Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Sarapan. Show all posts

Monday, March 14, 2016

Berbaloikah


 12 Mar 2016
Pasar hari ini kelihatanya terdapat lambakkan ikan dan pastinya harga agak murah sedikit jika dibandingkan dengan minggu sebelum.
Ikan yang dapat kami jaring hari ini
RM16.00- Ikan nyok2 RM 14/kg
RM19.00- sotong
RM 21.00 -Udang
RM 27.00 - IKan jenahak merah 25/kg
Rm11.00- ikan selar
RM7.00-Lala
Total- RM 101.00

Sayur agak mahal. Kobis bunga jee RM20/kg. Total sayur RM19.00
Runcit. RM43.70.

Buah limau RM10.00/10 BIJI
LEMON -RM4.50 /3 biji
Mee RM1.00
Ayam 15.00

Total semua.RM 194.30. Jadi berbaloikah.is I rumah kami 8 orang tolak Anis & Adam di U..maka average RM15.00 makan sehari
15x6x7=RM630.00 HARUSNYA...cuma memang kepenatan melayan pinggan mangkuk yg banyak.

Hari bertukar kepada  @Ahad memandangkan Amir ada latihan

Tuesday, September 9, 2014

Pizza Mudah Gardenia


Buat Alif, memang sangat minat dengan cheese dan berusaha untuk menyediakannya pagi ini.

6 keping roti gardenia (disapu mentega)...
-sos cili&mayonis
-1 biji cili benggala (dihiris nipis2)-x de
-6 keping keju cheesedale

bahan tumis:
1 labu bawang besar (dadukan)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2 sudu serbuk kari
2 sudu kecil garam
sedikit gula
isi ayam (dicincang)
1 biji kentang didadukan
1/2 biji timun didadukan (x de)
1/3 cawan air
1 sudu mentega. (x de)

cara penyediaan:
-cairkan mentega.tumis bawang merah dan bawang putih sampai kekuningan
-masukkan rempah kari dan masak sampai garing
-masukkan isi ayam dan tmbah 1/3 cawan air..masak sampai ayam empuk dan hampir kering air..
-masukkan timun dan kentang
-masukkan garam dan gula..biar sebati dan padamkan api
-ketepikan

1)susun roti gardenia yg dah disapu mentega dalam pemanggang vantage
2)sapukan sos dan mayonis atas roti
3)taburkan bahan yg ditumis dan hirisan cili benggala
4)susun keju cheesedale atas roti
5)tutup pan dan buka api paling kecil
6)bakar sampai keju cair (lebih kurang 8-10mnt)
sedia hidang...sgt sedap..rangup


Pagi yang bersejarah buat nya kerana beliau enduduki peperiksaan UPSR . Ingat wahai anakku. Carilah ilmu yang bermanafaat buat mu seperti mana doa dibawah

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”(HR Muslim 4899)

Hindari dari ilmu yang tidak bermanafaat dan ilmu yang bermanafaat akan diperolehi dari orang-orang yang sangat iklhas. Orang yang sangat ikhlas Allah akan menjaga ilmu yang diperolehinya.  Bila kita tidak ikhlas ia sangat merbahaya kerana ia akan menghilangkan kemanafaatan ilmu.
Didalam doa ini menjaga ilmu ini agar jangan yang kita dapat menjadi ilmu yang tidak manafaat. seperti ilmu yang syirik pada Allah.

 Hal yang kedua berlindung dari hati yang tidak kusyuk. Telah beruntung orang-orang beriman iaitu orang yang kusyuk. Kusyuk ini mewariskan rasa takut. Jika kita punya rasa takut, maka inilah hati- hati yang dijamin di hari akhirat. Maka celakalah orang-orang yang keras hatinya. Maka hendaklah selalu mohon untuk diberikan hati yang kusyuk. Rasa takut ini adalah modal yang sangat indah dalam kehidupan. Rasa takut ini sebagai satu semangat untuk berjalan kedepan untuk mematuhi ketaatan kepada Allah. Syurga itu dimiliki kepada mereka yang merasa takut kepada Allah.  Hati menjadi hidup dengan memperlajari ilmu agama, mengenal nama-nama dan sifat Allah, banyak membaca al quran dan tadabbuyr, berbanyak berzikir, berbuat baik dengan makhluk, berkakhlak dengan akhlak yang mulia dan seorang yang berlaku adil dalam segala keadaan dan banyak lagi.





Bersama ibu-ibu yang sentiasa mengharapkan anak-anak punyai hati yang kusyuk dan menghidupkan hati anak-anak agar mencari ilmu yang manafaat.

Teruskan perjalananan mu wahai anakku Alif .. jangan berhenti mencari ilmu yang bermanafaat. inilah titik permulaan buat mu.

Sunday, October 9, 2011

Roti Jala gebuuuuuuuuu


Hari ni memang plan nak masak r0ti jalal kerana ada jamuan di ULum centre buat julung kalinya. Tidak dipaksa tetapi sesiapa yg sudi dialu-alukan membawa makanan k0nsep " p0tluck" s0 memandangkan majlisnya pada pukul 10.30 roti jala agak sesuai.

Buat perlu lebih buat bonda Muo yang ingin mampir kerumah selepas solat zohor. Sedang sibuk menyiapkan juadah, bergegas ke surau menunaikan solat jenazah di Mawaddah. Arwah merupakan suami kepada kenalan kuliah subuh...moga Allah permudahkan urusan keluarga si mati.


/fuzidss

Monday, November 15, 2010

Roti Telur

seperti biasa kedapur, masakkan sarapan buat my bujangs dan kanda. Hari ni tengok ada banyak stok roti so buat roti telur . tergopoh gapah sikit sebab perlu masakkan lunch sekali buat mereka. Baju pun banyak nak dibasuh tangan.

Malam tadi pi Plaza Massalam tapi sedikit kecewa sedikit... so balik memang bengang dan terus tengok TV bebudak semua naik atas dan tidur.

/fuzidss