Memaparkan catatan dengan label nasi arab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasi arab. Papar semua catatan

Jumaat, September 27, 2013

My Nasi Arab / Ayam Rempah Kabsah / Sos Salata Hara / Salad Salata Hara

5 23-->> Orang Juri Komen
Assalamualaikum...

Pe habaq semua....ehhhh japp...patut cakap arab daaaa...ini fasal kita mau belajar masak nasi arab daaaa....ramai sudah tanya ini resepi...tapi ana punya masa banyak tidak ada....ini resepi sudah simpan lama dalam draft'lah...ini pagi  ana edit semua gambar dan resepi...itu fasal ana boleh publish ini hari juga....

Apapun ana minta maaf fasal lama tunggu ana punya resepi....kalau tak sama dengan Restoran Nasi Arab yg ente selalu pergi ana minta maaflahhhh....

Ehehehehehehe....

Ekcelikan....aku belum sekali merasa makan nasi arab kat luar....niat tekak tu dah lama ada...tapi inchik dd tak berapa gemor sangat nak mencuba...sebab katanya banyak "sampah" bukanlah sampah sarap maksudnya...tapi aku yang kata sebab bahan2 yg tak boleh dimakan sangat cam kayu manis bunga lawang buah pelaga yang ada kat nasi tu semua mana boleh makan...sekali terkunyah mahu putus selera...jadi lama2 bahan2 tu akan pergi ke tong sampah jugak'kannnn.....sudahnya aku pendam jer hasrat2 di ahti ini....dan pulak aku tak terpikir untuk mencuba masak sendiri....lagipun aku pikir memula cam susah jer....bahan pun cam banyak jer...naik pening jugak OOO.....

Tapi ada satu hari tu biras lelaki aku nak ajar aku masak...dia biasa masak Nasi Arab ni untuk jamuan kat Masjid....mana dia belajar pun aku tau...tak pernah tanya pun.....ehehehe

Tapi dia reti masak tang nasinya jerlah....yg lauk pauknya aku yang masak dengan hasil usaha meg'gugel tanpa henti.....

Dan alhamdulillah...sepanjang aku try n error resepi nasi arab nih...ada yg kata...rasanya ada persamaan dengan Nasi Arab Damsyik yang dia biasa makan masa ada kerja kat Yaman sana....aiiii entahlah....aku mana pernah rasa Nasi Arab lain selain yg dimasak sendiri....jadi aku tak tau nak komen apa....ada sama ker tak ker aku tak tau....bagi aku cukup ada rasa....sedaplah jadinya....sampaikan masa Open House Raya tahun ini...aku ngan keluarga aku pakat jadikan Nasi Arab ni sebagai menu utama....sold out ko nasi arab nihhhh..dari nasi ...ayam'nya...sos dan saladnya....ramai yg puji sedap...Alhamdulillah...aku syukur sangat....

Sebelum korang scroll kebawah lagi...aku nak bagi tahu sikit....ada beberapa perubahan yg diubah dari resepi asal...contoh cam ayam kabsah'nya...ikut resepi asal kena letak yogurt...tapi bahan tu aku terlepas pandang...maka aku skip bahan tu...tapi hasilnya tetap osemmm....jadi kalu korang nak tambah yogurt dalam resepi ayam kabsah tu dipersilakan...aku tak kisah pun....pastu plak resepi sos salata hara'nya....resepi asal takder letak daun pudina pun...tapi aku memandai letak sebab aku nak baunya dan rasanya lagi sedap...jadi terpulang juga samada korang nak letak atau tidak daun pudina dalam sos salata hara itu...tak menjadi hal pun...

Lagi apa yerrrr...hurmmmm...mungkin itu jer kot....kalau aku ada terlepas pandang aku akan edit baik resepi ni....benda dah lama...aku usaha ingat balik.....

Dan kalau korang rasa nak tanya2 aku pasal resepi ni...korag boleh komen kat ruanga komen resepi nihhhh....insyaAllah setakat mana yang aku tahu aku akan jawab....kalau aku tak tahu aku akan jawab AKU TAK TAHU...itu jerrrr

Okeh genggg...tafadhal.....

