Wednesday, June 17, 2015

Pemain Import Baru Liga Super 2015



10 perlawanan telah berlangsung dan Pahang gah berada di persada liga dan diekori rapat oleh 5 pasukan yang lain. Dengan berbaki 12 perlawanan, hampir kesemua pasukan berpeluang menggondol trofi juara Liga Super 2015.

Kedudukan Liga Super 2015 setelah 10 perlawanan

Tingkap perpindahan April yang lalu juga telah menyaksikan perubahan besar pemain import hampir setiap pasukan. Beberapa muka baru telah kelihatan dimana yang tidak menyerlah telahpun pergi. Senarai pemain import Liga Super 2015 pada awal musim telah pun diceritakan sebelum ini.


JDT

JDT telah mendapatkan 2 orang pemain baru iaitu pemain tengah Argentina, Patito Rodriguez dan juga penyerang Sierra Leone Alhaji Kamara bagi menguatkan cabaran JDT dalam Liga Super.

Patito Rodriguez - juga dikenali sebagai Pato adalah bekas rakan sepasukan Neymar dalam kelab Santos di Brazil. Pato telah dipinjamkan ke JDT sehingga November 2015. Para pemerhati berpendapat Pato masih gagal untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Jorge Pereyra Diaz.

Alhaji Kamara - Pemain muda ini dipinjamkan dari kelab Sweden, IFK Norkopping. Gelagat pemain ini ketika mendapat kad merah dalam sebuah perlawanan dalam Liga Sweden pernah menjadi viral.

Gelagat AlHaji Kamara setelah mendapat kad merah
dalam satu perlawanan di Liga Sweden

Walaubagaimanapun, pemain-pemain seperti Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz dipercayai masih ada kontrak dengan JDT dan tidak disingkirkan oleh JDT. Khidmat mereka masih ditagih JDT khususnya dalam kejohanan Piala AFC 2015.


Selangor dan Pahang masih mempercayai dan mengekalkan khidmat pemain-pemain import mereka untuk baki cabaran Liga Super seterusnya.


Terengganu

Issey Nakajima-Farran - pemain kebangsaan Kanada yang berketurunan Jepun ini pernah mewakili pasukan Singapura bawah 21 tahun. Penyerang Kanada ini berpengalaman luas dalam Liga Denmark, Liga Australia dan Liga Amerika Syarikat.

Issey Nakajima-Farran (merah) berentap dengan bintang Colombia, James Rodriguez

Pemain Lubnan, Hassan Chaito telah ditamatkan kontraknya secara persetujuan kerana mengalami kecederaan jangka masa panjang.


Sime Darby

Reinaldo Mineiro - pemain Brazil ini mempunyai kewarganegaraan Australia dan berpengalaman luas bermain dalam kelab-kelab di serata Asia. Pemain ini menggantikan pemain Uzbekistan Dilshod Sharofetdinov bagi memburu kemenangan pertama mereka dalam Liga Super.

Reinaldo Mineiro (hijau) ketika beraksi bersama kelab Beijing Gu'oan


Kelantan

Gilmar - penyerang tinggi lampai dari Brazil

Austin Amutu - penyerang muda Nigeria ini dipinjamkan dari kelab Warri Wolves di Nigeria

Austin Amutu ketika beraksi untuk pasukan Nigeria bawah 23 tahun

Kedua-dua pemain ini menggantikan Isaac Pupo (Liberia) dan Emmanuel Kenmogne (Cameroon) dimana kedua-duanya adalah bekas pemain Persebaya Surabaya di Indonesia. Pihak pengurusan Kelantan tidak berpuas hati dengan persembahan mereka walaupun telah diberikan dengan gaji yang sangat tinggi


Sarawak

Patrick Gerhardt - pemain kebangsaan Liberia ini berasal dari Switzerland telah menggantikan pemain Belanda Ronald Hikspoors untuk menguatkan lagi barisan pertahanan Sarawak

Patrick Gerhardt ketika beraksi bersama Melbourne Heat FC


Lions XII mengamalkan konsep tiada pemain import untuk mengembangkan bakat tempatan pemain Singapura.


Perak

Horace James - pemain dari Jamaica ini menggantikan pemain Brazil Marcos Tulio untuk memperkukuhkan lagi jentera tengah Perak

Horace James boleh juga bermain di posisi serangan

ATM masih mengekalkan tonggak import mereka walaupun pencapaian mereka dalam Liga Super tidak memberangsangkan


PDRM

Jaime Braganca - pemain tengah dari Portugal ini menggantikan pertahanan dari Nigeria Onorionde Kughegbe (O. K. John)

Jaime Braganca kerika beraksi dengan kelab Maritimo di Portugal


Felda United

Thiago Augusto Fernandes - penyerang Brazil ini telah diperolehi dari Liga Bahrain dan menggantikan penyerang Liberia Edward Junior Wilson yang semakin berumur

Thiago Augusto (putih) ketika beraksi di Liga Bahrain

Selain daripada pencapaian semasa, tahap kesihatan dan tahap kecergasan pemain import juga perlu diteliti bagi mengelakkan kerugian berlaku pada mana-mana pasukan. Pihak pengurusan haruslah melihat sendiri pemain import beraksi sebelum menawarkan mereka dengan kontrak untuk ditandatangani.




No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...