Thursday, January 27, 2011

PAU Kg. Sungai Lalang, Mersing

Sekiranya anda datang dari arah Pantai Timur menuju ke bandar Mersing,
atau perjalanan sebaliknya - dari Mersing ke Pantai Timur - pastikan anda
singgah ke Warong Pau, Kg. Sungai Lalang , kira-kira 5 minit dari Bandar Mersing.
Gerai tersebut sentiasa dipenuhi pelanggan yang berulang alik di kawasan itu.
Antara menu utama di Gerai itu pastinya Pau istimewa.
Pau pelbagai rasa seperti Daging, Ayam, Kacang, Kaya dan Kelapa
menjadi tumpuan para peminatnya, khususnya pada sebelah petang.a
Harga Pau itu ialah 70 sen satu.
Warung itu turut menyediakan masakan panas seperti
mee goreng, mee rebus serta makanan gorengan lain.
Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Saya pernah lah singgah di gerai ni... mencuba pau di sini... rasa paunya biasa2 je kot... mknan panas dn bergoreng plak, kl nk order je org kedai tu mesti ckp dah habis... ntahlah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...