Memaparkan catatan dengan label kek biskut marie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kek biskut marie. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 22, 2013

Kek Batik Buah Biskut Marie

2 23-->> Orang Juri Komen
Assalamualaikum...

Rasa nak makan kek...tapi malas jer nak buat....tapi kek batik ni adalah kek semalas-malas manusia yg paling malas kalau buat mesti jadi jugak kecuali malas yg memang malas campur pemalas nak meninggal.....





Hahahaha....taklahhhh....aku tau itu kadang bukan malas cuma dah memang nasib dia tak boleh dan tak reti atau kotak fikran untuk buat kek batik belum terbuka....sungguh dia suka makan tapi tetap tak tau nak buat...aku percaya memang ada orang yg macamtu....contoh cam aku....aku tak pandai menjahit tapi aku suka sangat kalau aku ni tergolong dalam kategori pandai menjahit...walau aku suka tapi tetap juga ilmu jahit menjahit ni tak nak melekat dalam kepala....kalau sekalipun aku menjahit tapi hasilnya memang buruk giler serupa tak payah menjahit lagi bagus atau lebih manis dipandang.....

Ehehehehe...tetiba lari tajuk daaaaa

Alamdulillah dalam banyak2 kelebihan yg Allah anugerahkan pada aku ialah bakat memasak....walau tak sehebat Master Chef atau tak stended Chef Kenduri Kendara....bolehlah setakat nak menggemokkan diri sendiri....keluarga dan sanak saudara.....walau ada yg kata aku hebat setaraf CHEF tapi aku cuma anggap itu adalah pujian tanda penghargaan aku sanggup nak masak jugak walau tak sedap mana....hiasan dan persembahan makanan lagilah ke laut....


Tapi aku tahu apa resepi nak masak...supaya sedap....tak perlu penambah perisa seperti sesedap rasa secukup rasa atau ajinomoto...yang pentingnya seperti dibawah.....

Waktu memasak hati kita kena gembira...hati kita nak orang yang makan masakan kita nanti akan gembira apabila menikmati makanan yg kita masak dengan hati yang gembira....apabila kita masak dengan hati yg gembira...orang yang makan masakan kita pasti akan rasa gembira kerana menikmati makanan dari hati tukang masak yang gembira..... ---> gembira tak korang dengan kegembiraan ni....ehehehe

Ikhlas itu sudah tentu......

Aku selalu masak untuk mereka nikmati....bukan aku masak untuk diri aku sendiri.....aku nak lidah dan tekak diorang yg rasa sedap dan enak bila makan makanan itu...bukan untuk lidah dan tekak aku merasai sedap dan enak makanan itu.....senang cer....aku masak untuk mereka makan bukan aku masak untuk aku makan.....

Okaylah....oleh kerana ada yg tanya pasal resepi Kek Batik Buah Biskut Marie  ni.....inilah resepinya.....bagi aku tiada resepi yang rahsia kecuali yang sengaja dirahsiakan...


antara bahan asas untuk buat  kek batik.....

biskut marie 2 perisa yg dipatah 4

Nama Resepi :- Kek Batik Buah

Bahan2 A

2 bungkus - biskut marie
1 ketul atau 250grm  - butter/mentega

Bahan2 B

*1/2 cawan - serbuk koko
*1/2 cawan - minuman coklat ---> vico,ovaltine dan yang sewaktu dengannya ( milo nestle boikot...)
*1 paket - cadbury hot chocolate ---> Rujuk Glosari
*1/2 tin - susu pekat
*1/2 cawan - gula pasir
*2 sudu besar - esen vanilla
*1 cawan - air panas mendidih
1 kotak - buah campuran/mix fruit
3 biji - telur gred A

Cara2nya

1.Patah2kan biskut marie kepada 4 bahagian dan letak dalam bekas yg agak besar.

2.Campurkan semua bahan2 bertanda ( * ) dan gaul sebati.

3.Panaskan periuk dan cairkan mentega.

4.Masukkan bahan2 bertanda ( * ) yg telah dibancuh.

5.Masukkan buah campuran dan telur.

6.Gaul dengan whisk sehingga campuran tadi menjadi agak pekat dan berat.

7.Matikan api dan tuang bahan keatas biskut marie.

8.Gaul bahan dengan biskut marie sehingga sebati.

9.Masukkan dalam bekas yang sesuai dan tekan adunan sehingga mampat ke bawah.

10.Sejukkan dalam peti ais...selepas beberapa jam bolehlah dipotong dan dimakan.

