang tiada akan kesudahannya. Cinta dari lelaki teragung dalam berkasih di dunia dan di syurga. Moga kasih  kami ditemukan di sana nanti Insyaallah

Alhamdulillah Allah hadirkan Allahyarhamhu membimbing saya ke Jannah tanpa pernah berhenti beliau sering meminta saya mencari ilmu. Kuliyah yang disediakan di Surau Al Mawaddah semua yang ditawarkan akan saya sertai kerana itulah kesukaannya melihat kekasih hatinya menimba ilmu. Seperti selalu pada malam sebelum pemergian, beliau talifon dari pejabat katanya lewat sikit pulang tapi dia akan pastikan balik sebelum isyak. Terngiang-ngiang kedengaran suaranya memperingatkan untuk pergi ke kuliyah. 

Dalam jangka masa 3 minggu ini kami iaitu saya dan Anis turun naik ke marata bank  untuk usahakan penutupan akaun bank. Perlbagai nasihat diterima dari sahabat-sahabat, namun satu saja tujuan saya, adalah untuk memastikan nama kekasih hati saya bersih dan tiada berhutang dengan mana-mana pihak. Biar kekasih hati saya bersih di sana. Alhamdulillah minggu pertama telah pergi ke Citibank untuk memaklumkan pihak pengurusan akan kredit kad beliau dan juga" loan" rumah beliau. 

Minggu kedua telah pergi usahakan melangsaikan kereta Toyota Wish beliau dan alhamdulillah selesai perolehi Geran Kereta dan kedua status kereta passat masih perlu diteruskan untuk membayar kerana kereta tersebut masih baru status loannya di Maybank Islamic Finance. Ada yang menasihati agar membiarkan bank tarik sahaja. Tidak sekali-kali terlintas untuk berbuat begitu kerana itulah harta kesayangan beliau yang lama diidam-idamkan oleh beliau. Apa yang perlu dibuat adalah mendapatkan surat kuasa untuk proses pertukaran nama.

Agak berat kaki ini melangkah kerana terbayang-bayang kelibat beliau didepan sambil mendukung Aysh, namun saya gagahkan juga namun segagah manapun pabila berdepan dengan pegawai bank melihat air muka mereka apabila membaca sijil mati  beliau, menjadikan air mata ini jatuh berlinang juga akhirnya. Namun percayalah bahawa selagi nyawa dikandung badan akan saya jaga amanah dan harta yg ditinggalkan. Buat masa ni kami telah jelajahi ke setiap bank untuk  semua akaun bank beliau. Hanya 2 bank yang membenarkan proses perpindahan wang ke akaun saya sebagai pentadbir iaitu, Bank MBB dan Muamalat yang hanya dapat dikeluarkan memandangkan jumlahnya kurang dari 3 ribu kebawah.

👇senarai bank yang memeerlukan Surat kuasa.
1. ASB
2. Tabung haji
3. Bank Rakyat
4. CIMB
5. Hong Leong insurance
6. Unit Trust Public Mutual.

Alhamdulillah senarai form faraid telah disempurnakan dan akan di filekan beserta dengan dokumen yang diperlukan. Langkah seterusnya mengisi borang A seksyen 8 untuk diserahkan kepada pengarah tanah dan galian bahagian harta pusaka. Ini perlukan masa sedikit kerana perlu kumpulkan segala aset Allahyarhamhu. 

Minggu ini mungkin cuba usahakan untuk menyelesaikan cukai tanah kerana perlu  buat carian/caveat search keatas rumah aset beliau yang ada. Memang nampak dasarnya sangat mudah mengisi borang tapi usaha untuk mendapatkan status aset beliau beliau bukan satu kerja mudah namun Inilah yang dimaksudkan Cinta yg ditinggalkan kekal berdampingan. Cinta dari lelaki teragung kekasih di dunia dan di syurga. Insyaallah






sepenat manapun beliau, tetap Quran menjadi amalannya

bersama kesayangan beliau yang sering menemani










Tidak pernah berhenti untuk mengingati

jelas kelihatan beliau keletihan


Masih terbayang senyuman...


tetap tidak dapat dilupakan setiap sentuhan


Tabah berjalan, sembunyikan harapan



Hadirnya menunjuk jalan ke Syurga



Minggu kedua sebelumnya ustaz Firdaus datang berziarah dengan isteri beliau dan memberi penerangan tentang  wanita dalam iddah. Memang terkesan dengan penerangan ustaz menerangkan bagaimana kisah ummu salamah. Dan memang tiada siapa yang mahu di uji dengan kehilangan kerana kesannya sangat mendalam. Kehilangan ini adalah perancangan yang tidak pernah kita tahu dan dalam keadaan kita belum bersedia. Ustaz menerangkan konsep innalillah itu sendiri.

