Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label other's. Show all posts
Showing posts with label other's. Show all posts

Monday, September 14, 2015

Kek Pisang Pujaan



Minggu ini adalah minggu semangat kek Pisang. Mulanya saja mencuba tetapi tidak menjangka benar-bear menjadi pujaan seluruh isi rumah. Pagi tadi al kisahnya Amaar merajuk kerana kek Pisang habis kerana disangkanya yang ku simpan itu untuknya Sibujang memang sangat-sangat cepat rajuknya hinggakan tiada satu apa disentuhnya untuk sarapan. Maka setelah pulang sekolah, bermulah kelas memebakar bersama Amaar nijad. Happy sangat kelihatannya bila menatap kek yang diadunnya menjadi.



Kek tersebut dibuat khas buat insan tersayang. Rakan kuliah bersama agar dapat menceriakan hatinya hari tersebut.Tidaklah pulak menjangka kesukaan sigenitaysh

Alhamdulillah cenderahati yang tak seberapa buat sahabat.


Sama mengecapi nikmat Kek Pisang dan berikut adalah resepinya
230gram  Gula Kastor
300gram  Tepung Gandum
200gram   Pisang Masak 
250gram   Butter
sesudu   Serbuk Penaik
sesudu Vanilla
secubit Garam
4 Biji telur

caran-caranya

Gula dan Butter dipukul sehingga kembang kemudian masukkan telur dan pukul dan masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan dan masukkan vanila dan garam.  Sesudah siap masukkan adalam bekas dan bakar 45 minit.


Tuesday, March 25, 2014

Penantian Yang Menyiksakan Telah Berakhir


Dunia bersedih hari ini namun rasa sedih kami tidak dapat menandingi kepedihan keluarga. Penantian yg menyiksakan telah terjawab semalam setelah pengumuman dibuat. Selama ini rasa serba tak kena berikutan kegemparan diatas kehilangan pesawat Boeing MAS, MH370 takziah kepada keluarga penumpang. 

Kita semua perlu terus berdoa agar dapat ditemukan kotak hitam maka terungkailah segala persoalan disebalik tragedi MH370.Benarlah telahan/andaian Kapten Nik Huzlan Xr Rider sebelum ini. penjelasan beliau sangat jelas, lebih2 lagi dgn terma mudah yg digunakan oleh Kapten Nik untuk menerangkan situasi MH370 kepada kita selaku rakyat biasa.Terima kasih Kapten ..banyak ilmu yang kami pelajari


Friday, February 14, 2014

Gelagat si Tetamu Singgah Kami


Beginilah telatah tetamu kami.. Lihat lah betapa manjanya. Ini kerana limpahan kasih sayang seorang "Ibu Hurairah " iaitu anak dara saya yang sangat tekun menjaganya. Setiap hari melayan tanpa penuh jemu itulah janji beliau kerana mengizinkan untuk menjaganya. Jadual harian ibu hurairah ini pastikan najisnya dibersihkan, makanan cukup, susunya dijaga, kebersihannya dijaga. Penuh kasih sayang.




Manjannya


Hellooooo


 Hummmr nyenyaknya si comey ini 
Ini dia "ibu Hurairah"  bersama ibu kucing 

tempat yang paling disukai...

Tuesday, February 4, 2014

Yang Simple dan Berbaloi

 Selama mencari hanya di sini yang kelihatannya punyai baby cot yang sangat simple dan berbaloi untuk kita miliki. Jasa baik si adik yang juga menanti kelahiran, beliau telah membeli 2 barang iaitu baby cot dan tilam.

Manakala besen mandi ini dan lampu meja dibeli hari ini. Tujuan sebenarnya mencari katil si bujang-bujang namun tiada stok maka 2 benda ini berjaya dimiliki iaitu besan mandi baby dan lampu study. 

Penawar Mujarab

 Pada mulanya makanan sampingan ini disyorkan oleh seorang sahabat yang dikala itu abah sedang mengidap lelah berpanjangan. Maka kami kirimkan pada abah di kampung. Alhmdulillah semenjak mengambil minuman sampingan ini abah kembali cergas. Maka kami ingin kongsikan kepada  sahabat yang lain . Jika berminat boleh message kami . Sebotol hanya RM38.00. Antara  penyakit yang dapat membantu adalah lelah, lenguh badan, sengugut, kebas, angin badan, dan batuk.


Wednesday, December 21, 2011

Treatment Concentrate ...ANEW GENICS




Let's we get it now. the promotion date is form 1 till 31 Dec 20011.


