Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa
Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

Sunday, November 6, 2011

Korban membawa erti kepada kami

Pagi raya Kali ini sungguh nyaman cuacanya. Kami berlegar dirumah memandangkan kali ini masjid Lenga sedang dibaik pulih dan kaum hawa tiada tempat untuk solat. Namun begitu apa yang menjadikan ibadah kami pada tahun lebih bermakna kerana kami telah berpuasa pada hari Jumaat dan Sabtu, sunat yang paling dituntut dan ada yang imam yang mewajibkan puasa tersebut.


Seperti yang dituntut juga tidak dibenarkan potong kuku dan memotong rambut (segala jenis rambut dibadan) dan dipagi raya digalakkan untuk tidak menjamah sebarang makanan melainkan minum dan itu juga berjaya dilaksanakan. Begitulah jika beramal dengan bersandarkan ilmu hidup lebih jadi mudah..dan sesungguhnya islam itu mudah jika berilmu.


Menceritkan kisah nabi ibrahim dan nabi Ismail kepada anak2. Kesan-kesan pengorbanan Nabi Ibrahim. Betapa beliau mementing kan perintahk dari Allah dari segalanya termasuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail dan keperibadian Nabi Allah seharusnya menjadi contoh kepada umat islam


Ibu, besarnya lembu, boleh Amaar naik tak? Hummm? adoiiii

my kanda bersiap sedia untuk melapah daging lembu. Si kecil sedang cuba mempelajari ilmu tersebut dari ayahanda tersayang.


/fuzidss

Wednesday, September 14, 2011

Hujan Rezeki...tetamu basah lenjun

2.35 ptg terpaksa bergegas pi Anis dan kengkawan nya nak beraya ..hujan sgt lebat dan terpaksa ambik depa semua sebanyak 2 trip..yang satu group tu jalan kaki dan apa lagi basah lenjun...terpaksa tukar baju malangnya tak cukup kain pelekat terpaksa redah le pakai kain batik... dah macam indon dah bebudak ni....but still comey. Anak imam, Syazwan mengimami solat Zohor.. lihatlah tu tak tertahan beliau melihat kengkawannya memakai kain batik...tak pernah dibuat sebelum ini.

Aminnnnn. Moga doa kalian dimakbulkan dan Allah memberi rahmah kepada kami sekeluarga. Sesungguhnya disaat ini terasa amat terharu dengan depa semua. syabas anak-anakku.
Lihat lah si gadis manis yang asyik menonton...dunia canggih sekarang tak perlulah nak pi menonton ke panggung wayang you only tekan ke fav filem dan beli...semunya melalui unify...
semuanya sangat lapar maklumlan hujan lebat dan sejuk ekoran baju basah...depa tambah 3 pinggan tu......hidangan habis...Alhamdulillah." Auntie ayam ada lagi"...sorry semua ayam habis...ayam tu 3 ekor besag2 habis.... tu dia penangan anak remaja.-Detik jam 5 petang seorang demi seorang parent datang dan secara tak langsung dapat lah ku mengenali parent mereka...dan sebelum balik seorang dara bernama Sakinah...Auntie sedap sangat....SEDAP SEDAP...alhamdulillah ..auntie suka sangat sebab semuanya habis licin.


Basahhhhhhh ..tolong auntie... nak pinjam baju..
adegan menukar baju
gelagat comel
setelah selesai semuanya, kulabuhkan diri ini ke atas katil tiba-tiba kakak masuk, ibu terima kasih......"ku tersenyum.
/fuzidss

Hidangan Tersedia...

Hidangan tersedia buat anak gadis dengan gangnya seramai lebih kurang 30 orang. ..Dalam sibuk-sibuk menyiapkan menu ni permintaan si dara..tetiba phone berdering...dan ku jawab " hello" dan ku dengar " ibuuu cepat ambik Amir kat sekolah, Amir dah tak sambar lagi ni nak makan nasi Carrot ibu...suara dari Tadika Dzul Iman...... hummmm ? Ku jawab laa tunggu bas sekolah datang...Alaa Amir lapar nii... hai ..terpaksa la jugak pi kecik tu mujurlah Si Amaar tidur.

Nasi Karrot
Dalca Ayam
Pengat Labu
Tembikai Masak Ranum
Ayam Merah Madu
Kerabu Tomato
/fuzidss

Monday, September 12, 2011

Ziarah Jiran Terdekat

Hari ini ada 4 buah rumah terbuka, kami ambil peluang untuk mendekati jiran tetangga.. Dimulai dengan rumah kak Lela...apa lagi semua ahli surau mawaddah hadir. Yang lebih mengejutkan kami adalah rakan blogger saya Kak Umi..(dapur aulad) . Pertama kali berjumpa rasa berbesar hati kak nor menegeru...Ya Allah, kuatkan ikatan kami sebagai saudara muslim.


Kemudian Kak Saodah terjumpa pulak Ustazah Anisak & Ustaz Firdaus...terkejut dia tengok kakak yg makin membesar..tenggelam ibunya...kemudian pergi lagi ke Kristal ..rumah kak yati. disini kami bercanda dengan ikan-ikan ternakkannya.. lihatlah betagap gembiranya 4 bujang-bujangnya tanpa disedari kanda snap gambar..ni semua candid.


/fuzidss

Friday, November 19, 2010

KORBAN 2010

Menenang kan
Bermulanya....
Phewwww..


Selesai sudahhhh

/fuzidss

Tuesday, November 16, 2010

Eid Mubarak

I wish You & Your Family a very happy and peaceful Eid.
May Allah accept your good deeds, Eid Mubarak