Memaparkan catatan dengan label ayam goreng. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam goreng. Papar semua catatan

Rabu, Jun 19, 2013

Resepi Rahsia Ayam Goreng Pasar Malam Telah Terbongkar

3 23-->> Orang Juri Komen
Asslamualaikum kawan2 semua...

Apa kabar semua...harap sihat sejahtera dan pastikan perut dah full tank....takut korang gi cari ayam memalam buta ni semata nak buat resepi terhebat di alaf ini plakkk...hohohoho

Takderlahh...aku acah jer....banyak lagi resepi yg hebat2 kat luar sana.....aku cuma nak kasi gempak sikit jer tapi seriusnya kalau tergempak banyak apo salah ehhhh.....kan kan kan

Resepi ni resepi tak sengaja...resepi xsiden takder insuran....sebab masa tu aku masak sup ayam...takkan sup jer kan...mestilah nak ada ayam2 goreng sikit...tapi takkan nak goreng ngan gram dan kunyit jer kannn....dah biasa sangat dah tu.....nak letak tepung kfc takder plak....nak letak tepung gandum ngan tepung beras pun dah biasa sangat....tetiba aku nampak tepung rangup goreng pisang.....ehh bolehlahhh guna walaupun aku bukan nak goreng pisang tapi nak goreng ayam....

Tapi aku tak nak letak kunyit macam biasa goreng ayam...biarkan natural jerrr.....pas aku campur itu ini...haaaaaa....rasa macam ayam goreng yg baru aku makan kat pasar malam jer....tak ubah dari segi rasanya dan teksturnya sekali.....seriusnya aku tak perna bodek resepi kat org jual ayam goreng kat pasar malam tu tauuuu...kalau mintak pun belum tentu dapat atau dia nak bagi sebab takut terjejas plak periuk nasi karen dia....ehehehe ---> agaknyalah...aku tuduh secara rambang jerrr...bukan secara pukal.....

Inchik dd pun kata...." sedap...memang ada rasa macam ayam goreng pasar malam...." huhuhuhu...sila kembangkan hidung sendiri secara melampau bila dipuji.....

Jadi tanpa buat korang stress hingga nak ke pasar malam...sila semak bahan2nya dahulu....kalau ada buatlah sekarang...kalau takder korang buatlah jugak tapi lepas dah beli bahan2nya dulu....okayyy



Nama Resepi :- Ayam Goreng Ala Pasar Malam

Bahan2

Ketulan Ayam - dipotong ikut sesuai
*3 sudu besar - tepung beras
*5 sudu besar - tepung rangup --> Rujuk Glosari
Garam - secukupnya

---> bahan bertanda ( * ) boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kuantiti ayam yg nak digoreng

Cara2nya

1.Ayam yang dah dibersihkan ditos sedikit airnya

2.Taburkan dan lumurkan tepung beras ,tepung rangup dan garam keatas ayam untuk salutan/coating yg pertama dengan rata.

3.Sediakan tepung rangup sahaja untuk salutan/coating yg kedua...

4.Panaskan minyak yang banyak...coating sekali lagi ayam kedalam tepung rangup sahaja...pastikan salutan rata....goreng ayam sehingga bewarna perang atau sehingga ayam masak dengan api sederhana kuat.

Tips Tambahan

-tambahkan sedikit lada hitam atau oregano atau apa saja bahan herba mengikut pilihan serta citarasa sendiri kedalam tepung untuk salutan yg pertama atau kedua...





Selasa, September 25, 2012

Ayam Goreng Halia Yanggon Style

0 23-->> Orang Juri Komen

Assalamualaikum....

Aku harap ini adalah entry resepi yg pertama aku post untuk beberapa bulan ni yg memang sebenarnya dah lama giler aku tak post...aku betul² tak sempat....bizi manjang walau duk umah sajer... Banyak benda baru masuk dalam kepala....jadi banyak'lah plak idea dan rasa nak xplore bebenda baru ni....tapi hal² yg camtu aku tak citer kat blog ni...kat blog lagi satu yer....hihihi....blog ni harus ceria gumbira bersama resepi² pilihan....hahahaha

Oklahhhh....tanpa membuang masa yg ada....jom kita tengok resepi...Opsssss.....lupa plak nak habaq....resepi ni aku dapat dari seorang kawan....kawan lelaki yg dah berkhawin....kawan aku ni jawa tapi isteri dia yanggon mari....menurut kawan lelaki aku ni...resepi ni mak mertua dia yg bagi....so ini bukanlah resepi aku... Aku belum pernah jejak yanggon atau luar negara mana² lagi.....tapi resepi ni aku ada tokok tambah seperti biasa...originalnya takder ketumbar dan lada hitam...itu saja....hehehe

Nama Resepi :- Ayam Goreng Halia Yanggon Style
Sumber Resepi :- Mak Mertua Kawan
Tukang Masak dan Ubah Resepi :- Aku

Bahan²

10 ketul - ayam
*3 batang - serai --> dihiris halus
*1 biji - bawang besar --> dihiris halus
*3 ulas - bawang putih --> dihiris halus
*1 sudu besar - jintan manis
*1 sudu besar - jintan putih
*1 sudu besar - ketumbar
*1 sudu kecik - lada hitam
Serbuk kunyit --> secukupnya
Garam --> secukupnya

Cara²nya

1.Kisar semua bahan bertanda ( * )

2.Lumurkan pada ayam yg dah siap bersih bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya.

3.Perap ayam selama 2 jam dalam peti ais dingin kalau mengikut resepi yg asal.Oleh kerana aku nak cepat...makanya aku perap dalam peti ais bahagian beku selama 15minit ke 20 minit...make sure jangan sampai beku sudah.

4.Keluarkan dari peti ais terus goreng dalam minyak yg sederhana panas dan sederhana apinya...kalau api kuat sangat takut rempah jadi "geseng" isi pulak tak masak.Masa memasak juga kalo boleh tutup kuali dengan tutup periuk untuk jadikan ayam cepat masak dan lembut.

Selamat Mencuba...

Published with Blogger-droid v2.0.9