Showing posts with label Incheon. Show all posts
Showing posts with label Incheon. Show all posts

Wednesday, November 1, 2023

Autumn In Korea - Pengalaman Bercuti Di Seoul pada Musim Luruh 2023 Part 1

Alhamdulillah... dah tamat percutian di Korea minggu lepas selama 4 hari 3 malam, ditaja dan dibiayai sepenuhnya oleh Shaklee (M) Sdn Bhd. Ini adalah pengalaman kali kedua ke bumi Hanguk... pengalaman pertama ialah 11 tahun lepas iaitu pada tahun 2012.


Travelling Day - 22.10.2023

Trip ke Korea kali ni agak besar dan ramai iaitu lebih kurang 280 orang termasuk staff dan tour guide. So, ada 7 bas yang terlibat... dan penerbangan kami adalah menggunakan Malaysia Airlines dan Korean Air. Flight Korean Air berlepas jam 11.20 malam disusuli flight Malaysia Airlines berlepas jam 11.30 malam.

Dokumen perjalanan adalah seperti biasa iaitu passport yang sah, K-ETA dan juga standby passport lama, disebabkan isu yang viral baru-baru ini 😂. Sebelum ni tak perlu visa pun nak ke Korea, tapi selepas covid-19 dah kena ada K-ETA untuk tujuan rekod.

bercuti di Seoul Korea, K-ETA
K-ETA


Day 1 - 23.10.2023

SELAMAT PAGI INCHEON!

Kami touch down di Incheon Airport lebih kurang 7.00 pagi (6.00 pagi waktu Malaysia) selepas mengharungi penerbangan lebih kurang 7 jam. So, solat subuh dalam flight... beberapa jam sebelum mendarat.

bercuti di Seoul Korea, waktu solat Oktober
Waktu solat di Seoul Korea Oktober 2023

Lama jugak beratur kat imigresen Korea ni, hampir 2 jam.. sebab tengah peak hour... selain group kami yang ramai... ada lagi group dari flight lain seluruh dunia. Walaupun passport baru renew ni belum pernah kena cop, diorang tak mintak passport lama... 😀

Dari Incheon airport kami dibawa ke tempat sarapan di kawasan Jungbu, Incheon. Kawasan ni masih lagi dalam pulau yang sama dengan airport. Airport Incheon dibina atas pulau buatan yang ditambak.

bercuti di Seoul Korea, sarapan di Incheon
Sarapan di Incheon
bercuti di Seoul Korea

Selepas sarapan, kami keluar dari pulau buatan dan dibawa ke Wolmido, Incheon (dikira tanah besar Korea) untuk aktiviti seagull boat ride. Kami tiba di jeti lebih kurang pukul 11am. Bot yang kami naik ni macam ala-ala feri yang boleh muat kenderaan.

bercuti di Seoul Korea, seagull boat ride
Seagull Boat Ride
bercuti di Seoul Korea, seagull boat ride

Selepas aktiviti bagi makan burung camar... kami bergerak ke Songwol-dong Fairy Tale Village tak jauh dari situ. Lebih kurang jam 12.30 tengahari kami tiba di situ... Lokasi ni sebenarnya ialah sebuah perkampungan lama kat Incheon... ada rumah dan kedai-kedai. Diorang hias dengan mural dan arca berdasarkan kisah dongeng tradisi Korea dan juga kisah dongeng terkenal dunia.

Songwol-dong Fairy Tale Village

Next activity kami bergerak masuk ke Seoul untuk makan tengahari... Lebih kurang pukul 2.00 petang kami tiba di Noryangjin Fish Market untuk menikmati makanan tengahari seafood yang fresh dari laut 😋.

Noryangjin Fish Market

bercuti di Seoul Korea, lunch Noryangjin
Lunch di Noryangjin, Seoul
bercuti di Seoul Korea, lunch Noryangjin

Selesai lunch, kami menuju ke Namdaemun market untuk aktiviti shopping. Namdaemun ni ialah pasar besar tradisi Korea yang telah mengalami beberapa evolusi. Namdaemun dibuka sejak zaman Joseon lagi iaitu pada tahun 1414 dan masih kekal hingga kini. Kat sini harga barang-barang lebih mampu milik berbanding tempat shopping yang lain. Namdaemun dibuka pada siang hari je iaitu dari 9.00am hingga 5.30pm.

bercuti di Seoul Korea, Namdaemun Market
11 tahun lepas lupa nak selfie kat sini 😏

Namdaemun Market

Antara barang "rampasan" di Namdaemun ni ialah periuk emas ramen Korea, set sudu, chop stick korea, stoking cute anak-anak, t-shirt Korean Army dan banyak lagi... hehe.... Sebenarnya banyak lagi barang dalam list yang tak dapat beli... sebab masa tak cukup... timing lari sebab lama kat imigresen pagi tadi.

