Showing posts with label Adab. Show all posts
Showing posts with label Adab. Show all posts

Thursday, December 17, 2015

Etika Makan Dan Pemakanan Sunnah Cara Rasulullah s.a.w.



Makanan dan Pemakanan adalah perkara-perkara yang memberi sebab dan asbab untuk kita bertenaga supaya kita mampu beribadah kepada Allah swt. Ibadah yang dimaksudkan bukan Ibadah Khusus saja tetapi juga Ibadah Umum.

Tetapi adakah makanan dan pemakanan kita mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w? Atau adakah cara pemakanan yang kita amalkan selama ini adalah cara yang betul dan menyihatkan serta tidak memudaratkan tubuh badan kita?



Pada bulan Disember 2013 dalam satu forum perdana hal ehwal Islam di TV1 ada disentuh berkenaan isu pemakanan ini oleh beberapa orang ahli panel forum. Salah seorang ahli panel ialah Dr Zaharuddin Abd Rahman. Antara pengisian Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam forum tersebut ialah seperti berikut :-

Baru sudah berforum perdana ehwal Islam di TV 1 sebentar tadi. Antara pengisian saya. ANTARA ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH S.A.W.

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan.
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.
6. Tidak mengkritik makanan.
7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.
8. Tidak bersandar ketika makan.
9. Menjilat jari bagi mencari barakah.
10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.
11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.
12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.
13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.
14. Beli makanan dengan wang dan harta halal.
15. Makan dengan tangan kanan kecuali yang tidak mampu.

Makanan sunnah adalah yang memberi kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi. Jenama makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.

Menjual produk makanan dengan jampi adalah harus dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, cth air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

Boleh makan 'budu' jika ia menyihatkan..jangan makan berudu. 

Berdasarkan pengisian daripada Dr Zaharuddin Abd Rahman di atas, adalah jelas bahawa etika pemakanan dalam Islam adalah sangat luas dan tidak boleh disempitkan hanya dengan apa yang ada pada zaman Nabi semata-mata.

Begitu juga Dr Zaharuddin Abd Rahman menekankan etika jual beli makanan dalam Islam. Etika yang dimaksudkan juga menitikberatkan tentang keberkesanan sesuatu makanan kepada kesihatan dan kecergasan seperti yang didakwa serta tidak mengambil untung yang melampau dalam sesuatu jual beli.

Semoga sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan. Wallahu 'alam....


Friday, October 3, 2014

Adab Ziarah Orang Sakit



Nikmat kesihatan adalah suatu nikmat yang tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya. Sentiasalah bersyukur bukan saja ketika senang malahan juga ketika kita ditimpa musibah. Sebab itulah kita digalakkan untuk Ziarah Orang Sakit agar kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur. Namun begitu kita kena tahu juga Adab Ziarah Orang Sakit supaya kita tidak melampaui batas.




Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah).
Hendaklah tujuan melakukan ziarah itu ikhlas kerana Allah Ta‘ala dan dengan niat yang baik seperti kerana rasa kasih dan sayang, persaudaraan, tanggungjawab dan sebagainya, bukan disebabkan niat dan tujuan yang tidak baik, juga bersifat duniawi semata-mata seperti ingin merebut harta dan kemewahan.

1. Ketika berada disisinya, hendaklah kita sentuh dan pegang tangannya (sesama Muhrim) kemudian letakkan tangan di dahinya dan tanya tentang penyakit dan keadaannya sekarang.

2. Doa dan ceritakan tentang kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi dan juga orang beriman supaya pesakit itu tidak merasa resah gelisah terhadap kesakitan yang dialaminya. Menyampaikan ucapan yang baik, dapat menghiburkan hati si sakit dan menguatkan jiwanya. Contohnya beri ucapan: “Tidak apa-apa insyaAllah lekas sembuh.”

3. Berikanlah nasihat-nasihat yang baik serta ucapkan perkataan “Sabarlah sakit ini adalah salah satu ujian Allah dan cubaan semata-mata di atas ketakwaan seseorang terhadap Allah kerana sakit ini juga, seseorang memperolehi ganjaran pahala yang banyak”.

4. Jangan makan makanan yang dihadiahkan kepadanya atau makanan yang telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.

5. Sunat dibacakan doa untuknya yang bermaksud:
“Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)

6. Pendekkan waktu ziarah. Sebolehnya, kadang-kala si pesakit ingin tidur, atau ingin makan ubat dan tukar pakaian. (kecuali si sakit mengkehendaki sebaliknya)

7. Wanita boleh menziarahi lelaki. Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yang sakit demam panas

8. Boleh juga menziarahi orang bukan Islam. Dalil: alBukhari meriwayatkan dalam bab menjenguk orang musyrik.

Hukum menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita.

Hukum menziarahi kafir dzimmi yang sakit pula pada dasarnya adalah harus, namun disunatkan menziarahinya jika dia dari kalangan ahli terdekat atau jiran, atau kerana berharap supaya dia memeluk Islam.




Sama-samalah kita berkongsi dan menyebarkan segala amalan kebaikan untuk manfaat kita semua.





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...