Cuba nikmati musibah itu kerana Allah susunkan musibah itu kerana kita sedang menjalani takdir Allah yang telah lama disusun. Kita usahakan mendulang pahala dalam musibah. Ustaz titipkan ringkasan tentang
a) Doa yang dari Rasulullah kepada Ummu salamah
b) ingat musibah yang menimpa, Allah meninggalkan kita jauh lebih baik untuk kita jalani hari-hari mendatang.
c) isteri  yang ditinggalkan  kita perlu menjaga apa-apa yang dikehendaki juga maruah keluarga yang perlu dijaga. Inilah adalah satu bakti  buat suami
d) menjaga syarat-syarat kita berpantang kerana suami beradi di hukum barzakh kita perlu mematuhi apa diredhai syarak.

dan juga sebutan Allahyarhamhu (buat lelaki) eloklah digantikan dari perkataan arwah kerana pekataan Allahyarhamhu merupakan satu doa buat simati



Wednesday, November 9, 2016

Ada Masa Untuk Al Quran itu REZEKI

Memandangkan minggu lepas agak sibuk dengan Amir maka kelas Talaqi  2 November 2016 tak dapat menghadirkan diri. Mujur Ustaz telah menitipkan nota melalui whatsup buat anak muridnya yang tak hadir agar tidak ketinggalan.

*Kelas Talaqqi*
Masa : Rabu malam
Tarikh : 9/11/2016

Tajuk : *Fawatih Suwar*😎

Fawatih ( فواتح ) bermaksud pembuka, dan (السور) bermaksud surah-surah. Gabungan 2 perkataan ini bermaksud  pembukaan surah-surah.😁

Ia juga dikenali dengan sebutan huruf Muqatta’at  ( مقطعات ) yang bererti huruf terpotong @ terpisah kerana disebut satu-satu hurufnya semasa membaca.😁

*Hukum bacaan pada huruf pada pembukaan surah*🤓

Huruf pada *pembukaan surah* terbahagi kepada 2 hukum, iaitu :✌
1. Mad Lazim Harfi Muthaqqal

2. Mad Asli Harfi


Terdapat 14 huruf pada *pembukaan surah* yang terdapat dalam 29 Surah di dalam Al-Qur’an.

صح طريقك مع السنه
(Sohtorikoka maassunnah)
Maksudnya " perbaiki jalan kamu mengikut sunnah
"

Daripada 14 huruf di atas dibahagi kepada 4 bahagian iaitu :🕵

1. Bacaan 6 harakat
2. Bacaan 2 harakat
3. Tiada harakat
4. Bacaan 4 atau 6 harakat

👉1. Huruf yang dibaca 6 harakat terdapat 7 huruf iaitu:

س ن ق ص ل ك م  (سنقص لكم)
(Sanakussilakum)

Maksudnya : " kami akan cerita kepada kamu semua"

😚Pada 7 huruf di atas diletak tanda mad untuk menunjukkan bacaan *6 harakat* dan hukumnya adalah *mad lazim harfi muthaqqal*👌

👉2. Huruf yang dibaca dengan 2 harakat terdapat 5 huruf iaitu :
ح ي ط ه ر (حي طهر)
(Khouyun Thohir)
Maksudnya : " jom bersuci "


😏Pada 5 huruf tidak diletak tanda mad kerana bacaannya hanya *2 harakat*😑

👉3. Huruf tiada harakat iaitu huruf  (  ا  )

👉4. Huruf yang dibaca 4 atau 6 harakat iaitu huruf  ( ع  ) pada 2 surah iaitu :
-surah maryam
-surah syura

Sekian terima kasih 👳‍♀

Kelas 2 November 2016

*Nota kelas talaqqi*✌


*Cara untuk berhenti pada suatu kalimah ada 3 cara🤔 :*

a. Sukun mahd ( matikan dgn huruf akhir )😑
b. Isymam ( muncungkan bibir )👳
c. Raum ( bunyikan sedikit baris hujung dengan kadar 2/3 harakat)😚

A. Sukun Mahd
- kesemua kalimah samada baris *atas / bawah / depan* boleh diwaqaf dengan sukun mahd.🕵

B. Isymam
- kalimah yang berbaris *depan* sahaja yang boleh waqaf dengan Isymam☝

C. Raum
- kalimah yang berbaris *bawah* dan *depan* boleh berhenti dengan raum✌

*Contoh 1 (baris dhommah)*

نستعين
Cara bacaan :

Sukun mahd dengan :
2 harakat
4 harakat
6 harakat

Isymam dengan :
2 harakat
4 harakat
6 harakat

Raum dengan :
2 harakat

*Kesemua adalah 7 wajah* 🤓


*Contoh 2 ( baris kasrah )*

الرحمان
Cara bacaan :

Sukun mahd dengan :
2 harakat
4 harakat
6 harakat

Raum dengan :
2 harakat

*Kesemua adalah 4 wajah*😀

*Contoh 3 ( baris fathah)*

العالمين
Cara bacaan :
Sukun mahd dengan :
2 harakat
4 harakat
6 harakat
*Kesemua adalah  3 wajah sahaja*😎

Sekian terima kasih.




