Tuesday, September 15, 2009

Pesta Bunga @ Ayer Hitam




Bagi mereka yang berkesempatan ke selatan tanahair ke Johor Bahru, pastikan anda singgah ke Pekan Ayer Hitam yang menawarkan pelbagai aksesori hiasan dalaman rumah seperti pasu, bunga hiasan dan hantaran pengantin.



Sempena kehadiran Hari Raya, pekan Air Hitam berpesta bunga dengan tawaran pelbagai bunga hiasan untuk menyerikan rumah.


Sesetengah pihak menganggap pekan ini seperti syurga membelibelah khususnya semasa tiba musim cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu.

Koleksi yang tersedia juga adalah yang terkini dan mengikut trend semasa. Sejumlah besar barangan yang disediakan diimport khas dari China. Berbanding dengan tempat lain, harganya adalah lebih murah .

1 comment:

  1. bunga-bunga kat sini mmg cantik.. dan ada satu gerai jula yong taufu dan sup gear box... sedaaap sangatttt...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...