Showing posts with label Maggi Belut Bukit Marak. Show all posts
Showing posts with label Maggi Belut Bukit Marak. Show all posts

Thursday, December 29, 2016

Road Trip 2016 - Kembara Trans Banjaran Titiwangsa (Part 2)



Day 4 - 16 Disember 2016

SELAMAT PAGI KUALA TERENGGANU!

Lepas subuh pergi ke kawasan jeti... bersiap sedia nak ambil gambar matahari terbit di Kuala Terengganu. Masa ni awan tebal pulak dan tak nampak matahari. Tapi dapat jugak ambil gambar pemandangan yang lain sekejap sebelum masuk dalam kereta sebab dah mula hujan.

Pagi ni rancang nak mencuba makanan tempatan. Pusing punya pusing kat sekitar Pulau Duyong... Alhamdulillah jumpa jugak tempat jual makanan pagi. Memang puas hati makan sini... murah dan sedap! Antara makanan tempatan yang dicuba ialah nasi minyak daging, nasi kuning, nasi dagang, nasi kerabu dan kuih muih yang lain.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Terengganu

Makang pagi...

Plan hari ini nak pergi kat kawasan Pulau Wan Man yang ada Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Lepas tu nak melawat muzium dan mana-mana lagi tempat yang best di Kuala Terengganu. Dari Pulau Duyong memang nampak dekat Masjid Kristal lebih-lebih lagi waktu malam sebab  ada lampu berwarna-warni. Tapi kalau naik kereta lebih kurang 20 minit baru sampai.

Niat asal nak solat Jumaat kat Masjid Kristal.... rupa-rupanya baru tau Masjid Kristal takde buat solat Jumaat... hmm... sedih pun ada. Jadi kami cuma melawat dan bergambar di Masjid Kristal dan makan aiskrim susu kambing yang dijual di kiosk.

Masjid Kristal

Sejak lepas sarapan pagi tadi, cik puan tak berapa sihat... macam kena demam urat. Ini semua angkara terlupa nak tutup air cond masa tidur... Dah ler air cond tu menghala straight kat muka. So, lepas ke Masjid Kristal terus kami pergi makan tengahari di Restoran AZ Selera Pantai Timur. Menu yang kami pilih ialah nasi campur dan mee hoon sup.

Selesai makan tengahari, hantar cik puan dan anak perempuan balik ke homestay untuk berehat dan tidur sekejap. Kami yang lelaki ni cari masjid untuk solat Jumaat... tak jauh pun dari homestay tu... Masjid Pulau Ketam namanya.

Aktiviti waktu petang ialah aktiviti bebas... sebab cik puan masih perlukan berehat dan makan suplemen sikit. Kami yang lain ni buat aktiviti sendiri sambil berehat-rehat dalam rumah. Lebih kurang waktu Asar tuan rumah datang sebab nak bagi hadiah kat kami. Apa yang best stay kat homestay ni sebab dapat hadiah... kalau stay 1 malam dapat mug, stay 2 malam macam kami dapat T-shirt dan kalau stay lebih 3 malam boleh dapat naik bot penambang secara percuma... wow bestnya..... next time akan stay lebih dari 3 malam....

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Terengganu

Bahagian luar homestay WR Residence

2 basikal yang diberikan percuma

Selepas tu kami main basikal kat luar homestay dengan anak-anak. Best betul bawak basikal kat kawasan sekitar Pulau Duyong ni.... nyaman dan tenang. Masa ni baru perasan tak jauh di belakang homestay ni pun boleh je nak ke jeti... tapi bukan jeti utama lah. Jalan kaki boleh naik basikal pun boleh.... tak perlu sampai naik kereta.

Cik puan pun dah beransur sihat... Alhamdulillah. So kami semua dah siap sedia untuk aktiviti makan-makan malam nanti. Lepas maghrib gigih kami pergi ke kawasan Rusila di Marang Terengganu untuk mencuba satu lagi makanan yang best iaitu Ketupat Sotong dan Lempeng Kelapa Muda!

Lebih kurang setengah jam perjalanan dari Pulau Duyong, sampai juga kami di Restoran Lempeng ni yang terletak di tepi laut. Lempeng macam lempeng biasa tapi dalam dia ada isi kelapa muda... cicah dengan kuah kari.... slurppp.... Ketupat sotong pulak memang pekat santan dia lepas tu ada rasa halia sikit. Ok... memang sedap dan lain daripada yang lain... sanggup repeat next time!

Pintu masuk ke Restoran Lempeng

Lempeng Kelapa Muda

Ketupat Sotong

Selesai makan malam... kami pulang ke homestay untuk beristirehat dan bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya pada hari esok....

SELAMAT MALAM KUALA TERENGGANU!


Day 5 - 17 Disember 2016

SELAMAT PAGI KUALA TERENGGANU!

Alhamdulillah... hari ke-2 di bumi Terengganu. Seperti biasa pagi ni capture lagi gambar sunrise dari kawasan belakang rumah di tepi jeti. Cuaca agak baik dan memang rezeki hari ini dapat ambil gambar matahari terbit. Selain bergambar... keluarkan peluh juga dengan main basikal bersama anak-anak.

