Asalamualaikum.....
Satu petang beberapa hari selepas aku menguli tepung pulut untuk buat tempahan Kuih Koci...aku rasa aku nak buat kuih lain yang guna tepung pulut jugak.....sekali aku teringat kuih yg ada bijan2 atasnya....biasa panggil Kuih Bom...rupanya ada jugak yang panggil Kuih Onde2.....hurmmmm yang mana nama kuih yg asli sebenarnya aku pun tak tahu.....
Kebetulan jugak dalam esbok aku ada baki inti kacang hijau...baki masa buat Kuih Kasturi...mak aku yg buat intinya...sedap gilerrrr dowhhh....intinya aku ratah gitu jer pun sedappp....ehehehehe
Aku buat satu adunan jer...itu pun aku kepal besar2....lebih 20 biji....kalau kecik2 lagilah banyak aku rasa...
Petang tu buat petang tu jugak habis....alhamdulillah....buat makan adik beradik jer pun.....
Kalau ikut resepi asal....kena campur tepung beras...tapi aku tertarik dengan satu komen kat resepi tu yg katanya boleh gantikan tepung beras dengan tepung gandum....menggantikan tepung juga boleh mengurangkan rasa takut waktu menggoreng kuih tu bertukar menjadi bom....
Hasilnya memang betul...setelah aku ganti bahan resepi asal yang guna tepung beras kepada tepung gandum...pertama kuih tak meletop bila digoreng seperti kebanyakkan komen yg aku baca....kuih jugak lembut walau dah sejuk....
Aku rasa lepas ni kalau teringin nak makan kuih ni...aku akan gunakan resepi yg sama....
Jom salin resepi...nanti boleh buat.....tak lupa aku nak bagitahu yg sumber resepi ni aku ambik dari page Buku Resepi di Facebook
Nama Resepi : Kuih Bom Onde2
Sumber :- Buku Resepi Facebook
Bahan2
3 cawan - tepung pulut
1 cawan - tepung gandum
2 sudu besar - gula
1 1/2 cawan - air
secukupnya - inti kacang hijau
secukupnya - bijan
secukupnya - minyak masak
Cara2
1. Satukan semua tepung dan gula , gaul sebati dengan tangan .
2. Campurkan air dan uli sehingga adunan sebati menjadi doh
3. Ambil sedikit minyak dan ratakan pada tapak tangan .
4. Ambil doh...leperkan pada tapak tangan yang dah berminyak...sudukan inti letak ditengah doh dan tutup doh dengan kemas .
5. Golekkan doh yg dah berinti dengan bijan .
6. Buat sehingga habis adunan , goreng dengan minyak penuh dengan api sederhana besar.
7. Siap dihidangkan untuk minum petang .
Tips Tambahan
-boleh cuba ganti inti manis dengan pedas seperti sardin atau tuna
Selamat Mencuba