Memaparkan catatan dengan label asam pedas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label asam pedas. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 26, 2013

My Asam Pedas Ikan Duri

0 23-->> Orang Juri Komen
Selamat Malam.....--> entry ni tulis waktu malam kalau tulis waktu petang jadi selamat petang....masa membaca tak kira tapi masa menulis dengan waktu yang sebenar yang diambil pakai...hehehe

Malam ni aku nak tulis satu resepi...resepi biasa jer...Asam Pedas...tapi kali ni aku try masak Asam Pedas guna Ikan Duri...aku biasa jugak nampak ikan duri ni kat pasar cuma belum pernah membelinya jerrr...aku pikir ikan duri ni banyak duri...makanya aku tak berani nak membeli...

Ada satu entry ker atau aku dengar penerangan dari siapa yang katanya ikan duri ni sebenarnya mana ada banyak duri...namanya jer ikan duri...pastu aku pun cakap "ohhhhhhhh...." akhirnya bila aku gi pasar aku pun beli ikan duri ni untuk mengesahkan kesahihan cerita yang aku baca dan dengar..hehehehe

So far okaylah...seperti yg di kaborkan...ikan duri memang tak banyak duri...rasa pun bolehlahhh sedappp...anak2 pun suka makan dan yang paling penting ikan duri tak merisaukan aku lagi sebab namanya....

Apa tunggu lagi.....jom layan resepinya plakkkk




Nama Resepi :- Asam Pedas Ikan Duri

Bahan2

2 ekor - ikan duri --> potong ikut sesuai
4 sudu besar - cili giling
*1 labu - bawang besar
*4 ulas - bawang putih
*1 ibu jari - halia
*1/2 ibu jari - belacan
*1 sudu kecik - kunyit serbuk
*1 kiub - pati ikan bilis " jenama Knorr "
6 helai - daun kesum
2 batang - serai --> diketuk
4 sudu besar - minyak masak
2 cawan - air asam jawa
Air secukupnya

Cara2nya

1. Kisar bahan2 bertanda ( * ) 

2. Panaskan  minyak dalam periuk yang bersesuaian kemudian tumis bahan2 kisar,cili giling dan serai dengan api sederhana.

3.Tuang dalam air asam jawa dan air secukupnya kedalam tumisan dan biarkan mendidih.

4.Perasakan dengan garam dan gula...masukkan ikan

5.Ikan dah masak...akhir sekali baru campurkan daun kesum...biarkan mendidih sekali lagi baru tutup api

6.Siap dihidangkan untuk makan bersama nasi panas..sambal tempoyak...ikan masin dan kicap manis cap kipas udang.

Tips tambahan

-boleh tambah air kalau nak dapatkan lebih kuah

-boleh tambah bunga kantan juga untuk dapatkan bau asam pedas yang lebih wangi beraroma 

-boleh gunakan kunyit hidup 

-boleh tambahkan cili giling kalau nak lebih pedas

Selamat mencuba.....!!!

Ahad, Januari 01, 2012

My Asam Pedas Ikan Jepun

2 23-->> Orang Juri Komen
Assalamualaikum...!!

Untuk pengetahuan ini adalah entri berjadual....jadual bertangguh....sementara ada masa ni aku akan buat beberapa entry....so takderlah kosong dan kena tunggu lama2 nak buat entry bila takder masa....ada masa buat entry takder masa baca jer blog sendiri atau org lain punya blog....

Kali ni aku nak korang2 semua melayan resepi Asam Pedas....umum tahukan resepi Asam Pedas adalah berlainan caranya mengikut negeri dan daerah masing2 yg ada di Malaysia ni....aku tak tahu aku guna versi mana punya Asam Pedas tapi inilah cara aku bila masak Asam Pedas....

Kali ni juga aku guna Ikan Jepun...kenapa namanya Ikan Jepun pun aku tak tahu....aku jarang pagi2 kepasar....dah terdesak sangat barulah pergi...sebulan sekali pun payah....malas nak drive itu jer sebabnya...

