





Menjejak Makanan Sedap & Destinasi Menarik. Locating interesting places and food venues.
Burasak - sejenis makanan orang-orang Bugis yang lazimnya tersedia pada hari perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Korban.
Beras wangi yang di buat seperti nasi lemak ini di bungkus dengan helaian daun pucuk pisang muda kemudian diratakan menjadi satu bungkusan kecil. Ia disusun 4 atau 5 keping dibungkus sekali dan diikat dengan kemasan tali dan kemudianya direbus lebih daripada 5 jam.
Di Malaysia, Burasak hanya boleh didapati ketika Aidilfitri & Aidiladha tidak sepertimana di Sulawesi Selatan. Di sana Burasak boleh didapati setiap pagi di kebanyakan gerai yang menyediakan sarapan pagi.
Lepak Eloi pula berbentuk segitiga dengan bungkusanyang lebih kecil dan di susun menjadi bentuk bulat di dalam daun pisang yang di ikat rapi.
Untuk hasil yang baik dan mampu bertahan untuk disimpan beberapa hari memerlukan masa rebusan lebih 6 jam.
Lazimnya Burasak dan Lepak Eloi lebih sedap dan sesuai dimakan bersama ikan parang. Ia akan terlebih istimewa sekirnya ia dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang yang dimasak Meti -Masakan cili direbus kering. Ia dimasak sehingga tulang-tulangnya menjadi lembut seperti tulang ikan sardin. Ia juga boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan lain-lain.
Pasar Malam sempena Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur
sentiasa sesak sepanjang malam khusunya seminggu sebelum Aidilfitri.
Apa yang menariknya ialah gelagat para peniaga menarik pengunjung ke gerai masing-masing.
Anda perlu bijak tawar-menawar untuk mendapat harga yang berpatutan.
Pelbagai jenis pakaian untuk kaum wanita, lelaki dan kanak-kanak tersedia buat pilihan Anda.
Harga yang ditawarkan juga berbeda-beda antara satu gerai dengan yang lain.
Setiap tahun , kehangatan di pasar malam jalan TAR sememangnya
meriah dan menjadi tumpuan warga kota serta pengunjung yang lain.
Oleh kerana kesesakkan yang sebegitu ketara, pengunjung harus memastikan
keselamatan terutama untuk mengelakkan kecurian, seluk saku dan sebagainya.
Anda boleh meletak kereta bersebelahan panggung Odean lama - berhadapan Campbell Complex.
Harganya agak tinggi iaitu RM10. Ada juga yang menawarkan harga RM8.
Kompleks membelibelah Subang Parade turut
bertukar wajah sempena kehadiran Ramadan & Aidilfitri.
Nun di sudut bangunan, gerai-gerai khas tersedia menawarkan
pelbagai bahan sempena menyambut kedatangan Aidilfitri.
Pastinya yang menarik para pengunjung pastinya Gerai
yang menydiakan juadah kuih raya pelbagai bentuk, jenis dan rasa.
Gerai menjual pakaian juga turut menjadi tumpuan utama
khususnya bagi mereka yang belum berkesempatan membeli
baju raya yang semakin hampir menjelang tiba.