Showing posts with label Piala Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Piala Malaysia. Show all posts

Friday, November 6, 2015

Suku Akhir Piala Malaysia 2015 : Mampukah Pahang Bertahan?



Semalam tamat game antara Perak dan JDT dimana kemenangan di pihak JDT dengan jaringan 2-1. Ini bermakna satu lagi slot ke suku akhir hanya akan ditentukan pada 21.11.2015 nanti iaitu antara Sarawak atau ATM. Pada 21.11.2015, Sarawak akan menentang JDT di Johor Bharu manakala ATM akan menantu kunjungan Perak di Seremban.

Pada edisi yang lepas, Pahang telah muncul juara dengan menewaskan JDT 5-3 menerusi penentuan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2. Piala Malaysia adalah piala yang berprestij di Malaysia, namun juara kejohanan ini tiada tempat dalam kejohanan di peringkat Asia seperti Liga Juara-Juara Asia ataupun Piala AFC

Pahang - Juara Piala Malaysia 2014

Kalau ikut jadual asal, suku akhir Piala Malaysia akan start 23.10.2015, tapi banyak sangat game yang postpone disebabkan oleh masalah jerebu teruk di Malaysia. Bila dah reschedule, suku akhir pertama dijadualkan pada 24.11.2015 dan suku akhir kedua pada 28.11.2015. Jadi, pasukan yang dah layak ke suku akhir ialah Selangor, JDT, Pahang, Lions XII, Kedah, Felda United dan PKNS.


Selangor

Persembahan gergasi merah kuning ni tak berapa konsisten dalam Piala Malaysia dan menghadapi kesukaran untuk menjinakkan Felda United. Namun, Selangor ialah pasukan pertama yang melayakkan diri ke suku akhir

Kelincahan Andik Vermansyah masih lagi ditagih Selangor

Selangor akan berdepan dengan cabaran Sarawak atau ATM pada saingan suku akhir


JDT

Baru saje dinobatkan sebagai juara Piala AFC 2015, JDT sudah pasti ingin mengekalkan rentak cemerlang mereka musim ini. Di bawah kendalian Mario Gomez, JDT nampak lebih kukuh dan tersusun hampir di setiap bahagian khususnya bahagian pertahanan

S. Chanturu ialah penjaring terbanyak JDT dalam kempen Piala Malaysia setakat ini

JDT akan menentang Felda United pada perlawanan suku akhir


Pahang

Pencapaian juara bertahan Piala Malaysia ni juga tidak konsisten dengan menyaksikan bahagian pertahanan mereka yang semakin goyah.

Alex banyak menyumbang kepada gol Pahang dalam kempen Piala Malaysia

Pahang akan bertemu Lions XII pada saingan suku akhir


Lions XII

Juara Piala FA ni tidak cemerlang dalam Liga Super tapi ingin memastikan mereka membuat kejutan seterusnya dalam Piala Malaysia

Safuwan Baharudin ketika beraksi dengan Melbourne City FC

Lions XII akan berdepan dengan juara bertahan Pahang di suku akhir


Kedah

Juara Liga Perdana 2015 ini pernah beraksi sehingga ke separuh akhir pada musim lepas sebelum ditewaskan Pahang. Tonggak import baru mereka adalah penyebab utama kebangkitan semula Kedah.

Tonggak import baru Kedah Liridon Krasniqi (No. 49) dan Sandro Mendonca (No. 50)

Kali ini Kedah akan bertemu rakan mereka di Liga Perdana iaitu PKNS


Felda United

Felda United beraksi sehingga ke separuh akhir Piala Malaysia musim lepas sebelum tewas kepada JDT. Penyerang baru, Thiago Augusto juga dilihat tidak bermasalah menggantikan Edward Junior Wilson yang telah berhijrah ke BEC Tero Sasana (Thailand).

Ndumba Makeche ketika beraksi dengan Perth Glory

Kali ini mereka bertemu dengan JDT di peringkat suku akhir


PKNS

Tidak ramai menjangkakan pasukan dari Liga Perdana ini boleh mara sejauh ini. Malah PKNS ialah juara kumpulan mengatasi Pahang

Tonggak serangan import PKNS, Patrick Ronaldinho (kiri) dan Gabriel Guerra (kanan)

PKNS akan bertemu dengan rakan Liga Perdana mereka iaitu Kedah di suku akhir


Sarawak/ATM

Laluan Sarawak lebih getir kerana akan bertemu JDT di Johor Bharu dalam perlawanan terakhir kumpulan. Sarawak perlu mengharapkan ihsan Perak untuk menghalang ATM daripada mendapatkan sebarang mata bagi membolehkan Sarawak layak ke suku akhir.