NOTA 22 SEPTEMBER
Nun (NUN WIQAAYAH)  atau nun penyelamat yang ditambah pada bacaan apabila mana-mana kalimah yang berakhir dengan Tanwin (baris dua) bertemu dengan Hamzah Wasol. Nun ini juga disebut nun Pengganti. Nun Wiqayah dibaca dengan baris bawah (kasrah). Dalam al-Qur'an al-Majid (yang telah dihapus oleh JAKIM) nun ini ditulis dengan nyata, Manakala dalam al-Qur’an al-Karim (Rasam ‎Utsmani) nun ini tidak ditulis dengan nyata tetapi dari segi bacaannya ianya ‎hendaklah dibunyikan.‎‎

HUKUM HAMZAH WASAL
1. simaie - bermaksud ada nun mati ditukar kpd tanwin ketika wakaf
2. Pertemuan 2 huruf nun mati yang hidup
3. Lidah orang Arab sukar nak menyebut


8 December 2016

Tajuk : *Surah-surah bermula huruf Muqatho'ah*

✌ Terdapat 29 surah di dalam al-quran yang bermula dengan huruf muqattho'ah. Penggunan huruf-huruf tersebut dalam pembukaan surah-surah Alquran disusun kelompok berikut:

👉 Kelompok sederhana yang terdiri dari *satu huruf*, terdapat dalam 3  surah:

1- Shod
2- Qaf
3- Nun (al-qolam)

ص  ق   ن

👉Kelompok yang terdiri dari *dua huruf*, terdapat dalam 9 surah :

1- Taha
2- Al-Naml
3- Yaasin
4- Ghafir
5- Fussilat
6- zukhruf
7- Al-Dukhan
8- Al-Jathiyah
9- Al-Ahqaf

طه  طس يس  حم

👉Kelompok yang terdiri dari *tiga huruf* terdapat dalam 13 surah :
1- Al-Baqarah
2- Ali Imran
3- Yunus
4- Hud
5- Yusuf
6- Al-Ankabut
7- Al-Rum
8- Luqman
9- Al-Sajdah
10- Ibrahim
11- Al-Hijr
12- Al-Syu’ara
13- Al-Qashash

الم   الر   طسم

👉Kelompok yang terdiri dari *empat huruf* dalam 2 surah:
1- Al-Ra’ad
2-  Al-A’raf

المر  المص

👉Kelompok yang terdiri dari  *lima huruf* dalam 2 surah:
1- Maryam
2- Al-Syura

كهيعص    حم.عسق

🤓Hikmahnya :

Tujuan Allah S.W.T mendatangkan huruf muqattho'ah dalam al-quran adalah untuk mencabar arab jahiliah yang hebat dari sudut ketamadunan ilmu bahasa supaya mendatangkan bait2 syair yang seumpama al-Quran. Namun mereka tak mampu untuk mendatangkan syair setanding al-Quran walaupun hanya dengan satu huruf al-Quran😏.

والله أعلم.

Sekian Terima Kasih.
Disediakan:

Ustaz Abu Naasih Amin👳‍♀



Thursday, May 19, 2016

Tiada Madah Yang Dapat Dilafaz



Tiada lafaz yang mampu diungkap, tiada madah yang mampu disusun, tiada lukisan yang mampu menterjemah. Hanya rasa syukur Alhamdulillah.. Allah beri nikmat kesihatan setelah terbaring seharian kerana keterlanjuran menjamah ubat batuk.Tidak disangka ubat batuk yang dibekalkan oleh Klinik Kerajaan Shah Alam amat memberi kesan. Memang agak sakit badan-badan ini dan mujur kakak ada menjaga Aysh dan masak untuk hari ini.

Malam tadi ustaz terus melayari surah seterusnya iaitu SURAH TAHA yang  bermula dengans surah 12 yang mana dalil kenabian Nabi Musa manakala ayat seterusnya iaitu ayat 24 hingga 28 merupakan doa agar dilapangkan dada, mudahkan urusan,  lepaskan kekakuan lidah untuk berkata-kata dan supaya mereka memahami apabila kita ingin menyampaikan sesuatu manakala ayat 29 pula merupakan doa bila berdepan dengan musuh.

Kelas Terakhir sebelum ustaz berangkat bermusafir ke 7 buah negara  Backpack Travel katanya moga Allah permudahkan urusan ustaz semasa bermusafir dan teruskan update ustaz.

