Saturday, January 8, 2011

Gondola Venice


Kota Venice yang terletak di sebuah lagun bahagian utara Italy, didirikan
di atas 118 buah pulau kecil yang dihubungkan dengan tanah besar
Italy melalui beberapa batang lebuhraya dan jalan keretapi.


Terdapat kira-kira 160 buah terusan di sekitar kawasan. Bagi menghubungkan
kota-kota yang ada, pihak pemerintah mendirikan 400 buah jambatan untuk menghubungkan terusan-terusan ini.
Perahu ”Gondola” yang begitu popular di kalangan pelancong
yang mengunjungi kota itu memenuhi terusan yang ada.

Venice mempunyai identitinya sendiri. Tiidak hairanlah ia terus menjadi tumpuan pelancung dari seluruh dunia. Di samping keindahan semula jadi ini, kota itu juga mempunyai cerita sedihnya tersendiri. Para penghuninya telah ramai meninggalkan kota ini kerana ia dalam proses ditenggelami air sedikit demi sedikit.
Masih ramai juga penduduknya yang tidak mahu meninggalkan kota kerana di situlah mereka mencari rezeki dari ihasan pelancung yang menyewa hotel, motel serta membeli cenderhati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...