My best friend Alma told me that she tried and she feel the different. So why not a mother of 5, ( 15yr, 14yr, 9yr, 6yr and 4yr ) to try, to feel it and today I apply it and I feel the different. You guys should try it.

The power to look younger is inside you…..and now comes ANew Genics - another innovative product!only from AVON.

Availability: This product is available from your Avon Representative and also can get at any 188 boutique all over Malaysian.

I genuinely really like this product and I know some might say I am biais as I am an AVON associate , but would I lie to you?


http://www.youtube.com/watch?v=dnhUV4sQmMc&feature=related
/fuzidss

Saturday, October 1, 2011

kematian yang mengejutkan

Kucing ini adalah kesayangan kak zah dan keluarga bernama ogie. Hari merupakan hari yang sangat sedih buat mereka sekeluarga kerana dikejutkan dengan kematian Ogie. Langgar lari.. kami pun turut merasa kehilangan kerana ogie merupakan makhluk allah yang senantiasa menjadi tetamu kami pabila kak zah keluarga bercuti diluar kawasan. Amaar paling rapat dengan ogie ... teringat kembali kisah yang mana semasa kuliah di mawaddah ustaz menerangkan binatang akan menuntut haknya di akhirat nanti pabila dizalimi oleh manusia. Jadi ingatlah wahai pelanggar lari tersebut, ogie akan menuntut hak nya nanti kerana Allah pasti memberi keadilan kepada semua makhluknya
/fuzidss

Wednesday, September 28, 2011

Tetamu manja

sesiapa yang ada kehilangan kucing sila lah maklumkan kepada kami kerana pasti kucing ini telah sesat dah singgah kerumah kami untuk menumpang seketika. Sangat manja dan kami pasti kucing ini bertuan. Kami menggelarkan si manja ini dengan nama RAIN... he he singkatan daripada oren ... Amaar dan Adam sangat suka kerana dah lama mereka meminta untuk menjaga kucing.

lihat laah kucing jiran pun turut teruja nak tahu siapa kah si tetamu manja ni ... masuklah ogie, marilah berkenalan dengan tetamu manja ni



/fuzidss

Jemputan..

Majlis perkahwinan yang berlainnan dari yang lain, Kali ini Dato ini telah adakan majlis disebuah hotel ternama tetapi masih mengekalkan cara adat melayu dan tidak terikat dengan protokol hotel. Makanan yang sangat lumayan dan pelbagai jenis sehingga tak keruan dibuatnya.

Lihatlah sahaja cenderahati yang diberi sememangnya pemurah dan kami makan dengan sepuas-puasnya kerana bila lagi nak rebut peluang untuk makan di hotel dengan bebas. Terima kasih dan moga Allah limpahkan rezeki kepada mereka sekeluarga.











/fuzidss

Thursday, July 7, 2011

Unggun Api Yang Syahdu...





Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu..

Nukilan - A Samad Said


/fuzidss

Wednesday, January 26, 2011

Kuliah 2011 @ Mawaddah

Tiap kali joint kuliah ni hati akan tersentuh. Terima Kasih Ustaz...
/fuzidss

Saturday, January 15, 2011

Wedding 15 January 2011 @KGPA







Kak Wan Suraya+Zainal Son's Wedding Reception15 January 2011, Saturday 4pm - 7pm in KGPA; Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur






/fuzidss

Saturday, October 16, 2010

Ayam Baghana

Pi intai dapur kak Ummi, nampak resepi ni lain dari yang lain.
Bahan:-
1 ekor ayam (kira-kira 1/2 kilo - potong 8/10)
5 sudu makan minyak masak
2 1/2 cawan santan
2.5 cm lengkuas - diketuk
1 batang serai - dititik (ummi guna 2 batang)
7 helai daun salam - (*x letak ni)
1 tin kacang kidney
2 sudu makan gula perang
garam secukup rasa
bawang goreng

Bahan Kisar:-
2 sudu makan ketumbar
5 biji buah keras
4 cm kunyit hidup
10 batang lada merah
5 batang cili hijau
15 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
15 gm belacan

Cara Memasak:-
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan santan, lengkuas, serai dan daun salam dan biarkan masak sehingga naik minyak. Masukkan garam dan gula perang. Masukkan ayam dan kacau rata kemudian kecilkan api dan masak ayam sehingga kuah agak pekat. Akhir sekali masukkan kacang kidney dan semasa menghidang tabur bawang goreng.