Mengimbau kembali baiit-bait ayat dari ungkapan khutbah Jumaat Dr Zulkifli Al bakri yang mana menegaskan tentang PAHALA dari sudut pandang yang berbeza.

Sebenarnya pahala itu mudah apabila dimudahkan oleh Allah swt. Dan ia boleh jadi payah apabila disusahkan oleh Allah. Segala-galanya bermula dengan niat.

Sebagai contoh, seorang lelaki ingin menunaikan solat Maghrib, lalu dia solat. Maka dia mendapat pahala solat itu. Namun jika lelaki itu ingin menunaikan solat Maghrib, lalu diajak anak dan isterinya untuk solat, lalu mereka menuju ke masjid, kemudian tiba di masjid, mereka membaca doa masuk masjid, kemudian mereka berniat iktikaf, kemudian mereka solat sunat rawatib, kemudian mereka solat Maghrib berjamaah, kemudian membuka helaian al-Quran lalu membacanya, kemudian menadah kitab mendengar tok guru mengajar kuliah Maghrib, kemudian menghulurkan sedikit derma, selepas kuliah mereka solat Isya' berjamaah. Lihatlah betapa berbezanya pahala yang didapati oleh lelaki tersebut yang asalnya hanya ingin menunaikan solat Maghrib.

Pernah diceritakan oleh seorang ulama' kepada TG, tentang kisah seorang lelaki yang membina sebuah rumah. Rumahnya dibina dengan tingkap yang besar dan pintu yang luas. Lelaki tersebut bercerita kepada sheikh bahawa dia gembira membuat rumah seperti itu kerana pintu yang luas dan tingkap yang besar membolehkan udara masuk ke dalam rumah, lalu menyamankan rumah.

Sheikh kemudian menambah, alangkah baiknya jika engkau mengubah sedikit niatmu membina tingkap yang besar dan pintu yang luas itu, engkau niatkan agar rumahmu mudah dimasuki oleh seruan Azan, lalu kamu lebih mudah mendengar Azan, kemudian menjadikan kamu semakin rajin untuk ke masjid.

Lihatlah betapa mudahnya untuk mendapat pahala, hanya dengan niat yang betul, dengan perkara yang sudah ada, diniatkan kerana Allah swt.

Kata Nabi saw, niat seorang mukmin itu lebih baik berbanding amalannya.

Maka dalam hal  ini banyak ibrah dalam surah yang boleh dijadikan ikhtibar buat anak-anak bagi panduan mereka dalam melayari bahtera hidup mereka. Sebagai contoh Amir kelihatannya yang mudah sangat beremosi apabila beraksi di padang bola, mudah emosinya terganggu dengan telatah kawan-kawan yang lain pabila tidak bekerjsama dalam permainan maka sering menerangkan akan ibrah Nabi Musa yang bertemu dengan Khidir yang mana dijelaskan dalam surah al kahf ayat 78 dimana khidir menerangkan bagaimana nabi Musa tidak sabar. Kaitkan semula aksi beliau semasa dipadang.


Foto di bawah tersirat satu kisah yang akan dikenang ke akhir hayat. Disaat kami sampai ke klinik Kerajaan Seksyen 7, memang agak terkejut dengan melihat keadaan orang begitu sesak untuk mendapatkan rawatan. Maka bergegas ke kaunter untuk mendaftar. Dalam kalut untuk mencari kaunter A bagi tujuan pemeriksaan tiba-tiba  Aysh hilang dari pandangan. Memang agak panik sangat sehinggakan semua mata memandang ke arah kami. Tidak saya hiraukan malam menjerit memanggil Aysh yang hilang dan kedengaran suara Aysh menangis alhamdulillah. Lega syukur melihatnya menangis mencari-cari ibunya. Moga pertemuan kami seterusnya dengan Dr pakar di Hospital Seksyen 7 dipermudahkan.

Namun kesan yang mendalam buat diri dan kakak kerana melihat azabnya rakyat marhain yang memerlukan rawatan denga tawaran perkhidmatan yang terhad. Jika dibandingkan dengan klinik Swasta.



kelihatan Amir bersama rakan pasukan bola Tunas Selangor bersedia untuk ke Stadium Shah Alam.

Thursday, May 5, 2016

Kekal


Antara topik yg adalah ujikaji tentang 14 huruf permulaan surah.


Ustaz meneruskan dengan menerangkan ayat 107  orang beriman & beramal soleh akan kekal dalam syurga FIRDAUS dan lantas ustaz bertanya kekal itu makhluk Allah atau tidak dan dalam pencarian..mendapati

sifat 20 (Baqa)

3.BAQA ( KEKAL )

Beriman kepada Allah adalah meyakini bahawa Allah ta`ala bersifat Al-Baqa’ iaitu kewujudan Allah adalah kekal, tidak akan binasa, tidak musnah dan mengalami kesakitan. Sifat kekal Allah wajib dari segi akal yakni akal tidak boleh menolaknya. Jika Dzat Allah ta`ala bersifat kekal, maka segala sifat yang wajib bagi Dzat-Nya turut bersifat kekal seperti qudrat, ilmu, mendengar, melihat, berkehendak dan selainnya.

