Asalamualaikum.....
Resepi ni aku tujukan khas buat kawan aku yang namanya tak ingin dirahsiakan iaitu +nurul nadia.....harap dia baca sambil tersengih-sengih...kikiki
Aku harap beliau akan rajin masak dengan publish'nya resepi ni.....aku berterima kasih pada beliau sebab beliau selalu sapot segala resepi aku dan blog aku yang tak seberapa nihhhh.....thank you beb......
Sambung balik pasal resepi.....
Aku suka masak padprik camni sebab mudah dan sedap....biasanya aku akan masak padprik bila masak tomyam....cam order kedai tomyam'lah...ada tomyam ada padprik....ehehehe
Tapi...sukacita aku nak bagitahu yang pes tomyam padprik ni aku buat sendiri tau....aku buat banyak2 pastu aku simpan dalam botol dan letak dalam esbok...bila nak guna cedok jer....tapi mana yg takder pes tomyam homemade boleh jer guna kiub tomyam Knorr atau seumpamanya....
Bahan2 ni semua takder sukatan tepat...korag boleh pelbagaikan mengikut citarasa tekak masing2....kalau nak pedas tambah cili padi atau masa nak tumis bawang korang boleh tumis sekali dengan sedikit cili boh....yang ni aku bagi bahan2 asas jer yer....cara yang sama boleh digunakan untuk buat padprik udang dan sotong atau campur...takder hal punya asal boleh....
Nama Resepi : Padprik Ayam
Bahan2
3 ketul - daging ayam , ambil isi dan hiris nipis atau ikut sesuai
4 sudu besar - pes tomyam ---> apa2 brand pun boleh
2 sudu besar - sos ikan
1 sudu besar - jus limau
2 sudu besar - kicap ABC
1 biji - bawang holland / bawang besar - potong bulat
3 ulas - bawang putih - diketuk
5 batang - cili padi - diketuk
2 batang - serai diketuk dan potong besar
1 batang - lobak merah potong panjang --> atau ikut suka nak bentuk macamana
3 batang - kacang panjang dipatahkan
4 helai - daun limau purut
Cara2nya
1. Tumis bawang holland , bawang putih , serai , cili padi sehingga naik bau
2. Tambahkan pes tomyam atau kiub tomyam
3. Masukkan hirisan ayam dan kacau sehingga isi ayam tadi sebati dengan tumisan
4. Masukkan lobak merah dan kacang panjang dan kacau seketika baru masukkan sos ikan , kicap ABC dan jus limau
5. Tambah sedikit air jika perlu dan sesuaikan garam juga gula secukup rasa
6. Tambah daun limau , gaul sebentar dan matikan api
7. Siap dihidang bersama nasi panas dan kuah Tomyam
Selamat mencuba....
nampak senang je resepi ni.bahan2 pun senang cari.tq sis kongsi resepi.
BalasPadamsama2 dan selamat mencuba
Padam