Makanan dan Minuman adalah keperluan asas semua benda hidup yang ada di atas muka bumi ini. Manusia sebagai salah satu benda hidup amat memerlukan Makanan dan Minuman yang bukan sahaja Selamat tetapi Bersih.
Oleh itu, Mengambil Makanan dan Minuman Yang Selamat dan Bersih adalah Cadangan Ketiga Belas Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Makanan Dan Minuman Yang Selamat Dan Bersih
1) Pilih makanan mentah yang segar dan bersih
2) Pilih makanan proses yang dilabel dengan tepat dan belum lagi tamat tarikh luputnya
3) Pilih makanan tin yang tidak karat, kemek dan membonjol. Untuk makanan yang dibungkus, pilihlah makanan yang dibungkus dengan betul, tidak koyak dan tidak bocor.
4) Pilih makanan yang diproses untuk keselamatan seperti pasteur, UHT dan steril
5) Beli makanan dingin dan sejuk beku di saat-saat akhir dan pulang ke rumah secepat mungkin untuk mengelakkan makanan tersebut rosak. Gunakan peti atau beg simpanan sejuk semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Penyimpanan Makanan Yang Betul
1) Simpan makanan di tempat yang betul dan suhu yang betul. Pastikan kawasan simpanan makanan bersih dan teratur.
2) Pastikan makanan yang mudah rosak seperti susu, yogurt dan telur diletakkan dalam peti sejuk di bawah suhu 5 darjah celcius, manakala makanan seperti daging, ayam dan makanan laut diletakkan di bahagian sejuk beku (-18 darjah celcius) secepat mungkin apabila pulang ke rumah.
3) Asingkan makanan mentah terutamanya daging, ayam dan makanan laut daripada makanan yang dimasak di dalam peti sejuk. Pastikan peti sejuk tidak terlebih muatan.
4) Jangan letakkan makanan panas dalam peti sejuk kerana ini akan meningkatkan suhu peti sejuk.
5) Simpan makanan yang dimasak (2 jam selepas dimasak) atau lebihan makanan ke dalam peti sejuk dalam suhu 5 darjah celcius tidak lebih dari 2 hari. Sekiranya ingin menyimpan lebih lama, letakkan makanan yang dimasak di bahagian sejuk beku (-18 darjah celcius).
6) Makanan yang disimpan hendaklah dibungkus dengan baik dan diletakkan dalam bekas bagi mengelakkan bercampur dengan makanan mentah lain dalam peti sejuk.
7) Simpan makanan berjauhan dengan bahan kimia, racun serangga dan bahan pencuci.

Penyediaan Makanan Yang Bersih
1) Amalkan kebersihan diri dan tabiat yang baik untuk mengelakkan keracunan makanan dan pencemaran silang seperti mencuci tangan, alat memasak dan tempat memasak dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan.
2) Elak pegang makanan dengan tangan kosong jika anda mempunyai luka atau luka terbakar melainkan jika dibalut dengan betul.
3) Cuci makanan yang dimakan mentah dengan sempurna menggunakan air yang bersih.
4) Gunakan alat memasak yang berasingan untuk makanan mentah dan makanan yang dimasak.
5) Jangan cairkan makanan beku dalam suhu bilik. Lakukannya di dalam peti sejuk atau di bawah air bersih yang mengalir

Makanan Yang Dimasak Dengan Sempurna
1) Makanan mestilah dimasak dengan sempurna khususnya daging, ayam, telur dan makanan laut. Makanan berkuah seperti sup dan stew hendaklah dimasak hingga mendidih dengan sempurna. Pastikan juga jus daging dan ayam adalah jernih dan bukannya bewarna merah jambu.
2) Panaskan semula makanan dengan sempurna
3) Masak air bersih untuk diminum

Masak Dengan Sempurna |
Simpan Makanan Yang Dimasak Dengan Betul Dan Tepat
1) Hidang makanan yang dimasak secepat mungkin dalam bekas tembikar yang bersih dan dalam keadaan baik. Jika ingin simpan makanan, pastikan ditutup dengan sempurna dan jangan tinggalkan makanan terdedah di suhu bilik lebih daripada 4 jam.
2) Makanan panas dihidang dalam keadaan panas dan makanan sejuk dihidang sejuk
3) Jika ingin simpan makanan dalam keadaan panas, kekalkan kepanasan (atas 60 darjah celcius) dan jika ingin simpan makanan dalam keadaan sejuk, kekalkan kesejukan dalam peti sejuk (bawah 5 darjah celcius).

Premis Makanan Yang Selamat Dan Bersih
1) Pilih premis makanan yang bersih dan jauh daripada jalanan, tempat pembuangan sampah, longkang tersumbat, tangki septik dan juga pelupusan sisa.
2) Pilih premis makanan yang dalam keadaan bersih dan kemas, dengan saluran air paip yang lancar, sistem perparitan yang teratur dan tong sampah yang bertutup. Premis juga seharusnya bebas dengan tanda-tanda ataupun kehadiran binatang peliharaan, tikus, perosak dan serangga.
3) Pilih premis yang menggunakan barang tembikar, alat makanan dan alat memasak yang bersih dan dalam keadaan baik.
4) Pilih premis yang menghidangkan makanan dan minuman yang ditutup dengan baik.
5) Pilih premis yang mempunyai pekerja yang mengamalkan kebersihan diri dan tabiat yang baik semasa bekerja.
Amalkan tabiat mengambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih akan menghindarkan kita daripada serangan pelbagai jenis penyakit seperti taun (cholera), disenteri, keracunan makanan, penyakit tipus (typhoid), Hepatitis A dan banyak lagi. Apa-apa pun mencegah lebih baik daripada merawat. Amalkan juga pengambilan suplemen ataupun vitamin yang berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda sekeluarga.
Menjaga kebersihan makanan dan minuman adalah tanggungjawab bersama. Anggaplah ini suatu ilmu yang perlu disampaikan kepada semua orang dan diturunkan dari generasi ke generasi berikutnya. Pendidikan kesihatan juga perlu dipertingkatkan lagi khususnya pendidikan berbentuk praktikal dan amali.
1) Pilih premis makanan yang bersih dan jauh daripada jalanan, tempat pembuangan sampah, longkang tersumbat, tangki septik dan juga pelupusan sisa.
2) Pilih premis makanan yang dalam keadaan bersih dan kemas, dengan saluran air paip yang lancar, sistem perparitan yang teratur dan tong sampah yang bertutup. Premis juga seharusnya bebas dengan tanda-tanda ataupun kehadiran binatang peliharaan, tikus, perosak dan serangga.
3) Pilih premis yang menggunakan barang tembikar, alat makanan dan alat memasak yang bersih dan dalam keadaan baik.
4) Pilih premis yang menghidangkan makanan dan minuman yang ditutup dengan baik.
5) Pilih premis yang mempunyai pekerja yang mengamalkan kebersihan diri dan tabiat yang baik semasa bekerja.
Menjaga kebersihan makanan dan minuman adalah tanggungjawab bersama. Anggaplah ini suatu ilmu yang perlu disampaikan kepada semua orang dan diturunkan dari generasi ke generasi berikutnya. Pendidikan kesihatan juga perlu dipertingkatkan lagi khususnya pendidikan berbentuk praktikal dan amali.
Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================