Showing posts with label Lycopene. Show all posts
Showing posts with label Lycopene. Show all posts

Friday, November 3, 2017

CarotoMax - Membekalkan 6 Karotenoid Penting Daripada Ekstrak Pekat



Perlindungan Antioksidan - Melindungi sel-sel dari dalam

Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan, sayuran dan tumbuhan lain dengan mengasingkan dan menghasilkan pelbagai bentuk karotenoid semula jadi. Anda sukar memperolehi tahap ketulenan seperti ini hanya daripada makanan.



Purata pengambilan harian karotenoid, lutein, likopena dan beta karotena hanyalah 8mg - CarotoMax menyediakan lebih 13mg karotenoid yang sangat bermanfaat.*


Tahukah Anda?

Jika pemakanan anda tidak mengandungi banyak tomato, lobak merah, dan sayur-sayuran hijau, anda mungkin tidak mendapat nutrien utama yang diketahui dapat membantu melindungi tubuh.



Keistimewaan Shaklee

CarotoMax membekalkan enam karotenoid penting termasuk astaxantin, alfa dan beta karotena, likopena, lutein dan zeaxantin daripada ekstrak pekat.

Membekalkan lebih 13mg karotenoid dalam setiap hidangan. Ia melebihi 1.5x berbanding anggaran purata pengambilan harian.

MAL 11125035NC
#10113/30 kapsul/30 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan

Kandungan nutrisi dalam CarotoMax

* Produk-produk ini tidak bertujuan  untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0587/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Wednesday, October 22, 2014

Kepentingan Makan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Dengan Banyak Setiap Hari



Makan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran Setiap Hari adalah Cadangan Kelima Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia :-

1) Makan pelbagai jenis buah setiap hari

2) Makan pelbagai jenis sayur setiap hari

3) Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah dan sayur setiap hari


Source : fitnessandgrace.com

Pengambilan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran yang banyak setiap hari dalam diet pemakanan seharian mampu untuk mencegah pelbagai jenis penyakit seperti berikut:-


Sakit Jantung

Semakin banyak buah-buahan dan sayur-sayuran diambil dalam pemakanan kita, semakin kurangnya risiko kita untuk menghidapi penyakit jantung. Walaupun kesemua buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan sumbangan yang besar dalam faktor ini, namun begitu sayur-sayuran yang bewarna hijau dan buah-buahan sitrus adalah penyumbang utama kepada pencegahan penyakit jantung ini.

Individu yang mengambil 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan seharian mereka mempunyai kurang risiko menghidapi penyakit jantung dan strok sebanyak 20% berbanding individu yang mengambil kurang daripada 3 hidangan seharian.


Mencegah Penyakit Saluran Darah Dan Strok - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tekanan Darah

Tekanan Darah Tinggi adalah punca utama kepada penyakit jantung dan strok. Individu yang mengalami tekanan darah tinggi haruslah mengikuti program diet yang melibatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak, pengambilan produk tenusu yang kurang lemak dan juga pengurangan pengambilan sebarang jenis lemak.

Justeru, menghalang kolestrol LDL (kolestrol jahat) melalui pemakanan adalah penting untuk mencegah semua penyakit yang melibatkan kolestrol.


Bahan-bahan dan formula dalam Phytocol-ST (juga dikenali sebagai "cholesterol blocker") terbukti membantu penyerapan kolestrol dan menurunkan kolestrol LDL
Barah

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak setiap hari juga didapati boleh mencegah barah secara umumnya terutamanya sayur-sayuran yang tidak berkanji seperti salad dan sayuran hijau lain seperti brokoli, bok choy, kubis, bawang dan bawang putih.

Pengambilan tomato juga boleh mengurangkan risiko barah prostat kerana unsur lycopene yang terdapat dalam tomato boleh mengurangkan risiko barah prostat. Begitu juga dengan pengambilan buah-buahan lain yang mempunyai unsur lycopene yang tinggi seperti jambu batu, tembikai, betik dan limau gedang membantu mengurangkan risiko barah prostat.