Allah ta`ala berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ. وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ

Maksudnya:

“Semua yang ada di bumi itu akan binasa .Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”

(Surah al-Rahman : 26-27)

Allah ta`ala adalah Dzat yang Maha Mengatur alam semesta. Dia (Allah) wujud selama-lamanya dan tidak akan binasa. Allah jugalah yang merupakan Dzat yang mutlak dalam mengatur dan mentadbir segala ciptaan-Nya. Hanya kepada-Nya seluruh kehidupan ini akan kembali.

Allah ta`ala berfirman:

 كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۥ لَهُ ٱلْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

“Tiap-tiap sesuatu pasti binasa ,kecuali Allah ,bagi- Nyalah segala ketentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Al-Qashash : 88)

Oleh itu, mustahil Allah ta`ala itu bersifat fana’ iaitu binasa. Adapun makhluk yang tidak akan binasa itu harus baginya kebinasaan dari segi akal namun ia dikekalkan dengan kehendak Allah ta`ala, manakala sifat kekal pada Dzat Allah tersebut adalah kekal yang dzati/hakiki, tanpa berhajat kepada dzat yang lain untuk mengekalkannya. Antara makhluk yang tidak binasa dengan kehendak Allah ta`ala ialah:

1. Syurga
2. Neraka
3. Lauh al-Mahfuz
4. `Arasy
5. Qalam
6. Kursi
7. Roh
8. Tulang Ajbul Zanbi / tulang Sulbi
9. Jasad sekalian Nabi
10. Jasad orang yang mati syahid iaitu orang yang mati di dalam perang di jalan Allah.

Kesimpulannya, segala makhluk-Nya yang tidak musnah ini (baqa’ muqayyad), keberkekalan mereka adalah semata-mata dengan kehendak Allah. Maka terbatallah qawl yang mengatakan bahawa keberkekalan makhluk-makhluk tersebut adalah keberkekalan yang bersifat dzati (kekal dengan sendiri).

Friday, February 19, 2016

Ilmu meningkat Darjat

Ilmu sesuatu yang sangat berharga dalam hidup. Dengan ilmu, orang biasa boleh jadi hebat, orang hina jadi mulia.

Manusia khususnya zaman sekarang selalu memandang hebatnya seseorang itu dengan kayu ukur yang cetek, dangkal dan bersifat zahir semata-mata. Contohnya, orang yang cantik dan kacak lebih bagus dan jadi perhatian dari orang yang berwajah kurang menarik.

Yang berkulit putih lebih sedap dipandang dan menarik dari yang hitam.

Yang popular dan banyak peminat (termasuk di laman sosial) lebih bagus dari orang yang tak terkenal.

Dan pelbagai lagi penilaian yang bersifat kelebihan luaran semata-mata.

Tapi dengan ilmu yang tinggi, seseorang yang biasa-biasa itu akan dimuliakan Allah, diangkat darjatnya hingga kedudukannya boleh jadi jauh lebih mulia dan hebat dari orang lain.

Kelas ustaz syafee diteruskan seperti biasa malam Rabu. Malam ni ustaz ada usulkan homework buat kami.

Kenapa Al Quran diturunkan berperingkat-peringkat bukankah itu Kalamullah. Maka balik Ku buat pencarian dan berikut adalah hasilnya.

Dalil dan Bukti Al Quran Diturunkan Secara Berangsur-angsur:

Al Quran itu sampai kepada Nabi Muhammad SAW melalui tiga tahap.

🍏Pertama, penyampaian Al Quran dari Allah SAW kepada Lawh Al-Mahfuzh. Maksudnya, sebelum Al Quran disampaikan kepada Rasulullah SAW sebagai utusan Allah SWT terhadap manusia, ia terlebih dahulu disampaikan kepada Lawh Al-Mahfuzh, iaitu suatu lembaran yang terpelihara di mana Al Quran pertama kalinya ditulis pada lembaran tersebut. Allah SWT menjelaskan berikut ini:

Artinya: “Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al Quran yang mulia, Yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfuz.“(QS. Al-Buruuj:21-22)

Tidak ada manusia yang tahu bagaimana cara penyampaian Al Quran dari Allah SWT ke Lawh Al-Mahfuzh. Dan manusia tidak wajib mengetahuinya, tetapi wajib mempercayainya kerana yang dikatakan Allah SWT.