Salah satu daripada kedua-dua pasukan ini akan bertemu Selangor pada peringkat suku akhir



Monday, October 27, 2014

Pengalaman Menonton Perlawanan Bola Sepak Di Stadium



Selepas tiupan wisel panjang di Stadium Larkin malam 25.10.2014 yang lalu, bermakna secara rasminya perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 adalah pertembungan di antara juara bertahan Pahang dan juga pasukan berstatus pilihan iaitu JDT yang dijadualkan berlangsung pada 1.11.2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Kedua-dua pasukan ini berpotensi untuk mendapatkan kejuaraan berganda tahun ini apabila Pahang telahpun menggondol Piala FA manakala JDT telah menjadi juara Liga Super. Pahang juga telah bangkit di saat-saat akhir semasa suku akhir apabila menewaskan PDRM manakala JDT pula mendapat tentangan sengit daripada Felda United di peringkat separuh akhir.


Persoalannya nanti nak tengok final melalui kaca TV saja ataupun ke stadium? Pastinya perlawanan akhir ini dijangkakan sengit dengan corak permainan pantas dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Kalau nak selesa duduk kat rumah tengok TV... kalau nak rasakan aura dan semangat pentas akhir lebih baik ke stadium.


Aku bukannya kaki stadium... seingat aku boleh dikira dengan jarilah berapa kali je aku jejakkan kaki ke stadium :-

Tahun 2001 - Final Piala FA Selangor 1 Sarawak 0

Dapat tiket percuma untuk menyokong Sarawak daripada Yayasan Sarawak. Takde kena mengena pun dengan orang Sarawak tapi ada seorang senior universiti ni bagi tiket lebih.

Tahun 2001-2003 - Selangor 6 Johor FC 1

Tak ingat sebenarnya tahun bila. Masa ni Johor FC baru tengah nak naik. Excited nak tengok persembahan sebenar pasukan Johor FC masa tu. Tengok-tengok kena belasah dengan Selangor daa....

Tahun 2010 - Piala Malaysia peringkat kumpulan Sabah 2 Terengganu 2

Kalau tak silap masa tu cuti raya. Saja isi masa terluang pergi stadium Likas dengan family isteri. Misi hidup mati Sabah... kena menang juga untuk layak peringkat kalah mati. Sabah lead 2-0... pastu Terengganu kejar sampai jadi 2-2. Jadi Sabah tak layak ke peringkat seterusnya.

Tahun 2013 - Liga Super Selangor 4 JDT 1

Pergi stadium Shah Alam dengan adik beradik dan anak... Excited nak tengok Daniel Guiza main.... Masa ni JDT baru tengah nak naik.... tapi masih mencari rentak lagi.... Sekali kena belasah dengan Selangor daaa....



Tahun 2013 - Final Piala FA Kelantan 1 JDT 0

Sekali lagi pergi stadium... kali ni kat Bukit Jalil... pergi dengan geng-geng sekolah menengah. Pengalaman ngeri.... penonton melimpah ruah.... lambat masuk stadium.... berdiri sepanjang 90 minit game berlangsung.


Mujur dapat beli tiket

Mamat dari kumpulan Sepah dikesan


LRT dah jadi macam sardin

Suka dan duka perlawanan akhir

Sentiasa positif.... gembira walaupun kalah!


Setakat ni bila pergi stadium memang pasukan yang disokong kalah ataupun tak pernah menang.... Sebab tu agaknya tak excited nak pergi stadium selalu... hehe... Masa tu terfikir kenapalah tak tengok bola kat rumah jer... HD lagi.... Apa-apa pun pengalaman tetap pengalaman.


Semoga pasukan yang terbaik akan menggondol kejuaraan Piala Malaysia 2014. Menang kalah adat pertandingan. Kepada pasukan yang kalah harap boleh menerima kekalahan. Jangan ada apa-apa unsur provokasi yang sama sekali  tidak membina mutu dan kualiti bolasepak kita. Jauhi ketaksuban terhadap apa-apa perkara termasuklah ketaksuban kepada pasukan kesayangan masing-masing. Ketaksuban akan mendorong anda untuk membesarkan perkara-perkara yang kecil dan remeh temeh.


Jadi, samada nak pergi stadium ataupun tidak pada 1.11.2014 nanti... masih lagi menjadi persoalan. Kalau pergi pun... nak pergi dengan geng-geng sekolah ke ataupun adik beradik pun masih lagi menjadi persoalan. Tunggu dan lihat sajalah......





