Showing posts with label makan2-johor. Show all posts
Showing posts with label makan2-johor. Show all posts

Wednesday, July 4, 2018

Kacang Pool Haji @ Plaza Larkin,JB


Kacang Pool Haji di di Plaza Larkin 
memang popular di kalangan peminatnya.
Plaza Larkin terletak bersebelahan 
stesen besar bas J.Bahru, di Larkin.
Kacang Pool yang dihidangkan berkuah daging hancur
diadun kacang merah yang halus disertai rempah perasa.
Ia ditambah istimewa apabila diletakkan telur 
mata kerbau di atas Kacang Pool itu.
Ikuti juga link berikut mengenai tajuk yang sama

Wednesday, November 7, 2012

Roti Canai Singgah Selalu @ JB


Sekiranya anda berada di selatan tanahair di Johor Bahru dan mahu mencuba roti canai, apa kata mencubanya di Restoran Singgah Selalu.
Restoran Singgah Selalu ini satu satunya restoran bukan Mamak yang  menawarkan pelbagai jenis makanan sehari 24 jam.
Anda boleh memilih pelbagai jenis makanan 
sama ada pada  sebelah pagi, petang malam.
Untuk maklumat lanjut lihat blog sebelum ini @ 

Monday, October 1, 2012

Mee Rebus Stulang Laut @ Larkin, JB 2012

Mee Rebus Setulang Laut sering menjadi 
buruan peminat Mee Rebus.
Ia boleh ditemui di beberapa lokasi di bandar Johor Bahru.
Ia juga boleh ditemui di Plaza larkin berhampiran 
dengan stesen Bas Utama di J.Bahru di Larkin.
Selamat mencuba.
Ikuti juga link berikut mengenai rstoran ini

Monday, September 17, 2012

Chamek Kopitiam @ Danga Bay, JB


Sekiranya anda inginkan menu luarbiasa seperti Lempeng Sambal Ikan Masin -  apa kata mencubanya di Chamek Kopitiam.
Kini ia boleh ditemui di Danga Bay 
berhadapan dengan Restoran Singgah Selalu.
Nama panggilan Chamek itu sebenarnya berasal 
daripada nama sebuah kampung di Kluang, Johor.
Menu lain yang tersedia untuk pelanggan ialah 
nasi lemak, aneka nasi, mee, dan kuew teow goreng.
Chamek adalah satu-satunya kopitiam yang menjadi milik 
penuh bumiputera yang menjalankan operasi secara halal. 
Kopitiam ini banyak dibuka di Johor Bahru seperti di Komplek Pasir Gudang, Bandar Baru Uda, Setia Tropika, Bandar Seri Alam dan Pelabuhan Johor. 
Satu satunya francais  di luar Johor ialah di Taman TTDI Jaya, Shah Alam.

Thursday, September 13, 2012

Mee Rebus Stulang Laut @ Restoran Talam, JB

 Bagi mereka yang singgah Johor Bahru, dan mahu mencuba 
mee rebus - apa kata mencuba Mee Rebus Stulang Laut.
Lokasi Mee Rebus ini dahulunya terletak di jalan yang sama kini berpindah bersebelahan  pusat belibelah bebas cukai The Zone.
Di samping Mee Rebus, pengunjung juga boleh 
mencuba pelbagai makanan lain termasuk makanan laut.
Selamat berkunjung.

Wednesday, September 5, 2012

Buffet Singgah Selalu @ J.Bahru

Restoran Singgah Selalu yang terletak berhadapan Danga 
Bay menawarkan pelbagai jenis makanan sehari 24 jam.
Namun anda juga boleh memilih untuk makan 
tengahari dengan pesanan Buffet yang tersedia.
Selepas memilih pelbagai jenis lauk 
pauk yang tersedia, barulah ia dikira.
Anda boleh memilih pelbagai jenis makanan berdasarkan keperluan selera Anda.
restoran ini menyediakan pelbagai jenis menu dari sebelah pagi, petang malam.
Selamat berkunjung.

Saturday, August 25, 2012

Makan Burasak di Pagi Raya 2012


Burasak adalah makanan popular di kalangan 
masyarakat Bugis di Johor ketika Aidilfitri..
Ia diperbuat dari nasi beras wangi yang 
di bungkus dengan helaian daun pisang muda.
Ia lazimnya di makan dengan Asam Pedas ikan parang, 
rendang ayam atau daging berserta serunding kelapa.
Sejenis makanan lagi bagi masyarakat Bugis 
ialah Lepat Eloi yang diperbuat dari pulut.


Ia berbentuk segitiga dan masa rebusan memakan 
masa 6 hingga 8 jam untuk hasil yang baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...