Mentari pagi di Kuala Terengganu

Berbasikal di perkampungan nelayan

Selepas tu kami keluar untuk bersarapan. Plan hari ini nak breakfast kat kedai keropok lekor. Tempatnya bukan di Losong tapi di Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Terengganu. Nama tempat ni ialah BTB Keropok Lekor. Tapi sayangnya... lambat pulak bukak kedai ni. Bila dah bukak.... kami cuma beli keropok lekor jer sebab yang dijual untuk sarapan belum ready lagi.

Tak dapat breakfast kat sini

Terpaksalah kami pusing-pusing untuk cari tempat sarapan, lalu airport Kuala Terengganu dan akhirnya sampai di Telok Ketapang. Kat situ kami terjah jer makan kat sebuah kedai makan ni... nama tak ingat pulak. Selesai sarapan kami pulang ke homestay dan bersiap sedia untuk check out. Sementara tu sempat lagi budak-budak ni sambung main basikal..... dan kawasan sekeliling homestay.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Terengganu

Berehat di belakang rumah... santai...

Tengahari hari ini makan simple jer sebab masing-masing tak rasa lapar sangat. Jadi lepas check out kami terus menuju ke kawasan Jalan Budiman, Batu Buruk sebab nak try makan kat Qawa Coffee & Sandwich iaitu sebuah cafe yang berkonsepkan kontena yang terletak cuma lebih kurang 15 minit je dari Pulau Duyong.


Qawa Coffee & Sandwich

Minum kopi waktu tengahari yang dingin

Lepas makan tengahari kami terus ke kawasan Kuala Ibai iaitu Masjid Terapung atau dikenali dengan nama Masjid Tengku Tengah Zaharah yang cuma 10 minit perjalanan je dari Qawa Cafe. Kami solat di sini dan tak lepaskan peluang untuk ambil gambar kenangan.

Berlatarbelakangkan Masjid Terapung

Selesai solat dan bergambar kenangan kami menuju ke rumah sahabat kami di kawasan Chendering yang terletak dalam Mukim Cenering, Kuala Terengganu untuk sesi menuntut ilmu dan juga menguatkan ikatan silaturrahim. Berjiran dengan orang yang buat airport Kuala Terengganu rupanya sahabat kami ni.

Terima kasih Abg Naquib dan kak N atas ilmu dan pengalaman yang dikongsikan

Selepas Asar barulah kami memulakan perjalanan ke destinasi berikutnya iaitu Kota Bharu, Kelantan. Perjalanan kali ini agak mencabar kerana sepanjang perjalanan ditemani dengan hujan renyai dan sekali sekala hujan lebat. Jalan utama menuju ke Kota Bharu juga agak sesak dan kami memilih jalan pantai untuk ke Kota Bharu.

Kami berhenti rehat untuk solat di kawasan Tembila, Besut sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Besut untuk makan malam. Bermula di Kuala Besut ni hujan turun semakin lebat dan hari pun semakin gelap. Kami tiada pilihan lain selain teruskan perjalanan dan berserah sepenuhnya kepada Allah taala.

Selepas menempuh perjalanan lebih kurang 3 jam dari Kuala Terengganu... Alhamdulillah kami selamat tiba di Kg Surau, Bachok, Kelantan. Tempat kami menginap ni ialah rumah adik cik puan ataupun adik ipar saya. Dari segi Geografinya agak rumit sebab terletak betul-betul di sempadan Jajahan Kota Bharu dan Bachok. Tapi dari segi alamat.... diorang guna alamat Kota Jembal (nama baru untuk Kg Kedai Lalat) iaitu jajahan Kota Bharu dan bukannya alamat daerah Tawang jajahan Bachok.

Hari yang sangat memenatkan dan hujan masih turun dengan lebat. Uruskan anak-anak, bersihkan diri dan bersiap sedia untuk tidur sebelum bangun untuk hari esok.

SELAMAT MALAM KOTA BHARU!


Day 6 - 18 Disember 2016

SELAMAT PAGI KOTA BHARU!

Pagi ni dikejutkan dengan cik Puan yang terkena cirit birit sejak malam semalam... food poisoning mungkin. Tapi kami yang lain tak kena pulak... Alhamdulillah. Yelah kami berenam makan makanan yang sama... siasat punya siasat... berkemungkinan disebabkan sambal yang dimakan di Teluk Ketapang yang cuma dimakan oleh cik puan... Wallahu 'alam.

Nampaknya aktiviti harini terpaksa postpone sebab cik puan nak berehat katanya. Budak-budak pun takde masalah sebab diorang suka bermain-main dengan sepupu Kelantan diorang ni yang dah lama tak jumpa.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Kelantan

Pagi yang nyaman dan tenang di Kota Jembal

Lepas sarapan kat rumah... bawak kereta ronda kawasan Kota Bharu, cuba contact kawan-kawan yang ada di Kota Bharu untuk mengeteh... but not available. Kebanyakan daripada mereka sibuk dengan kerja dan ada yang bercuti dan berada di luar kawasan.