Dinner is served now... tunggu kanda balik dari surau tapi kanda dah janji nak bawak dinner kat luar tapi nak masak jugakkk he he . Nak guna my new dinner set ni.

/fuzidss

Friday, October 15, 2010

My Country Rose Collection


haaa ni dia, tadi merajuk dengan kanda, so nak menghiburkan hati ini pi cari set ni... dah happy dah ..tp kanda yang tak happy he he


/fuzidss

Monday, July 19, 2010

Kenduri Sana -Sini




lihatlah gelagat ceria anak-anak bila bertemu saudara mara. Sekali-kala berjumpa riuh dibuatnya.

Monday, July 12, 2010

Akhirnya Ku Miliki.....


Alhamdulillah, hari ni my kanda teringin nak pi tengok bersempena dengan karnival sambutan ulang tahun ke 9 Radio Ikim di Stadium Melawati Shah Alam.Subhanallah... semua yang kucari terdapat di sana. Grab 2 baju muslimah yang hanya 40.00 sahaja. 2 CD ni 50.00 dan minyak kelapa dara dan pati bunga raya yang kucari2 dan semua yang dibeli ada bahagian yang akan disalirkan ke Ghaza Palastine. Moga2 Ikim akan terus menganjurkan karnival seperti ini untuk masa akan datang.

Tuesday, June 29, 2010

The Joy In Housework


I've been too busy to even think about posting this week , oh the joy of coming home, going straight back to a full time housewife job. Alhamdulillhah love to do all that kind i.e , basuh baju, mop lantai, iron baju, masak, gardening, pi Surau solat jemaah. (hari ni start bulan dah mengambang0 dan banyak lagi. But I loveeee it as I can see my kanda pun tak kurang jugak hebatnya.

Pagi balik solat subuh, he will incharge my 2 bujang siapkan depa berdua then he will tunggu laa sampai bas sekolah sampai. Sementara menunggu, aku pun sibuk dok jemur baju. Dulu jadual hidupku bermula pada pukul 6.00 but la ni 5.30 am. Alhamdulillah I feel this rahmat Allah disamping melakukan housework but I feel enjoy the fullest laa. Tak boleh digambarkan betapa seronoknya hati ini dan inilah dikatakan setiap kejadian itu ada rahmat disebaliknya. Kemesraan makin terjalin walaupun tidak dinafikan kepenatan.

Thursday, June 10, 2010

Creative nya si Manja ku


Hari memang sangat sibuk nak prepare AGM Stay sampai maghrib baru balik. sesampai kat umah ingat nak sambung buat kerje tapi apakan daya, lihatlahhh notebook ku niiii aduuuh. Angkara si Amaar

Tuesday, May 18, 2010

Cabul


Perkara yang amat memeranjatkan semalam pagi semalam berlakunya kejadian di Surau Mawaddah. Seorang student wanita bertujuan untuk menunaikan solat Dhuha di Surau berseorangan diri dan di datangi seorang lelaki di ruang solat muslimah. Perkara tersebut tidak disedari oleh orang awam memandangkan waktu tersebut selalunya memang sunyi di surau tersebut.


Si lelaki tersebut pada mulanya ingin meragut namun mengubah haluan dan telah mencabul student tersebut di dalam rumah Allah. Ya Allah di rumah allah ini tergamak sungguh. Setelah puas mencabul beliau tinggal student dan lantas student tersebut pergi ke balai polis membuat report. Tengah hari polis datang melihat tempat kejadian. Kejadian ini sungguh menakutkan dan menjijikkan.
Selepas solat Maghrib kami beramai-ramai solat hajat moga peragut tersebut terima balasan dari Allah.

Sunday, May 2, 2010

Finally .....

Hari ni memang plan nak pi shopping setelah ambik kakak di kompleks kebudayaan, kami pun terus ke Ariani dan Jakel Seksyen 7 yang baru dibuka hujung Apr. Bebudak tinggal dalam wish sebabnya ramai sesangat orang hari ni so ibu di pi la merebut peluang ini then dapat laah satu pasang tudung Ariani 50% less and washable silk for me and my doter so raya kali ni dah tau nak pakai warna apa ya.

Kemudian pi jalan2 cari makan di restoran Selasih di seksyen 7 jugak memang sedap dan murah kami makan 6 orang makan cuma RM20.00 antara hidangan kami adalah sambal taucu lala, ikan keli, ayam masak merah, kerabu mangga, dan kurma ayam dan juga bergedil ayam. Memang murah sebab tu laaa penuh sesak tapi sedap. Moga dimurahkan rezeki kepada tuan punya kedai ni