Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Telur. Show all posts
Showing posts with label Telur. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

Telur Beriani

Dayang kata ni masak campak2 tp yg campak2 tu la yg sedap....saya derhaka ya, kasi namanya Telur beriani :)
Sumber : Dayang Jack..
/fuzidss

Friday, February 4, 2011

Roti Telur Vs Asam Pedas Kepala Ikan

dah berapa hari memang tak selera makan nasi
/fuzidss

Saturday, January 29, 2011

Thursday, December 30, 2010

Kari Telur

ni khas buat my kids at home

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji telur ayam, direbus dahulu
1 keping asam gelugor
2 camca besar penuh rempah kari daging, bancuh dengan 1/2 cawan air
2 camca besar cili kisar
500 ml santan
Garam secukup rasa
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci lengkuas
sedikit jintan manis & Jintan Putih

BAHAN TUMIS :-)
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Tumis semuanya dan masukkan rempah, masukkan santan. Tunggu mendidih dan masukkan telur ya. maka siapla hari untuk sarapan pagi dimakan dgn roti segali gus untuk lunch ya anakku
/fuzidss

Monday, November 15, 2010

Roti Telur

seperti biasa kedapur, masakkan sarapan buat my bujangs dan kanda. Hari ni tengok ada banyak stok roti so buat roti telur . tergopoh gapah sikit sebab perlu masakkan lunch sekali buat mereka. Baju pun banyak nak dibasuh tangan.

Malam tadi pi Plaza Massalam tapi sedikit kecewa sedikit... so balik memang bengang dan terus tengok TV bebudak semua naik atas dan tidur.

/fuzidss

Friday, November 12, 2010

Sup Telur Taufu



Kisah semalam telah ku sampaikan to my boss. He's on EL semalam alhamdulillah he agreed with me and he said that I doing the right thing. Kerja berdua dlm satu department beginilah jadinya.
Biarpun sering berselisih pendapat, but end up he will agree once dia pikir ada rationalnya. Cuma sayang, ... bila lihat keadaannya ada yang tak kena "in term of managing of his financial memang out terus".

Every weekend he have to travel without no reason sometime and once he coming back to work on Monday, he look so terrible man. Tak terurus langsung...mujurlaa ada asisstant yang selalu peringat kat dia... he he. Assistant dia ni, kekadang cuti pun terpaksa mai office nak back up Boss.. la sapa lagi nak support boss kalu tak assistant. Moga ujian dia la ni mendekatkan lagi beliau dan isteri dengan Allah. Aminnnn

Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred "B"
1 keping tauhu keras, didadu
10 keping cendawan "black fungus" , cuci bersih dan toskan
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 cekak soo hoon, kerat dan rendam
2 pelepah daun sup, kerat kasar
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
1 liter air
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasa
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah dan bawang putih hiris hingga harum dan keperangan. Tuang air, masukkan kiub ayam dan lada hitam serbuk, kacau dan biar mendidih.
Perlahan kan api pada peringkat paling kecil. Pecah kan telur satu persatu dalam kuah tadi. Pastikan tidak bertindih. Biar masak perlahan sehingga telur mengeras. Kemudian kacau perlahan2.
Masukkan cendawan, tauhu dan soo hoon (toskan dahulu). Tambah garam secukup rasa. Biar mendidih pada api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng. Sedap dimakan bersama nasi atau dihirup begitu saja..hmmm nyaamaann..
/fuzidss

Monday, April 26, 2010

Omelet Bayam

Ha baru ada kesempatan nak upload menu ni as 2 days ada legal Conference at Prince Hotel. Ths time upload menu sempoi jee but..yummy favourite my kids tapi ada sayur sikit terus tak mau jamah aduhhhh

Wednesday, April 14, 2010

Telur Goreng Rampai


He he nama bikin gempaq jee, hari ni anak2 still demam. Sesungguhnya ujian untuk menguji kesabaranku dan hanya ini yang sempat ku hidangkan untuk anak2 tapi makan berebut dengan anak2 telur goreng pun sodap

Monday, March 8, 2010

Telur Semor Berlada



Intai dari rumah kak Ayu niiii

Ingredients:-
6 hard boiled eggs -make several light slashes on the surface of each egg-(telur direbus dan dihiris sikit dipermukaan telur)Soak for 10 minutes:-(rendam selama 10 minit)
2 heaped tsp coriander seeds(ketumbar)- (2 sudu kecil ketumbar biji)
11/2 tsp black peppercorns
3 cloves garlic-(bawang putih)
1 cm thick ginger-(1 cm halia)
1 round tsp tamarind pulp +1/2 cup water-(mix to obtain juice)-(1 sudu kecil asam jawa + 1/2 cawan air diramas ambil jusnya)
2 tsp sugar-(2 sudu teh gula)2 tbsp dark soy sauce-(2 sudu beasr kicap masin)
1 large onion -cut into rings-(1 bawang besar dihirs bulat)
2 tbsp frozen green peas -(optional)-(2 sudu besar kacang hijau beku-optional)
2 red chillies -slash half way up-(2 batang chili merah dihirs memanjang)2 green chillies slash half way up-(2 batang chili hijau dihirs memanjang)
1 tbsp oil-(1 sudu besar minyak masak)
salt to taste-(garam secukup rasa)

Method:-Grind coarsely, first the coriander seeds and peppercorns then add garlic and ginger and grind until crushed. Heat oil. Fry ground ingredients till fragrant. Add tamarind juice, sugar and dark soy sauce. When boiling add eggs and peas. Reduce heat and cook for 5 minutes. Add onion rings and chillies and heat through for another minute.-(Tumbuk kasar, biji ketumbar dan peppercorns, selepas itu, masukkan bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk hingga naik bau. Masukkan jus asam jawa, gula dan kicap. Bila sudah mendidih masukkan telur dan kacang peas. Kecilkan api dan masak selama 5 minit. Masukkan bawang besar, cili merah dan hijau dan masak selama seminit lagi. )

Thursday, February 4, 2010

Telur Lemak Putih Suci


Mulanya nak bua Telur Semor Dari Dapur Ayu kulihat resepinya namun ku kutukar memandangkan si Amaar cilikku ini tak makan pedas. So Malam ni ku cuba resepi ini. Sedap Ayu, ramuannya sempoi tapi olahannya agak berlainan.

Bahan2
5 Biji telur rebus
I biji Kentang dibelah 4
1 keping pucuk
segengam soo hoon [direndam ]
2 biji cili merah
udang kering ( kutambah)
bawang putih & bawang merah

Cara2nya
tumiskan bawang, dan udang sehingga naik bau, kemudian letakkan santan dan kemudian letakkan kentang. Sesudah mendidih masukkan pucuk dan soo hoon kemudian masukkan telur dan cili iris dan garam. Bila dah mendidih tutup laa apinya
Sumber : Ayu Singapore