Lycopene adalah sebahagian daripada karotena yang boleh menukarkannya menjadi Vitamin A dalam tubuh badan. Karotena juga didapati mampu untuk mencegah barah paru-paru, mulut dan tekak.


Kesihatan Penglihatan

Diet yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak secara umumnya akan mengurangkan risiko penyakit katarak (selaput mata) dan juga degenerasi makula (kerosakan retina). Karotena yang terdapat dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran ternyata adalah nutrisi penting dalam kesihatan mata.

Di Shaklee produk yang kaya dengan Lycopene ialah Carotomax, selain daripada lutein dan beta karotena. Selain daripada mencegah kanser dan juga menjaga kesihatan mata, Carotomax juga mampu memelihara kesihatan kulit secara semulajadi.


1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 714 hidangan apricots Lycopene


Beli CAROTOMAX sekarang!

Kesihatan Pencernaan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak akan mencegah penyakit melibatkan pencernaan seperti divertikulosis (pembentukan kantung kecil dalam usus besar) dan diverticulitis (keradangan yang menyakitkan daripada kantung ini).
Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Sunday, July 13, 2014

Carotomax - Petua Memelihara Kesihatan Penglihatan, Kesihatan Kulit dan Mencegah Kanser Secara Serentak!


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.



Ahli Nutrisi mencadangkan pengambilan 5 hingga 9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan kosentrasi beta karotena dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan  mencegah kanser. Justeru, Carotomax baru ini mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan sebagainaya.



Walaupun purata pengambilan karotenoid lutein, likopena dan beta karotena hanyalah 8 mg, Carotomax membekalkan lebih 13 mg (21,500IU) karotenaid berfaedah ini. Carotomax mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membran mukosa :-


# Alpha Carotene - Untuk penglihatan malam, mata sihat, menghalang degenerasi penglihatan (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 89 hidangan raspberries Alpha-Carotone).

# Beta Carotene - Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka. Mempertingkatkan sistem Imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 102 hidangan pisang Carotone).

# Lycopene - Bersifat anti oksidan, menghalang penuaan organ. Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan sistem Imun. Mengurangkan penyakit kelenjar prostat (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 714 hidangan apricots Lycopene).

# Astaxanthin - Pigmen dalam alga dan fitoplankton memberikan warna pink ikan salmon. Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber yang poten dan tulen. Melindungi kerosakkan oksidasi kolestrol LDL (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 113g hidangan salmon Astaxanthin).

# Lutein - Menyekat katarak, AMD (penyakit makular berkaitan umur) dan galukoma (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 285 hidangan pink grapefruits Lutein).

# Zeaxanthin - Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya. Mengurangkan risiko kanser payudara, ovari, endometrial dan serviks (1 hidangan Shaklee carotomax bersamaan dengan 285 hidangan pink grapefruits Zeaxanthin).









Warna kulit sebilangan kecil pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta karotena, walaubagaimanapun, ini bukan penyakit jaundis. Carotomax adalah warna semulajadi botanik. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi Vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (Bewarna kuning), sera detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.






Manfaat pengambilan Carotomax dalam kehidupan seharian anda tidak dapat dipertikaikan lagi :-

# Lebih Selamat Daripada Vitamin A - Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A. Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksitisi. Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.

# Mempertingkatkan Penglihatan - Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap. Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xeropthalmia (mata kering), kelesuan mata, galucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.

# Meredakan Penyakit Kulit - Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Pengunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.

# Melindungi Epithelial - Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

# Melawan Kanser dan Oksidasi - Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem Imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukkan sel-sel kanser. Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

# Menghalang Infeksi - Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru : batuk, hepatitis, athma, flu dan selesema.

# Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat - Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi, juga penghasilan sperma yang sihat.


Adalah jelas selain daripada memelihara dan menjaga mata, memelihara kulit, Carotomax juga mampu untuk melawan unsur-unsur kanser. Petua penjagaan kulit juga boleh didapati dalam ENTRI terdahulu sebelum ini. Justeru, dapatkan segera Carotomax dan nikmati khasiat sebenarnya!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...