Showing posts with label Vitamin B12. Show all posts
Showing posts with label Vitamin B12. Show all posts

Monday, July 3, 2017

B-Complex - Lengkap Dengan Kesemua Lapan Vitamin B



Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*

Setiap jenis Vitamin B memainkan fungsi yang berlainan pada tubuh


Shaklee B-Complex membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.

Membekalkan kuantiti asid folik dan biotin cukup, sesuai untuk tubuh yang sihat.

MAL 12035068NCZ
#10164/120 kapsul/120 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 tablet sehari selepas makan

Kandungan nutrisi Shaklee B-Complex


Keistimewaan Shaklee

Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten

Asid Folik, salah satu vitamin B kritikal dan tidak mudah diserap. Maka, Shaklee membangunkan sistem penyerapan bioaktif berpaten yang menjadikan nutrien ini lebih mudah diserap untuk menyokong penyerapan. Teknologi berpaten ini adalah milik eksklusif Shaklee.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.


KKLIU 0610/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, November 30, 2015

Kepentingan, Kelebihan Dan Fungsi Vitamin Dan Mineral Kepada Manusia



Soal Jawab Kepentingan Beberapa Jenis Vitamin dan Mineral Kepada Tubuh Badan Kita

S1 : Vitamin apakah membantu kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem pernafasan, sistem imun dan rambut yang sihat?

J : Vitamin A

S2: Vitamin apakah yang memperkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis?

J : Vitamin D

S3 : Vitamin apakah berfungsi sebagai anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar aliran darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, artritis, baik untuk sistem pembiakan lelaki dan mengurangkan kesan parut?

J : Vitamin E

S4 : Vitamin apakah berfungsi sebagai anti-oksida, melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mencepatkan penyempuhan luka, mencegah selesema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah?

J : Vitamin C

S5 : Vitamin apakah membantu kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit?

J : Asid Folik atau Vitamin B9

S6 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, bantu tumbesaran, bantu masalah keresahan, mabuk laut/darat dan mengurangkan petanda herpes zoster atau kayap?

J : Vitamin B1

S7 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, mulut dan kekejangan?

J : Vitamin B2

S8 : Vitamin apakah menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, mengurangkan kolesterol dalam darah, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau dan baik untuk perut dan usus?

J : Vitamin B3

S9 : Vitamin apakah membantu metabolisma protein, membaiki otot, senggugut, berfungsi sebagai penenang, membekalkan tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis (jangkitan lidah), dermatitis (jangkitan kulit), kekejangan, kebas dan anemia?

J : Vitamin B6

S10 : Vitamin apakah membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu selera makan, bantu tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan , keresahan, kencing manis dan rabun?

J : Vitamin B12

S11 : Vitamin apakah membantu b-complex berfungsi lebih berkesan, mencegah rabun, mencegah rambut beruban dan gugur, cegah kencing manis, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit?

J  : Biotin atau Vitamin B7

S12 : Vitamin apakah membantu meredakan tekanan, mempunyai kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, artritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan dan mencepatkan penyempuhan luka?

J  : Vitamin B5

S13 : Mineral apakah yang membantu memperkasakan tulang dan gigi, mencegah darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, imsonia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut?

J  : Kalsium

S14 : Mineral apakah yang meningkatkan kepadatan tulang, mencegah kencing manis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat artritis dan mencegah anoreksia?

J : Fosforus

S15 : Mineral apakah baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen dan otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal dan mengawal berat badan?

J : Iodin

S16 : Mineral apakah membantu membentuk hemoglobin, meredakan kesakitan akibat penyakit PMS, senggugut, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anemia?

J  : Zat Besi (Iron)

S17 : Mineral apakah membantu kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sebagai penenang semulajadi, mencegah tekanan, kencing manis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman?

J : Magnesium

S18 : Mineral apakah membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah kebengkakan?

J : Tembaga (Copper)

S19 : Mineral apakah yang memperkasa sistem imun, mencepatkan penyembuhan luka, membantu keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau dan ketajaman minda?

J : Zink


Nampaknya kesemua 12 Vitamin dan 7 Garam Galian atau Minerals yang disebutkan di atas mempunyai 1001 manfaat dan sangat penting kepada tubuh badan kita. Gabungan Vitamin dan Mineral ini dipanggil Multivitamin dan perlulah mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Recommended Dietary Allowance (RDA).

Kami mencadangkan agar anda mencuba Shaklee Vita-Lea yang mengandungi khasiat 30 nutrisi lengkap diekstrak daripada buah dan sayur, 12 vitamin dan 7 mineral penting dan diformulasikan secara seimbang. Multivitamin pertama di dunia telah dicipta oleh Dr Shaklee pada tahun 1915. Ini bermakna Shaklee Vita-Lea telah berusia 100 tahun sejak penciptaannya.



