Showing posts with label Vitamin B6. Show all posts
Showing posts with label Vitamin B6. Show all posts

Monday, October 2, 2017

Collagen - Merangsang Kulit Yang Kelihatan Muda Dari Dalam Ke Luar



Kecantikan Sihat - Keremajaan Dari Dalam Ke Luar

Shaklee Collagen Powder menyediakan kepada anda 4000mg Kolagen Proprietari RSS - Red Snapper Scale (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.



Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6.

Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi.

Pek individu untuk pengambilan segera, bila-bila masa, di mana sahaja.*


Tahukah anda?

Kolagen bertindak seperti "gam" yang mengikat tubuh anda dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit.

Kolagen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik dan gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.*

Pengeluaran kolagen secara semulajadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah. Tingkatkan kolagen anda sekarang untuk kulit yang kelihatan lebih sihat!

#11000/15 pek/15 hidangan

Saranan penggunaan : Campurkan 1 pek sekali sehari bersama makanan atau minuman kegemaran anda

Kandungan nutrisi dalam Shaklee Collagen Powder


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, July 3, 2017

B-Complex - Lengkap Dengan Kesemua Lapan Vitamin B



Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*

Setiap jenis Vitamin B memainkan fungsi yang berlainan pada tubuh


Shaklee B-Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.

Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

MAL 12035068NCZ
#10164/120 kapsul/120 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 tablet sehari selepas makan

Kandungan nutrisi Shaklee B-Complex


Keistimewaan Shaklee

Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten

Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.


KKLIU 0610/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, November 30, 2015

Kepentingan, Kelebihan Dan Fungsi Vitamin Dan Mineral Kepada Manusia



Soal Jawab Kepentingan Beberapa Jenis Vitamin dan Mineral Kepada Tubuh Badan Kita

S1 : Vitamin apakah membantu kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem pernafasan, sistem imun dan rambut yang sihat?

J : Vitamin A

S2: Vitamin apakah yang memperkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis?

J : Vitamin D

S3 : Vitamin apakah berfungsi sebagai anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar aliran darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, artritis, baik untuk sistem pembiakan lelaki dan mengurangkan kesan parut?

J : Vitamin E

S4 : Vitamin apakah berfungsi sebagai anti-oksida, melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mencepatkan penyempuhan luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah?

J : Vitamin C

S5 : Vitamin apakah membantu kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit?

J : Asid Folik atau Vitamin B9

S6 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, bantu masalah keresahan, mabuk laut/darat dan mengurangkan petanda herpes zoster atau kayap?

J : Vitamin B1

S7 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, mulut dan kekejangan?

J : Vitamin B2

S8 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, mengurangkan kolesterol dalam darah, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus?

J : Vitamin B3

S9 : Vitamin apakah membantu metabolisma protein, membaiki otot, senggugut, berfungsi sebagai penenang, membekalkan tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis (jangkitan lidah), dermatitis (jangkitan kulit), kekejangan, kebas dan anemia?

J : Vitamin B6

S10 : Vitamin apakah membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu selera makan, bantu tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan , keresahan, kencing manis dan rabun?

J : Vitamin B12

S11 : Vitamin apakah membantu b-complex berfungsi lebih berkesan, mencegah rabun, mencegah rambut beruban dan gugur, cegah kencing manis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit?

J  : Biotin atau Vitamin B7

S12 : Vitamin apakah membantu meredakan tekanan, mempunyai kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, artritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan dan mencepatkan penyempuhan luka?

J  : Vitamin B5

S13 : Mineral apakah yang membantu memperkasakan tulang dan gigi, mencegah darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, imsonia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut?

J  : Kalsium

S14 : Mineral apakah yang meningkatkan kepadatan tulang, mencegah kencing manis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat artritis dan mencegah anoreksia?

J : Fosforus

S15 : Mineral apakah baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen dan otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal dan mengawal berat badan?

J : Iodin

S16 : Mineral apakah membantu membentuk hemoglobin, meredakan kesakitan akibat penyakit PMS, senggugut, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anemia?

J  : Zat Besi (Iron)

S17 : Mineral apakah membantu kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sebagai penenang semulajadi, mencegah tekanan, kencing manis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman?

J : Magnesium

S18 : Mineral apakah membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah kebengkakan?