Sebelum balik ke Kota Jembal singgah sekejap di Shaklee Kota Bharu yang terletak di seberang jalan dari Renaissance Hotel Kota Bharu. Beli barang sikit untuk beberapa orang customer dan juga beli air elektrolit Performance Drink untuk cik puan. Maklumlah... kalau cirit birit kita akan dehydrate... maksudnya hilang banyak air dalam badan dan sangat bahaya. Jadi air elektrolit ni lah yang akan tampung semula air dan garam penting yang hilang dari tubuh badan kita.

Shaklee Kota Bharu

Huhu.... siapa yang pernah kena keracunan makanan pasti tahu penangan dia macam mana. Lembik badan kita.... Jadi aktiviti petang ni cuma layan budak-budak main kat rumah jer sementara cik puan berehat dan cuba recover. Selain tu cik puan minum Cinch Tea... gabungan 4 jenis teh yang agak pekat untuk menghalang daripada cirit birit lagi... Alhamdulillah dengan izin Allah berkesan....

Ada masa terluang... cuci baju-baju kotor yang dah bertimbun. Lepas Asar pergi main badminton sekejap kat rumah mak mentua adik ipar yang tak jauh dari rumah dia. Untuk makan malam pulak suami kepada adik ipar tapaukan pulut ayam (sejenis makanan Thailand). Kat KL entah mana lah nak cari pulut ayam ni..... walaupun sikit tapi sedap dan mengenyangkan.

Pulut ayam
Sumber : www.enyabdullah.com

Lewat tengah malam pulak layan bola game Manchester City lawan Arsenal. Aduss.... kalah lagi Arsenal... huhu.....

SELAMAT MALAM KOTA BHARU!


Day 7 - 19 Disember 2016

SELAMAT PAGI KOTA BHARU!

Alhamdulillah... nampaknya cik puan dah beransur pulih dan nampak lebih bertenaga daripada semalam. Budak-budak pun nampak tak kisah kalau tak keluar rumah... asalkan dapat main dengan sepupu diorang. Lepas sarapan... gigih keluar rumah sebab nak tapau kambing bakar yang menjadi sebut-sebutan.

Tapau kambing bakar ni untuk dibuat juadah makan tengahari. Kambing Bakar ni sebenarnya lauk untuk Nasi Kerabu Panji yang terletak di seberang Caltex. Memang ramai orang kat sini. Jalan jadi jem pun sebab kereta yang parking kiri dan kanan jalan.

Signboard Nasi Kerabu Panji

Lepas hantar kambing bakar kat rumah.... keluar semula untuk cari car wash. Kesian tengok kereta comel kami yang dah comot dek merentas beberapa buah negeri dan kena hujan lebat. Entah kenapa kebanyakan car wash tak bukak mungkin disebabkan hujan. Akhirnya jumpa satu car wash kat kawasan Pantai Irama Bachok.

Selesai cuci kereta balik ke rumah untuk makan tengahari dan buat aktiviti sendiri. Lewat petang barulah kami keluar ramai-ramai menuju ke Pantai Senok. Kenapa Pantai Senok??? Ok.... Pantai Senok ni juga dikenali sebagai Pantai Nami Malaysia sebab pokok ru yang tumbuh berderet tu dah macam filem Winter Sonata yang dilakonkan di Pulau Nami, Korea.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Kelantan

This is Pantai Senok, Bachok!

Tapi sayang seribu kali sayang... Pantai Senok pasti lebih cantik jika kebersihan di kawasan ni sentiasa terjaga dan diambil berat. Tanggungjawab jaga kebersihan ni bukan setakat Majlis Daerah tempatan jer... tapi kita yang melancong dan datang ke sini jangan buang sampah merata-rata sebab dah ada tong sampah besar disediakan di sini. Pantai Senok ni terletak di daerah Senok dalam jajahan Bachok dan cuma 15 minit perjalanan sahaja dari Kota Jembal.

Selesai bergambar kenangan di Pantai Senok, kami bergerak ke tempat makan malam untuk try Maggi Belut Bukit Marak. Perjalanan dari Pantai Senok ke Bukit Marak lebih kurang setengah jam perjalanan. Di sepanjang perjalanan tu singgah sebentar di tepi jalan.... beli satay untuk budak-budak supaya diorang tak pow masa kitorang makan maggi tomyam belut ni.... hehe. Lepas tu berhenti sekejap untuk solat di kawasan Binjai sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Marak.

Maggi Tomyam Belut yang pedas berapi!

Ok... patutlah maggi tomyam belut ni sentiasa menjadi sebut-sebutan... rasanya perghhh... boleh buat kita menangis... nak panggil maggi menangis pun boleh... hehe... Sebab tu lah kami tak bagi budak-budak makan maggi ni.... bagi rasa sikit jer... konpem diorang tak mintak lagi.

Selesai makan maggi tomyam belut kami pun pulang ke rumah untuk berehat dan tidur.

SELAMAT MALAM KOTA BHARU!



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...