Tablet Vita-Lea juga telah disalut dengan nutrisi spirulina menggunakan teknologi kompleks "Explo-tab". Tablet Vita-Lea juga adalah multivitamin paling pantas di dunia larut dalam air dan tubuh badan manusia.



Vitamin Dan Mineral Untuk Kanak-Kanak

Multivitamin untuk kanak-kanak juga tidak kurang hebatnya. Vita-Lea untuk kanak-kanak adalah boleh kunyah, tidak mengandungi perasa, pewarna dan pengawet tambahan. Mengandungi pemanis semulajadi iaitu Xylitol yang membantu melindungi gigi dari kaviti.




Kami sangat menyarankan agar anda memberikan Vita-Lea kanak-kanak ini, jika anak anda kurang selera makan atau cerewet makan, suka makan junk food, mudah demam, selesam, batuk atau diserang penyakit (sistem imun lemah), kurang minum susu dan tidak suka makan sayur.




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my


Monday, November 9, 2015

Kawal Mood Anda Dengan Vitamin B12 - Kepentingan Vitamin B12 Untuk Sistem Saraf Manusia Dan Pembentukan Sel Darah Merah



Pernah dengar neurotransmitters? Neurotransmitters ni ada dalam Sistem Saraf Manusia yang berfungsi sebagai bahan kimia yang memindahkan "maklumat" daripada satu neuron ke neuron yang lain. Secara ringkasnya neurotransmitters ni akan mengawal mood seseorang. Kalau sihat neurotransmitters, oklah mood dia dan begitu juga sebaliknya.

Baca : Kenali Sistem Saraf Manusia


"Mood Swing"?

Sebab itu orang yang kekurangan Vitamin B khususnya Vitamin B12 akan mengalami gangguan saraf dan penyakit kerosakan neurologi seperti menyebabkan dementia (hilang ingatan), paranoid (kebimbangan dan ketakutan), kemurungan dan masalah tingkah laku. Kekurangan Vitamin B12 juga akan sebabkan anemia (kurang darah merah) dan juga kekeliruan di kalangan orang tua.

Orang yang sama, identiti yang berbeza?

Selalu tak rasa kebas dan semut-semut pada tangan dan kaki? Kalau ada, itulah tanda-tanda apabila tubuh kita kurang Vitamin B12. Kita juga dah tahu bahawa Vitamin B khususnya Vitamin B12 membantu mengawal sistem saraf dan juga memain peranan dalam pertumbuhan dan pembentukan sel darah merah.

Vitamin B12 boleh didapati daripada daging dan hasil tenusu. Sebab itu "vegetarian" adalah orang yang berisiko untuk kekurangan Vitamin B12. Tubuh kita masih boleh kekurangan Vitamin B12 walaupun kita dah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ini semua disebabkan oleh radikal bebas yang telah "merencatkan" kemampuan tubuh kita untuk menyerap nutrisi-nutrisi ke dalam tubuh.

Sumber makanan mengandungi Vitamin B12


Sebab itu, sangatlah disarankan agar kita mengambil suplemen B-Complex yang terbaik di pasaran untuk menampung kekurangan Vitamin B12 dalam tubuh kita. Takde masalah pun kalau kita terlebih makan B-Complex sebab Vitamin B adalah Vitamin larut air dan akan disingkirkan melalui air kencing jika terlebih ambil.

Kandungan B-Complex Shaklee mengikut garis panduan yang ditetapkan RDA

Baca : Tips Memilih B-Complex Terbaik Di Pasaran


Sebab itu juga, tak peliklah jika ada sesetengah orang yang mencadangkan kita agar makan B-Complex yang mengandungi Vitamin B12 jika kita kerap tension, tertekan, terlalu takut, terlalu sedih dan apa-apa sahaja yang menunjukkan adanya "mood swing" pada diri kita. Boleh juga dikatakan B-Complex ialah "pil penenang" tanpa bahan kimia.





Dapatkan B-Complex terbaik yang mengandungi Vitamin B12 daripada kami sekarang!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my



Monday, December 8, 2014

Vitamin Larut Air - Vitamin B dan Vitamin C



Vitamin ialah sejenis Mikronutrien selain daripada garam galian (Minerals). Terdapat 2 sifat utama Vitamin iaitu samada laut air atau larut lemak. Vitamin B dan C adalah larut air dimana buah pinggang akan membuang lebihan pengambilannya. Justeru bekalan kandungan Vitamin B dan C haruslah berterusan.



