Showing posts with label jalan2-perak. Show all posts
Showing posts with label jalan2-perak. Show all posts

Monday, December 10, 2018

Kellie's Castle @ Perak

Kellie's Castle  terletak di Batu Gajah Perak.
RM5 Juta diperuntukkan untuk menyediakan pelbagai kemudahan tambahan seperti teater mini, pusat latihan, tandas awam dan pelbagai lagi.
Tahun lalu 70 ribu pelancong  dari dalam dan luar negara mengunjungi Kellie's Castle dan kini terus menerima pengunjung.
 Bangunan  ini dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah British bernama William Kellie Smith. Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926.
* Untuk ke sana, sekiranya Anda dari Kuala Lumpur melalui Lebuh raya Utara Selatan, anda perlu keluar di Plaza Tol Simpang Pulai dan menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh.

Thursday, November 1, 2018

Ikan Bilis & Udang Kering @ Lumut


Sekiranya Anda berada di Lumut selepas mengunjungi Pulau Pangkor,dalam perajalanan pulang - pastinya anda ingin membawa ole-ole.
Antara ole-ole popular di sini, pastinya Ikan Kering,
Ikan Bilis, Udang Kering serta pelbagai khazanah laut lain.
Beberapa buah gerai dan kedai tersedia di bandar Lumut
untuk dikunjungi di sepanjang perjalanan pulang itu.
Hasil Laut Termizi & Zalina adalah di antara kedai yang boleh dikunjungi.
Anda boleh singgah di sini atau gerai lain yang berhampiran
untuk memilih keperluan untuk di bawa pulang.
Memang satu kelaziman, setiap pengunjung ke Pulau Pangkor atau Lumut akan singgah ke gerai-gerai ini untuk membawa pulang ole-ole sebagai kenangan.

Monday, September 4, 2017

Taiping Night Safari

Night Safari Taiping adalah satu produk pelancongan unik yang mempamerkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dengan menggunakan lampu-lampu khas. 
Pengunjung dapat menghayati sepenuhnya pengalaman ini dan pengunjung dikehendaki meminimakan bunyi-bunyi atau suara supaya dapat mendengar bunyi-bunyi haiwan ini serta tidak mengganggu ketenteraman di Night Safari. 


Pengunjung dilarang membawa lampu suluh dan kamera berflash di sini kerana ini boleh  mengganggu haiwan yang dipamerkan.

Selamat berkunjung.

Thursday, May 2, 2013

Bukit Merah Orang Utan Island


Bukit Merah Orangutan Island adalah satu kawasan 
khusus seluas 35 ekar di Bukit Merah Laketown Resort.
Di sini pengunjung berpeluang menyaksikan 
orang Utan hidup di persekitarnya sendiri.
Ia juga bertujuan untuk mendidik orangramai 
memahami cara penghidupan haiwan istimewa ini.
Di samping ke pulau ini pengunjung juga boleh menikmati 
tempat bersantai lain seperti Waterpark dan  Eco Park.
Selamat berkunjung.

Friday, September 16, 2011

Jom ke Swiss Garden Golf Resort & Spa Damai Laut.


Sekiranya anda mahu berubah angin dan mahu beristirehat tanpa perlu pergi jauh dari Lembah
Klang, antara destinasi yang santai ialah Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut di Lumut.
Hotel 300 bilik itu menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjungnya
termasuk hamparan pantai yang indah serta padang golf bagi para peminatnya.
Di sini anda boleh menikmati keindahan alam persekitaarnya tanpa
perlu menaikki boat menyebrang untuk ke Pulau Pangkor.

Lihat juga laman web hotel ini @

Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut.

Friday, July 22, 2011

Lumut Waterfront sebelum ke Pangkor


Projek Lumut Waterfront Promenade berjaya menjadi tarikan pelancong
ke bandar itu serta berjaya membantu meningkatkan jumlah pelawat ke Pulau Pangkor.
Projek berharga RM28 juta ringgit itu mengandungi pembangunan
Jetty wing, Marine wing dan Esplanade Wing.
Pastinya tempat menarik untuk dikunjungi ialah Jetty Wing
di mana tersedia restoran dan deretan kedai-kedai cenderahati.
Di situ juga para pengunjung boleh membeli ole-ole untuk dibawa pulang
seperti ikan bilis, ikan masin, belachan dan pelbagai jenis makanan ringan lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...