Showing posts with label makan2-negeri9. Show all posts
Showing posts with label makan2-negeri9. Show all posts

Saturday, December 9, 2017

Istana Seri Menanti


Istana Seri Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan  menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. 
Kini, istana itu berubah "peranannya" menjadi muzium.
 Bangunan ini didirikan mengikut senibina masyarakat Minangkabau.
Ia adalah  istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908.
Istana setinggi empat tingkat disediakan Pelan asalnya oleh dua orang tukang Melayu bernama Kahar dan Taib. 
Pada ketika ini  Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. 

Wednesday, January 9, 2013

Briyani Gam Johor @ Nilai 3


Sekiranya anda membelibelah di Nilai 3 dan berhasrat menjamu selera lepas membelibelah, anda boleh mencuba Beryani Gam Johor.
   
Pada hujung minggu khususnya, kedai ini menjadi tumpuan 
kerana restoran ini menawarkan menu menarik untuk pelanggan.
Anda boleh membuat pilihan Nasi 
Brayani Ayam, Daging mahupun Kambing.
Selamat berkunjung .

Saturday, July 25, 2009

Cendol Kuala Pilah


Dalam keadaan panas terik, minuman Cendol adalah di antara cara popular menghilangkan rasa haus. Gerai penjual cendol boleh didapati di kebanyakan pekan dan bandar.

Antara gerai yang popular dengan cendolnya, dan sering menjadi sebutan ramai - pastinya Cendol Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Gerai Cendol milik Abu Backer Sitihiq yang terletak berhadapan stesen bas di Kuala Pilah.

Apa yang menyebabkan ia istimewa kerana gula yang digunakan adalah gula kabung dan bukan gula merah sepertimana yang digunakan penjual cendol lain. Rasanya adalah lebih enak kerana ia tidaklah terlalu manis sepertimana menggunakan gula melaka.

Gerai ini telah diusahakan daripada generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun.

Harga Cendol KP

biasa : RM 1.30

kacang : RM 1.30

jagung : RM 1.30

pulut : RM 1.50

ice cream : RM 1.70

4 in 1 : RM 2.30

family size : RM 6.00

Di samping Cendol, Gerai Cendol KP juga turut menawarkan mee rojak untuk pelanggannya.


Gambar :Ehsan Syaiful Ezzwan.

Tuesday, June 23, 2009

PD Rockers Kopitiam



Sepanjang perjalanan di pantai peranginan Port Dickson, terpapar promosi banner Bangi Kopitiam. Bagi mereka yang mahu bersantai di pusat peranginan yang paling hampir dengan Lembah Klang ini bolehlah singgah di Bangi Kopitiam sambil menjamu selera.





Antara menu yang menjadi perhatian ialah Nasi Ayam Hainan, Mee Kari, Laksa dan pelbagai jenis Nasi Lemak. Kopitiam ini dibuka seawal 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai minuman seperti Tiramisu Coklat, Ais Krim Coklat, Jus Amra dan Manggo Tanggo Special Twist turut menjadi pemanis mulut yang menyegarkan.


Bangi Kopitiam ini adalah milik perkongsian Kid dari kumpulan Rock-Search dan rakan-rakannya yang mula mengusahakan Bangi Kopitiam yang terletak di Bangi, Selangor sejak bulan Oktober 2006. Bangi Kopitiam juga terdapat cawangannya di Bandar Baru Bangi dan di Wangsa Maju yang terletak di No 22 Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...