Resepi Nasi Arab


Bahan2nya

5 kg - beras Basmathi Mogul Faiza ---> dibasuh dan ditos
1 tin besar - minyak sapi
1 bungkus  - kulit kayu manis
1 bungkus - bunga lawang
1 bungkus - buah pelaga 
10 biji - bawang besar --> hiris sederhana nipis
1 ikat - daun pudina ---> dikoyak kasar
1 ikat - daun sup ---> dikoyak kasar
15 biji - cili api ---> boleh dilebihkan jika suka
1 mangkuk - hirisan halia
2 bungkus atau lebih - kismis 
2 bungkus atau lebih - kacang gajus
garam secukup rasa
air secukupnya
saffron atau pewarna kuning

Cara2nya

1.Cairkan minyak sapi dalam kuali kemudian tumis bawang besar, kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga sehingga bawang agak layu.

2.Masukkan beras basmathi dan goreng sekali ldengan bahan2 tumis lebih kurang 5 minit.

3.Pindahkan beras yg sudah ditumis sebentar kedalam periuk nasi yg lebih sesuai.

4.Masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras yg disyorkan.

5.Masukkan garam dan perasa tambahan jika suka....gaul sebati....kemudian baru taburkan sahaja bahan lain seperti halia,daun pudina,daun sup dan cili api dan jangan dikacau.

6.Masukkan juga kismis dan kacang gajus baru tutup tudung periuk.

7.Nasi dah tanak baru titikkan pewarna....gaul perlahan tetapi sebati apabila siap sedia untuk dihidang.

Tips tambahan

-segala sukatan boleh dikurangkan mengikut kesesuaian



Resepi Salad/Salata Hara
Bahan2nya 

Timun ---> buang empulur
Tomato --> buang biji
Lobak Merah ---> buang kulit
Cuka
Garam Dan Gula


Cara2nya 

1. Timun ,lobak dan tomato dibersihkan dan dipotong dadu

2.Gaulkan kesemuanya dengan cuka dan garam secukupnya


Resepi Sos Salata Hara


 Bahan2nya

20 batang - Cili Hijau
5 batang - Cili Api Merah
5 batang - Cili Api Hijau
5 biji - Tomato
4 batang - Daun Ketumbar
4 helai - Daun Pudina
Secukupnya - Garam Dan Gula 

Cara2nya

1.Kisar semua bahan sehingga 3/4 hancur

2.Rasakan garam dan gulanya sekali

Tips tambahan 

-boleh tambah lebih cili api jika suka pedas
-tomato tak perlu buang biji

Resepi Ayam Kabsah


Bahan2nya

1 ekor ayam - potong 4 dan rebus hingga 3/4 masak
4 atau 5 sudu besar - *rempah kabsah
10 sudu besar - madu
Secukupnya - garam
yogurt - jika ada dan suka

Cara2nya

1. Rempahkan ayam yang telah direbus 3/4 masak

2. Rempahkan dengan rempah kabsah ,garam dan madu

3.Perap dalam 30 minit atau lebih

4.Goreng sehingga agak garing

5.Ketuk dan potong ayam mengikut saiz yg diingini

6.Siap dihidang dan makan bersama Nasi Arab

Tips Tambahan

-ayam yang dah siap dirempah boleh juga dipanggang jika rajin


Resepi Rempah Kabsah

Bahan2nya

Ketumbar
Jintan Manis 
Jintan Putih
Lada Hitam
Buah Pelaga
Cengkih
Serbuk Cili / Paprika
Serbuk Kunyit

Cara2nya
1.Sangan atau goreng tanpa minyak kesemua bahan kecuali serbuk cili dan serbuk kunyit.

2.Siap sangan...sejukkan sebentar baru campurkan serbuk kunyit dan serbuk cili secukupnya. 

3.Kisar semua bahan sehingga separuh halus dan boleh disimpan didalam bekas yg sesuai.



Selamat mencuba....!!!!