Oleh kerana kat tag ikan tu kata Ikan Jepun jadi aku pun katalah kat sini Ikan Jepun...kalau korang kata aku tipu ini bukan Ikan Jepun maknanya org yg jual tu pun tipu jugaklah....yg penting aku tahu itu IKAN....

~ inilah ghupenya ikan jopun tu...mata tak sepet pun....bulat gitu....tang mana dijepunkan pun aku tak tahu...mugkin fesyen baju ikan ni style harajuku kot....kuikuikui...sila jgn terpedaya dengan fakta auta ini yer....hehehee ~

~ close up sikit nampak tak ciri2 kejepunan ikan ni...??? nampak tak tak nampak yer....kalo tak nampak tu tandanya.......~

~ inchik yg bersihkan ikan ni...kok yer pun nak bagi janganlah bagi penyisik ikan tapi bagilah kapak terus....aku tahu dia tak sengaja....kesian bos dia kena beli yg baru...aku bukan tak nak pulangkan....tetapi dah memang gitu tabiat aku malas kepasar....kalau aku kepasar confirm aku akan pulangkan balik...wakper nak simpan...aku pun ada darrrr....kaler hijau lagi....~


So and so.....sila baca resepi dibawah ni.....


Nama Resepi :- Asam Pedas Ikan Jepun
Resepi Asal :- Entire State Off Malaysia

Bahan Utama

2 ekor- ikan jepun atau sebarang jenis ikan yg sesuai atau mengikut citarasa masaing2

Bahan2 Kisar

4 sudu besar - cili giling
1 biji - bawang besar
5 ulas - bawang putih
1 inci - halia
1 inci - kunyit hidup
2 sudu kecil - belacan

Bahan2 Lain

2 batang - serai dititik/diketuk
5 helai - daun kesum
1 batang - bunga kantan
2 mangkuk besar - air asam jawa
1 kiub - ikan bilis knorr
garam dan gula secukup rasa

Cara2

1.Tumis semua bahan kisar diatas bersama serai yg dah dititik atau diketuk

2.Tumis sehingga naik bau kemudian masukkan 1 mangkuk air asam jawa

3.Masukkan ikan kemudian didihkan sebentar

4.Masukkan lagi semangkuk air asam jawa lagi

5.Perasakan dengan garam gula dan tambah kiub ikan bilis

6.Akhir sekali baru masukkan daun kesum dan bunga kantan

Tips Tambahan

-kalau nak kuah lebih boleh tambah air mengikut kesesuaian
-kalau nak masukkan sayuran seperti bendi atau terung...tumis dulu sebelum air asam dan ikan dimasukkan
-tumis sehingga pecah minyak dan rempah garing sedikit untuk lebih aroma


~ ikan jepun yg telah dimasak style asam pedas....rasanya cam ikan jer.....tak rasa sushi pun....tapi aku suka ikan ni sebab tulangnya tak banyak....budak2 pun sesuai makan ikan ni....~

Untuk lebih sedap dan lazat sehingga menjilat pinggan.....masa makan tuang sikit kicap kipas udang yg lemak manis dan timun jepun....nak lebih sedap lagi....goreng ikan masin gelama jeruk atau ikan tenggiri jeruk atau ikan pekasam.....perghhhhhhh syedapppp tak henggat wa cakap lu.....hehehehe

Biasanya kalau aku masak asam pedas ni....nasi mesti kena masak lebih sebab ramai yg makan dan ramai jugak yg bertambah....kenapa aku suruh makan dengan kicap...sebabnya kicap tu boleh menghilangkan sedikit rasa pedas....memang ada anak2 buah aku yg tak makan pedas....tapi bila aku ajar kalau makan asam pedas kena letak kicap...diorang dah tak rasa pedas lagi siap bertambah adalah.....hehehehe

Tak caya cuba test try buat.....Selamat Mencuba.....!!!!!