Tips Tambahan
-boleh tambah atau kurangkan susu dan gula mengikut tekak dan citarasa masing2
-boleh gantikan kekacang dari buahan campur
-boleh tuang topping jika suka
-boleh tabur kelapa kering jika suka juga


Selamat mencuba.....!!


Jumaat, November 26, 2010

My Kek Batik / Kek Biskut Marie

2 23-->> Orang Juri Komen
Salam semua...dah lama tak post resepi...padahal hari2 masak.....kadang sempat ambik gambar jer....cuma nak tulis detail yang tak sempat....

Adapun semalam sewaktu membelek resepi di internet....aku terasa nak buat sesuatu.....bahan2 cukup....dah lama beli tapi belum kesampaian nak membuatnya....jadi dengat semanagat kesukanan yang rajin....semalam aku berjaya membuat dua loyang kek biskut marie ataupun lebih femes dipanggil kek batik.....


Yang ni perisa coklat......



Dalam loyang....putih2 tu kelapa kering.....
Yang ni plak perisa kopi...

Nota : gambar tak cantik sebab guna kamera telepon.....cahaya pun kurang.....harap nampak yer...

Dalam banyak2 resepi kek batik yang ada...semuanya lebih kurang jer.....maksud aku dari segi bahan utama....yang selebihnya terpulang pada kreativiti dan kesukaan masing2....cara juga memainkan peranan dan cara juga boleh mempengaruhi tekstur.....ada yang begini ada yang begitu.......sebelum ni aku pernah gak buat tapi aku rasa tidaklah sehebat yang ini.....kerana teksturnya lembut mudah dipegang walaupun setelah dikeluarkan dari peti ais....tidak terlalu keras...tidak terasa telur yang bergentel dengan butter.....tidak terlalu manis dan rasanya amat hebat.....seloyang yang ku buat awal telah habis dalam masa beberapa jam sahaja......Aku buat dua perasa jenis biskut....coklat dan kopi...yang original takder....cuma kalo kita guna biskut yang original....batiknya akan lebih kelihatan....guna coklat untuk rasa lebih coklat....rasa kopi ada rasa pahit2 kopi.....amat sedap pada yang gemar akan rasa kopi....manis dan pahit.....tapi takdelah pahit sangat....sesedap rasa......aku pun suka...

Kebanyakkan resepi juga menggunakan campuran koko dan milo....oleh kerana kat rumah tidak menggunakan milo....aku gunakan vico....but the taste still the same.....mungkin lebih sedap kot.....ada juga yang menggunkan coklat cair sebagai topping ataupun mungkin kacang cincang yang dipanggang....tetapi aku menggunakan kelapa kering.....tak menghampakan....rasanya amat sedap....

Semasa proses penyejatan air .....bahan2 semua tu kena selalu dikacau dengan whisk....itu untuk mengelakkan dari bahan2 seperti telur dan butter jadi bergentel.....gunakan api sederhana.....so kalau ada yang nak cuba resepi di bawah ni sila2kanlah.....kalo tak paham bolehlah tanya yer

Kek Batik / Kek Biskut Marie
1 paket biskut marie
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn vico
Air panas mendidih
1/2 buku mentega
1/2 cwn gula
1/2 cwn susu pekat
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Kelapa kering secukupnya sebagai hiasan

Cara2nya
1. Biskut Marie dipatahkan empat
2. Bancuh koko dan vico dengan air panas
3. Cairkan mentega guna api sederhana
4. Masukkan gula sehingga dan susu
5. Masukkan telur
6. Masukkan campuran koko dan vico
7. Kacau menggunakan whisk sehingga bahan2 memekat
8. Tuang atas biskut marie dan gaul sehingga sebati
9. Tuang dalam loyang atau bekas yang telah dialas dengan baking paper
10.Tabur rata kelapa kering
11.Sejukkan dalam peti ais
12.Potong2 sedia untuk dinikmati

Aku juga ambil tempahan untuk kek ini.....pada yang teringin merasa atau malas nak buat boleh saja order ngan aku......

Harga Untuk 1 Loyang Hanya : Rm 20.00
Perisa Pilihan : Original , Coklat dan Kopi
Kos Penghantaran : Bergantung Pada Order....Lebih 3 Loyang Penghantaran Adalah Percuma....
Kawasan Penghantaran : Puchong ,Subang , Klang Dan Banting
Lain Kawasan Sekitar Selangor Boleh Dirunding