Selesai shopping kami bergerak ke hotel untuk check in di kawasan Myeongdong II. Lokasi hotel ni strategik sebab boleh jalan kaki ke Myeongdong street dan dekat dengan stesen Metro Euljiro 3-ga line 2 dan line 3.

Nine Tree Premier Hotel Myeongdong II
Lokasi hotel

Kat lobi hotel kami collect breakfast voucher, access card bilik hotel, goodies dan duit poket dari Shaklee 😙. Selepas buat solat jamak di hotel.... kami bersiap sedia untuk keluar malam.... untuk aktiviti free and easy.

bercuti di Seoul Korea
Goodies daripada Shaklee

bercuti di Seoul Korea, duit poket
Duit poket daripada Shaklee... Alhamdulillah

Malam pertama kat Seoul... kami jalan kaki ke Myeongdong street. Selain daripada beberapa tarikan membeli belah seperti produk skin care, restoran, cafe, hotel... ada banyak street food yang boleh dicuba. Jika 11 tahun lalu agak was-was untuk mencuba, kini dah ada beberapa pilihan makanan halal di sini. Tapi awas... memang ada antara mereka yang licik... dan ambil kesempatan guna tanda halal

Sejujurnya... malam ni tak rasa lapar sangat sebab lunch tengahari tadi agak lewat... dan kasi setel semua seafood yang fresh tu... 😋

Myeondong Street
bercuti di Seoul Korea, mengopi di Myeongdong
Mengopi di Myeongdong

Myeongdong street tutup pada pukul 11pm. Selesai mengopi kami membeli belah dan window shopping sebelum balik semula ke hotel.... Layan udara sejuk Seoul di waktu malam sambil jalan ramai-ramai 😀.

SELAMAT MALAM SEOUL!


Day 2 - 24.10.2023


SELAMAT PAGI SEOUL!

Hari ke-2 di bumi Hanguk... suhu lebih sejuk daripada semalam. Selepas sarapan di hotel kami bergerak ke luar dari Seoul dan menuju ke selatan iaitu wilayah Yongin. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Seoul. Setibanya di National Folk Village (Han-ok).. kami ambil kesempatan untuk bergambar dan menikmati udara segar sebelum dibuka jam 10 pagi.

bercuti di Seoul Korea, tour guide, geng bujang solo
Bersama tour guide kami MinHee dari Korea dan Rose Yap dari Malaysia

Selain kami, banyak juga rombongan sekolah yang datang ke sini... sekolah menengah, sekolah rendah... rombongan budak taska umur 4 tahun pun ada 😂. Kawasan ni luas... ada sungai... ada rumah-rumah lama, ada kedai, ada muzium pameran, ada tempat hiburan kanak-kanak dan banyak lagi.

Yongin Folk Village Map

bercuti di Seoul Korea, tarian tradisi Korea, Yongin Folk Village
Persembahan tarian tradisi Korea

bercuti di Seoul Korea, Yongin Folk Village
Bergambar di salah sebuah Scholar's House

bercuti di Seoul Korea, Yongin Folk Village
Ni macam ala-ala kat Namsan Tower, lovers abadikan nama masing2 dan gantung sini

bercuti di Seoul Korea, Yongin Folk Village
Tak payah ke Nami Island (lebih jauh)... sini pun dah best 👍
bercuti di Seoul Korea, Yongin Folk Village
Sungai di Yongin Folk Village... bola besar tu macam batu pengimbang untuk rakit lama

bercuti di Seoul Korea, Yongin Folk Village
Atas jambatan... ada 4 jambatan merentasi sungai sini..