🍏Tahap kedua adalah turunnya ke langit pertama dengan sekaligus. Di langit pertama itu, ia disimpan pada Bayt Al-‘Izzah. Penurunan tahap kedua ini bertepatan dengan malam Qadar, seperti dalam Surat Al-Qadr (97) ayat 1, Ad-Dukhan (44) ayat 3, dan Al-Baqarah ayat 185. Ibnu Abbas mengatakan, sebagaimana yang dikutip oleh Az-Zarqani: “Al Quran diturunkan, secara sekaligus, ke langit dunia pada malam Qadr. Setelah itu, ia diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara berangsur-angsur selama 20 tahun.”

Para Mufassirin mengkaji hikmah penurunan Al Quran ke langit pertama. Fakhruddin Ar-Razi, misalnya mengatakan bahwa hikmah diturunkan Al Quran ke langit dunia 🌿adalah untuk kemaslahatan, iaitu agar ia tidak jauh, baik dari Rasulullah SAW mahupun dari malaikat, terutama malaikat Jibril sebagai penyampai wahyu kepada Nabi Muhammad SAW. Pendapat Ar-Razi ini dikomentari oleh Al-Hijazi. Dia mengatakan hal ini merupakan rahsia Allah SWT. Masalah tersebut lebih tinggi dari itu semua, di mata manusia sulit mengetahuinya.

🍏Tahap ketiga adalah turunnya Al Quran dari Bayt Al-‘Izzah secara berangsur-angsur kepada Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril selama 22 tahun 2 bulan 22 hari, atau 23 tahun. Jibril menyampaikan wahyu ke dalam hati Nabi Muhammad SAW, sehingga setiap kali wahyu ini disampaikan beliau langsung menghafalnya. Al Quran dalam Surat Al-Baqarah ayat 97 menyebutkan hal tersebut, yaitu:
Artinya: “Katakanlah: “Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, Maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah, membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”(QS. Al-Baqarah: 97)

🍏Klasifikasi tahap penurunan Al Quran di atas, didasarkan penyampaian Al Quran dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. Apabila klasifikasi tersebut didasarkan atas period penyampaian dakwah Islam dan penanaman serta pertumbuhan ajaran Islam, maka penurunan Al Quran dapat diklasifikasikan pula kepada period Mekkah dan Madinah. Periode Mekkah lebih kurang 13 tahun dan periode Madinah kurang lebih 10 tahun. Dalam kajian Ulumul Al-Qur’an, hal ini disebut dengan ilmu Al-Makkiyah Wa Al-Madaniyah. Jumlah surat yang diturunkan pada periode Mekah lebih banyak dari jumlah surat yang diturunkan pada periode Madinah. Surat yang diturunkan pada periode Mekah adalah berjumlah 86 surat, sedangkan period Madinah berjumlah 28 surat. Perbedaan antara kedua period ini ditandai dengan perjalanan dakwah Islam oleh Rasulullah SAW, yaitu yang terdiri dari sebelum hijrah yang disebut period Mekah, dan setelah hijrah yang disebut periode Madinah.

Seperti yang telah digambarkan di atas, bahawa Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW tidak dengan sekaligus, tetapi secara berangsur-angsur.

📚Hal ini mendapat ejekan dan kritik dari kaum kafir. Mereka mempertanyakan kenapa Al Quran tidak diturunkan dengan sekaligus. Kitab-kitab sebelum Al Quran diturunkan dengan sekaligus. Maka Al Quran menjawab kritikan dan protes kaum kafir itu. Allah menjawab dengan beberapa berfirmannya:

Artinya: “Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa Al Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”; demikianlah supaya kami perkuat hatimu dengannya dan kami membacanya secara tartil (teratur dan benar).”(QS.Al-Furqan:32)

Artinya: “Dan Al Quran itu telah kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkannya bagian demi bagian.”(QS.Al-Isra’:106)

5. Hikmah Al Quran Diturunkan Berangsur-Angsur

Paling tidak ada empat hikmah kenapa Al Quran diturunkan secara berangsur-angsur, iaitu:

🌴a. Menetapkan atau menguatkan hati Nabi Muhammad SAW, seperti digambarkan dalam ayat di atas. Dengan turunnya Al Quran secara berangsur-angsur, maka berarti Nabi Muhammad SAW akan selalu berjumpa dengan Jibril dan menerima Al-Qur’an. Hal ini secara psikologis akan berpengaruh kepada Nabi Muhammad SAW dalam menyampaikan risalah ilahi, dia akan menjadi tegar dan kuat. Berbeda dengan turunnya sekaligus, berjumpa dan mendapatkan seluruh ayat kemudian tidak muncul lagi.