J : Tembaga (Copper)

S19 : Mineral apakah yang memperkasa sistem imun, mencepatkan penyembuhan luka, membantu keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau dan ketajaman minda?

J : Zink


Nampaknya kesemua 12 Vitamin dan 7 Garam Galian atau Minerals yang disebutkan di atas mempunyai 1001 manfaat dan sangat penting kepada tubuh badan kita. Gabungan Vitamin dan Mineral ini dipanggil Multivitamin dan perlulah mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Recommended Dietary Allowance (RDA).

Kami mencadangkan agar anda mencuba Shaklee Vita-Lea yang mengandungi khasiat 30 nutrisi lengkap diekstrak daripada buah dan sayur, 12 vitamin dan 7 mineral penting dan diformulasikan secara seimbang. Multivitamin pertama di dunia telah dicipta oleh Dr Shaklee pada tahun 1915. Ini bermakna Shaklee Vita-Lea telah berusia 100 tahun sejak penciptaannya.



Tablet Vita-Lea juga telah disalut dengan nutrisi spirulina menggunakan teknologi kompleks "Explo-tab". Tablet Vita-Lea juga adalah multivitamin paling pantas di dunia larut dalam air dan tubuh badan manusia.



Vitamin Dan Mineral Untuk Kanak-Kanak

Multivitamin untuk kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya. Vita-Lea untuk kanak-kanak adalah boleh kunyah, tidak mengandungi perasa, pewarna dan pengawet tambahan. Mengandungi pemanis semulajadi iaitu Xylitol yang membantu melindungi gigi dari kaviti.




Kami sangat menyarankan agar anda memberikan Vita-Lea kanak-kanak ini, jika anak anda kurang selera makan atau cerewet makan, suka makan junk food, mudah demam, selesam, batuk atau diserang penyakit (sistem imun lemah), kurang minum susu dan tidak suka makan sayur.




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


Tuesday, November 3, 2015

Kemurungan Dan Gangguan Emosi - Tanda-tanda Kekurangan Vitamin B6



Ya, betul tu... kita masih lagi memperkatakan kebaikan Vitamin B kepada kita sekeluarga. Vitamin B juga mempunyai pecahan-pecahannya dan masing-masing menjalankan fungsi dan peranan masing-masing dalam tubuh badan manusia. Kekurangan Vitamin B boleh mengundang kepada pelbagai jenis penyakit.

Kemurungan adalah tanda-tanda kekurangan Vitamin B6

Kekurangan Vitamin B6 boleh menyebabkan anemia (kurang darah merah) dan juga penyakit kulit seperti ruam dan rekahan di bahagian mulut. Kekurangan Vitamin B6 juga boleh menyebabkan kemurungan, kekeliruan dan juga mudah mendapat jangkitan penyakit.

Baca : Kurang Darah atau Anemia - Semua Kerja Tak Boleh Buat


Jadi, tidak hairanlah jika ada orang yang menyuruh kita untuk makan B-Complex jika kita dalam keadaan terlalu tertekan ataupun terlalu sedih sehingga menyebabkan kemurungan. Kemurungan tidak menguntungkan mana-mana pihak pun sebaliknya ia akan menyusahkan mereka di sekeliling kita.

Jenis-Jenis Neurotransmitter


Dari segi saintifik, kemurungan berlaku apabila neurotransmitter dalam Sistem Saraf kita menjadi tidak stabil. Neurotransmitter ialah unsur kimia yang mengawal mood seseorang dan membantu kita untuk fokus terhadap sesuatu kerja. Vitamin B sangat membantu untuk mencegah tekanan.

Baca : Neurotransmitter dan Sistem Saraf Manusia


Vitamin B6 juga dikenai sebagai pyridoxine membantu tubuh menukarkan makanan kepada tenaga dan juga membantu melawan jangkitan. Ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak memerlukan Vitamin B6 untuk membantu otak anak mereka berkembang dengan normal.

Sumber Vitamin B6 boleh diperolehi daripada ikan, sumber ayam, hati, kentang dan buah-buahan bukan sitrus seperti epal, pear, tembikai dan resberi.

Sumber makanan yang mengandungi pyridoxine (Vitamin B6)


Sering terjadi apabila kita dah mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat tetapi masih lagi terdapat tanda-tanda kekurangan Vitamin B khususnya Vitamin B6 dalam tubuh kita. Kulit semakin kering, merekah dan gatal-gatal. Dari segi emosi juga kita agak terganggu, kerap keliru dan mudah tertekan.