Vitamin B

Jenis-jenis Vitamin B ialah B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Asid Folik) dan B12 (Cobalamine). Sebab itu, B-Complex yang baik ialah B-Complex yang mengandungi kesemua kandungan Vitamin B yang dinyatakan.




Pada kebiasaannya kekurangan Vitamin B boleh dilihat pada lidah seseorang seperti berikut :-

- beralur dan merekah
- sakit lidah (mata ikan)
- lidah besar dan bengkak
- tunas lidah berubah saiz, warna dan bentuk permukaannya
- lidah geografi
- salutan lidah tebal

Permukaan lidah berbentuk geografi


Kekurangan Vitamin B

Vitamin B1 (Thiamin) - menyebabkan sakit beriberi, gejala susut berat badan dan gangguan emosi

Vitamin B2 (Riboflavin) - bibir merekah, sensitif pada cahaya matahari, keradangan pada lidah

Vitamin B3 (Niacin) - menyebabkan Pellagra aggression, dermatitis, insomnia, lemah-lemah, kekeliruan mental dan cirit birit

Vitamin B5 (Panthothenic Acid) - menyebabkan jerawat

Vitamin B6 (Pyridoxine) - menyebabkan anemia, kemurungan, dermatitis dan tekanan darah tinggi

Vitamin B7 (Biotin) - pertumbuhan terjejas dan gangguan saraf pada anak

Vitamin B9 (Asid Folik) - kecacatan otak dan saraf tunjang kepada bayi yang baru lahir

Vitamin B12 (Cyanocobalamin) - macrocytic anemia, elevated homocysteine, peripheral neuropathy, hilang ingatan dan kekurangan kognitif yang lain
Fungsi Utama Vitamin B

1) meningkatkan pengeluaran tenaga

2) membantu kepada pengurusan tekanan dan kemurungan

3) membantu menghalang anemia (kurang sel darah merah)

4) meningkatkan fungsi saraf, menghalang kecacatan tiub neural dan komplikasi diabetes

5) kesihatan kulit, rambut, kuku dan nada otot

6) pengurusan paras homocysteine yang normal dan menyokong sistem kardiovaskular

Vitamin C

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik



Fungsi Utama Vitamin C

1) Meningkatkan imunisasi gejala selsema, mengurangkan tempoh demam

2) mempercepatkan penyembuhan luka

3) membina kolagen

4) Antioksida yang tinggi, anti penuaan



Kekurangan Vitamin C

Penyakit Skurvi - meningkatkan anemia, kelesuan, kepenatan, bengkak pada sesetengah bahagian di badan dan kadang-kadang ulser pada gusi dan menyebabkan kehilangan gigi.




Dapatkan Vitamin C dengan harga promosi hanya pada Disember 2014!


Vitamin B dan C daripada sumber asal seperti daripada makanan seharian mudah hilang khasiatnya ketika penyediaan makanan. Contohnya, kandungan Vitamin C pada buah amat tinggi semasa dipetik dan semakin hilang khasiat vitamin C apabila ranumnya semakin hilang.


Kesimpulannya pengambilan Vitamin B dan C harus diambil dengan kerap untuk menggantikan kehilangannya setiap hari kerana ia tidak disimpan dalam tubuh badan.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Thursday, October 23, 2014

Kepentingan Sumber Ikan, Daging, Ayam, Telur Dan Kekacang



Mengambil Sumber Ikan, Daging, Ayam, Telur dan Kekacang secara sederhana adalah Cadangan Keenam Pakar-Pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


1) makan ikan dengan lebih kerap, jika boleh setiap hari

2) makan daging, ayam dan telur secara sederhana

3) mengamalkan keadah memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur

4) pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol

5) makan kekacang (legumes) setiap hari

6) memasukkan kacang-kekacang (nuts) dan biji-bijian (seeds) dalam diet mingguan


Source : bodyweighttrainingarena.com

Kesemua Sumber Ikan, Daging, Ayam, Telur dan Kekacang ini adalah sumber utama protein dalam diet harian anda. Kekurangan mana-mana nutrisi melalui pemakanan-pemakanan yang dicadangkan boleh ditampung dengan pengambilan suplemen-suplemen tertentu. Sumber protein dan juga nutrisi-nutrisi lain ini adalah penting seperti berikut :-



Protein - untuk pertumbuhan dan pemeliharaan otot normal dan pemeliharaan tulang sihat. Selain daripada sumber protein haiwan yang lebih mahal, protein daripada tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, kacang-kekacang dan biji-bijian adalah lebih baik dari segi kurang lemak dan kolesterol serta tinggi kandungan serat. Di Shaklee soya protein telah diperkenalkan lebih daripada 50 tahun yang lalu.


