Sunday, July 5, 2009

Mee Bandung Muar @ PJ



Sekiranya anda mengidamkan Mee Bandung istimewa dan terasa sedapnya di PJ, apa kata mencuba Mee Bandung Muar di Medan Selera, PJ State.


Gerai yang dimaksudkan ialah.
Kedai Mail, No 4, Mee Bandung Muar
Medan Selera, PJ State
Jalan Lampan 8/3,
Petaling Jaya, Selangor
Bagi memudahkan mengenalpasti kawasan, Medan selera ini terletak berhadapan dengan Balai Polis PJ State. Gerai ini dibuka setiap hari mulai jam9 pagi sehingga 9 Malam.

Mee Bandung with a Muar Twist ini sungguh istimewa berbanding dengan Mee Bandung Muar yang ditawarkan di tempat lain yang pernah saya cuba. Bagi mereka yang tidak risau dengan jumlah kalori yang diambil atau masalah kolestoral tinggi bolehlah memilih yang special iaitu Mee Bandung Udang SPECIAL berharga RM6, sementara yang biasanya Mee Bandung biasa berharga RM4.

Kedai Mail ini juga turut menawarkan set hidangan Asam Pedas Kembong, Tenggiri dan Pari. Hidangan Asam Pedas yang tidaklah seberap pedas dan sesuai dengan selera orang-orang di Lembah Klang. Hidangan Asam Pedas ini turut disertakan nasi dan telur dengan harga RM6.

5 comments:

  1. Nie gerai keluarga saya, terima kasih atas sokongan terhadap gerai kami. Dengan mengiklankan gedai kami, ini dpt mengembangkan perniagaan kami. Diharap tuan yang mengesyorkan ini dapat mengenalkan diri jika mengunjung di gerai kami lagi. Terima kasih banyak2 :)

    ReplyDelete
  2. Salam, saya ada pergi hari ahad lepas tapi tak jupe pun gerai tersebut.

    ReplyDelete
  3. wow ~
    mee bandung muar .
    i like ~

    ReplyDelete
  4. SALAM, AHAD (22/5/11) DTG NGAN WIFE & ANAK-ANAK LPS TGK JJCM TV3. DTG KUL 3 DAH ABIS SURUH DTG KUL 5 PTG PLAK, DTG KUL 5.15 ABIS LAGI.... WIFE SAYA SAMPAI MERAJUK TU...

    ReplyDelete
  5. :-)

    Senasib la kita. Saya ke sana Ahad lepas tgk JJCM. Around 6pm. Dah habis. Hari ni (Isnin) suami ajak ke sana lagi lepas balik kerja. Itu yang saya cuba google dulu, terjumpa blog ni. Baru lepas call no Pakcik Mail berdasarkan gambar di atas. Katanya.. Asam Pedas sampai jam 2 petang saja. Mee bandung sampai malam. :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...