Lebih kurang jam 12 tengahari kami bersiap untuk makan tengahari di restoran yang disediakan. Selesai makan tengahari kami ke tempat solat yang juga telah disediakan. Bagi traveller lain juga boleh pertimbangkan untuk solat di sini... sebab tak ramai orang dan agak selesa dan bersih... iaitu di bahagian "World Folk Museum".

bercuti di Seoul Korea, lunch, Yongin Folk Village
Lunch di Yongin Folk Village

bercuti di Seoul Korea, tempat solat, Yongin Folk Village
Solat jamak di World Folk Museum

Pukul 1.30 tengahari kami semua berkumpul di bahagian parking untuk naik bas ke destinasi seterusnya. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam menghala ke selatan dan kami tiba di Mosan-ri dalam wilayah Anseong. Aktiviti seterusnya ialah petik buah pear korea dalam ladang 🍐.

Buah pear Korea ni atau dikenali sebagai pear Asia agak sukar ditanam dan biasanya boleh didapati di negara Asia Timur. Harganya agak mahal... lebih kurang 4USD sebiji... dengan beratnya boleh mencecah 1kg sebiji. Buah pear Korea ni sangat berjus, manis dan boleh dipetik pada hujung musim panas sehingga awal musim sejuk (sebaik-baiknya pada musim luruh).

bercuti di seoul korea, petik pear korea
lepas petik dapat upah... sorang dapat 2 bijik buah pear Korea 😅
bercuti di Seoul Korea, Anseong, Korean Pear Farm
Boleh contact owner ladang kalau nak job petik buah kat sini 😆
Selepas 1 jam di ladang buah pear, kami kembali ke Seoul untuk ke destinasi berikutnya. Lebih kurang pukul 5 petang kami tiba di Lotte World Sky Tower yang berketinggian 555 meter dengan 123 tingkat 😲. Ini adalah mercu tanda Korea dan bangunan tertinggi di sini.

bercuti di Seoul Korea, Lotte World Sky Tower
Lotte World Sky Tower dari pandangan darat

bercuti di Seoul Korea, Lotte World Sky Tower
Mujur tak gayat 😐

bercuti di Seoul Korea, Lotte World Sky Tower
Pemandangan Seoul dan Sungai Han dari tingkat 120 bangunan
bercuti di Seoul Korea, Lotte World Sky Tower
Group photo semasa sunset 🌇
Selesai aktiviti di sini kami turun ke bawah dan bersiap sedia untuk naik bas pulang ke hotel pukul 7 malam. Walaupun hotel dah tak jauh, tapi disebabkan kesesakan jalan raya di Seoul agak teruk... lebih kurang pukul 8 malam kami tiba di hotel.

Malam ke-2 di Korea ni memang aktiviti free and easy, dan kami decide nak jalan-jalan kat Itaewon. Seperti yang ramai dah tau... Itaewon ni adalah kawasan yang ramai foreigner... dan secara tak langsung ramai juga komuniti Muslim kat sini. So, tak susah nak cari makanan halal kat sini... Kami redah je naik metro... dari hotel jalan kaki ke stesen Euljiro 3-ga line 3 (oren)... transfer kat stesen Yaksu, tukar ke line 6 (coklat muda)... dan turun di stesen Itaewon.
bercuti di Seoul Korea, Metro Korea
Beli tiket metro dengan rakyat tempatan 😀

bercuti di Seoul Korea, Masjid Seoul Itaewon
Masjid besar Seoul di Itaewon 💚
Rasa tak lengkap... kalau tak sampai sini...
bercuti di Seoul Korea, student Malaysia
Kena tegur dengan student Malaysia... rupanya senior setahun anak masa sekolah rendah
Fatih sekarang dekat Seoul National University (SNU)

bercuti di Seoul Korea, dinner Itaewon
Dinner time - layan makanan Indonesia
bercuti di Seoul Korea, dinner Itaewon
Gulai Kambing Itaewon

bercuti di Seoul Korea, dinner Itaewon
Kedai makan Siti Sarah di Itaewon

Selesai makan malam di Itaewon, kami berjalan kaki di sekitar Itaewon, beli barang-barang di kedai runcit, beli barang skin care dan window shopping. Kami naik metro dari Itaewon pukul 11.00 malam dan selamat tiba di hotel lebih kurang pukul 11.30 malam.

SELAMAT MALAM SEOUL!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. Hubungi kami sekiranya berminat untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Autumn In Seoul, Korea - Part 2


Semoga bermanfaat 👐

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...