Beli ESP sekarang!



Zink (dalam daging) - untuk pemeliharaan kulit normal, rambut, kuku, penglihatan dan sistem imun dengan cara pembentukan kolagen. Zinc Complex berperanan untuk membantu menampung khasiat Zink yang kurang diperolehi melalui pemakanan.

Beli ZINC COMPLEX sekarang!

Vitamin D (dalam ikan berminyak) - untuk tulang dan otot yang sihat. Vitamin D berfungsi sebagai penyerap kalsium dalam darah untuk membina tulang dan otot yang sihat. Kekurangan Vitamin D akan menyebabkan sakit tulang dan badan yang lemah. Justeru, produk Kalsium Shaklee iaitu OsteMatrix diperkayakan dengan Vitamin D untuk penyerapan Kalsium yang optimum dalam tubuh badan.



Beli OSTEMATRIX sekarang!

Vitamin B12 (dalam ikan dan daging) - untuk sel-sel darah merah dan fungsi saraf yang sihat. Kekurangan Vitamin B12 akan menyebabkan keletihan, nafas dan denyutan jantung yang kencang, kulit pucat, lidah sakit, cirit-birit atau sembelit, tubuh badan yang mudah luka, sakit perut dan kurang berat badan. Shaklee B-Complex mempunyai 40mcg Vitamin B12 lebih banyak daripada yang ditawarkan oleh pengeluar B-Complex yang lain.

Asid Lemak Omega-3 (dalam ikan berminyak) - untuk mempertahankan fungsi jantung yang normal. Asid Lemak Omega-3 ini kaya dengan kandungan EPA dan DHA yang membantu mencairkan lemak dalam darah. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.



Semoga bermanfaat kepada semua!

==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Friday, July 4, 2014

Petua Memilih B-Kompleks Yang Baik


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.


Pernahkah anda dengar berkenaan Asid Folik? Ya, saya percaya hampir semua wanita yang pernah mengandung telah mengetahui betapa pentingnya Asid Folik untuk diambil khususnya ketika mengandung.

Ya, Asid Folik juga perlu diambil kerana Asid Folik semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh dan hampir 99% Asid Folik di pasaran adalah bersifat sintetik (kombinasi dua atau lebih bahan). Justeru, para saintis Shaklee telah mencipta asid folik semulajadi dengan kadar serapan (bioavailability) yang tinggi dan berkualiti.


*Contoh makanan yang mengandungi kandungan Asid Folik yang tinggi*

Tahukah anda bahawa gabungan asid folik, biotin dan kesemua 6 jenis Vitamin B dikenali sebagai B-Complex? Perkataan B-Complex juga sudah tidak asing bagi kita kerana telah berada di pasaran secara meluas kini. Namun di sini ada beberapa tips untuk memilih B-Complex yang baik :-


1. Kesemua 8 vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik dan Biotin) seperti yang dinyatakan dalam RDA (Recommended Dietary Allowance) perlu diambil serentak

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin

*Pengambilan asid folik dan biotin adalah 100% mengikut RDA*

3. Jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar

4. Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)



Kesemua 8 komponen B-Complex ini perlu ada untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kekurangan atau kelebihan akan menyebabkan ketidakseimbangan Vitamin-B dalam tubuh. Memandangkan Vitamin-B adalah larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan, malah akan disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, amat penting untuk mengambil B-Complex setiap hari.

*Bertukarlah kepada Shaklee B-Complex*

Jika kita melihat di sudut ekonomi, adalah berbaloi untuk mengambil Shaklee B-Complex berbanding B-Complex lain yang berada di pasaran seperti berikut :-

# Company A B-Complex menawarkan 30 hidangan (komposisi Vitamin adalah berbeza) dengan harga RM25.00 iaitu bersamaan RM0.83/1 hidangan

# Company B B-Complex menawarkan 83 hidangan (hanya terdapat 7 vitamin sahaja) dengan harga RM67.00 iaitu bersamaan RM0.81/1 hidangan

# Company C B-Complex menawarkan 60 hidangan (komposisi Vitamin adalah berbeza) dengan harga RM39.90 iaitu bersamaan RM0.67/1 hidangan

# Shaklee B-Complex menawarkan 120 hidangan (8 vitamin lengkap) dengan harga RM53.75 iaitu bersamaan RM0.45/1 hidangan


Oleh itu, marilah sama-sama kita bertukar kepada Shaklee B-Complex yang lebih seimbang, selamat dan berbaloi sekarang!



Klik ORDER di sini untuk pembelian lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...