Di peringkat ini adalah sangat disarankan agar kita mengambil suplemen B-Complex yang terbaik di pasaran dimana kandungannya menepati garis panduan yang ditetapkan oleh RDA.

Bertindak bijaklah ketika memilih B-Complex terbaik!

Kandungan B-Complex Shaklee menepati garis panduan RDA

Apa kata mereka?



Dapatkan B-Complex terbaik yang mengandungi Vitamin B6 daripada kami sekarang!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my



Monday, December 8, 2014

Vitamin Larut Air - Vitamin B dan Vitamin C



Vitamin ialah sejenis Mikronutrien selain daripada garam galian (Minerals). Terdapat 2 sifat utama Vitamin iaitu samada laut air atau larut lemak. Vitamin B dan C adalah larut air dimana buah pinggang akan membuang lebihan pengambilannya. Justeru bekalan kandungan Vitamin B dan C haruslah berterusan.



Vitamin B

Jenis-jenis Vitamin B ialah B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Asid Folik) dan B12 (Cobalamine). Sebab itu, B-Complex yang baik ialah B-Complex yang mengandungi kesemua kandungan Vitamin B yang dinyatakan.




Pada kebiasaannya kekurangan Vitamin B boleh dilihat pada lidah seseorang seperti berikut :-

- beralur dan merekah
- sakit lidah (mata ikan)
- lidah besar dan bengkak
- tunas lidah berubah saiz, warna dan bentuk permukaannya
- lidah geografi
- salutan lidah tebal

Permukaan lidah berbentuk geografi


Kekurangan Vitamin B

Vitamin B1 (Thiamin) - menyebabkan sakit beriberi, gejala susut berat badan dan gangguan emosi

Vitamin B2 (Riboflavin) - bibir merekah, sensitif pada cahaya matahari, keradangan pada lidah

Vitamin B3 (Niacin) - menyebabkan Pellagra aggression, dermatitis, insomnia, lemah-lemah, kekeliruan mental dan cirit birit

Vitamin B5 (Panthothenic Acid) - menyebabkan jerawat

Vitamin B6 (Pyridoxine) - menyebabkan anemia, kemurungan, dermatitis dan tekanan darah tinggi

Vitamin B7 (Biotin) - pertumbuhan terjejas dan gangguan saraf pada anak

Vitamin B9 (Asid Folik) - kecacatan otak dan saraf tunjang kepada bayi yang baru lahir

Vitamin B12 (Cyanocobalamin) - macrocytic anemia, elevated homocysteine, peripheral neuropathy, hilang ingatan dan kekurangan kognitif yang lain
Fungsi Utama Vitamin B

1) meningkatkan pengeluaran tenaga

2) membantu kepada pengurusan tekanan dan kemurungan

3) membantu menghalang anemia (kurang sel darah merah)

4) meningkatkan fungsi saraf, menghalang kecacatan tiub neural dan komplikasi diabetes

5) kesihatan kulit, rambut, kuku dan nada otot

6) pengurusan paras homocysteine yang normal dan menyokong sistem kardiovaskular

Vitamin C

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik



Fungsi Utama Vitamin C

1) Meningkatkan imunisasi gejala selsema, mengurangkan tempoh demam

2) mempercepatkan penyembuhan luka

3) membina kolagen

4) Antioksida yang tinggi, anti penuaan



Kekurangan Vitamin C

Penyakit Skurvi - meningkatkan anemia, kelesuan, kepenatan, bengkak pada sesetengah bahagian di badan dan kadang-kadang ulser pada gusi dan menyebabkan kehilangan gigi.




Dapatkan Vitamin C dengan harga promosi hanya pada Disember 2014!


Vitamin B dan C daripada sumber asal seperti daripada makanan seharian mudah hilang khasiatnya ketika penyediaan makanan. Contohnya, kandungan Vitamin C pada buah amat tinggi semasa dipetik dan semakin hilang khasiat vitamin C apabila ranumnya semakin hilang.


Kesimpulannya pengambilan Vitamin B dan C harus diambil dengan kerap untuk menggantikan kehilangannya setiap hari kerana ia tidak disimpan dalam tubuh badan.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...