🌴b. Berangsur-angsur dalam mendidik umat, yang sedang tumbuh ini, untuk menanamkan ilmu dan amal. Hal ini dapat memberikan kemudahan kepada para sahabat untuk memahami dan menghafalkannya. Betapa sulitnya memahami dan menghafal ayat-ayat yang begitu banyak jika ia diturunkan sekaligus. Dan bahkan lebih sulit lagi mengamalkannya, karena perintah dan larangan yang begitu banyak muncul secara bersamaan. Maka untuk itulah Allah SAW menurunkan ayat-ayat tersebut dengan berangsur-angsur.

🌴c. Menyesuaikan dengan kejadian atau peristiwa yang terjadi pada masa itu. Paling tidak ada dua hal yang menyebabkan perlunya penyesuaian penurunan ayat dengan peristiwa yang sedang terjadi, iaitu;
📕pertama, akan menimbulkan kesan yang mendalam sehingga umat Islam benar-benar merasakan betapa butuhnya mereka dengan Al-Qur’an;
📕kedua, berguna menjawab pertanyaan-pertanyaan para sahabat secara langsung dengan yang diturunkan ketika itu juga atau menunggu beberapa lama, hal ini selain menimbulkan kesan yang mendalam bagi penanya, dan juga dapat menambah keyakinan mereka bahwa Al Quran benar-benar datang dari Allah SWT, sehingga Nabi Muhammad SAW harus menunggu turunnya ayat yang berkenaan dengan itu.

🌴d. Memberikan isyarat yang nyata kepada musuh-musuh Islam, bahwa Al Quran adalah kalamullah yang datang dari Allah SWT bukan perkataan Nabi Muhammad SAW. Jika ia kalam Nabi Muhammad SAW, maka dia dapat mengungkapkannya kapan dan di mana saja, tidak perlu menunggu.

C. Penutup
Berdasarkan uraian di atas, maka sejarah dan hikmah turunnya Al Quran dapat disimpulkani:
📩1. Al Quran pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada 17 Ramadhan tahun pertama kenabian atau di waktu Nabi Muhammad SAW telah di angkat menjadi Nabi Muhammad SAW, dan peringati sebagai Nuzulul Qur’an. Sebenarnya para ulama mengenai hal ini tidak sependapat. Ada tiga pendapat, mengenai ayat atau surat pertama sekali turun, yaitu ada yang mengatakan Surat Al-Fatihah, Surat Al-Mudatstsir, dan jumhur ulama berpendapat bahwa ayat pertama turun ialah Surat Al-‘Alaq 1-5.

📩2. Para ulama tidak sepakat mengenai ayat terakhir turun. Terdapat banyak pendapat mengatakan bahwa ayat yang terakhir turun adalah Surat Al-Baqarah ayat 278, An-Nisa’ ayat 176, At-Taubah ayat 128-129, dan yang paling populer adalah Surat Al-Maidah ayat 3. Akan tetapi, pendapat yang paling kuat adalah Surat Al-Baqarah ayat 281.
📩3. Penyampaian Al Quran kepada Nabi Muhammad SAW seiring dengan period dakwah Nabi SAW, yang meliputi periode Mekkah dan period Madinah. Ayat-ayat Al Quran diturunkan sehubungan dengan berbagai peristiwa, baik bersifat individual atau sosial (kemasyarakatan) yang terjadi berturut-turut selama kurang lebih 23 tahun sampai akhir hidup Rasulullah SAW.

📩4. Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW tidak dengan sekaligus, tetapi secara berangsur-angsur. Hal ini dibuktikan dengan jumlah 86 surat yang diturunkan pada periode Mekkah lebih banyak dari jumlah 28 surat yang diturunkan pada periode Madinah. Perbedaan antara kedua periode ini ditandai dengan perjalanan dakwah islam oleh Rasulullah SAW, yaitu yang terdiri dari sebelum hijrah yang disebut periode Mekkah, dan setelah hijrah yang disebut periode Madinah. Dalilnya dapat dilihat pada Surat Al-Furqan ayat 32 dan Surat Al-Isra’ ayat 106.

📩5. Hikmah diturunkannya Al Quran berangsur-angsur, iaitu:

📢a. Menetapkan atau menguatkan hati Nabi Muhammad SAW.
📢b. Berangsur-angsur dalam mendidik umat, yang sedang tumbuh ini, untuk menanamkan ilmu dan amal.
📢c. Menyesuaikan dengan kejadian atau peristiwa yang terjadi pada masa itu.
d. Memberikan isyarat yang nyata kepada musuh-musuh Islam, bahwa Al Quran adalah kalamullah yang datang dari Allah SWT bukan perkataan Nabi Muhammad SAW

Rujukkan Dari.