Wednesday, September 3, 2014

Piala Malaysia 2014 : Suku Akhir Menjelang, Juara Terbayang?



Beberapa minit sebentar tadi wisel panjang ditiupkan menandakan berakhirnya pusingan pertama Piala Malaysia iaitu peringkat kumpulan dimana pelbagai analisa boleh dibuat pada peringkat ini :-



* Milik siapakah Piala Malaysia tahun 2014? * 


1. Hanya JDT (Juara Liga Super) dan PDRM (Juara Liga Perdana) sahaja yang mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat kumpulan

2. Hanya JDT sahaja pasukan dari Liga Super yang menjadi juara peringkat kumpulan manakala juara kumpulan lain iaitu PDRM, Felda United dan Kedah semuanya adalah pasukan dari Liga Perdana

3. Kedah memintas Perak di saat-saat akhir dengan kemenangan 2-0 untuk layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.

4. Antara punca kebangkitan pasukan Kedah ialah perlantikan Tan Cheng Hoe iaitu bekas pembantu K Rajagopal sebagai ketua jurulatih Kedah menggantikan David Mitchell yang direhatkan

5. Walaupun Dollah Salleh telah meninggalkan PDRM kerana dilantik sebagai ketua jurulatih Malaysia, namun PDRM masih mampu mengekalkan rentak kejuaraan mereka di bawah kendalian bekas pemain kebangsaan seperti Azman Adnan dan Mubin Mokhtar

6. Persembahan konsisten PDRM musim ini antara lain adalah disebabkan oleh pemain mereka seperti penyerang kelahiran Sabah Bobby Gonzalez, pemain import Chad Souza dan juga Ali Ashfaq dari Maldives yang pernah dilabelkan sebagai penyerang paling digeruni peringkat Asia

7. Tidak seperti dalam Liga Super dan Piala FA, pasukan seperti Pahang, Terengganu dan Selangor dilihat tidak berapa konsisten di peringkat Piala Malaysia namun masih berjaya layak ke peringkat suku akhir

8. Kelantan juga berjaya mengiringi JDT untuk layak ke peringkat suku akhir

9. Aksi JDT tampak semakin konsisten dan memberangsangkan setelah menyingkirkan jurulatih Cesar Jiminez, Pablo Aimar dan Baihakki Khaizan dan digantikan dengan Bojan Hodak, Jorge Pereyra Diaz dan Marcos Antonio di pertengahan musim Liga Super.

10. Peringkat suku akhir hanya akan bermula pada bulan Oktober 2014 dimana Felda United akan menanti kunjungan Selangor, JDT akan bertemu Terengganu, Kedah akan menanti Kelantan dan PDRM akan bertemu Pahang.



* Road to final 2014 * 


Walau apa pun, analisa masih lagi dikira sebagai analisa. Persembahan di atas padang sepatutnya ditonjolkan untuk betul-betul bergelar juara. Pasukan seperti JDT, Pahang dan PDRM mampu bergelar juara berganda tahun ini. Manakala pasukan-pasukan lain sudah tentu tidak mahu meninggalkan tahun 2014 ini dengan tangan yang kosong.



Ayuh JDT!
Luaskan kuasamu....




Thursday, July 3, 2014

Gerbang Piala Malaysia 2014

Sedar tidak sedar bahang Piala Malaysia semakin menghampiri apabila undian kumpulan akan diadakan pada 13 Julai 2014 nanti. 10 pasukan dari Liga Super, 4 pasukan dari Liga Perdana telah mendapat slot automatik ke Piala Malaysia. Manakala 2 slot lagi telah ditentukan melalui perlawanan play-off. 


Pasukan yang berjaya melepasi peringkat play-off ialah T-Team apabila berjaya menundukkan Negeri Sembilan 1-0, manakala satu slot lagi diisi oleh JDT II yang telah menjinakkan PKNS 2-1.


*Pasukan yang bertanding di Piala Malaysia*

Pasukan di Pot A iaitu JDT, Selangor, Pahang dan Terengganu dijangka tidak akan diundi dalam satu kumpulan untuk merancakkan lagi saingan Piala Malaysia di peringkat kumpulan.


Apa-apa pun bukan undian yang akan menentukan siapa bergelar juara Piala Malaysia tahun 2014, tetapi prestasi sebenar mereka di atas padang bakal menceritakan segala-galanya. Terlalu awal untuk menjangka tapi di sinilah permulaannya.


Selamat maju jaya untuk JDT dan JDT II!



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...