Kombinasi Bunga Kemboja Putih dan Bunga Petai Lalang |
Bermulalah kisah menjadi penggemar bunga yang harum dan memberi manafaat kepada semua. Hari isnin yang penuh ceria menjadikan diri lebih ceria untuk meneruskan hari-hari yang berbaki. Walaupun tubuh ini agak keletihan dengan aktiviti semalam namun tidak mematahkan semangat untuk meneruskan cita-cita untuk menjadikan kebun mini dirumah.
Setelah menguruskan hal rumah, maka meneruskan dengan mengemas laman rumah dan kelihatannya petai belalang mekar berbunga. Berseri kelihatananya dipadankan dengan kemboja putih dari yang ditanam oleh jiran saya yang namanya cukup klasik bagi ku iaitu puan Embun. Terima kasih wahai jiran.
Untuk mengubat kehampaan kerana gerai bunga di pasar kehabisan stok bunga Ros Jepun maka Melur menjadi pilihan untuk ditanam minggu ini disamping mengemas kini ruang kebundapur yang memberi kerehatan mata dikala kepenatan melaksanakan urusan rumah tangga.
Merujuk kepada laman sosial, kebun bandar, terdapat 6 perkara yang harus kita ketahui apabila
kita ingin berkebun menggunakan pasu atau pot.
1. Lokasi pasu
Perkara pertama yang perlu kita perlu ambil perhatian adalah
dimana lokasi pasu kita ingin berkebun. Di mana tempat kita hendak meletakkan
pasu dan bekas tanaman kita. Adalah lebih baik jika kita letak pada tempat yang
ada cahaya matahari seperti di tepi tingkap dan di tepi bangunan.
2. Tanaman
Kita juga perlu tahu jenis tanaman apa yang hendak kita
tanam di dalam bekas. Lain tanaman lain penjagaannya. Untuk pemula, saya
cadangkan kita menanam kangkung dan bayam kerana kedua tanaman itu sangat
senang tumbuh. Cuba tanam dahulu di dalam bekas dan lihat perkembangannya di
lokasi yang telah kita pilih. Kemudian apabila sudah menuai tanaman tersebut,
boleh cuba dengan tanaman lain. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi
bukit. Apa yang penting? – Pengalaman.
3. Pengairan
Ramai yang ingat tanam menggunakan bekas tidak perlukan
sistem pengairan yang baik. Jangan keliru istilah pengairan dengan penyiraman.
Pengairan bermaksud air sirama diserap oleh pokok manakala lebihan air
disalurkan keluar dari bekas tanaman. Kebanyakan sayur dan pokok buah tidak
tahan dengan air bertakung di dalam bekas. Akar tumbuhan akan lemas dan
seterusnya boleh menyebabkan kematian pokok. Pastikan setiap bekas yang kita
gunakan mempunyai lubang pengairan dibawahnya agar air siraman yang lebih boleh
mengalir keluar dari pasu. Ingat! Kita tidak tanam pokok air tetapi kita tanam
pokok darat.
4. Baja
Pembajaan amat penting kepada pokok yang tumbuh di dalam
bekas. Jika di atas tanah, akar pokok boleh menjalar jauh mencari sendiri air dan
nutrien tetapi tidak di dalam bekas. Oleh itu selalulah bekalkan kompos sebagai
baja organik kepada tanaman kita di dalam bekas. Selang selikan dengan baja
kimia jika kita lihat kesannya lambat.
5. Media tanaman
Media di sini dimaksudkan adalah jenis-jenis tanah yang
boleh kita gunakan untuk bertanam. Ada yang guna tanah campur, tanah bakar
ataupun kompos sebagai media dalam pasu kita. Untuk penanaman pasu, lebih elok
kita guna media yang tidak berat seperti kompos. Campuran kompos dan tanah atas
(top soil) sangat disarankan. Di samping kompos boleh menjadi baja, ia juga
bertindak sebagai media yang bagus untuk penanaman pokok kita seperti tanaman
sayur. Ringan adalah kunci utama untuk penanaman dalam pasu.
6. Penyiraman
Terdapat dua sistem siraman iaitu automatik dan manual.
Biasanya kita lebih senang untuk menggunakan sistem siraman manual iaitu dengan
terus menyiram dari paip air ataupun tong siraman. Terdapat beberapa inovasi
yang boleh kita gunakan untuk menyiram secara automatik. Jika ada duit lebih,
boleh kita upgrade menggunakan sistem titisan berasaskan sistem fertigasi.
Tetapi jika ingin jimat kos, guna sahaja siraman automatik menggunakan bahan
terbuang. Rujuk siraman automatik menggunakan botol plastik.
Dengan mengetahui 6 perkara asas ini, diharapkan pembaca
semua dapat berkebun dengan bekas dengan lebih baik. Jika ada komen ataupun
idea untuk ditambah, jangan lupa komen di bawah ya.
Petai Lalang Banyak khasiat terutama buat pesakit kencing Manis |
Sambal Hati Pedas vs Petai Belalang |
Sarapan Pagi Tadi bersama sigenit Asyh |