Rujukkan Dari
http://www.mohlimo.com

Thursday, February 4, 2016

Adab Berguru

Malam tadi kami bertemu lagi di dalam kelas talaqi ustaz Syafee. Di kala umat Islam melabel-labelkan ustaz yg mana hal ranting diperbesarkan saya mengabil pendekatan mendalami ilmu dari perlabagai ustaz. Kelas talaqi saya menghadiri 3 ustaz dan ketiga2 punyai perbezaan namun menjadikan diri lebih memahami. Sebagai seeoang murid halusi adab berguru dengan menghormati sebagaimana imam syafiee menghormati gurunya.Malam ini kami mendalami hukum Mad


Pengertian Hukum Mad  
Menurut bahasa, Mad artinya tambahan atau melebihkan. Di dalam istilah ilmu tajwid, Mad adalah memanjangkan bacaan ketika bertemu dengan huruf-huruf yang mengandung hukum Mad. Dapat dikatakan bahwa Hukum Mad adalah hukum yang mengatur panjang bacaan di dalam Al-Qur’an.

Sebelum membahas lebih jauh tentang Hukum Mad, ada baiknya mengenal sedikit tentang “ketukan” dalam membaca Al-Qur’an:

    Panjang suara atau bacaan yang dipakai harus rata, tetap, dan teratur.
    Huruf berharakat fathah dan fathatan ( ــًـــ );  dhammah dan dhammatain ( ــٌــ ) ; kasrah dan kasratain ( ـــٍـــ ) dibaca 1/2 alif atau 1 harakat (ketukan)
    Huruf yang mengandung Hukum Izhar harus dibaca 1 harakat
    Huruf yang mengandung dengung (ghunnah) seperti Idgham Bighunnah, Iqlab, Ikhfa dibaca antara 1 alif hingga 1 1/2 alif atau sekitar 2 hingga 3 harakat
    Huruf ber-tasydid dibaca 2 harakat.

Di dalam hukum-hukum Mad, jika aturannya harus dua harakat, maka harus dibaca 2 harakat secara rata, tetap dan teratur. Jika 6 harakat harus dibaca 6 harakat.
Apabila aturannya harus 6 harakat, namun dibaca 2 harakat sehingga menyebabkan terjadinya perubahan makna pada kata/kalimat, maka hukum bacaan tersebut adalah haram.
Hukum MAD terdiri dari 2 cabang, yaitu Mad Thobi’i (Mad Ashli) dan Mad Far’i.





Hukum Mad Lazim Harfi Mukhaffaf merupakan hukum tajwid yang ditujukan untuk kombinasi 14 huruf yang terletak di 13 ‘Ayat pembuka’, di 29 Surah di dalam Al-Qur’an. Ia dibahagi kepada 3 bahagian iaitu

    1 huruf Alif ( ا ), cukup dibaca 1 harakat
    5 Huruf ‘haya thahara‘, yaitu Ha ( ح ), Ya ( ي ), Tha ( ط ), Ha’ ( ه ), & Ra ( ر )  dibaca panjang 2 harakat-
    yang harus dibaca 2 harkat, jumlahnya ada 5 huruf, yang terkumpul pada lafazh :
     حي طهر  ( HAYYUN  THOHUR ) yaitu :    ح ي ط ه ر  ( HA- YA- THO- HA- RO ) (maksud = jom bersuci}
    8 Huruf ‘shadqafnun sama lam kaf ‘ain ‘, yaitu shad ( ص ), qaf ( ق ) , nun ( ن ), sin ( س ), mim ( م ), lam ( ل ), kaf ( ك ), ‘ain ( ع ), dibaca 6 harakat. Tidak dibaca dengung (Idgham), kecuali huruf ‘Ain pada surah Maryam dan huruf Mim bertasydid ( GhunnahMusyaddadah ).           
    ( NAQOSHO  'ASALUKUM ) yaitu : ن ق ص ع س ل ك م ( NUN- QOF- SHOD- 'AIN- SIN- LAM- KAF- MIM )  kecuali huruf  ع ( 'AIN ) boleh dibaca panjang 6 harkat, atau dibaca 4 harkat. tapi lebih utama dibaca 6 harkat. ataupun ustaz menyebut sanaku  silakum  س ن ق ص ل ك  م  bermaksud ..tak ingat  aduhh
  
Lebih dikenal dengan sebutan Muqatta’at  ( مقطعات ), yang berarti disingkat atau diperpendek. Dan juga lebih dikenal dengan sebutan fawatih ( فواتح ) atau pembuka, karena menjadi ayat pembuka di beberapa surah.

Arti atau makna sebenarnya dari “ayat pembuka” tersebut – bagi sebagian besar umat Islam – dianggap sebagai rahasia Allah SWT.


 Kelas kali ini ustaz menyelusuri ayat 28 yang mana menerangkan nabi Adam dijadikan
ayat 31 ayat Iblis enggan bersujud kepada nabi Adam manakala ayat 32 Allah marah kepada iblis dan ayat ayat 33 iblis berkata yang mereka sekali tidak akan bersuju

Kelas bersambung minggu depan dan ayat akhir ayat 70 muka surat 265